Berbagai masalah dihadapi oleh umat akhir zaman, Mengapakah ianya berlaku?
Sedangkan, Allah melihat Orang Mukmin itu, bila mendapat Nikmat ia bersyukur, dan bila medapat 'masalah' ia bersabar. Dan Wali Wali Allah itu tiada kegusaran
maksudnya, masalah itu, menghapus dosa? meningkatkan diri ke arah lebih Percaya kepada Allah?
Menuju kearah Mukmin? Kedudukan diri yang mengeluh, berputus asa, dan kecewa itu menandakan diri, berada dalam golongan munafik, berada dalam golongan Muslim yang seperti BUIH
Bagaimanakah untuk meningkatkan diri? untuk berada didalam golongan Yang Beriman?
Aduhai kasih aduhai
Ingat idak? Pesanan Tauladan
Amalkan dulu Islam kamu, semuga Iman masuk kehatimu, Tak usahlah kamu mengaku sudah beriman.
Jadi untuk mendapatkan Iman, semestilah beramal, beribadah, mengabdikan diri kepada Allah
Sebelum beramal demikian, semestilah sudah mengenal Allah, kerana Awal Agama itu Mengenal Allah, Intipati ajaran Islam, terpelihara, didalam Kitab Yang Tanpa Keraguan.
Kerana Rukun Islam yang Pertama adalah, Syahadatain. Mengenal Allah agar dapat menyaksikan Allah dan Tauladan yang Baik, agar dapat membina hidup, Mengabdikan diri kepada Allah
Sesungguhnya tiadalah Muhammad SAW di utus, melainkan untuk menyempurnakan Akhlak Yang Mulia, Dan Allah telah Redha lah, muhammad SAW itu menjadi Ikutan yang Baik bagi manusia
Apabila dapat melihat
Dapat pula Merasa kebesarannya
Dapatlah Beramal, Beribadah dengan Ikhlas
maka amalan Ibadah kita itu menjadi bukti, penyaksian kita
secara perlahan juga laju, menambah iman keprcayaan didalam hati masing masing
Fahamilah ya, Setiap yang kita tempuhi itu, menjadi Ujian bagi kita
Maka siapakah yang lebih baik amalannya?
Bersyukurlah kepada Allah, Dan Allah akan menambah nikmatnya kepada kita
Bersabarlah menghadapi Ujiannya, tentulah Allah akan memberikan kita, Jalan Keluar dari 'masalah' itu, tanpa kita terfikirkan
Semuga demikian, akan menambahkan keimanan, kepercayaan dan tidaklah kecewa, bersedih, berputus asa, kerana wujudlah dirimu yang SEDAR, semuanya itu adalah Ujian daripada Allah
InshaAllah ya
Ilmu tanpa Amal itu sia sia
Amal tanpa Ilmu juga sia sia
Ikhlas lah menauhidkan Allah
Bersyukurlah atas Kurniaan nikmat Hidayah, kepada kita
sedarlah
Jika kamu nak menghitung lah akan nikmat Allah kepadamu, tak kan termampu
Subhan Allah
Ar Rahman, Nikmat AKU yang manakah nak kamu dustakan?
Fikir lah
Ubahlah Haluan
Ikhlas lah beramal
Mohon kan lah bantuan Allah
insyaAllah
image
Wednesday, July 8, 2015
Monday, July 6, 2015
Kuasa Dalam Diri Manusia II
Jika sesiapa sedar
akan seronoklah berzikir
kerana zikir itu menghidupkan Hati
Darjat zikir pula jika tanpa guru, hanyalah sia sia
kerana sebarang ilmu Islam itu mestilah di ketahui sanad dan riwayatnya
kerana itulah orang akan bertanya, dari manakah kamu mendapat ijazah untuk mengamalkannya
boleh kata ramai yang tahu, zikir paling utama ialah

لا إله إلا الله
InshaAllah ya, bila ada guru dapatlah zikir qalbi
hidup hati mengingati Ilahi Rabbi
kerana ada ingatan itu lah jika di sebut Allah, boleh menggetarkan jiwa
milik orang yang beriman
ada banyak lagi ilmu selepas ini
namun tak dapat di ceritakan kepada yang tiada berguru
ampun maaf di pinta, selamat berpuasa, semug adapat bertaqwa
Sunday, July 5, 2015
Berkawan dan Menikah
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir
musyrik
sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya.
Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
(Al-Baqarah 2:221)
Do not marry unbelieving women (idolaters), until they believe: A slave woman who believes is better than an unbelieving woman, even though she allures you. Nor marry (your girls) to unbelievers until they believe: A man slave who believes is better than an unbeliever, even though he allures you. Unbelievers do (but) beckon you to the Fire. But Allah beckons by His Grace to the Garden (of bliss) and forgiveness, and makes His Signs clear to mankind: That they may celebrate His praise.
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah
(untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari Akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
(Al-Baqarah 2:165)
Yet there are men who take (for worship) others besides Allah, as equal (with Allah.: They love them as they should love Allah. But those of Faith are overflowing in their love for Allah. If only the unrighteous could see, behold, they would see the penalty: that to Allah belongs all power, and Allah will strongly enforce the penalty.
Berdasarkan ayat ayat itu, kenapa harus Muslim mahu menikahi orang Musyrik - SubhanAllah
Tidakkah kamu hanya menurut nafsu kamu, sedangkan untuk memilih sahabat, wajiblah memilih bila kamu melihatnya, dia mengingatkan kamu kepada Allah
Jika kamu melihat ke negara Indonesia, memang wujud berbagai kisah, begitu juga di India. Kerana mereka sewenang wenang mengatakan selain Islam itu Ahli Kitab
Tahukah kamu apa maksud Ahli Kitab
Ahli Kitab Taurat, Injil itu semestinya menauhidkan Allah, maka halal lah sembelihan mereka dan muslim boleh makan, namun hari ini, apakah Nasrani atau Kristian, atau Yahudi itu menauhidkan Allah?
Jadi jangan mudah terpesona oleh, manisnya rupa dan wajah mereka ya
Inilah sebabnya nasihat Islam itu, untuk menikah lebih baik hamba yang hitam dan beragama daripada yang cantik tetapi syirik
Namun terpulang apa yang kamu percaya lah, Nasihat hanya berguna kepada orang yang Percaya
SubhanAllah

Friday, June 19, 2015
Mahukah Berfikir - UjianNYA
Ramadhan tiba lagi, dengan Rahmat memenuhi bumi, Pulangan lebih lumayan di janjikan kepada Amalan yang Ikhlas di kerjakan
Amalan Amalan Sunat, mendapat Fazilat Wajib
Jika demikianlah, kenapa kita suka Berbalah?
Kenapa kita suka bertengkar bertanya, Solat Tarawikh itu 8 Rakaat kah atau 20 Rakaat?
adalah yang bertengkar itu menunjukkan kebodohannya, dan disukai oleh kebanyakkan pula
cubalah Berfikir
Jika solat yang sunat itu mendapat fazilat Wajib, kenapa kita hendak berkira kira, melakukan dengan sedikit? Kos Melepas bagi solat tarawikh itu apakah lebih memberikan ganjaran?
