image

image

Sunday, December 14, 2014

GiLa

Siapakah yang telah di tuduh gila?


Katakanlah : "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).
(Saba' 34:46)

Say: "I do admonish you on one point: that ye do stand up before Allah,- (It may be) in pairs, or (it may be) singly,- and reflect (within yourselves): your Companion is not possessed: he is no less than a warner to you, in face of a terrible Penalty." 



Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
(At-Takwiir 81:22)

And (O people!) your companion is not one possessed;
 


Pelajarannya
 
Begitulah contoh, orang yang suka menuduh, sebenarnya adalah syaitan manusia yang hanya bersangka sangka ( untuk lebih memahami bacalah topik "syaitan")

atau ingat sahaja ayat ini: 
 

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
(Yunus 10:36

But most of them follow nothing but fancy: truly fancy can be of no avail against truth. Verily Allah is well aware of all that they do. 


 Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'aam 6:112)

Likewise did We make for every Messenger an enemy,- evil ones among men and jinns, inspiring each other with flowery discourses by way of deception. If thy Lord had so planned, they would not have done it: so leave them and their inventions alone.


Kesimpulannya

Kita hendaklah sentiasa membuka fikiran, dan bersangka baik, jauhi pemikiran negatif dan sempit pemikiran

Untuk mencapai situasi dan kondisi demikian, hendaklah kita mengutamakan pendidikan Islam, pendidikan ilmu AlQuran dan Sunnah, semuga tidak mudah di sesatkan oleh Nafsu syaitan sendiri

Sucikanlah hati kita dan Bacalah, mohonlah Allah fahamkan, sila tuluskan diri

InshaAllah 
 

Friday, December 12, 2014

Jika? .... Bila!

Jika kamu sungguh Berkasih
kamu hanya Diam Memendam Rasa
Bila kamu Teringat Ingat
kepada siapa kamu cerita?

Jika kamu sungguh Bercinta
Segalanya hanyalah DIA
Ingatan hanya padaMU
Sebutan pun hanya Kamu

kamu tahu
Wujud Aku tersedia
Jika kamu Ingat
Bila kamu sedar
atas Rahmat AKU
bila Allah Izin

Benarlah Bila dah cinta akan selalu di ingat, selalu di sebut sebut
Engkaulah yang SATU
Dalam Hidup ku
tiada Ilah kecuali Allah

Bila dah sampai merasai sendiri
tiadalah ber dakwa dakwi
hanya di Ingati
yang HAQ sahaja

Jika demikianlah
sampailah HidayahNya padamu
Bahagia lah dirimu
Selamat lah, Sihat
Afiat

Jika benar?
Bila lurus

subhanAllah


Wednesday, December 10, 2014

Syaitan

Syaitan atau juga Setan, (Arab: شيطان) . Syaitan di dalam bahasa arab, bermaksud 'Penuduh(The Accuser), Speculator(Pembuat Andaian/Spekulasi)'. Syaitan terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Jin dan Syaitan Manusia - Jenis inilah yang selalu menghalang kerja dakwah, kerja para nabi dan Rasul Allah.

Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Allah, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan memperdaya Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak.

 "Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah, dipatuklah hatinya"
(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

 "Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah, lalu ia sujud, nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:"Ah...Celakalah aku. Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka"(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)

Dari Ibnu Masud dia berkata:Diceritakan(Allah)kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi),sabda Baginda:"Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

:"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap "Ahhh...",kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya."(Hadis Riwayat Bukhari).

"Dari Atha bin Yasr dia berkata:Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya, maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu, seakan-akan disuruhnya membereskan(meluruskan) rambut dan janggutnya. Maka orang itu mengerjakannya,kemudian ia kembali. Maka Rasullullah SAW bersabda:"Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."(Hadis Riwayat Malik)

Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid , maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan. Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid sehingga ia keluar darinya."(Hadis Riwayat Ahmad).

"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)

"Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjamaah,nescaya mereka dikusai oleh syaitan.Oleh sebab itu,hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan"
(Hadis Riwayat Abu Daud).

 Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah (mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat). Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya(darah istihadhah), lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar. Rasullullah bersabda:"Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."(Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)

"Apabila salah seorang kamu solat(sembahyang dengan memakai batas(Sutroh)(penghadang),lalu ada orang yang melintas dhadapannya(dalam kawasan solat,dibawah penghadang) maka hendaklah ia menghalanginya. Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan curiga,melintasi dengan sengaja berulang kali) maka boleh orang itu diperangi(usir atau dibunuh), kerana dia itu tidak lain adalah syaitan".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

 "Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu(dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan diri)pada celah-celahmu,bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya."(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

"Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan kepadanya,keperluan begini dan begitu. Maka janganlah ia menurutinya. Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya, maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya, maka janganlah diikutinya(mempercayainya)". (Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)


syaitan membuat mimpi buruk:Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud:"Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tga kali dan hendaklah membaca:
A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam".
Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".
(Hadis Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah).


Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, karena sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.[An - Nisaa' : 76]

Dan katakanlah: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.[Al-Mukminun:97]

Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku." [Al-Mukminun:98]

Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah. Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sengsara yang pedih di dunia dan di akhirat. Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan ,Allah akan membrikan penghargaan yang tidak terkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.
Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.[Al-Baqarah:169]

Sesungguhnya syaitan ini tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya.[An-Nahl:99]

Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.[An-Nahl:100]


"Katakanlah:"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia."
(Surah An-Nas:ayat 1-6)




Tuesday, December 9, 2014

LARANGAN DAN BAHAYA HASAD DENGKI

 daripada:

Ustaz Idris Sulaiman - http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2014/04/04/larangan-dan-bahaya-hasad-dengki/

Imam Al-Nawawi rahimahullah dalam kitab Riyadhus Salihin di dalam bab Haramnya Hasad menjelaskan pengertian hasad iaitu mengharapkan hilangnya nikmat dari seseorang sama ada nikmat agama atau dunia. Seseorang itu dikatakan hasad apabila dia melihat suatu kelebihan yang ada pada orang lain lalu dia merasa iri hati, dengki atau tidak senang dengan kelebihan yang ada pada orang itu.

Kadangkala hasad ada dalam diri tanpa kita sedar. Apabila kita tidak suka melihat nikmat pada seseorang, hakikatnya maksud di sebalik perasaan itu adalah kita mengharap agar nikmat itu hilang dari orang tersebut, dan inilah yang diertikan dengan hasad.

Buktinya kalau orang itu memiliki kelebihan harta, orang yang hasad merasa benci dengan kelebihannya itu. Apabila ditakdirkan orang kaya itu jatuh miskin, orang yang hasad menjadi gembira. Di sini kita dapat fahami bahawa dia berharap hilangnya nikmat dari orang tersebut.

Larangan hasad adalah umum. Baik hasad dalam urusan dunia mahupun agama, kedua-duanya dilarang dan kedua-duanya haram. Contoh hasad dari segi kelebihan agama misalnya dari segi ilmu agamanya, kelebihannya mampu mengajar, ramai murid, banyak menulis kitab, banyak beribadah, banyak bersedekah, rajin berpuasa, dikurniakan rezeki dari Allah untuk setiap tahun pergi umrah, haji, dan seumpamanya. Ini adalah kelebihan agama di mana orang yang hasad tidak suka melihat orang yang dikurniakan kelebihan ini.

Adapun kelebihan dunia, misalnya orang itu mempunyai banyak harta, rumah besar, kereta besar, kedudukan tinggi, bangsawan, VVIP, banyak kita lihat berlaku di mana sebahagian orang merasa tidak senang sehingga timbul persepsi negatif seperti mengatakan orang itu rasuah, kroni, melakukan penyelewengan dan sebagainya, seakan-akan tidak ada cara untuk menjadi kaya kecuali dengan cara tidak baik.

Hasad adalah suatu yang dilarang bahkan termasuk dalam dosa besar sehingga orang yang hasad wajib bertaubat daripadanya. Bahkan hasad termasuk sifat-sifat orang Yahudi. Seperti mana firman Allah, “Adakah mereka hasad (dengki) kepada manusia (yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad) lantaran kurniaan yang telah Allah berikan kepadanya.” (Al-Nisa: 54)

HASAD ADALAH SIFAT KAUM YAHUDI

Orang yahudi merasa hasad dengan risalah kerasulan yang diberikan kepada Muhammad SAW. Allah melantik Muhammad SAW sebagai utusan Allah dan ini adalah kelebihan agama yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad saw. Orang Yahudi merasa benci dan tidak redha dengannya.

