image

image

Sunday, November 29, 2015

Take Cover

How to? With What?

Sekiranya dirimu terganggu, apa yang sukar kamu nak pulihkan?

Jika kamu masih teraba raba mencari Penawarnya, ubatnya, atau know hownya, ketahuilah
Tiada yang layak melebihi Kelayakan Peribadi Muhammad SAW kerana itulah kita bersyahadah,




Pada diri muhammad SAW itu adalah Ikutan yang baik bagimu

Rata Rata kita boleh turuti, secara Zahir sahaja, itulah menyukarkan Pemahaman Hidayah Taufik Allah, Semuga kamu dapat menuntut knowhow daripada Orang yang dapat menyertakan Hati, Membimbing Hatimu Mengingat, agar beroleh Ketenangan, dan Kebaikan Perasaan

Kerana itulah dalam sistem Islam, Perawi yang meriwayatkan Ilmu Islam itu mestilah Orang Ahli Zikir, Orang Alim Pewaris nabi saw, yang tahu Menjaga dan Memelihara Kesucian Islam

Sewaktu Muhammad SAW mahu melantik Ketua bagi satu wilayah baru, Baginda bertanya kepada peribadi tersebut, Dengan apakah kamu hendak Mentadbir dan Menyampaikan Kebenaran Islam?
Peribadi itu menjawab, Dengan Allah dan RasulNYA, Dengan mengambil Pelajaran daripada AlQuran, Kitab Allah, dan juga mengambil Pelajaran daripada Sunnah dan Tauladan RasulNya
Bagaimana Pula Jika ada perkara baru?
Hamba akan bersungguh sungguh Fikir melalui Hidayah Faham daripada Allah dan Rasulnya, inilah yang dikatakan Ijtihad, yang memungkinkan wujudnya Fatwa, Fatwa itulah yang Terbit daripada Qias
Maka Selamatlah Jalan hidup yang dilalui
Inilah Peri Pentingnya, Kita menuntut Ilmu, daripada Ahli Zikir, yakni Orang yang Mengetahui, dan Benar, Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah, itulah Pakaian Taqwa nya

Inilah yang boleh memberikan Peribadi itu Take Cover, Menjaga Peribadinya, dan apakah fikirannya untuk kita dapat mencapai Jalan itu, Tariqat itu, Agar dirimu tidaklah keterlaluan seperti Buih?

Buih tak sempat untuk Berfikir dan Memilih Kebaikan, inilah ramai yang bergantung Nasib
Ikut dan, Tak dan nak fikir, Lalai daripada Mengingat dan Memohon daripada Allah, tuhan yang Maha Menguasai, samada Rela atau Terpaksa, semuanya menurut Takdir Ketentuan Allah

Silakan ya

Maaflah

Kita boleh bawa Lembu kehadapan air, kita tak boleh paksa lembu itu untuk meminum
Tetapi jika lembu itu kenal Tuannya, semestilah, akan akur kehendak tuannya

itulah Permulaan Hidup itu hendaklah Mengenal Allah
Awwaludin Makrifatulloh

InsyaAllah


Friday, November 27, 2015

KeTAGIHan dan KeCANDUan

Ketagihan adalah saat tubuh atau pikiran kita dengan parahnya menginginkan atau memerlukan sesuatu agar dapat memuaskan Nafsu diri. 

Kita disebut penagih bila kita memiliki ketergantungan fisik dan ketergantungan psikologis terhadap zat psikoaktif, contohnya ketamin, weed, tembakau, heroin, kafein, nikotin- juga termasuk syahwat.

Zat psikoaktif ini akan melintasi sawar darah otak setelah dicerna, sehingga mengubah kondisi kimia di otak secara sementara. Inilah dikatakan LUST daripada jenis Nafsu halus yang memerangkap Peribadi sendiri.



Jika Ingat Allah, Yang menguasai Setiap Sesuatu dan Yang Menciptakan Segala Galanya, dapatlah Ikhlas, dan tentulah Selamat, kerana Allah memberi Jaminan, iaitu Hamba hamba Allah yang Ikhlas, Syaitan tidak dapat menguasai.

