image

image

Friday, November 28, 2014

IMD- Masalah Masalah

Masaalah Keselamatan diri dan Harta

 1    Adakah anda bimbang dengan masaalah jenayah saperti rompak, ragut, rogol dan lain lain

 2    Adakah anda telah mengambil langkah sewajarnya melindungi harta benda anda dengan peralatan elektronik yang canggih dan ingin menambah dengan cara ilmu pelindung harta

 3    Adakah anda sudah memiliki ilmu pelindung diri dari perbuatan sihir manusia, bukan dengan memakai tangkal, azimat atau wafak. Pada diri kita Allah telah memberi ilmu pelindung diri (bukan dampingan atau khodam)
                      


6             Masaalah Perniagaan

1      Anda berniaga tetapi dagangan anda tidak laris walaupun barangan anda sedap, berkualiti dan seolah olah pelanggan anda tidak Nampak premis perniagaan anda

2      Anda ingin memajukan perniagaan anda dengan cara yang diredhai Allah.

Masalah apa sahaja boleh hilang apabila diri kita Ikhlas Lillahi
Inilah sebabnya dikatakan, Awaludin Makrifatulloh
Awal Agama mengenal Allah, utamakan ilmu tauhid

Silakan ya,

Thursday, November 27, 2014

IMD - ILMU

 "Sampaikanlah dariku (atas nama Muhammad SAW) , walau hanya satu ayat"

Kata Kata Hikmah Islam

Mencari Ilmu Pengetahuan itu wajib bagi setiap muslim, selalunya dikatakan, menuntut ilmu itu satu kewajipan ke atas Muslim

Sesungguhnya Ilmu itu memberikan kemuliaan kepada sesiapa sahaja yang menguasainya dan dapat meningkatkan Darjat seseorang kepada lebih tinggi

Sekiranya setiap hari yang mendatang tidak menambahkan ilmu dan mendekatkan diriku kepada Allah, tiadalah berkatnya padaku pada hari itu – selalunya dikatakan – hari ini lebih baik dari semalam

Sesiapa yang menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahkan Allah kepadanya Jalan ke Syurga

Sesungguhnya berjalan pergi mempelajari suatu bab dari Ilmu adalah lebih baik daripada bersembahyang sunat 100 rakaat – sebagai bukti, Ilmu dahulu sebelum beramal

Menghadiri Majlis Ilmu lebih utama daripada sembahyang sunat 1000 rakaat, menziarahi 1000 orang sakit dan bertakziah 1000 jenazah

Apabila mati seorang anak Adam, putuslah segala amal perbuatannya, kecuali tiga perkara, iaitu ilmu yang memberikan kebaikan, sedekah jariah dan anak anak yang soleh mendoakannya

Seorang lelaki yang mempunyai seorang hamba perempuan  kemudian di ajarkannya adab kesopanan dan kesempurnaannya pengajaran kesoapanan itu. Diajarkannya ilmu pengetahuan dan disempurnakannya pelajaran itu, kemudian di merdekakannya dan dinikahinya, maka lelaki itu mendapat dua pahala

Barangsiapa yang keluar dari rumah untuk menuntut Ilmu maka dia adalah fisabilillah sehinggalah dia pulang

Duduklah bersama sama Orang Besar (pemimpin) dan bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu dan bergaullah dengan para cendekiawan

Berbahagialah orang yang beramal dengan ilmunya dan bersedekah dengan hartanya dan menahan diri dari perkataan yang tidak berguna

Tidak wajar bagi orang yang bodoh berdiri diatas kebodohannya. Dan tidak wajar bagi orang yang berilmu berdiam diri diatas ilmunya

Dakwat orang alim yang mukmin lebih mulia dari darah orang syahid
Yang binasa dari Umat Muhammad saw ialah orang berilmu yang zalim dan orang beribadat yang bodoh. Kejahatanyang paling jahat ialah kejahatan orang yang berilmu dan kebaikan yang paling baik ialah kebaikan orang yang berilmu

Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu Ilmu lalu dia menyembunyikannya (tidak mahu menerangkannya) maka balasannya di kekang dirinya oleh Allah dari kekangan api  Neraka
Manusia itu harus menjadi dua golongan, iaitu golongan yang berilmu dan golongan yang belajar, dan tidak ada kebaikan selain daripada dua golongan itu

Jadilah kamu orang yang Mengajar dan Belajar atau Pendengar atau Pencinta ilmu dan janganlah kamu menjadi orang yang tidak mengajar, tidak belajar, tidak suka mendengar pelajaran dan tidak menyintai ilmu agar kamu tidak di binasakan

Orang yang Berilmu adalah Pewaris Para Nabi

Segala sesuatu ada Jalannya, dan Jalan menuju Syurga adalah Ilmu

Sesiapa menghendaki dunia, maka dia harus mendapatkan ilmu, dan sesiapa menghendaki Akhirat, maka dia harus mencapainya dengan ilmu. Dan barangsiapa menghendaki keduanya maka dia harus mencapainya dengan Ilmu