Jika kita lihat sejarah, ketika Nabi sallallahu’alaihiwasallam berhijrah ke Madinah, ternyata terdapat orang yahudi yang menetap di sekitar Bandar Madinah ketika itu, iaitu tiga kabilah Yahudi; Bani Qainuqa’, bani Nadhir, Quraidzah. Ini adalah tiga kabilah yahudi yang berhijrah ke Madinah sedangkan asal mereka dari utara di Syam.

Sejarah menunjukkan mereka berhijrah ke Madinah lantaran apa yang mereka dapati dalam kitab Taurat mereka di mana disebutkan tanda-tanda akan datangnya Rasul akhir zaman dan Baginda akan datang di jazirah arab dan disebutkan ciri-ciri tempat Baginda akan datang. Jadi orang Yahudi sudah maklum akan datangnya rasul akhir zaman.

Para rasul sebelum Muhammad SAW semuanya datang dari kaum Bani Israil. Mereka semua datang dari keturunan Nabi Ibrahim alaihissalam. Juga disebut dalam Al-Quran bahawa Allah memilih Bani Israel daripada semua bangsa yang lain. Allah memilih Bani Israil sebagai kemuliaan buat mereka. Namun kita dapat melihat apa yang dilakukan oleh orang-orang yahudi atas kelebihan nikmat yang Allah beri kepada mereka (mereka melanggar perjanjian dengan Allah).

Maka mereka berhijrah ke Madinah untuk menanti datangnya Rasul akhir zaman. Dalam Al-Quran Allah berfirman, “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Sungguh sebahagian mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.” (Al Baqarah: 146)

Kita semua kenal anak-anak kita, tidak mungkin kita tersilap. Begitulah Allah umpamakan orang-orang Yahudi; mereka tahu sifat-sifat Rasul akhir zaman. Tidak hairanlah bagaimana mereka menjumpai Madinah dan mereka tidak tersilap pergi ke tempat lain. Mereka tahu bahawa Nabi akhir zaman akan sampai ke sini.

Apabila Nabi Muhammad tiba ke Madinah, perkara pertama yang orang Yahudi lihat adalah Baginda bukan dari Bani Israel, bukan dari bangsa mereka. Ternyata kelebihan yang telah Allah berikan kepada Bani Israil, bahawa para Rasul semua datang dari bangsa mereka, membuat mereka takbur, ujub, dan mereka melihat diri mereka lebih tinggi dari orang lain. Mereka melihat mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah.

Jadi apabila Nabi Muhammad berbangsa Arab, mereka tidak menerima kerasulan Muhammad SAW kerana perbezaan bangsa, dan mereka mahu kelebihan risalah yang ada pada Muhammad dihilangkan daripada Baginda SAW. Maka hasilnya adalah hasad. Ini yang kita katakan bahawa hasad adalah sifat tercela yang sinonim dengan sifat orang Yahudi.

Allah berfirman, “Ramai daripada Ahli Kitab sangat mengharapkan kalau sekiranya mereka dapat mengembalikan orang-orang yang beriman kepada kekufuran kerana perasaan hasad yang ada pada diri mereka.” (Al-Baqarah: 109)

Kesimpulannya, permusuhan orang-orang kafir secara amnya dan orang-orang yahudi secara khasnya terhadap orang Islam adalah akibat perbezaan agama itu. Hal ini membuatkan mereka sedaya upaya ingin menyesatkan orang Islam.

Mereka ingin menyesatkan umat Islam bukan semestinya kerana mereka melihat agama mereka benar dan agama Islam itu sesat. Bahkan ada kemungkinan kerana hasad semata-mata. Mereka tidak redha kelebihan itu ada pada orang Islam maka mereka ingin keluarkan orang Islam dari agama ini dan mereka tidak peduli sama ada orang Islam yang murtad itu akhirnya masuk kristian, yahudi atau agama lain. Kerana tujuan mereka adalah ingin menghilangkan kelebihan yang ada pada orang Islam, yang penting adalah manusia meninggalkan Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

AKIBAT HASAD

Orang yang hasad secara tidak langsung menolak takdir Allah SWT. Apabila orang itu benci apa yang ada pada orang lain, ini menunjukkan orang itu tidak menerima apa yang Allah takdirkan. Kerana apa juga yang berlaku dalam dunia ini adalah ketentuan Allah.