Syaitan adalah golongan Iblis yang memohon tempoh daripada Allah, daripada bangsa JINN
Syaitan juga ada daripada bangsa manusia, yang seronok memanipulasi orang lain, dan mengenakan orang, tetapi sebenarnya Allah menyatakan dia adalah jenis yang MenZalimi diri sendiri

Kerana Orang yang di zalimi, Makbol doanya
Orang yang melakukan Kezaliman, itu akan mendapat Balasan Setimpal daripada Tuhannya

Jika kita hanya melayan dengan tiada pengetahuan, bahawa apa sahaja penyakit dan masalah dapat di atasi melalui Ilmu, kembali kepada Allah, yang Bersifat Aliman, berzatkan Al Alim, itu menunjukkan Kejahilan diri kita, salah jenis penyerahan diri kita itu tanpa ada usaha dan ikhtiar mendapatkan Ilmu Pengetahuan untuk keluar daripada jenis masalah yang kita hadapi itu

Bahawa Allah itu sentiasa mendidik 

Jika ada lah kehendak diri peribadi untuk keluar dari masalah Ketagihan dan Kecanduan
Jika ada lah kehendak Ibu Bapa, ataupun Penguasa kanak kanak dan anak yatim, untuk Keluar dari Masalah, untuk Hijrah, Untuk merubah kelemahan diri agar dapat Menambah baik Peribadi yang ketagihan dan Kecanduan, InsyaAllah Kami boleh bantu.

Namun Bantuan Kami sangatlah Pentingkan Kehendak Peribadi yang Hendak menjadi Baik
Kerana Kami hanya Menyampaikan sahaja, Hidayah itu Tergantung Allah dan Peribadi, yang mahukannya

Jika ingin mendapatkan Ilmu agar dapat kebaikan, hanya  dengan RM177, tidaklah mahal jika tahu membanding - compare

Silakan Telefon 0196313202, dan 0132611778
Ikhlaskan Niat

Sila Minta Bantuan Allah, samada Solah dan Sabar, istikharah, Solat 2 rakaat sepatutnya dapat menyelesaikan Kekalutan Fikiran dan Keresahan Perasaan

Jangan lah suka duduk dalam Kekalutan dan Masalah, Ini pula zaman kita kena bayar harga sebagai Pengorbanan diri untuk mendapatkan sesuatu. Macam macam Tol ada, GST dan berbagai lagi cukai, janganlah Resah, sepatutnya sebagai golongan yang Benar, dapatlah Bersabar, Tabah, dan Bersyukur

Silakan ya, Take Cover, Do It

InsyaAllah



Wednesday, November 25, 2015

Masa - Time

sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

لا تسبوا الدهر، فإن الله هو الدهر

 “Jangan kamu mencela ad-Dahr (masa), kerana Allah adalah ad-Dahr (masa).” 
(Hadis Riwayat Ahmad, 15/70, no. 9137. Muslim, 11/313, no. 4169)
Untuk Lebih Faham, kenalah kita melihat AlQuran, Surah Al-Insaan, atau Ad Dahr iaitu surah ke76 
Kita ambil sedikit ya 

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa , sedang ia masih belum wujud lagi, dan tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

Has there not been over Man a long period of Time, when he was nothing - (not even) mentioned? 
Sebab inilah, jika kita jalani hidup dengan sabar dan syukur, ada yang menasihati - Sabarlah hendaknya, Masa akan menentukan, Time will Heal, Demikian Kasih sayang Allah secara Maha Halus, dan Meliputi
Rasulullah menjelaskan:

لَا تَسُبُّوا الدَّهْرَ، فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ: أَنَا الدَّهْرُ، الْأَيَّامُ وَاللَّيَالِي لِي، أُجَدِّدُهَا وَأُبْلِيهَا، وَآتِي بِمُلُوكٍ بَعْدَ مُلُوكٍ

 “Janganlah kamu mencela masa kerana Allah berfirman, “Aku adalah masa, malam dan siang adalah milik-Ku, Aku menjadikannya baru dan berlalu, dan Aku mengganti para raja dengan para raja yang baru”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 16/272, no. 10438. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Hadis Sahih)

 Elok elok lah membina, Kehidupan, Pemikiran dan Ingatan, agar tidak mudah mengeji dan Mencela, dan komplen, even membantah dan menuduh dengan Persangkaan, kerana kelemahan Peribadi masing masing, Jagalah sahaja Diri kamu, Kamu tidak menanggung Dosa lain orang

Silakan Belajar Ilmu Islam, Utamakan Ilmu Tauhid agar tak mudah Keluh Kesah, dan agar berjaya membina Hidup menauhidkan Allah.

