image

image

Monday, May 5, 2014

Nasihat TAUHID



Sesiapa yang menauhidkan Allah tanpa syirik, maka dia itu muslim bila bila pun dan di mana mana berada pun

 Yang Kafir itu: Orang yanmenyengutukan  Allah dalauluhiyyah-Nya setelah diterangkan dengan jelas kepadanya hujjah tentang bathilnya syirik.
Begitu juga orang yang memperindah syirik itu di hadapan manusia.
Juga orang yang menegakkan syubhat- syubhat yang bathil untuk membolehkannya
demikian pula orang yang melindungi tempat-tempat kemusyrikan tersebut semuanya dan memerangi orang yang mengingkari tempat-tempat itu dan yang berupaya menghancurkannya

Dalilnya:
Siapa yang kufur kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka dia telah berpegang kepada buhul tali yang sangat kokoh - Q2:256

Apalah art inya amal ibadah kalau pelakunya t idak kufur kepada t haghut , bahkan t idak mengetahui s iapakah t haghut dan jus t eru menjadi pelindung t haghut . Maka apa gerangan dengan s t at us t haghut it u s endiri yang melekat pada diri kebanyakan manus ia.
 
Dan sungguh Kami telah mengutus kepada setiap umat seorang rasul. (Mereka menyatakan): Beribadahlah kepada Allah dan jauhilah thaghut””. (An Nahl: 31)

Dan Kami tidaklah mengutus sebelummu seorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya:Sesungguhnya tidak ada ilah yang berhak diibadati kecuali Aku, maka beribadahlah kalian kepada-Ku (Al Anbiya: 25)
 

Laa ilaaha art inya be rle pas diri dari syirik dan para pe lakunya. Illallaah art inya mengamalkan Tauhid


Ras ulullah shallallaahu alaihi wasallam bers abda: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahwa tidak ada ilah yang berhak diibadati selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasulullah, mereka mendirikan shalat dan memunaikan zakat kemudian bila mereka melakukan hal itu, maka mereka telah menjaga darah dan harta mereka dari aku, kecuali dengan hak Islam, sedangkan perhitungan mereka adalah atas Allah Subhaanahu Wa Taaalaa . ( HR. Al Bukhari dan Muslim)
  
Para ulama telah ijma, baik salaf maupun khalaf dari kalangan para sahabat, tabi’in, para imam dan seluruh Ahlus Sunnah bahwa seseorang tidak menjadi muslim kecuali dengan cara membersihkan diri dari syirik akbar, kaitan darinya dan dari pelakunya, membencinya dan memusuhinya sesuai dengan kemampuan dan kekuatan serta memurnikan amalan seluruhnya kepada Allah

Islam adalah mentauhidkan Allah, beribadah kepadaNya saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, iman kepada Allah dan Rasul-Nya dan mengikuti beliau dalam apa yang beliau bawa. Bila seorang hamba tidak membawa hal ini, maka dia bukan muslim, bila dia bukan kafir muanid, maka dia adalah kafir yang jahil.  



Dalam Islam itu haruslah ada istislam (penyerahan diri) kepada Allah saja dan meninggalkan istislam kepada selain-Nya. Inilah hakikat ucapan kita: Laa ilaaha illallaah; siapa yang berserah diri kepada Allah dan kepada yang lainnya, maka dia musyrik, sedangkan Allah tidak mengampuni penyekutuan terhadap-Nya.  

Dan siapa yang tidak istislam kepada Allah, maka dia itu adalah orang yang menyombongkan diri dari beribadah kepada-Nya, sedangkan Allah mengatakan: Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari ibadah kepada-Ku, mereka akan masuk Jahannam dalam keadaan hina 

Semoga dapatlah setiap diri mengambil Ingatan dan beringat kepada Allah, memohon kemudahan dan keselamatan dariNya

inshaAllah

Saturday, May 3, 2014

Sunnah Terutama

Sunnah Termulia

Apa itu sunnah? sunnah ialah tauladan orang terdahulu

Maksudnya Perbuatan dan Perkataan dari orang terdahulu, Pengalaman mereka

Pada DIRI Muhammad itu ada Ikutan yang baik bagi kamu - itulah tauladan dariNya - kemuliaannya

Diri Patut IKHLAS - amalan tanpa Ikhlas, adalah sia sia

La ilaha ill 'allah - ucapan terbaik, ingatan terbaik, paling tinggi, termulia

MengESAkan Allah, Menauhidkan Allah, Termulia yakni Sentiasa berserah Allaah

Aku manusia seperti kamu, aku berpuasa dan berbuka, aku menikah dan beribadah, aku bersilaturahim bersama manusia lain - lalu ada yang bertanya: adakalanya tuan berpuasa berterusan? Dia menjawab, Allah memberi daku makan

Jawapan Allah memberi daku makan ialah Bukti, suci murni DIRI, BERSERAH ALLAH
Rasulullah, Tiadalah ia berkata, melainkan wahyu belaka, adalah Bukti Termulia, Darjat paling tinggi, dan itulah patut menjadi Ikutan Yang Terbaik, Termulia daripada setiap diri

Sebaliknya, di takdirkan bagi Kita Semua:

"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang

yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta
sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak)
nescaya kamu memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim)

Menanggapi Takdir tersebut kita kenalah
"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya
pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari
qiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat
(buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya
hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu
sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan
Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)


1.      Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:

"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian
ulama' hadith]

2.      Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:

"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

3.      Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi SAW
membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak
mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya; (b) menerangkan
kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.