yaang Mahu Berfikir akan mendapat Kebaikan ya, tentulah Fikiran yang baik membawa kebaikan kepada diri kamu sendiri
Allah menguji, Hendak melihat, siapakah yang lebih baik amalannya
Orang yang Bijak mendapat Hidayah Allah akan mengertilah Hakikat setiap amalan
Orang yang merasai Cukuplah Allah kepadaku, Hasbunallah wanikmal wakil wanikmal maula wanikman nasir, tentulah beruntung
Biarkanlah mereka yang suka berbalah itu, mereka tidak Faham kelebihan Amal
Jika Kalian membaca AlQuran, sucikanlah hatimu, semuga kamu mendapat pengertian dan hidayahNya, dapat menjadikan Pelajaran kepada dirimu, menambah baik dirimu, inshaAllah
Berpuasalah sebagaimana umat umat terdahulumu berpuasa, semuga dapat bertaqwa

Saturday, June 6, 2015
Bila ALLAH Redha, Amalmu diterimaNya
Syarat untuk diterima amalan ibadah seseorang muslim di sisi Allah :
1. Ikhlas. (Niat dan tujuannya hanya kerana Allah)
2. Ibadah yang dilakukan mengikuti apa yang ditetapkan oleh Allah di dalam al-Qur’an serta mengikuti dengan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam di dalam sunnahnya.
Jika seseorang itu mendirikan solat tetapi dia tidak ikhlas, maka ia tidak diterima oleh Allah.
Demikan juga jika seseorang itu ikhlas dalam mendirikan solat tetapi cara solatnya salah, maka ia tidak diterima oleh Allah.
"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)
Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa melakukan suatu amalan yang bukan dari ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim no. 1718)
Kita sambung sedikit lagi, semuga kalian mahulah berfikir:
Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala ativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.
Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.
Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan “bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi.
Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.
Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram”. (Ar ra’d ayat 28)
Apabila kita mengkaji kata kata Hikam,hendaklah ada guru mencerahkannya:
BARANGSIAPA
YANG DAPAT MERASA BUAH DARI AMALNYA SEKARANG (DI DUNIA) IA MENJADI BUKTI
DITERIMA AMALNYA KELAK (DI AKHIRAT)
Buah dari amal adalah kesan yang lahir dari amal kebaikan yang dilakukan. Kesan itu menjadi tanda menunjukkan sama ada amal seseorang itu diterima oleh Allah s.w.t atau tidak. Banyak ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang menceritakan tentang tanda-tanda yang boleh dibuat ukuran tentang amal yang dilakukan.
Misalnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Barangsiapa tidak
dicegah oleh sembahyangnya dari melakukan perbuatan keji dan munkar, maka
dia tidak bertambah dekat dengan Allah s.w.t, bahkan bertambah jauh.
Sembahyang yang diterima oleh Allah s.w.t adalah sembahyang yang mendekatkan orang yang melakukannya kepada Allah s.w.t dan tandanya adalah orang itu dilindungi dari terjerumus melakukan perbuatan keji dan munkar. Andaikata mata hati dapat melihat nescaya akan kelihatan sembahyang dan amal kebaikan yang lain, mengeluarkan nur-nur yang menjadi tentera melindungi orang yang berbuat sembahyang dan kebaikan itu daripada percubaan tentera musuh menjatuhkannya ke dalam lembah kekejian dan kemunkaran. Orang tersebut kadang-kadang terlintas juga dihatinya untuk melakukan maksiat, tetapi nur-nur yang menjadi tentera amal kebaikan bertindak menghindarkannya daripada melakukan maksiat yang ingin dilakukannya itu, hinggakan dia sendiri hairan bagaimana dia boleh terselamat padahal dia sudah berada di hadapan pintu maksiat. Tentera nur tersebut bukan setakat mengawal kejahatan daripada menghampiri tuannya bahkan ia juga sering menarik tuannya kepada kebaikan hinggakan orang itu selalu berpeluang berbuat kebaikan tanpa dirancang dan dia selalu berasa hairan bagaimana bila ada sahaja kerja kebaikan maka tiba-tiba dia ikut serta melakukannya sedangkan tiada sesiapa menjemputnya untuk melakukan pekerjaan itu. Inilah yang dinamakan buah daripada amal kebaikan. Jika dia ikhlas menjaga amal kebaikannya, maka tentera nur yang lahir dari amal itu akan ikhlas pula melindunginya, bukan sahaja ketika di atas muka bumi ini, malah tentera nur itu akan menemaninya di dalam kubur, memberi cahaya dan menghilangkan kesunyiannya.