Ilmu itu simpanan dan kuncinya Pertanyaan. Maka bertanyalah, Allah memberikan Rahmat kepadamu. Sesungguhnya di beri pahala dalam empat hal: Orang Yang Bertanya, Orang Yang Mengajar, Orang Yang Mendengar dan Orang Yang Menyintai mereka itu

Makrifat adalah modalku, akalfikiran adalah sumber kehidupanku, cinta adalah dasar hidupku, rindu adalah kenderaanku, berzikir adalah kawankaribku, keteguhan adalah perbendaharaanku, duka adalah kawanku, ilmu adalah senjataku, ketabahan adalah pakaianku, kerelaan adalah sasaranku, faqir adalah kebanggaanku, menahan diri adalah pekerjaanku, keyakinan adalah makananku, kejujuran adalah perantaraanku, ketaatan adalah ukuranku, berjihad adalah sikapku, hiburanku adalah ketika dalam sembahyang

ULASAN
hendaklah kita mengujudkan kecintaan kepada Ilmu Islam, semuga kita mendapat Hidayah Allah mendekatiNYA, dan hidup Hatimu mengingatinya

Kata kata hikmah ternyata di atas kebanyakannya adalah anjuran sunnah, daripada sirah Rasulullah saw, jika sesiapa yang memahaminya, tahulah diri mereka akan kehendak Allah mengutamakan Ilmu sebelum beramal, semuga Allah memimpin kamu kepadaNya

Ilmu Islam terutamanya Tauhid itu dapat Merawat diri sesiapa yang Ikhlas lillahi

InshaAllah 



Wednesday, November 26, 2014

IMD - Masalah Kesihatan

Masaalah Kesihatan

 1 Adakah anda mempunyai ibubapa atau saudara mara anda yang mengalami masaalah kesihatan dan terlantar sakit walaupun sudah berubat secara moden dan tradisional

 2 Adakah anda mengetahui bahawa anda,ibu bapa atau saudara mara anda memiliki saka/ gangguan atau penyakit ganjil yang berkaitan denganya.

3 Adakah anda sudah berubat dengan pelbagai cara, tapi masih mengalami masaalah kesihatan yang sama

4 Adakah anda menghidapi penyakit penyakit saperti kanser, leukemia dan sudah berubat secara perubatan moden dan ingin mencuba cara penyembuhan dengan ilmu merawat diri

5. Adakah anda terlantar koma dan kaku, tinggal tulang, tak dapat bergerak, semuanya Kafarah pada diri, marilah, kembalilah kepada Allah. Inhgatlah Allah Maha Kuasa atas Setiap Sesuatu


Belum cuba belum tahu, sudah kenal akan setia padaNya, sebagai buktimcinta, tahkut jika di lupakannya, berharap dalam pelukan asmaranya, cinta sebenarNya hakikat syahadah

subhanallah

silakan jika mahu mencuba, e mail ke nuranugerah@hotmail.com
atau telefon 0132611778, atau 0196313202

Bukan kamu yang melontar tatkala kamu melontar, AKU lah jika kamu Sedar, bahagialah dirimu

HakIkat Solah

AQ  Surah Toha Ayat 14 “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan agamanya.”

Kata Abdullah bin Mas’ud: “Ada sekali aku tanyakan kepada Rasulullah, amalan yang manakah paling disukai oleh Allah. Baginda menjawab : "Mendirikan solat". Kemudian aku bertanya lagi, "yang mana pula selepasnya". Baginda menjawab : "Menghormati ibu bapa". Aku tanya lagi : "Selepas itu apa pula?" Baginda menjawab : "Jihad pada jalan Allah.”

Dalam satu hadis lain, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya perkara yang mula dihisab dari amalan manusia pada hari kiamat nanti ialah solat (fardu yang lima).”

Hakikat solat itu, bagi diri yang mengamalkannya, mendirikan solat dengan ketulusan, dapatlah solat itu mencegah dirinya daripada berbuat Keji dan Mungkar. Demikian jika diri itu Ikhlas, mendapat Redha Allah dan Hidayah Allah serta barokahNya dapat pada dirinya

Jika ada yang bertanya, dalam usaha mencari Redha Allah, itulah jawapannya ya, Redha Allah hadir kepadamu jika kamu mendirikan solat dengan ketulusan, Ingati Allah

Hakikat solat itu, ialah menauhidkan Allah
Hakikatnya jika sampai kepadamu Hidayahnya, dapatlah kamu kebaikan dan barokahnya
Dapatlah kebaikan padamu

Seperti mana yang dinyatakan oleh Ibnu A’syur, di dalam kitab Maqasid al-Syariah, bahawa setiap kefarduan yang diwajibkan ke atas setiap mukalaf, manfaatnya kembali kepada pelaksananya. Dalam persoalan solat, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

(Surah al-Ankabut: 45).

Maksudnya solat dapat mencegah manusia daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Perkara keji dalam ayat ini apa-apa perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t. Ini bermakna solat dapat mengubah orang daripada keras hati menjadi lembut hati, daripada bengis menjadi penyayang, daripada malas menjadi rajin, daripada berdusta menjadi jujur dan sebagainya sifat-sifat terpuji yang akan terbentuk dengan solat.