Dunia yang Sementara sahaja, Ada Kehidupan abadi di Akhirat

Ilmu Islam itu akan memberikan Pengetahuan kepada Diri agar tunduk hanya Kepada Allah
Bila Mencapai kepada Faham HidayahNya, tentulah selain Allah itu kecil belaka
Demikianlah benarnya Penyaksian dirimu

Ingatlah ya Ilmu Tauhid itulah yang Dapat memulihara Diri, dapat Merawat Diri, dapat Mengubah diri, menjadi Lebih baik, Peribadi kita, InsyaAllah

Sesungguhnya yang di langit juga di bumi, semuanya Bertasbih kepada Allah. Allahu Yang Awal tiada sesiapa yang mendahuluiNya juga Yang Akhir tiada sesiapa yang lebih akhir dariNya. Allahu Yang Zahir, kelihatan depan matamu, dengan teropong maha halus mu, dan Yang Bathin secara Ghaib, hanya di capai Oleh yang Ikhlas, secara Bashirah

Allahu Maha Halus, dan Meliputi
Allah Yang Menciptakan Setiap sesuatu, dan Segala galanya

Nikmat Allah yang manakah nak kamu dustakan?

SubhanAllah

Sunday, November 22, 2015

Guano kito?

Oh hoi, guano mu

Untuk Menghadapi Hidup, adalah di beri Ingatan oleh Orang yang mendahului kita
Adanya Peringatan, Pelajaran, Tauladan, atau Sunnah dan Yang Terbaik adalah ini:
Hendaklah kita Redha Allah itu Yang Esa, Islam itu cara hidup yang Allah Redha, dan Muhammad SAW itu telah memberikan Tauladan yang Telah diRedhai Allah.  

Kerana itulah kita Mengucapkan syahadah, sebagai Orang Islam, dan dipesan pula agar memperbaharui syahadah - لا إله إلا الله محمد رسول الله

Ingat idak ucapan yang paling tinggi fazilatnya -  لا إله إلا الله

Guano mu? 
Semua itu menunjukkan Bahawa Hanya Islam yang Allah Redha 

Islam itu SUCI 
Dan begitulah yang Allah terima hanyalah, satu - Ahli Sunnah dan Berjemaah- ASWAJA

Dan begitulah dikatakan Telah Sesat apabila adanya Prejudis, dan kerana itulah Kesesatan Kafir itu Menciptakan Demokrasi agar berlakulah Tuduh Menuduh dan Keji Mengeji, maka sangat susahlah mereka yang Terlibat ke dalam Permainan itu untuk Bersyukur 

Jika adanya Pengetahuan kamu, dapatkah kamu keluar daripada "stadium" Permainan dan Senda gurau itu. Semuga kamu bukanlah golongan yang hanya tahu menyebut: Kami ikut AlQuran dan Sunnah Muhammad SAW - seperti maksud Syahadah mu

Guano kito?

Islam itu Suci dan Menyucikan sesiapa sahaja yang mahu Berserah kepada Allah, Suci itu wujud apabila Ikhlas menauhidkan Allah- لا إله إلا الله
Jika demikian akan wujudlah, akan Terciptalah, Insan yang Mulia dan Sempurna Akhlaknya
Tiada lah di utus akan Muhammad SAW itu melainkan untuk menyempurnakan Akhlak Yang Mulia 

Guano kito?

Satu Bulan secara Khusus di Perentah kita untuk Berpuasa, dan dinyatakanNYA: Semuga dapat Bertaqwa. Sebagai bukti Taqwa itu, pada bulan itu, Syaitan di rantai, Pintu Neraka di tutup, maka Berduyun duyun lah Yang Mengimarahkan Masjid

Luculah Peribadi kita, Jika tak mendapat Pelajarannya
Tandanya kita pun termasuk ke dalam Permainan sahaja, Bila Allah membantu kita pun BAIK?

Mana bukti Manusia itu Makhluk Allah yang Terbaik? ke Guano?
Inilah yang Iblis janji nak buktikan kepada Allah - sewaktu Iblis meminta Tempoh, SubhanAllah

Hiduplah ya, sebagaimana pun kamu mahu Hidup, kena Ingat yang kamu akan Mati
Buatlah apa saja yang kamu mahu Perbuat, kena ingat Balasan setimpalnya yang akan kamu terima
Dan Cintailah sesiapa pun yang kamu nak cintai, atau apa saja yang kamu mahu cintai, Kena Ingat semuanya itu hanyalah sementara, akan Berpisah darimu, Maut itu sangat Hampir dengan Hidup, pasangan akrab makhluk

Guano kito?
Ikhlaskanlah Peribadimu masing masing, kerana Allah hanya menerima amalan mereka yang Ikhlas sahaja, iaitu seikhlas -  لا إله إلا الله

InsyaAllah

Friday, November 20, 2015

KenaPA?