Contoh yang pertama ialah sebagaimana Nabi saw membenarkan ijtihad para
sahabat mengenai urusan sembahyang 'Asar di Bani Quraizah dengan
sabdanya:

"Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat
Bukhari]

Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat larangannya
lalu menta'khirkan sembahyang 'Asar itu sampai selepas Maghrib. Dan ada
sebahagian yang lain tidak memahamkan demikian, mereka memahamkan bahawa
yang dimaksudkan nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana itu
mereka mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke Bani
Quraizah.

Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad sampai
kepada Nabi saw beritanya, dan Nabi saw tinggal berdiam diri tidak
membantah apa-apa.

Contoh yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin Walid
pernah memakan dab (serupa binatang biawak) kemudian dikemukakan orang
kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya
sebahagian sahabat:

"Adakah diharamkan makannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! cuma
binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar
kepadanya."

Selanjutnya pernah juga dinamakan sunnah itu suatu yang ditunjuki oleh
dalil syara', baik berdasarkan dalil Qur'an atau pun berdasarkan hadith,
mahu pun berdasarkan ijtihad para sahabat, seperti mengumpulkan mashaf
(Qur'an) dan menyuruh manusia membaca menurut suhuf 'Uthman, dan seperti
membukukan ilmu (menyusun dan mengarangnya).

Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith:

"Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah
khalifah-khalifah yang mendapat pertunjuk sesudahku." [Abu Daud &
Tarmizi]

Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari
Nabi saw dengan tidak difardukan dan tidak diwajibkan dinamakan sunnah.
Imbangannya ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah bid'ah;
talak yang dijatuhkan dalam haid menurut mereka dinamakan: talak bid'ah.

Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu: ialah suatu yang dipahalai
orang yang mengerjakannya, tidak disiksai orang yang meninggalkannya.

Menurut ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu: ialah suatu yang disunnahkan
Nabi saw atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti
azan dan berjama'ah.


Thursday, May 1, 2014

Demam Panas dan kaitan Mimpi

soalan daripada Forum di Halaqah.net

Assalamualaikum, Saya ingin penjelasan berkenaan mimpi saya 4 hari yang lepas dimana saya diserang demam panas pada tahun ini.
Malam sebelum saya demam, saya dapat rasa kelainan dalam diri saya dimana petanda2 demam sudah muncul. Pada malam tu jugak, saya bermimpi ibu saya menelefon pak ngah saya di Tapah dan menyatakan saya demam. Pada masa yg sama, disampaikan oleh ibu yang disuruhnya membaca surah yasin.
Pada hari berikutnya, demam saya amat melarat dan dapat merasakan yg kepala dan tapak tangan saya terlalu panas mengakibatkan saya berasa lesu. Saya hanya dapat mmbuka surah yasin dari youtube dan diulangi sebanyak 2 kali.
Pada keesokkan harinya, saya terlena sesudah asar akibat pengambilan ubat. kira kira dalam 2 jam tertidur, saya dapat mendengar seseorang membaca ayat 1000 dinar di telinga saya dengan amat jelas. Justeru saya terjaga dan tiada siapa disisi.
Minta jasa baik Ustaz mentafsirkan apa juga yang saya alami sekarang ini. Assalamualaikum

Dah lama tak berjawab jadi saya paste di sini, jika kalian yang boleh masuk ke Forum, silakan jika mahu copy jawapan ini

Daripada pengalaman yang kami temui
Demam Panas - ialah maksud JIN yang menjadi dampingan keturunan kamu, dalam kes ini, IBU kamu, yang mahukan kamu sebagai pewaris pusaka itu
waktu demam panas itulah JIN tersebut masuk ke dalam diri, panas tu sebab JIN diciptakan daripada api, Jika ada yang dapat scan, diri kamu, dia tidak memakai pertolongan JIN, dapatlah ia pengetahuan ini, sekiranya dia juga memakai dampingan jin, banyaklah kena buat persembahan, untuk menyambut Jin tersebut

Sebagai mengingat maksud Allah, adalah lebih baik buangkan dampingan Jin, Bunian syaitan tersebut, sebaik baik jin itu, sama dengan sejahat jahat manusia
Kerana jahat jahat manusia kita nampak kelibatnya, kelakuannya
Jin pula mohon dengan Allah agar manusia tak nampak mereka

Mendengar bisikan di telinga itu, adalah daripada bisikan makhluk halus, jin, bunian, syaitan
amatlah berbeda daripada Ilham, mukmin
Sekiranya dirimu Ikhlas, tiadalah syaitan dapat topple dirimu
 

silakan ya

Jika mahu bantuan dari kami, silakan telefon 0196313202
Kami di Shah Alam

InshaAllah, 

SubhanAllah, wahdahulaasyarikalah