image

image

Friday, October 31, 2014

PeNyAkSiAn

Hakikat Syahadah Umat Islam, ialah, menyaksikan Kebenaran Allah dan Kebenaran Muhammad SAW
Kebenaran Allah itu, Maha Menciptakan Setiap sesuatu , segala galanya, Yang Awal dan Yang Akhir, Maha Halus, Meliputi termasuklah asma wa sifat NYA, serta Uluhiyah NYA dan Rububiyah NYA

Dan pada Muhammad itu menyaksikanlah sifat sifat Mulianya, Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah
Menyaksikan tauladannya, menjadilah Ikutan yang baik kepada mu, Dengar dan Taat kepada Muhammad mengamalkan sunnah sunnah kebaikan yang telah di tauladankannya

Rasulullah menyampaikan, Allah menyatakan, Jangan lah kamu mengaku sudah Beriman, tetapi katakanlah, aku muslim, amalakan dulu Islam kamu, semuga Iman masuk ke hati kamu

Sekiranya dapat menyaksikan, tentulah dapat membuktikan dan menambahkan Iman dalam diri masing masing

contoh: Solat itu Mencegah Keji dan Mungkar - sekiranya kita beramal dengan Ikhlas, mendirikan solat dengan tulus suci, kebaikan itu dapat pada kita, menjadi bukti amalan kita di terima dan di redhai Allah, bertambahlah iman kita, InshaAllah

Puasalah sebagaimana orang terdahulu berpuasa, semuga dapat bertaqwa - jika benar amalan kamu suci dan jujur, Ikhlas dirimu, dapatlah Kebaikan Taqwa itu, ingatlah kamu akan, Kuasa Allahlah yang menyihatkan, melepasi alam sebab musabab, jika makan itu mengenyangkan, Hakikatnya Allah lah. itu menjadi bukti memberi kesan kepada Iman dalam diri masing masing

Demikianlah juga, Zakat, serta sedekah, amal jariah itu bila dengan jujur ikhlas di lakukan akan dapat memberikan kebaikan pada diri, menjadi bukti menambah keimanan

Sebab inilah sistem Kafir dan Munafik itu, merencanakan diri kamulah yang berkuasa menentukan kejayaan kamu, iaitu akidah  Qadariah. Qadariah dinisbahkan dari perkataan Qudrat. Golongan ini beriktikad bahawa segala perbuatan manusia itu samada baik atau buruk adalah lahir dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri. seperti maksud, laporan prestasi diri dan sebagainya 

Juga kepada golongan yang tidak berusaha dan berikhtiar, sebaliknya hanya menyerahkan kepada Allah sahaja. beraqidah Jabariah,  Berasal dari perkataan al-jabr atau jabrun yang bermaksud tergagah atau digagahi. Muncul di Kufah pada zaman pemerintahan Umaiyah yang dibawa oleh seorang lelaki bernama Jaham ibn Safuan dari Khurasan, mazhab ini beriktikad bahawa manusia itu dipaksa dan digagahi sepenuhnya oleh ALLAH, manusia itu langsung tidak berkemampuan melainkan ALLAH dan manusia seperti kapas dan debu yang ditiup angin. Segala buruk dan baik itu ALLAH yang melakukannya ke atas manusia.

Penyaksian yang benar itu bukanlah sedemikian ya. Walaupun kita seakan akan BEBAS berbuat apa sahaja, hendaklah Kekal menyerah diri bertawakkal kepada Allah

Jika kalian mahukan Ilmu agar dapat beramal kemudian dapat membuktikan kejayaannya, agar dapat menambah Iman dan percaya, silakan ya. Hakikatnya apa sahaja amal kebaikan menurut sunnah itu memberikan kebaikan kepada diri masing masing

Insha Allah





Thursday, October 30, 2014

Kejayaan

Allah Maha Menciptakan, dan berterusan Merancang, maka Rancangan siapakah yang berjaya?

Bahawa kehidupan dunia tidaklah ia, melainkan hanyalah Permainan dan senda gurau
kecuali kamu Beriman dan beramal soleh, beramal kebaikan, beramal kebajikan

Ingatlah, Kejayaan bukanlah sekadar dalam ini Dunia sahaja
Inilah Pesona Demokrasi - Pecah dan Perentah, mengutamakan sistem daripada Rakyat kepada Rakyat
Rasa hendak bertuhan itu pilihan masing masing lah, sebab itu acara Tauhid tidak di utamakan, hanyalah Syiar di utamakan - kerana itulah, Solat Jumaat itu Syiar Islam yang Wajib, sudah ada Hukuman menanti bagi yang tidak pergi solat Jumaat - walaupun mereka mahu menegakkan Islam, hanyalah syiar, syariat yang di paksa paksakan

Kelemahan Tauhid, sangat menunjukkan, kelemahan antara umat islam sendiri, tidakkah mereka mahu mengambil pelajaran dari AlQuran?