Dirikan solat dengan ketetapan, dengan Istiqomah, Berterusan, bersungguh sungguh , dengan tulus mulus, sesuci hatimu, kebaikannya dapat kembali padamu, beruntunglah kamu

InshaAllah


Tuesday, November 25, 2014

IMD- Gangguan Pada Diri

              Masaalah Gangguan pada diri

 1 Adakah anda selalu terasa berdebar debar dan mudah terperanjat

 2 Adakah anda selalu terasa was was, keraguan dalam hati atau fikiran dan selalu berubah fikiran

3  Adakah anda selalu terasa malas, letih ,lemah dan mengantuk dan terasa hampir pitam

4 Adakah anda selalu bermimpi berjumpa binatang buas saperti ular, harimau,buaya dan mimpi buruk

5  Adakah anda sukar tidur diwaktu malam, apabila terjaga susah nak tidur kembali

6 Adakah anda terasa sejuk pada kaki,bisa tulang, lutut dan badan terasa seram sejuk

7 Adakah anda selalu terasa lapar dan makan banyak tapi badan anda kurus

8  Adakah anda seorang yang panas baran

9  Adakah anda selalu terasa sakit kepala, migrane

10 Adakah anda mengalami kemurungan, gila babi, sawan

11Adakah anda sukar mendapat jodoh,berkawan tapi sekejab sahaja 

Segala masalah yang mendatangi manusia, seperti di nyatakan dari point 1 hingga point 11 di atas adalah akibat gangguan syaitan, gangguan jin dan bunian, gangguan Nafsu dan perasaan
Akibat diri yang belum berjaya mengikhlaskan diri kepada Allah
Akibat diri tidak mengenali Allah, Tidak Yakin kepada Allah, dan Tidak mendapat Hidayah Allah
Nafsu dan bersangka sangka akibat tidak mempunyai Ilmu Islam, dan Akibat dari tipudaya syaitan

Untuk keluar dari masalah demikian, wajiblah menuntut Ilmu Tauhid dan jika berjaya mendalami tauhid, Yakin sepenuhnya dengan Allah, selamatlah daripada  sebarang gangguan. Silakan rujuk Sirah Rasulullah, tentulah kalian akan mengerti dan dapat memahami perkataan ini

InshaAllah kami tahu punca, Kami juga tahu kaedah merawatnya, dan dapat memberikan ilmu kepada sesiapa yang mahu dan mendapat Hidayah Allah, silakan e mail kepada nuranugerah@hotmail
atau jika ada kuasa dapatlah telefon 0132611778 atau 0196313202 bertanyalah, ada ilmunya jika sudi, datanglah bertamu, inshaAllah

Monday, November 24, 2014

IMD- Masalah Pekerjaan

Masaalah Pekerjaan

1 Adakah anda bermasalah ditempat kerja, kurang minat bekerja, malas dan bertangguh dalam urusan kerja - Penyakit atau masalah ini sering menjelma di kalangan sesiapa saja yang tidak punya Ilmu Tauhid, tak dapat Hidayah Allah, tidak Ikhlas menauhidkan Allah. 

Inilah punca kelemahan manusia yang lahirnya Islam, tetapi salah pilih dalam menuntut Ilmu hanya menurut telunjuk semasa yang di sukai manusia kebanyakan, sedangkan Ilmu Islam yang pertama ialah Fardhu Ain, seterusnya mendalaminya, agar awaludin makrifatulloh. Kerana tiada hidayahNya memimpin itulah setiap yang mendatang hanya menjadi beban masalah, tidak tahu untuk menilai dan memilih kebaikan, agar dapat keluar dari masalah

Seterusnya maslah kepada yang ada sijil, dploma, degree, tidak dapat membawa kebaikan pada diri. Yang ada nampak kebaikan pula, terlalu mengingat Prestasi diri, kemampuan diri, tak ada ingatan, Allah menghidyahkan dan mengizinkannya, Jadi apakah benar kita punya diri Muslim, sekiranya tidak ingat dan mahu Berserah Allah sebulat bulatnya?


2 Adakah Anda tidak disukai rakan rakan sejawat tanpa anda ketahui sebab sebabnya
  Jika sudah puasa kamu berfikir, dan mencari Jalan, namun suasana yang kamu tempuh seperti itu juga, ketahuilah ya, kamu belum ada Ilmu yang Benar tentang Allah, itu sebab kamu tidak dapat Ingat dan memohon kepada Allah kebaikan, agar dirimu tidaklah selalu berfikiran negatif berpanjangan.