Kenapa Lu Marah?
Kenapa kalian suka marah marah, atas kesilapan Kerajaan, atau atas kesilapan tingkah laku pemimpin kalian, kerana sepatutnya, siapa yang berbuat kebajikan, kebajikan itu untuk dirinya, sesiapa yang melakukan maksiat dan mungkar itu juga akan kembali kepada dirinya, SubhanAllah

What you give, You'll get back

Kenapa Lu suka Menuduh?
Kenapa ramai daripada kalian suka menuduh orang lain, padahal semua itu hanyalah Persangkaan belaka, Apakah memang kamu mengetahui, yakni kamu ada bersamanya dalam situasi dan kondisi semasa itu? Bukankah jika Islam nak lihat AlQuran, nak Tafsir AlQuran semestinya tahu Nahu, Saraf, asbabun nuzul dulu babe?

Asbabun Nuzul itu Penting agar kita tak semudahnya menuduh orang lain, jika kita menuduh dan mengeji kebodohan lain orang itu, ada Ulamak memfatwakan itu adalah perbuatan Haram

Manusia kebanyakkan itu hanyalah bersangka sangka, Sangkaan itu tidak dapat menjadi Bukti, SubhanAllah

Kenapa Lu Jaki?
Elo Brader
Bukan kamu yang melakukan sebegitu, jadi harapanya kamu bersabar ya, menghadapi karenah manusia di zaman kita berada, iaitu Dunia hanyalah sebagai Permainan dan senda gurau, jangan Dengki lah, Syukurlah hendaknya Allah Tuhan kamu dan tuhan daku, tidak menimpakan Ujian sedemikian kepada kita?

Kenapa Lu suka mengungkit?
Elo Brader
kamu rasa kamu baik sangatkah? kenapa kamu suka mengungkit ungkit kebaikan kamu pada lain orang? Bukankah Allah hanya menerima amalan kita yang Ikhlas sahaja. Ikhlas itu umpama kamu berak, kamu tidak lagi mengenang bau busuk bau hanyir taik kamu itu, apakah kebaikan kamu itu lebih hina dari Najis kamu?

Ehh Apahal kamu suka mengumpat?
Umpatan itu, kamu mengata saudara kamu, sewaktu dia tiada bersama kamu, Layakkah kamu sebagai sahabatnya? dalam Pelajaran Islam menyatakan jika kita mahu tahu akan peribadi seseorang, tanyakan saja kepada Musuhnya

Tak usahlah komer mengumpat yob
tak baik, Islam menyeru umatnya berbuat baik, jika kita menerima kebaikan, namun lebih lebih di harap kebaikan kepada yang menghina dan mengeji dirimu
Kerana Kejian, dan Penghinaan orang lain terhadap kamu itu, kamu mendapat Pahala, dia pula beroleh Dosa Kering

Kerana kalian yang masuk ke Blog ini di doakan kebaikan, janganlah ada yang berasa hati, atau ambil hati tulisan kali ini

Buat pemikiran masing masing, silakan berfikir - harapku mahulah kalian ya, semuga dapat membantu Menjaga diri kita bersama, InsyaAllah


Wednesday, November 18, 2015

Hendak MenDapatKan

1. Hal Ilmu
Kena lah wujudkan perasaan dan kehendak, mahu kepada Ilmu Islam. Kena lah usahakan menepis segala bisikan diri sebelum dirimu mengenal Allah. Jika kamu sudah mengenal Allah cubalah Istikharah, kerana solat dua rakaat boleh membantu diri, meneruskan ikhtiar dengan pimpinan NYA

Bahawa Ilmu Islam itu, sebagaimana maksud hadis yang panjang, terbahagi 3 - iaitu: Islam, Iman, Ihsan, Atau Fekah, Tauhid, Tasauf . Utamakan Tauhid kerana syarat untuk menjadi Islam itu mestilah mengucap dua kalimah syahadah, maksudnya walaupun kita letakkan tahap Ilmu itu, Islam kemudiannya Iman then Ihsan, itulah kehendak sebelum dapat beramalkan Fekah itu mestilah Percaya dan Yakin Allah, Ikhlas lah, agar dapat mencapai Hakikat amalan diri masing masing

2. Hal Jodoh
Kenalah diri masing masing berikhtiar memperbaiki diri masing masing, dengannya agar dapat memperelokkan akhlak antara sesama, dan itu memudahkan Hidayah akan hal Jodoh untuk sampai kepada kamu. Akhlak yang Mulia dan sempurna itu adalah menauhidkan Allah, Bila Allah tidak memandang Zahir Pakaian kamu, tetapi Allah memandang ke dasar hati kamu, maka dapatlah mata hati hidup dan menilai kebaikan Peribadi yang hendak di perjodohkan, insyaAllah