Barangsiapa yang tidak memperdulikan Pelajaran dari Allah, dari AlQuran, Allah akan hantarkan syaitan syaitan yang banyak kepadanya, Lama kelamaan menjadilah syaitan syaitan itu kawan akrab mereka, mereka sangka di dalam kebenaran, Bila sudah mati, Allah akan Tanya, mana kawan karib yang kamu ikuti dulu? itu waktu baru nak SEDAR, tak ada gunanya lagi

Untuk menuju Kejayaan Dunia sampai Ke AKHIRAT
kenalah perhatikan NIAT masing masing
kena lah IKUT SUNNAH yang telah di tauladankan oleh Muhammad Sallallahu alaihi wasalam

inilah maksud jika kalian tak mahu SESAT, Dua Perkara ambillah tauladan, Dengar dan Taatlah, iaitu ALQURAN dan SUNNAH

Kejayaan untuk sampai ke redhaan ALLAH semestilah menurut Tauladan yang sudah DIA - ALLAHU TAALA perakui

Kebenaran untuk Kejayaan ialah, bila dapat Taat Perentah Allah, mengikut cara Rasulullah SAW

Amalan yang tidak Ikhlas itu SIA SIA sahaja

IKHLAS adalah menepati kehendak Allaah

subhanALLAH wahdahu laa syarikalah


Wednesday, October 29, 2014

Pemimpin - Tak tahu Memimpin

Topik kali ini di tujukan kepada Lelaki yang berjawatan sebagai Majikan, Suami, dan sebagainya termasuklah yang menjadi kuli

Juga terbuka kepada kaum Wanita sebagi Isteri, Boss di pejabat, Anak di rumah dan sebagainya

Jika adalah Pengetahuan Islam, Tiap tiap diri, adalah Pemimpin, maka perhatikanlah pimpinan mu

Selalunya, bila diri kamu ada Inferiority Complex, kamu akan was was ragu ragu, dan serba salah, malu alah

Untuk itu di sarankan, kamu mengaji Tauhid, dan mendalaminya, sampailah mengenal diri, mengenal Allah

Ilmu Merawat Diri
Adalah berdasarkan Tauhid kepada Allah
Ingat Allah dan bermohon kepada Bantuan Allah, senantiasa
Itu pun satelah mekanik melakukan fine tune and maintenance - mekanik ialah Orang Yang Tahu dan Ingat Allah - siapa yang menolong Kerja Allah, Allah akan meneguhkan tapak pendiriannya

Untuk mengikhlaskan diri, peribadi itu di tuntut meluruskan Niat, hanya kepada Allah
Peribadi itu semestilah, dapat meng INGAT ALLAH
sekiranya tak INGAT ALLAH, nescayalah menurut Nafsu Syaitan

Ilmu Merawat Diri - lihat topik dalam Bulan JUN 2012
Adalah ilmu mengingat Allah, jika di ikuti petua yang di beri, kemudahan akan bersama peribadi itu
Tak perlulah nak melihat testimonial

Hal Iman itu lihatlah sahabat Rasulullah, yang di Jamin Syurga, Yang amalan mereka di kirakan sebagai sunnah, yang patut jadi Ikutan umat Islam

Untuk Urusan Bathin diri, kenalah dapat menyucikan diri
Itulah yang ujudnya Tarikat, Salik melakukan suluk
Itulah yang adanya Tazkiyatun Nafs pada Jalan Syariat
Dan adanya Bimbingan Mursyid pada Jalan Makrifat dan Hakikat

pada manusia yang bersama Allah, Ikhlas, tahulah ia, dan Syaitan tak dapat menguasainya
ini yang menjadi Hijab, bagi setiap diri, untuk Mengenal, untuk diri Berserah Allah, memohon bantuannya, ke arah kebaikan yang banyak

Sekiranya ada kehendak kalian, mahukan Ilmu agar dapat menyuluh Jalan kalian, membawa diri kalian ke arah menjadi Khalifah Allah, Pemimpin yang dapat Menjaga diri, dan ahli keluarga, kaum kerabat kalian, marilah mendalami Ilmu Tauhid

InshaAllah
Ilmu Tauhid , paling Tinggi adalah upaya mengIngat Allah di hati
Berterusan, sebagai maksud, ayat ayatNya