Hanyalah Ilmu Tauhid dapat menenangkan diri,  Tenteram jiwa yang mengingat dan menyebut Allah
Dunia hari ini, melalaikan pendidikan tauhid, akibat ketiadan guru, alim ulamak, sebahagiannya di matikan oleh Allah, sebahagian lagi duduk di hujung hujung kampung, jika tak ada berfikir dan mahu mencari, tiada pimpinan Allah, sukarlah menemui

Silakan bermohon kepada Allah, yakinlah, sesiapa yang berjalan kepada Allah, AKU berlari kepada mu, tentulah lebih cepat mendapat hidayahnya sekiranya tidak syirik, tidak menyengutukan Allah dengan selainnya. InshaAllah ya

3 Adakah Anda sudah lama bekerja tapi masih di  tahap yang sama walau pun rakan anda sudah naik pangkat - Berdasarkan laporan Prestasi, serta hubungan diri dengan majikan, Pegawai Atasan dan rakan seperjuangan, jika kamu Ingat Rezeki dari Allah, dalam hal usha ikhtiar kita ada berbagai jalan untuk mencapainya. Sepatutnya menjadi Muslim, wajiblah senantiasa berserah Allah dan memohon kebaikan, dengan dirimu mengamalakan kebaikan kepada semua


InshaAllah ya

Topik ini hanyalah mendetails kan apa yang sudah di catatkan di topik Ilmu Merawat Diri
Hanyalah Ilmu Tauhid yang dapat merawat diri. Namun ilmu tauhid itu hanyalah bila diri Yakin menetap dan Jitu, mudahlah jalanmu

Sebagaimana terdahulu  jika Ingin bertanya, silakan e mail: nuranugerah@hotmail.com
Jika  ada kuasa boleh menelefon silakan telefon 0132611778 atau 0196313202

subhanallah wahdahu la syarikalah




Friday, November 21, 2014

الوراق

Tingkat-tingkat Warak

Perentah Allah adalah agar manusia yang percaya bertaqwa, dan berbuat kebaikan, melepaskan hajat orang lain, beramal soleh dan sebagainya

Dan Warak itu milik peribadi yang sudah bertaqwa, yang mana ia beramal menurut kehendak Allah dan RasulNya, Sebelum mencapai Taqwa, hanyalah langkahnya berawas diri dalam menuju tingkatan Taqwa



Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumiddin pada bab Ilmu Pengetahuan, warak terdiri daripada 4 tingkat:

1.    Tidak melakukan perkara yang jelas haramnya. Ini tingkat biasa.
Berdasarkan keterangan Allah, yang Halal itu nyata, yang haram itu nyata, maka Islam itu mudah, kata ibnu Kathir, jika kamu melakukan yang Wajib sahaja, itu memberikan maksud Islam itu mudah, mudahnya sekiranya kamu melaksanakan segala kewajipan kamu

2.    Tidak juga melakukan perkara yang meragukan (syubhat). Ini tingkat orang-orang soleh.
Sekiranya sudah mahirlah peribadi melakukan segala yang di wajibkan ke atasnya, tentulah akan menjadi automatic hidayah Allah memimpinnya agar tidak masuk ke dalam yang syubhah, itulah Hidayah Allah memimpinnya melakukan amalan soleh

3.    Tidak juga melakukan perkara yang halal tetapi dikhuatiri terbawa kepada yang haram. Ini tingkat orang-orang muttaqin.
Takut melakukan yang Halal itu adalah kerana, bahayanya nikmat Allah dalam kesenangan, lalai untuk mensyukurinya, kerana Allah juga menyatakan, manusia bila sudah terantuk baru dapat merasa, kerana ini ujian kepayahan di datangkan oleh Allah, perentahnya agar mukmin Jangan Melampau

4.    Berpaling (meninggalkan) selain kepada Allah Taala. Kerana takut terpakai meskipun sesaat umur kepada yang tidak mendatangkan faedah, sekalipun perkara itu tidak akan membawa kepada yang haram. Ini tingkat orang-orang siddiqin.
Bila kita masuk ke dalam sistem Demokrasi, payahlah untuk kita keluar darinya, kerana itulah banyak masalah di tempuhi oleh parti Islam. Kerana itulah ada kata kata mereka hanya menggunakan Islam untuk kepentingan mereka sahaja. Syirik dan bermakna kita ikut telunjuk kesesatan apabila kita masuk bersama sama dalam sistem demokrasi, kita sambut dengan berdoa bila merdeka, sebenarnya kita mendokong Syirik, murtad, zalim, kerana tidak meletakkan hukum hakam Allah di atas kehidupan kita, Kerana inilah walaupun masyur di gelar alim ulamak, tetapi adakalanya, mengeji, menuduh dengan prasangka, tidak dapat menjadi Siddiqin

Silakan ya, sebab inilah Warak itu di atas daripada Taqwa
Dan Warak juga adalah langkah langkah sebelum mencapai Taqwa,
yakni berawas awas, agar tidak masuk dalam gerakan syirik yang sesat dan sekadar menjadi Permainan dan senda gurau sahaja, sia sia lah Kehidupan sebegitu

IMD- Masalah Rumahtangga

Masalah Rumahtangga

1 Adakah anda dan pasangan anda sering bertelingkah walaupun disebabkan masaalah yang kecil.


Sebelum menikah, pijak semut pun tak mati, waktu makan pun tak gelojoh, tak ada keburukan dan kekejian di tunjukkan untuk mengambil hati. Satelah menikah, satelah bersatu, kenapa boleh ujud berbagai masalah, kenapa ada benci, kenapa ada sangsi, kenapa ada cemburu buta, Begitulah selalunya ujian menjelma akibat belum berjaya Ikhlas