Sifat buruk orang hasad dapat diibaratkan sebagai bara api dalam jiwa yang memakan diri sendiri sedikit demi sedikit. Orang yang hasad terus merasa tidak senang dengan orang yang dia hasad itu dan terus mengawasi serta mencari-cari kesalahannya akibat perasaan tidak puas hati itu.

Hasil dari hasad tidak berhenti di situ, ia terus berkembang ibarat barah yang akhirnya menimbulkan sifat permusuhan, melampaui batas, dan menzalimi orang yang dia hasad, yang berakibat orang yang dizalimi itu akan berhak menuntut keadilan pada Hari Perhitungan kelak kerana dizalimi ketika di dunia.

Bermula dengan perasaan dalam hati, akhirnya dizahirkan dengan kata-kata atau perbuatan. Boleh jadi kata-kata itu benar dan boleh jadi dusta. Namun oleh kerana ia lahir dari sifat hasad, kata-katanya terhadap orang yang dia hasad itu menjadi buruk walaupun ia benar. Ini kerana ia dibina atas asas yang batil, maka kata dan tindakannya terhadap orang yang dia hasad itu tertolak dan dianggap buruk.

Orang yang hasad akan terus mendapat natijah yang buruk. Lebih buruk adalah sifat hasad yang ada padanya tidak akan mengubah takdir Allah. Akhirnya ia adalah sifat buruk yang membinasakan diri sendiri. Seperti mana diriwayatkan dalam hadis sahih di mana Nabi pada satu hari menunggang haiwan tunggangannya dengan Ibnu Abbas menunggang di belakangnya. Kesempatan itu diambil oleh Rasulullah SAW untuk memberi pesanan serta nasihat kepada anak muda yang bersamanya itu. Maka Baginda bersabda,

“Wahai anak muda, sesungguhnya aku akan mengajarmu beberapa kalimat: Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu, jagalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia bersamamu. Bila kau memohon maka mohonlah pada Allah dan bila kau meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya sekiranya seluruh manusia bersatu untuk memberimu manfaat, nescaya mereka tidak akan memberi manfaat apapun kepadamu selain yang ditakdirkan Allah untukmu. Dan sekiranya mereka bersatu untuk memudaratkanmu nescaya mereka tidak akan memudaratkanmu kecuali yang telah ditakdirkan Allah atasmu. Pena (yang menulis takdir) telah terangkat dan lembaran-lembaran (tempat menulis takdir) telah kering.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmizi)


CARA HINDARI HASAD

Maka kalau seseorang itu dapati dirinya ada hasad kepada orang lain, hendaklah dia bertakwa kepada Allah, kerana takwa adalah kunci segala kebaikan, sepertimana tidak ada takwa adalah sebab segala kejahatan. Dengan taqwa kepada Allah, orang itu mengingatkan dirinya dan melawan sifat hasad yang ada dalam hatinya itu.

Nasihat para ulama, apabila seseorang itu dapati dirinya ada perasaan hasad, ubatnya adalah hendaklah cepat-cepat beristighfar serta mendoakan keberkatan (kebaikan) buat saudaranya itu. Daripada berharap agar kebaikan itu hilang daripadanya, lebih baik mendoakan agar kebaikan itu kekal dan semoga Allah melimpahkan keberkatan atasnya. Hal ini tidak akan memudaratkan, sebaliknya ia memberi manfaat kepada kita di sisi Allah.

Juga, antara yang berupaya menyembuhkan penyakit hasad adalah meminta pertolongan daripada Allah, dan melakukan sebab-sebab untuk mendapatkan kurnia. Jika kita duduk tanpa berusaha dan dalam masa sama hasad dengan nikmat yang Allah beri kepada orang lain, dalam hal ini kitalah yang harus dipersalahkan kerana meninggalkan sebab-sebab untuk mendapatkan kurnia Allah. Seharusnya kita menyalahkan diri sendiri dari merasa hasad kepada orang yang Allah berikan kurniaNya.