Orang yang tidak mendapat buah dari amalnya sering ditarik ke arah yang berlawanan. Dia mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat walaupun dia sudah berusaha berungguh-sungguh untuk menjauhkannya. Dia berasa berat untuk beribadat walaupun dia sudah mencuba untuk khusyuk. Walaupun banyak amal kebaikan yang dilakukannya tetapi jika amal itu tidak ikhlas, iaitu tidak ada nyawanya maka dia tidak dapat menghidupkan tentera nur dari amal tersebut, yang boleh menjaganya daripada kebinasaan.
Oleh sebab amal kebaikan orang Mukmin tidak dibalas sepenuhnya semasa dia hidup di dunia ini maka Allah s.w.t menggantikannya dengan sejenis rasa kelazatan dan kepuasan mengiringi amalnya sehingga dia tidak berasa bosan dan tidak berasa rugi kerana beramal. Amal yang salih ditempatkan di Iliyyin yang berhampiran dengan syurga. Walaupun orang Mukmin masih hidup di dunia, amalnya telah pun diangkat ke Iliyyin dan amal itu sudah dapat mencium bau syurga. Keharuman bau syurga itu disalurkan kepada tuannya yang berada di dunia. Oleh sebab itu orang Mukmin sudah dapat mengecap bau syurga sebelum memasukinya dan ketika mereka masih hidup di dunia. Keharuman dan kelazatan imbasan syurga dirasai ketika mereka beramal, terutamanya ketika bersembahyang. Suasana sembahyang mereka seolah-olah mereka berada di dalam syurga, sebab itulah mereka tidak mendengar desiran angin dan tidak sakit ditikam dengan tombak, kerana kelalaian dan kesakitan tidak ada di dalam syurga. Allah s.w.t berfirman:
Ketahuilah! Sesungguhnya
wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap
mereka, dan mereka pula tidak berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah)
orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. Untuk mereka
sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak
ada (sebarang) perubahan pada janji-janji Allah; yang demikian itulah kejayaan
yang besar.
( Ayat 62 – 64 : Surah Yunus)
Kita ulang mengulang membaca, semuga Allah mengurniakan kefahaman dan dapat mengamalkannya, inshaAllah
1. Ikhlas. (Niat dan tujuannya hanya kerana Allah)
2. Ibadah yang dilakukan mengikuti apa yang ditetapkan oleh Allah di dalam al-Qur’an serta mengikuti dengan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam di dalam sunnahnya.
Jika seseorang itu mendirikan solat tetapi dia tidak ikhlas, maka ia tidak diterima oleh Allah.
Demikan juga jika seseorang itu ikhlas dalam mendirikan solat tetapi cara solatnya salah, maka ia tidak diterima oleh Allah.
"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)
Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa melakukan suatu amalan yang bukan dari ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim no. 1718)
Kita sambung sedikit lagi, semuga kalian mahulah berfikir:
Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala ativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.
Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.
Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan “bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi.
Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.
Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram”. (Ar ra’d ayat 28)
Apabila kita mengkaji kata kata Hikam,hendaklah ada guru mencerahkannya:
Buah dari amal adalah kesan yang lahir dari amal kebaikan yang dilakukan. Kesan itu menjadi tanda menunjukkan sama ada amal seseorang itu diterima oleh Allah s.w.t atau tidak. Banyak ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang menceritakan tentang tanda-tanda yang boleh dibuat ukuran tentang amal yang dilakukan.
Misalnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Sembahyang yang diterima oleh Allah s.w.t adalah sembahyang yang mendekatkan orang yang melakukannya kepada Allah s.w.t dan tandanya adalah orang itu dilindungi dari terjerumus melakukan perbuatan keji dan munkar. Andaikata mata hati dapat melihat nescaya akan kelihatan sembahyang dan amal kebaikan yang lain, mengeluarkan nur-nur yang menjadi tentera melindungi orang yang berbuat sembahyang dan kebaikan itu daripada percubaan tentera musuh menjatuhkannya ke dalam lembah kekejian dan kemunkaran. Orang tersebut kadang-kadang terlintas juga dihatinya untuk melakukan maksiat, tetapi nur-nur yang menjadi tentera amal kebaikan bertindak menghindarkannya daripada melakukan maksiat yang ingin dilakukannya itu, hinggakan dia sendiri hairan bagaimana dia boleh terselamat padahal dia sudah berada di hadapan pintu maksiat. Tentera nur tersebut bukan setakat mengawal kejahatan daripada menghampiri tuannya bahkan ia juga sering menarik tuannya kepada kebaikan hinggakan orang itu selalu berpeluang berbuat kebaikan tanpa dirancang dan dia selalu berasa hairan bagaimana bila ada sahaja kerja kebaikan maka tiba-tiba dia ikut serta melakukannya sedangkan tiada sesiapa menjemputnya untuk melakukan pekerjaan itu. Inilah yang dinamakan buah daripada amal kebaikan. Jika dia ikhlas menjaga amal kebaikannya, maka tentera nur yang lahir dari amal itu akan ikhlas pula melindunginya, bukan sahaja ketika di atas muka bumi ini, malah tentera nur itu akan menemaninya di dalam kubur, memberi cahaya dan menghilangkan kesunyiannya.
Orang yang tidak mendapat buah dari amalnya sering ditarik ke arah yang berlawanan. Dia mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat walaupun dia sudah berusaha berungguh-sungguh untuk menjauhkannya. Dia berasa berat untuk beribadat walaupun dia sudah mencuba untuk khusyuk. Walaupun banyak amal kebaikan yang dilakukannya tetapi jika amal itu tidak ikhlas, iaitu tidak ada nyawanya maka dia tidak dapat menghidupkan tentera nur dari amal tersebut, yang boleh menjaganya daripada kebinasaan.
Oleh sebab amal kebaikan orang Mukmin tidak dibalas sepenuhnya semasa dia hidup di dunia ini maka Allah s.w.t menggantikannya dengan sejenis rasa kelazatan dan kepuasan mengiringi amalnya sehingga dia tidak berasa bosan dan tidak berasa rugi kerana beramal. Amal yang salih ditempatkan di Iliyyin yang berhampiran dengan syurga. Walaupun orang Mukmin masih hidup di dunia, amalnya telah pun diangkat ke Iliyyin dan amal itu sudah dapat mencium bau syurga. Keharuman bau syurga itu disalurkan kepada tuannya yang berada di dunia. Oleh sebab itu orang Mukmin sudah dapat mengecap bau syurga sebelum memasukinya dan ketika mereka masih hidup di dunia. Keharuman dan kelazatan imbasan syurga dirasai ketika mereka beramal, terutamanya ketika bersembahyang. Suasana sembahyang mereka seolah-olah mereka berada di dalam syurga, sebab itulah mereka tidak mendengar desiran angin dan tidak sakit ditikam dengan tombak, kerana kelalaian dan kesakitan tidak ada di dalam syurga. Allah s.w.t berfirman:
( Ayat 62 – 64 : Surah Yunus)
Kita ulang mengulang membaca, semuga Allah mengurniakan kefahaman dan dapat mengamalkannya, inshaAllah
Wednesday, June 3, 2015
Kuasa dalam Diri Manusia/ Makhluk
Ada yang Sedar
Ada ramai yang tak sedar
Bahawa tiada ilah selain Allah, Daripada Allah datangnya makhluk sekaliannya, Apa pun jua adalah daripada Allah, itulah Hakikatnya لا إله إلا الله
Maka Kuasa siapakah menghidupkan kalian jika bukan Allah
...................................................................