2  Adakah anda sering merasa marah atau benci bila melihat pasangan anda
Mula mula sayang kenapa satelah beberapa waktu berlalu, boleh muncul benci. Demikianlah apabila tidak berjaya Ikhlas, dunia hari ini pula kedua dua suami dan isteri, ramai saja keluar rumah bekerja, Harus bukannya Wajib, namun kemiskinan itu mendatangkan masalah, jika kita sertai tanpa ada ilmu akan ujudlah lain lain masalah kerana kehidupan masakini hanyalah permainan dan senda gurau

3 Adakah pasangan anda panas baran dan terlalu sensitive
kes panas baran boleh baca di topik khas: BARAN

4 Adakah isteri anda sukar hamil atau kerap keguguran atau kandungan hilang, datang haid sakit
Pernikahan , adanya bersatu dalam persetubuhan itu memungkinkan menambah zuriat keturunan, Dan Syaitan berhajat mempersendakan manusia yang belum Ikhlas itulah kejayaan syaitan mempermainkan diri sendiri, jadi ada baiknya carilah Ilmu bagi menambah baik peribadi masing masing

5 Adakah anak anak anda bermasaalah dari segi sosial,moral, pelajaran,perhubungan sesama insan
Akibat tiada ilmu, wujudlah kepayahan dan memungkin menjadi penurut sesutu dengan tanpa ilmu, hanyalah menurut nafsu, berasal dari percampuran darah keturunan ibubapa Sekiranya belum Ikhlas tentu saja Syaitan dapat menguasai

PenawarNya

Kesemua masalah itu dapat di selesaikan apabila kamu mempunyai Ilmu, dan IMD dapat membantu
IMD ialah Ilmu Merawat Diri, ilmu menjaga diri, bersabitan dengan Ilmu Tauhid, Ingat Allah dan mohonkan kebaikan. Kejayaan dalam memohon Allah bantu adalah bukti keimanan. Jika tak punya ilmu tentu saja banyak persangkaannya, maka itu semuanya adalah mainan dan tipudaya nafsu syaitan

Silakan e mail: nuranugerah@hotmail.com
Silakan telefon: 0132611778/ 0196313202 jika berhajat mendapatkan Ilmu

Segala galanya mungkin , jika Allah izinkan dan hidayahkan, sebagai tanda Allah redha dirimu mendapatkan IlmuNya, mendekati DIRINYA

subhanallah wahdahu laa syarikalah

Friday, November 14, 2014

semPURNA

Sempurna nya diri bukanlah di mata manusia, dapat di perakui manusia, melainkan, Allah telah nyatakan. Maksudnya hanya Muhammad saw itulah yang sempurna, menyempurnakan penyampaiannya kepada manusia dan jin, tentang Islam dan kebenaranNya,

sebab itulah dia di katakan, maksom yakni Terpelihara dan lagi Allah mengesahkannya: tiadalah muhammad itu berkata melainkan wahyu yang di wahyukan - Allah redha muhammad itu menjadi Ikutan yang baik kepada manusia dan jin



Jadi tak bergunalah tuduhan kepada sesiapa saja, bila kamu mengeji, dia lah yang sempurna
Kejian kamu itu kerana kamu tidak menyintai Islam, tidak menyintai muhammad saw, dan tidak menyintai Allah, kamu seperti kafir quraish malahan lebih teruklah kerana walaupun tahu muhammad saw itu al amin, apabila muhammad menyampaikan Islam, di bantah, dibangkang, di tuduh pula gila dan sebagainya

Akibat tidak memahami AlQuran, mengaku sajalah, sebagai Muslim tapi tak mengingat apa apa yang terkandung di dalam alQuran itu, jadilah seperti Buih, subhanallah

Tuduhan tuduhan yang di lemparkan, terutamanya keji mengeji itulah daripada bisikan nafsu syaitan
dan masih Kafir dan munafik lah
kerana Kafir dan munafik itu, walau kamu sampaikan atau tidak sampaikan, mereka tetap tidak berbuat apa apa, subhanallah - Hidayah Allah tidak singgah dan melekat di hati munafik dan kafir

jadi silakan perbaiki diri masing masinglah, semuga terjauh dari Persangkaan Nafsu Syaitan

InshaAllah


Wednesday, November 12, 2014

ya RABB

Siapakah Rabb (Penguasa) Kita? (bukan manusia lah ya)

Alhamdulillahi nahmaduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa naudzu billahi min syururi anfusina wa min sayyiati a’malina, man yahdillahu fala mudhillalahu, wa man yudhlilhu fala hadiya lahu.

Asyhadu an laa ilaha illallahu, wa asyhadu anna muhammadan abduhu wa rasuluhu.