Oleh itu, ulama mengatakan hasad boleh menjerumuskan pelakunya kepada kufur seperti mana ia menjerumuskan Iblis ke dalam dosa. Ia boleh menjerumuskan pelakunya kepada membunuh sepertimana ia menjerumuskan Qabil (anak Nabi Adam) untuk membunuh Habil, saudaranya. Sudah tentu Allah menurunkan kisah ini kepada kita supaya kita mengambil pelajaran daripadanya serta berwaspada terhadap penyakit hasad.

Artikel ini disiarkan di akhbar pada Jumaat, 28.03.2014

Friday, December 5, 2014

Me mulia kan

At-Tirmidzi Al-Hakim Abu Abdullaah berkata dalam kitab Nawadir AlUshul,
"Di antara cara memuliakan Al-Quran adalah tidak menyentuhnya kecuali orang yang dalam keadaan suci. Bentuk memuliakan Al-Quran juga dapat dilakukan dengan cara tidak membacanya kecuali dalam keadaan telah bersuci. Bersiwak,menyela-nyela mulut dan membersihkan mulut juga salah satu bentuk sikap memulialan Al-Quran. Kerana, itu semua adalah cara (jalan) untuk memuliakannya (Al-Quran)."




Sekiranya benar lah dirimu memuliakan AlQuran, Allah akan memuliakan kamu di dunia, demikianlah yang berlaku kepada Muhammad Rasulullah, tiadalah ia di utus melainkan untuk menyempurnakan Akhlak yang mulia

Tatkala di tanyakan kepada aisyah r.a bagaimanakah akhlak Muhammad itu, aisyah r.a menyatakan, lihatlah itulah AlQuran

Jika kita berharap dapat Syafaat AlQuran di Akhirat nanti, kenalah kita beramal dengan menurut segala Perentah Allah, menjauhi laranganNya, ikutilah tauladan yang baik daripada Muhammad Rasulullah

Orang yang dalam keadaan Suci hanyalah mereka yang Jujur dan ikhlas menauhidkan Allah tanpa Prejudis, maksudnya mengenal Allah dan dapat sentiasa mengingati Allaah, sebagaimana contoh, peribadi Umar al Khattab, pendapat pendapat yang di berikannya, semasa berbincang dengan muhammad Rasulullah, kemudiannya turun wahyu membenarkannya

Demikianlah Umar al Khattab mendapat hidayah itu dari Bacaan ayat ayat AlQuran

Suci dirimu, kamu Ingat yang Allahmu, Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir juga Yang Bathin, Maha Halus, Meliputi, benarlah ucapan Tauhid kamu, La ilaha ill ‘Allah
Ingatlah Allah tidak melihat zahir ‘pakaian’ mu dan Allah Melihat ke dasar hati kamu

Jika benar dirimu memuliakan AlQuran, terhindarlah kamu daripada Syirik
Jika benar dirimu memuliakan AlQuran, terhindarlah kamu daripada Murtad
Jika benar dirimu memuliakan AlQuran, terhindarlah kamu daripada menzalimi diri

Jika tak benarlah dirimu memuliakan AlQuran, nescaya dirimu, masih banyak berkelakuan munafik, berbuat syirik, murtad dan terkeluar daripada Islam, menzalimi diri tidak dapat berlaku adil dan berbuat dengan beramanah, serta tidak dapat kebijaksanaan, jauh daripada Hidayah Allah

Silakan, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, Semuga Allah menghidayahkan kamu kebaikan dan Afiat, Selamat, Sihat, Berjaya dan Benar

Wednesday, December 3, 2014

MUnaFik

Munāfiq atau Munafik (kata benda, dari bahasa Arab: منافق, plural munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam untuk merujuk pada mereka yang berpura-pura- cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap, hanya berkata kata tetapi tidak mengamalkannya, tidak beramanah itulah memungkiri kebenaran.

Cakap tak serupa bikin

1. Mengaku hendak menegakkan kalimah Allah di bumi tetapi tidak berhukum dengan Apa Yang Allah turunkan. Lebih parah apabila Allah menyatakan, kedudukan golongan ini boleh jatuh Syirik, Boleh Murtad, dan Boleh menzalimi diri sendiri. Namun bagi yang nampak di mata umum beramal dengan amal ibadah Islam, walaupun tidak secara keseluruhan, Ulamak Islam tak berani dan tidak membenarkan kita menuduh Kafir ke atas mereka. Inilah Jalan sunnah.

