image

image

Monday, May 4, 2015

Izin Allah

Apabila kamu berkata dan Ingat, semua yang berlaku itu adalah Atas Izin Allahu subhanahu wataala
Sedarlah kamu hendaknya, tak guna hendak marah, tak guna hendak keji, tak guna hendak suruh dan kerana itulah Allah menyatakan kepada Muhammad SAW, kamu hanya menyampaikan kebenaran, Hidayah itu Allah yang beri

Allah telah memberikan Hidayah Bayan, melalui Kitab Kitab Allah, yang terakhir adalah Kitab AlQuran. Sesiapa sahaja yang membaca dengan ketulusan hati akan mendapat Hidayah Taufik
Dan sesiapa yang tidak Ikhlas, tidak jujur, tidak suci hatinya, hanyalah mendapat tambahan syaitan syaitan, kerana hanya tahu menyebut ayat ayatnya, sebaliknya tidak pula mahu mengambil pelajaran dariNya

Sebab inilah juga Rasulullah menyampaikan, Amarah itu adalah daripada Syaitan
Nafsu sangat menyukai bisikan syaitan, dan Syaitan menampakkan indahnya maksiat di matamu

Jika kamu adalah mendapat hidayah taufik daripada Allah
Dapatlah kamu merasai Cukuplah Allah bagiku, Hasbun Allah wanikmal wakil wanikmal maula wanikman nasir. Tidaklah kamu seperti kelihatan alim dan tahu menyebut tetapi tidak memahami apa yang kamu perkatakan

Tulisan disini hanyalah Kenyataan, tidaklah hendak menuduh sesiapa, kerana semua yang berlaku itu adalah Atas Izin Allah, daripada Ketentuan Allah, samada Rela atau Terpaksa semuanya mengikut ketentuan Allah

Jika mendapat Hidayah dapat memahami Kitab Allah, dapat memahami Firman Allah, dapat menuruti Sunnah Rasulullah dan merasa cukup hanya menurut sunnahnya dan dapat menghindari Bidaah Kesesatan

Demikianlah Hidayah Taufik Allah itu menyampaikan dirimu ke dalam Nikmat KurniaanNya
Dan dapat menghindarkan kamu daripada termasuk ke dalam daerah Munafik dan Kafir

Maksudnya mendapat Peliharaan daripada Allah maka tidaklah Keluh kesah dengan keduniaan, tidaklah keluh kesah dengan wanita, dapatlah merasa Aman dan Tenteram menghadapi pancaroba yang sementara di dunia yang fana ini

InshaAllah ya,  Semuga dengan meningkatnya Usia, dapatlah menambah baik dirimu, agar sampailah kepada makam RASA, dapat merasai Izin Allahu dan dapat merasai Hasbun Allah wanikmal wakil

Itulah nikmat kepada wali wali Allah, yang mana pada mereka itu tiada kegusaran, subhanallah
Hanya hamba hamba Kami yang Ikhlas, syaitan tidak dapat menguasai


Wajah Allah

Sesiapa yang bertanyakan, bagaimanakah wajah Allah itu, adalah golongan yang Jahil Murakab
Samada pertanyaan daripada umat Islam sendiri, atau daripada golongan munafik dan kafir

Kenapa jatuh dalam golongan Jahil yang bertindih tindan, melampau ya, jika bertanya demikian?

Tauhid di zaman Rasulullah, hanya menyampaikan kebenaran, Jangan kamu sekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, la tusyrik billah

Satelah berlalu 300 tahun selepas wafatnya Muhammad rasulullah saw, Ulamak memecahkan kepada Uluhiyah, Rububiyah dan Asma wa sifat, zaman muhammad abdul wahab di Mekah, menyatakan Tauhid 3 serangkai, dan zaman kini ada yang menafikan, tauhid asma wa sifat itu bukan daripada Rasulullah SAW

Ternyatalah jika menafikan Tauhid Asma waSifat, itu menjadikan diri akan bertanya, bagaimanakah wajah Allah - Jika kamu sudah mengenal Allah, boleh tak beritahu, wajahnya

Sifat, laisa kamislihi syaiun - Tiada sesuatu yang seperti Allah, tiada yang setara Allah
Mukhalafatuhu lil hawadith - menyalahi sekalian yang baharu