 Ya ayyuha alladziina amanuu ittaquullaha haqqa tuqatihi wala tamuutunna illa waantum muslimuuna

 Ya ayyuhannasu ittaqu rabbakum al-ladzi khalaqakum min nafsin wahidatin wa khalaqa minha zaujaha, wa batsta minhuma rijalan katsiran wa nisa’an, wattaqullaha al-ladzi tasa’aluna bihi wal arham innallaha kana ‘alaikum raqiban.

 Ya ayyuhalladzina amanu ittaqullaha wa qulu qaulan sadidan yashluh lakum a’malakum wa yaghfir lakum dzunubakum wa man yuthi’illaha wa rasulahu faqad faza fauzan’adziman.

 Amma ba’du:

Bahwa sesungguhnya nikmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang dilimpahkan kepada hamba-Nya baik manusia, jin dan lainnya sungguh tiada terhingga banyaknya dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga mencukupi semua keperluan hamba-hambanya, sehingga tidak mungkin manusia maupun jin mampu menghitungnya meskipun memakai alat yang tercanggih teknologinya.

IBADAH 500 TAHUN Hanya Sebanding dengan Satu Kenikmatan

Dari Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju kami, lalu bersabda, ‘Baru saja kekasihku Malaikat Jibril keluar dariku dia memberitahu, ‘Wahai Muhammad, Demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran.

Sesungguhnya Allah memiliki seorang hamba di antara sekian banyak hambaNya yang melakukan ibadah kepadaNya selama 500 tahun, ia hidup di puncak gunung yang berada di tengah laut. Lebarnya 30 hasta dan panjangnya 30 hasta juga. Sedangkan jarak lautan tersebut dari masing-masing arah mata angin sepanjang 4000 farsakh. Allah mengeluarkan mata air di puncak gunung itu hanya seukuran jari, airnya sangat segar mengalir sedikit demi sedikit, hingga menggenang di bawah kaki gunung.

Allah juga menumbuhkan pohon delima, yang setiap malam mengeluarkan satu buah delima matang untuk dimakan pada siang hari. Jika hari menjelang petang, hamba itu turun ke bawah mengambil air wudhu’ sambil memetik buah delima untuk dimakan. Kemudian mengerjakan shalat. Ia berdoa kepada Allah Ta’ala jika waktu ajal tiba agar ia diwafatkan dalam keadaan bersujud, dan mohon agar jangan sampai jasadnya rusak dimakan tanah atau lainnya sehingga ia dibangkitkan dalam keadaan bersujud juga. Demikianlah kami dapati, jika kami lewat dihadapannya ketika kami menuruni dan mendaki gunung tersebut.

Selanjutnya, ketika dia dibangkitkan pada hari kiamat ia dihadapkan di depan Allah Ta’ala, lalu Allah berfirman, ‘Masukkanlah hambaKu ini ke dalam Syurga karena rahmatKu.’

Hamba itu membantah, ‘Ya Rabbi, aku masuk Syurga karena perbuatanku.’

Allah Ta’ala berfirman, ‘Masukkanlah hambaKu ini ke dalam Syurga karena rahmatKu.’ Hamba tersebut membantah lagi, ‘Ya Rabbi, masukkan aku ke syurga karena amalku.’

Kemudian Allah Ta’ala memerintah para malaikat, ‘Cobalah kalian timbang, lebih berat mana antara kenikmatan yang Aku berikan kepadanya dengan amal perbuatannya.’

Maka ia dapati bahwa kenikmatan penglihatan yang dimilikinya lebih berat dibanding dengan ibadahnya selama 500 tahun, belum lagi kenikmatan anggota tubuh yang lain. Allah Ta’ala berfirman, ‘Sekarang masukkanlah hambaKu ini ke Neraka!’

Kemudian ia diseret ke dalam api Neraka.

Hamba itu lalu berkata, ‘Ya Rabbi, benar aku masuk Syurga hanya karena rahmat-Mu, masukkanlah aku ke dalam SyurgaMu.’

Allah Ta’ala berfirman, ‘Kembalikanlah ia.’

Kemudian ia dihadapkan lagi di depan Allah Ta’ala, Allah Ta’ala bertanya kepadanya, ‘Wahai hambaKu, Siapakah yang menciptakanmu ketika kamu belum menjadi apa-apa?’

Hamba tersebut menjawab, ‘Engkau, wahai Tuhanku.’

Allah bertanya lagi, ‘Yang demikian itu karena keinginanmu sendiri atau berkat rahmatKu?’

Dia menjawab, ‘Semata-mata karena rahmatMu.’

Allah bertanya, ‘Siapakah yang memberi kekuatan kepadamu sehingga kamu mampu mengerjakan ibadah selama 500 tahun?’

Dia menjawab, ‘Engkau Ya Rabbi.’

Allah bertanya, ‘Siapakah yang menempatkanmu berada di gunung dikelilingi ombak laut, kemudian mengalirkan untukmu air segar di tengah-tengah laut yang airnya asin, lalu setiap malam memberimu buah delima yang seharusnya berbuah hanya satu tahun sekali? Di samping itu semua, kamu mohon kepadaKu agar Aku mencabut nyawamu ketika kamu bersujud, dan aku telah memenuhi permintaanmu!?’