3. Hal Rezeki
Jika dapat mencapai Hakikat Ilmu, ada kemudahan jalannya untuk mencapai Makrifat diri, dah mudahlah untuk mendapat Rezeki, kerana apa yang kamu niatkan, itulah yang akan kamu dapatkan, insyaAllah, Niat menentukan amalan

4. Hal Maut
Kenalah berfikiran positif, Bersangka baik, dan dapatlah memohon agar di kurniakan kemudahan dan keselamatan, menuju Husnul Khotimah

5. Hal Kehidupan kini
Kenalah dibinakan hidup dengan Ikhlas, dapatlah kamu bersabar dan bersyukur dengan Setiap  Ujian daripada Allah

Binalah keyakinan diri namun berserahlah kepada Allah, kerana Allah Maha Kuasa makhluk tak berkuasa,

Mahukah berfikir,
Kebenaran itu ada pada diri kamu masing masing, mahukah berfikir

InsyaAllah

Tuesday, November 17, 2015

Hendak MenJadi

What are you?

Kamu itu siapa? Kamu itu Apa?

Jika ada yang bertanya dapatkah tuan puan menjawabnya
Jawapan Terbaik ialah, daripada sesiapa yang Jitu Yakinnya kepada Allah, bahawa Allah itu Maha Kuasa, makhluk tak berkuasa, maka tiadalah makluk apa pun jua yang menakutkannya, lalu berkatalah ia, I'am a muslim, InsyaAllah

Namun disebabkan Allah telah mencabut Rasa Takut kepada Mukmin daripada kalangan Kafir dan Munafik, itu menunjukkan Takdir Allah, umat dikala ini, seperti BUIH
Sebab itu Walau Allah melarang - makanlah yang Halal dan Baik, Jangan lebih lebihkan kawanmu yang Kafir berbanding kawanmu yang islam, Ingat dan kenang kenanglah jasa Ibu Bapa dan Orang tua tua dikalangan kamu, Pemimpin kamu, Berilah makanan dan sebarkan salam, BUIH tak mampu beramalkan kebaikan, sering terbabas menurutkan kesesatan

Walaupun ada seruan, Masuklah kamu kedalam Islam secara Keseluruhannya, dan walaupun ada Pengakuan, mengaku mengatakan, Kami ikut AlQuran dan Sunnah, Secara tidak sedar terbabas kedalam Bidaah dan Kesesatan, begitulah maksud, seperti BUIH - mengulang dan berulang berbuat dan bersifat jahil, tak dapat keluar daripada golongan tersebut

apa hendak jadi? Ini soalan Umum
Kamu Hendak Menjadi apa? Ini soalan Direct! Khusus pada setiap diri

1. Sebelum boleh beraksi, beramalkan Kebaikan dan Kebajikan, hendaklah Terlebih dahulu mendapatkan ILMU yakni Ilmu Islam iaitu Ilmu Fardhu Ain, dan Fardhu Kifayah
Sebelum hendak mendapatkan Ilmu itu, semestilah kena wujudkan Percaya, dan untuk berjaya mendapatkan Hidayah Taufik Allah itu hendaklah SEDAR DIRI, bahawa  لاَ إِلَهَ إِلَّاالله  

begitulah maksud bahawa kena utamakan Ilmu Tauhid


2. Sebelum wujudnya kepercayaan, itu hendaklah mewujudkan suasana berSANGKA BAIK, Berfikiran LURUS, kerana itulah Tanggung Jawab itu tidak dapat terlaksanakan, melainkan Peribadi itu sudah Berakal Baligh


Kesesatan Keduniaan yang Melampau Lampau memusnahkan kehendak untuk menjadi Ikhlas, Baik, Lurus, Benar, Betul dengan kesesatan itu membeli Nafsu setiap Peribadi mengadakan "barang yang tidak berguna"  dalam suasana sekeliling mereka

Kerana itulah hari ke hari semakin Berat hendak mendirikan Solah, yang 5 waktu tak terbuat, nasiblah ada solat Jumaat, tak pun nasib lah ada Solat aidil Fitri, untuk aidil adha belum haji?

Lentur dan Menipiskan Iman begitulah Cara Kehidupan Sesat, maka menjadilah seumpama BUIH

Choose whatever - Think about it - Kembali lah kepada Allah
Jika kamu menghadapi Masalah, Ucapkan Innalillahiwainnailaihirojiun
Jika kamu teraba raba tak dapat membicarakan yang hak, yang benar ucapkan lah -
   لاَ إِلَهَ إِلَّاالله


semuga dapat lah mewujudkan keHendak Menjadi baik
semuga dihidayahkan Allah mencapai Akhlak yang Mulia dan Sempurna
Semuga dapat mati dalam Kebaikan

InsyaAllah