Sekiranya berani menuduh, dan menyatakan kesalahan lain orang itu adalah kerana faham Qodariah dan Jabariah, yang tidak merealisasikan Akal dan Ilmu Pengetahuan, dan Keupayaaan memilih Kebaikan, Kemuliaan berbanding menurut Nafsu Syaitan masuk ke dalam golongan berbuat Keji dan Mungkar, Maksiat

2. Tidak beramal dan tidak Menyaksikan tuntutan syahadah. Maksudnya amalan kehidupan golongan ini, hanyalah sekadar Permainan dan Senda Gurau, menurut kesesatan bawaan Nafsu Syaitan masing masing diri kerana apa sahaja yang menimpa diri itu adalah akibat tangan sendiri, menzalimi diri, tidak beramanah, subhanallah

Apabila suasana telah menurut kesesatan bawaan Yahudi dan Nasrani, yang tidak menurut Perukunan Islam, ternyatalah menjadikan golongan ini bersifat munafik, Berpura pura dan nista, sekadar main main dan senda gurau.  

Sebagaimana umumnya, Syiar zahir itu di tunjuk tunjuk, Isinya tak masuk ke dalam diri, dan memuliakan diri masing masing. Kerana inilah terabainya, Rukun Islam, dalam masyarakat, dan Terabainya Rukun Iman dalam setiap Peribadi muslim

Sifat sifat Mulia Rasul Allah seperti, Benar dan Membenarkan, atau siddiq; Beramanah dalam Menjaga Kesucian Islam sewaktu Menyampaikan Kebenaran Islam, iaitu Tabligh dan Amanah, dan Bijaksana dalam tindakan serta kelakuan diri

Kerana inilah ada berbagai Istilah yang mahu Mulia namun kelakuannya tidak menyampaikan mereka kepada maksudnya. contohnya Islam untuk semua tapi tak ada layanan baik bagi orang yang kekurangan, seperti kehendak mereka

Subhanallah

Sampaikanlah Kebenaran Islam, dengan menjaga kesuciannya, ketahui Hakikatnya, semuga di kurniakan Allah kebaikan, dan dapatlah memberi Pencerahan kepada mereka yang kekalutan dan keluh kesah dengan kehidupan yangt sementara ini

InshaAllah



Monday, December 1, 2014

SEMpit

Akal Fikiran Sempit

- Orientalis menuduh Islam itu di bawa oleh Muhammad ibni Abdullah, Pemikiran sebegini di ikuti oleh manusia, Yahudi, Nasrani, dan manusia kebanyakan yang tidak sedar, tentang para nabi dan Rasul Allah adalah manusia terpilih, membawa Islam

- Zaman kita ini, tanpa kesedaran kita juga turut menuntut Ilmu daripada Yahudi dan Nasrani tanpa rasa kecurigaan, demikian ada yang menjadi alim ulamak juga berfikiran macam macam, dab berlaku kesalahan bila menyatakan Muhammad Rasulullah itulah membawa Islam

- Termasuklah Pemikiran mengadakan berbagai alternatif, padahal ada sunnah yang telah di tauladankan. Sedangkan Sahabat Rasulullah itu Dengar dan Taat, kita turut menurut pemikiran yang mengadakan berbagai alternatif  sebagaimana di sukai oleh Yahudi

- Ingat idak, tatkala nabi Musa kembali dari Tursina, samiri itu menyatakan, kami hanya main main saja, membikin lembu emas. Bagaimana pula Allah menghukum mereka?? Silalah pelajari AlQuran agar tidak mudah di perdayakan, oleh Nafsu bisikan Syaitan


Amalan Riba

- Ramai yang terlibat, apabila nama amalan tersebut di ubah dan di gubah, yang tak menurutnya di tuduh berfikiran sempit, sedangkan Yang Halal itu nyata, Yang Haram itu nyata. Yang Syubhat itu memenuhi kehidupan sesat

- Kita juga menafikan pendidikan hari ini bukan hendak mendidik Tauhid, hanya mementingkan syariat, jadi lawyer, bina mahkamah, jadi permainan dalam sistem kehidupan kini, bukti yang kita mengikut Kehidupan selain Islam, apo bulih buat kan, Takdir Allah menentukan

Banyak lagi jika mahu Tulis, tapi akan menambahkan kebencian manusia, hiks hiks hiks

SubhanAllah wahdahu laa syarikalah