.................... (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. (Al-Baqarah 2:19)
.................. Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:20)
Renungkanlah ke dalam dirimu masing masing
apakah itu bukan dalilnya, bahawa kamu hidup kerana Allah, di hidupkan dan di matikan, kamu tak dapat melarikan diri daripada Maut
Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.(Al-Baqarah 2:73) - ini juga dalilnya, kuasa siapakah lagi yang menghidupkan kalian?
saya menjawap di topik ini kerana ada pertanyaan dalil dan kuasa yang ada dari pertanyaan saudara intizhar di halaqah
kerana saya telah di tuduh mengelirukan untuk kesekian kalinya, subhan Allah
Apabila kalian membaca tanpa di hidayahkan Allah mengingatnya, kalian boleh berdendang dengan kalimat لا إله إلا الله
namun dapatkah kalian mengertikannya? subhanAllah
Tanpa Allah tiadalah kehidupan makhluk ini, kerana Allah yang menciptakan Setiap sesuatu, dan Segala galanya
ROH dari AKU, siapakah AKU?
Ramai dari kita menyatakan ianya Nur Muhammad
Sekiranya dalam diri manusia semuanya ada Nur Muhammad, mengapakah ada yang Kafir? Munafik?
Senang saja jika Allah hendak menjadikan semuanya beriman, namun apa sebab Jika di hidayahkan Allah tiada yang dapat menyesatkannya
Jika sesat oleh pilihan sendiri, tiada sesiapa dapat menghidayahkannya
Mengertikanlah AlQuran, Ambillah Pelajarannya, Janganlah menjadi sekadar orang yang tahu menyebut perkataan perkataannya sahaja
Mohonlah Hidayah Allah, semuga terhindar dari kekeliruan
Lalu kenapa boleh kamu bertanya, Kuasa apa? kuasa siapa yang ada dalam dirimu?
kamu banyak membaca ayat ayat Kursi, semuga kalian memahami ya
InshaAllah

Tuesday, June 2, 2015
JAHIL
Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasiq." (Hadis riwayat Ibnu Adi)
Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang." (Hadith Riwayat Thabrani).
Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." (Hadith Riwayat Ahmad).
Nabi Muhammad s.a.w telah memberi peringatan tentang akan tiba masa Hukum Islam dicabut, seperti dalam hadis, "Tali yang disimpul untuk mengikat ajaran Islam dirungkai satu persatu. Maka setiap kali dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih ada. Yang pertama dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir ialah solat". (Hadith Riwayat Ahmad)
Itu adalah kenyataannya, yang telah dan sedang berlaku masakini dan masa mendatang dan sebagai mukmin hendaklah:
Firman Allah S.w.t yang bermaksud ;”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung-jawabnya.” (Surat Al-Israa’ : Ayat 36)
Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah An-Nisaa' : Ayat 59)
Menurut Al-Atsar (kata sahabat-sahabat dan orang terkemuka), antara lainnya ialah Ali r.a berkata, "Barangsiapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya dia tidak meninggalkan dari mencari syurga dan lari dari neraka, iaitu;
1 - Dia mengenal Allah, lalu mentaatinya.
2 - Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya.
3 - Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.
4 - Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya.
5 - Dia mengenal dunia, lalu menolaknya.
6 - Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya.
Abu Umamah Al-Bahili r.a berkata, "Tatkala Muhammad s.a.w diutuskan, lalu Iblis mendatangi tenteranya. Tentera itu lalu berkata, "Sesungguhnya telah diutus seorang nabi dan telah muncul suatu umat." Iblis itu bertanya, "Adakah mereka itu mencintai dunia?" Tentera itu menjawab, "Ya".
Lalu Iblis menyambung, "Jikalau benar mereka itu mencintai dunia, nescaya aku tidak hiraukan bahawa mereka tidak menyembah berhala. Sesungguhnya aku akan datang pada mereka, pagi dan petang, dengan 3 perkara;
1 - Mengambil harta dari bukan haknya.
2 - Belanjakan harta pada bukan haknya.
3 - Menahan harta dari haknya.

Subscribe to:
Posts (Atom)