Hamba itu menjawab, ‘Engkau ya Rabbi.’

Allah Ta’ala berfirman, ‘Itu semua berkat rahmatKu. Dan hanya dengan rahmatKu pula Aku memasukkanmu ke dalam Syurga. Sekarang masukkanlah hambaKu ini ke dalam Syurga! HambaKu yang paling banyak memperoleh kenikmatan adalah kamu wahai hambaKu.’ Kemudian Allah Ta’ala memasukkanya ke dalam Syurga.”

Monday, November 10, 2014

BARAN

Baran ialah meningkatnya Nafsu Ammarah dalam diri sesorang itu
Berdasarkan hadis perkataan nabi, Ammarah itu daripada syaitan

Wujud kerana dalam diri manusia itu belum Ikhlas kepada Allah
Belum Ikhlas kepada diri sendiri

Ada sikap prejudis, bersangka sangka dalam dirinya
terbit daripada dalam diri yang menyukai bisikan syaitan
akibat dari tak boleh Ikhlas menauhidkan Allah

kena Ingat ya
Hanya Hamba Hamba KAMI yang IKHLAS, Syaitan tidak dapat menguasai

inilah utamanya kena menuntut Ilmu Tauhid
Awaludin Makrifatulloh
sekiranya dah khatam Fardhu Ain, usahakanlah mendalami tauhid
melalui

Amalan diri
1. Amalkan dulu Islam kamu, semuga Iman masuk ke hati kamu
    Iman masuk ke hati itulah ujudnya percaya, jika amal itu mendatngkan bukti, lagilah bertambah percaya tentulah Yakin kepada Allah

2. Carilah Guru yang dapat membimbing diri kamu. Guru yang tanpa bertanya sudah tahu dan dapat membuang negativiti daripada diri kamu,

Pastikan apa yang kamu dapatkan itu, ada sanad dan riwayatnya yang SAHIH

hanyalah Ilmu TAUHID yang dapat menghidarkan diri daripada Baran dan Ammarah
sebab itu Ulamak menyatakan, Tingkatkan lah diri kita daripada Nafsu yang rendah, kepada Nafsu yang Tinggi yang mengutamakan ILMU, dan berfikir agar dapatlah memandu diri ke arah kebaikan
Ulamak Tasauf menyatakan ada 7 tingkatan Nafsu
sila tingkatkan diri sampai kepada, wahai Nafsu yang terbaik, Jiwa yang Terbaik, Masuklah kamu dalam kebaikan

InshaAllah
sila rujuk tulisan dalam ini Blog pada bulan June 2012, ada topik Ilmu Merawat Diri, yang dapat membantu jika mahu, inshaAllah

Saturday, November 8, 2014

sAHABAT

Siapakah yang patut menjadi Sahabat kamu?

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

 Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

Mari kita melihat ke dalam Sirah Rasulullah, agar jelas pada kita ciri ciri Ansar kepada Muhajirin sewaktu Hijrah yang menjadi Tarikh Penting Islam.


Orang Ansar menemui Muhammad SAW dan menyatakan, Kebun Tamar kami luas, berilah separuh darinya kepada sahabat Muhajir, namun Rasulullah tidak membenarkannya. Kemudian keluar pula pendapat, agar Muhajir menguruskan kerja ladang/ kebun tamar milik Ansar dan pendapatannya di bahagi dua, cadangan tersebut di terima pakai

Satelah itu, berlakulah ciri persahabatn Islam, yakni yang lebih iktiar usaha ke atas kebun dan ladang tamar itu adalah tuan punyanya, Ansar. kepada Ansar, janganlah menyusahkan sahabat Muhajir
Demikianlah ya, maksud sahabat itu, sentiasa bersedia, mengutamakan sahabat daripada diri sendiri

Jika di telitikan sewaktu Perjalanan Hijrah Muhammad SAW dengan Abu Bakar Siddik itu, Abu Bakar silih berganti ke hadapan dan kemudian dibelakang Muhammad SAW. kenapa begitu?
Kerana menjaga sahabat yang Mulia, sebagai Ikhtiar manusia walupun Allah itu Maha Kuasa atas Setiap Sesuatu

Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

  “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)


  Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?  Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



 Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”


 Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja orang yang  seperti berikut:
1. Orang yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Orang yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Orang pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Orang pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Semuga ada Hidayah menimpa kita, agar tenang tenteramlah diri, dan sejahtera
InshaAllah


Wednesday, November 5, 2014

MANusia

Manusia adalah Ciptaan Allah yang Terbaik - ada Zahir yakni tubuh fizikal, ada Bathin yakni Roh, Jiwa, Hati, akal, - apabila sampai tempoh nya, Roh meninggalkan Jasad, matilah manusia itu dan di kenal sebagai MAYIT

Pertama tama manusia adalah Adam - nabi - dan daripada keinginannya- ujudlah Hawa. Inilah maksud Allah menyatakan, manusia itu asalnya SATU, dari yang SATU