Silakan ya, Rebutlah Peluang ke jalan yang Allah Redha

InshaAllah





Monday, October 27, 2014

Masalah Wanita dan Haid

Masalah apa saja dapat di atasi dengan Ilmu Islam
Masalah menimpa diri adalah akibat Tangan sendiri bukan pendapat saya, tapi kalian boleh lihat ayat ayat Allah melalui Kitab Wahyu, AlQuran

Sebab utama Islam mewajibkan Umat Islam menuntut Ilmu, ialah agar dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi

Dalam Blog ini ada topik tentang Ilmu Merawat Diri boleh search dan baca
Lihat Topik Dalam Bulan JUN 2012
Dulu Ilmu merawat diri ada di paparkan dalam Thread Forum Islam, masalahnya, Forum itu telah tidak mempercayainya, kerana Bisikan Syaitan dalam diri masing masing, tidak mahu mempercayai Kuasa Allah

InshaAllah apa saja masalah, menimpa diri, kembalilah kepada Allah
Sebb inilah di katakan, Jika kamu menghadapi Mehnah, Bencana, Penyakit, Ucapkanlah, Innalillahi wainna ilaihi Rojiun, Yakin lah kepada Allah, silakan dalami Ilmu Tauhid

Jika hendakkan Ilmu yang dapat Merawat diri daripada di ganggu oleh Masalah, InshaAllah
Silakan e mail, nuranugerah@hotmail.com
atau silakan telefon 0132611778 beritahulah kamu siapa dan bertanyalah, InshaAllah ya
Jika kekurangan wang dalam handphone, silakan e mail, inshaAllah

Jalan Keluar dari Kebatilan ialah melalui Ilmu Islam
Kebenaran daripada Allah - AlQuran adalah Hidayah Bayan atau keterangan (penawar dan Ancaman)
Jika tak mengetahui akan isi AlQuran, manakan tahu ada penawarnya, lalu apa yang berlaku hanyalah tahu menyebut akan ayat ayatNya itu
Sedangkan AlQuran itu untuk di ambil PelajaranNya, sebab itu ayat pemulanya, dalam surah alBaqarah itu berbunyi, Kitab yang tanpa keraguan, menjadi Petunjuk kepada Orang yang hendak Bertaqwa

Susah nak bertaqwa, susah nak Ingat Allah, susah nak dapat Dengar dan Taat, hanya pandai berlagu, pandai berdendang, pandai menghukum, dan sebagainyalah jika tak dapat HidayahNya

Silakan sesuai dengan zaman berinternet, ada di sertakan, e mail, juga nombor telefon, silalah jadi orang yang rela mengambil dan merebut Peluang Peluang yang di sediakan

Mohonlah Allah kamu membantu, melorongkan ke arah kebaikan
Semuga dapat Hidayah Allah

InshaAllah
SubhanAllah wahdahu laa syarikalah

Friday, October 24, 2014

hijRAH

Ramai sudah tahu, definisi Hijrah
Ramai yang boleh beri Tazkirah hal Hijrah
Ramai yang faham maksud, namun nak berUBAH itu susah

kerana kita tidak berbatas sempadan kan Syariat Islam dan tidak berupaya untuk tidak Syirik

Suasana kita berada, kita jatuh ke dalam golongan Zalim, jatuh ke dalam Golongan Murtad, dan jatuh ke dalam Golongan Syirik, kerana dalam suasana yang kita hidup ini, tidaklah kita menauhidkan Allah. Suasana Permainan dan senda gurau, di ujudkan, dengan alatan dan kaedahnya, Mekanizam kehidupan, sekadar Permainan dan Senda gurau, Syiar di utamakan, untuk ZAHIR kehendak nak tunjukkan kebaikan, kemuliaan, tetapi bila kita menyertai Internet, komentar dan perkataan yang kita lontarkan, tidak menunjukkan kemuliaan Islam

kegagalan memahami Ujian Allah, tidak mengingati Perentah Allah, akibat diri seperti BUIH
kegagalan diri untuk Berserah kepada Allah menjadikan diri, menurut perangai Qarun, Hamann dan Firaun

Bila Menyertai Facebook, Twitter dan segala kemudahan di Internet, tidak menunjukkan diri itu, menauhidkan Allah, inilah Kesan Merdeka, dan kesan menyengutukan Allah dengan Nafsu

Hijrah itu menuntut Kesedaran
menuntut Penglihatan, amal perbuatan, perkataan, Perasaan, Pemikiran dirimu
untuk Berserah Allah
Memohon Taufik hidayahNYA
agar dapat keluar dari Kebatilan, kepada Kebenaran
Silakan ubah kelakuan, mohon Allah bantu
Rajin rajinlah membaca AlQuran
Tuluskan hati memohon Hidayah ALLAH

Pada Diri Muhammad SAW itu ada TAULADAN yang BAIK yang dapat di IKUTI

Pada Diri Khulafah Ar Rasyidin itu ada tauladan yang dapat kita IKUTI

InshaAllah, Mohonlah Allah bantu, agar terpelihara diri, serta mampu berbuat amal kebaikan
Keluarlah dari suasana Kebatilan, dan masuklah ke dalam Kebenran, secara menyeluruh
Kehidupan yang Allah redha hanyalah Islam

Subhanallah, wahdahu laa syarikalah

Thursday, October 23, 2014

majuSI

Allah menyatakan: Setiap Anak Jin dan Manusia, lahir dalam FITRAH - IbuBapa mereka yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani dan Majusi

Tiada lah ALLAH Menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk MengABDIkan diri kepadaNYA

ABDI tak boleh Invent, tak boleh Memandai Sendiri, melainkan mengikut Peraturan Majikan
sepertimana Kunta Kinte, abdi yang hanya Dengari dan Taati TUAN nya

Majusi menyembah Api - berdasarkan Cahaya Matahari - mempercayai Dewa Dewi. Jika dulu dulu mereka menyembah api dengan mengelilingi unggun api, kini dengan kemajuan Internet dan paparan berbagai maklumat, mereka telah improve maklumat berkaitan agama mereka

Mereka menyatakan mereka tidak menyembah Berhala, hanya mengadakan Perantaraan
Bila mereka menyalakan api di pelita, di bekas bekas yang di sediakan, itu juga bentuk penyembahan
sebab itulah ianya menjadi budaya, adat yang di ikuti, di turuti

Ini adalah Perkara Syirik - jika ada yang Muslim, melakukannya

ada PerentahNYA, Jangan ikut agama selain ISLAM
diri kamu jika BENAR menauhidkan ALLAH, pastilah kamu akan di pelihara oleh Allah

sekiranya kamu masih berdampingan Jin, Syaitan, tentu saja kamu akan ikut, kelakuan Majusi itu

Demikianlah ya

Peringatan itu hanya berguna jika kamu Percaya

Subhanallah, wahdahu laa syarikalah

Monday, October 20, 2014

Sunnah dan Bidaah

Mari kita Fahami apa maksud Sunnah sebagaimana seperti Hadis nabi SAW
Sekiranya tidak mahu Sesat, Dengar dan Taat lah Allah dan RasulNya, AlQuran dan Sunnahnya, sunnah rasulullah SAW dan sunnah Khulafak ar Rasyidin - Allah menyatakan, pada diri Muhammad SAW itu adalah Ikutan yang baik bagi kamu, menyetujui apa yang sahabat sahabatnya telah katakan, kami Dengar dan Taat - sebab inilah nabi SAW menyatakan, setiap Bidaah itu Sesat

Umar al khattab menjadi Imam dan mengajak Jamaah tarawikh itu adalah Sunnah
Ia bukanlah bidaah hasanah

kerana golongan khulafak ar rasyidin itu adalah:
1. Iman paling tinggi tak terbanding oleh sesiapa, itulah Abu Bakar Siddiq
2. Jika ada nabi lah selepas muhammad SAW itulah Umar al Khattab
3. Nabi berkata, “Patutkah saya tidak segan dengan seorang lelaki yang malaikat sangat malu dengannya?” (HR Muslim).- terhadap Usman Affan
4. Saidina Ali itu Gedung Ilmu

Sebab ini lah ada golongan Islam menyatakan: Kejayaan adalah bilamana dapat Taat Perentah Allah ikut Cara Muhammad SAW

Setuju dengan Allah, Muhammad SAW itu tauladan yang baik bagi kita

Sebab itu jangan buat Bidaah, Jangan asyik berbalah, menuduh sana tuduh sini
Sila baiki diri, betulkan pemikiran ya

Sesiapa yang tidak memperdulikan ayat ayat Allah, AlQuran, Allah akan hantarkan syaitan syaitan kepadanya yang kemudiannya menjadi kawan karib yang membisikkan kepada diri, memperdaya, bila bagkit dari maut nanti Allah tanya, baru melopong - silakan rujuk ayat 36 ke ayat 38, surah az zukhruf surah yang ke 43

Jika kamu di kurniakan Allah hidayahNYA dapatlah kamu menilai
Inilah sebab di katakan, Janganlah sekadar bertaqlid buta sahaja

Berbuat sesuatu hendaklah dengan Pengetahuan, semuga terhindar dari Persengketaan dan Perbalahan, semuga di terima Allah, amalan kamu yang ikhlas itu

InshaAllah