Manusia yang tidak menurut Islam, suka memberikan alasan, bahawa manusia itu lemah, hina, pelupa, tergesa gesa. Itu semua menurut dasar kejadian yang tanpa Ilmu. Satelah Allah menciptakan Adam A.S dan ALLAH memberikannya ILMU, maka meningkatlah Darjatnya, itu lah Allah perentahkan sekalian makhluk yang berkhidmat kepadaNYA untuk Sujud kepada Adam A.S
kecuali Iblis yang sombong (persangkaannya dia lebih baik daripada Adam A.S) dan di sebabkan peristiwa itulah, Iblis telah Kufur Nikmat dan di halau keluar dari SYURGA

Namun Iblis meminta tempoh hendak membuktikan yang manusia itu bukanlah makhluk Allah yang terbaik. Kerana inilah ISLAM mewajibkan umatnya Menuntut ILMU, dan Allah mengangkat Darjat Ilmuan, ke tingkatan yang lebih Tinggi, sesuailah dengan Islam yang Tinggi
Amal Ibadah Islam tidak dapat memberikan fazilat kepada diri jika tanpa Ilmu Pengetahuannya

Sila TELITIkan ya, ILMU apakah yang di WAJIBkan kita menuntutnya
Agar diri kita tidaklah seumpama BUIH, yang tidak dapat Sedar dan tidak dapat menambah baik diri

ILMU itu daripada Al ALIM yakni Yang Maha Mengetahui, yang bersifat Aliman dan sifat itu tidaklah terasing dari ZAT, bersatu TEGUH, bersedia, tiada kelemahan, SubhanAllah

Sesiapa yang menolong ALLAH, ALLAH akan meneguhkan Tapak Pendiriannya

Sesiapa yang di sesatkan oleh Nafsu Syaitannya, pilihannya sendiri, TIADA sesiapa dapat Hidayahkannya

ingatlah
Tiap tiap DIRI adalah Pemimpin, perhatikanlah, sekiranya beriman, Peliharalah Dirimu dan ahli Keluarga kamu daripada siksa api NERAKA yang bahan Bakarnya adalah manusia dan batu

Tuntutlah ILMU daripada Pewaris para nabi, kerana itulah Jalan Lurus, yang dapat Menjaga diri, menambahbaik diri dan dapat menolong lain orang - inilah juga maksud kena jaga Sanad dan Riwayat ilmu itu bagi memastikan kebenarannya - juga maksud wasilah ilmu - Rabbitah ilmu

untuk keluar dari alpa dan lalai, hendaklah Ingat akan ILMU, Ingat akan Allah, seboleh bolehnya, setiap kali Hela Nafas itu ada ALLAHnya, semuga dapatlah diri di peliharanya, menambah Kecintaan, dan mesranya, InshaAllah

Silakan ya

Monday, November 3, 2014

Dajjal dan Pengikutnya yang ramai/ banyak

Dajjal itu akan muncul, di dahinya ada bertulis "kafir" dan sebelum munculnya Dajjal sebenar, ada lebih dari 30 dajjal sebelumnya - kalian boleh rujuk Hadis dan cerita berkaitannya ya

Dajjal itu di khabarkan, bermata satu


Internet dan Syaitan
Dengan wujudnya dunia berInternet di serata alam dan nusantara, Nafsu dan Syaitan lah banyak MENDAKYAHKAN KEBATILAN dan membuka Peluang, sesiapa sahaja menurut kehendak NAFSU

1. Situs situs yang di ketahui membawa kesesatan, seperti 'answering islam about' dan sebagainya. Memakai nama Islam tetapi membawa pemikiran sesat, Jika tanpa Ilmu dan Hidayah akan mudahlah terpedaya

2. Situs situs yang membawa pemikiran sesat, yang bukan aliran Sunnah dan Berjamaah

3. Situs situs yang menyangka, merekalah lebih Islam, daripada lain orang, lalu kunun saja mottonya, motto Islam, perangainya masih seperti munafik dan kafir

4. Diri diri yang masuk dan menyertai apa sahaja di dalam dunia berinternet yang tidak mengutamakan kebenaran Islam, tidak menauhidkan Allah, hanyalah menjadi pengikut Syaitan dan Dajjal

Internet dan Peralatan Dajjalnya
Dajjal itu bermata SATU - semua alatan, seperti komputer monitor, laptop, netbook,gadget, smartphone, adalah Ciptaan "KAFIR" - Umat islam dan manusia kebanyakkan adalah pengikut (follower) utama Dajjal
SubhanAllah

Made In "Kafir" sepertimana, di dahinya, ada "KAFARA"  maksudnya, Wajah Dajjal itu JELAS
jika ada Hidayahnya, perasan lah

Untuk peribadi yang tak mahu menjadi pengikut Dajjal, hendaklah YAKIN ALLAH, Ingat ALLAH, berpegang TEGUHlah dengan TALI ALLAH, menjadi SAKSI dan tetap menauhidkan ALLAH

agar tidak sia sia amalan, hakikat Penyaksian itu, fahami lah

Jangan lah suka mengeji dan suka menuduh lain Orang sahaja, silakan baiki diri masing masing, semuga tidaklah termasuk ke dalam golongan Follower Dajjal

Subhanallah