Yang Baharu itu termasuklah apa yang muncul dalam Fikiran mu
Adalah satu kesialapan bila menyatakan itu wajah Allah, kerana Allah itu Supreme Being, boleh saja berbuat sesuka hatinya, semahunya, namun di sebalik semua itu, Allahu itu Maha Adil
Kebesarannya, Segala galanya adalah Ciptaan Allah
Setiap sesuatu itu adalah Ciptaan Allah
Kebesarannya, semuanya itu adalah daripada Allah
Setiap sesuatu itu daripada Allah

Pelajaran daripada Tauhid 3 serangkai itu sepatutnya dapat membawa diri kepada Makrifatulloh
Namun tak cukup ilmunya jika tidak mengetahui asal usul kejadian Yang DiCiptakannya
Makhluk Diciptakan Allah itu berasal daripada Yang Satu, berpasangan, berkembang biak
Berketurunan, dan beranak pinak, inilah dapat menjadikan manusia itu berbangga bangga

Rasulullah Muhammad SAW suka untuk melihat Ramainya Umat Islam di Akhirat nanti
Kerana itulah baginda berpesan, segerakan nikahnya anak anak gadismu
kepada pemuda pemuda yang mukmin

Kenalah kita ikut adab tata susila, menuntut Ilmu Islam agar dapat kita menjaga diri dan pekerti
Semoga dapat memelihara Pemikiran diri agar tidak mudah di perdayakan oleh bisikan persangkaan daripada Nafsu Syaitan

Di pelawa pembaca memberikan komentar di sini
InsyaAllah

Tuesday, April 28, 2015

Dengki Khianat

Dengki melahirkan khianat adalah perkara keji, jadi larangan dan tegahan dalam Islam
Dan kebanyakan agama lain juga melarang perkara dengki antara sesama manusia
Hidup untuk saling bantu membantu, tolong menolong itu di setujui dan di sukai ramai
Cuma saja, Mukmin bertolong tolongan di dalam kebaikan
Sementara Munafik dan Kafir bertolong tolongan didalam perkara keji dan maksiat serta mungkar

Samada sedar atau idak itu atas Hidayah Allah bagi orang yang sentiasa bersama Allah, yang sedar diri, mengingati Allah
Jika tidak kenal diri sendiri, tidaklah sedar diri, juga tidak mendapat Hidayah Allah akan senang hatinya menuduh, mengeji, dan berbuat keji tanpa sedar

contoh Perlakuan tanpa sedar
Dalam banyak website, bloggers, wordpress dan sebagainya kita boleh lihat, komentar yang hanya bersangka sangka, mengeji dan menuduh berbagai, sentiasa bersangka sangka
Komentar komentar dalam Forum, walaupun namanya Islamik, tetapi bukanlah membalas dengan ilmu pengetahuan untuk kebaikan lain orang, sebaliknya suka menuduh dan mengeji peribadi
Memanglah dia mengaku yang paling baik, tak sedar berkawan karib dengan syaitan, seperti maksud ayat 36 ke ayat 38 surah az zukhruf

Jika sesiapa yang mendapat hidayah, tentulah tidak mengeji kebodohan lain orang, sebaliknya menyampaikan kebenaran yang dapat membawa manusia keluar dari kelemahan menuju kebaikan

Menyerang peribadi itu adalah bukan golongan ASWAJA

Memang apabila kehidupan tidak menurut Aturan Allah, Aturan Rasulullah, akan memporak perandakan lah. Demikianlah kehidupan umat seperti buih, kerap pula mengulangi perbuatan terkutuk itu

Semoga dapat Hidayah Allah, menghindari perbuatan keji, dan menambah baik diri dan orang lain,

Sunday, April 26, 2015

Membaca kah atau sekadar tahu menyebut?

Menurut kamus Dewan edisi Empat, ’baca’ ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya

Jika demikianlah arti kata baca, membaca ialah perbuatan mulia, menambahkan pengetahuan serta pemahaman
Jadi ambillah ingatan ya, walaupun rata rata manusia termasuk alim ulamak, pemimpin umat islam, mengatakan, membaca alquran tak faham pun tak mengapa?
Benarkah kenyataan itu?

Mari kita telitikan maksud Allah:  


Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman". (Az-Zukhruf 43:36-38)

in english:
If anyone withdraws himself from remembrance of ((Allah)) Most Gracious, We appoint for him an evil one, to be an intimate companion to him.
Such (evil ones) really hinder them from the Path, but they think that they are being guided aright!
At length, when (such a one) comes to Us, he says (to his evil companion): "Would that between me and thee were the distance of East and West!" Ah! evil is the companion (indeed)!


Bagaimanakah boleh ada yang berkata, tak faham pun tak mengapa?
Jika kamu pelajar kamu membaca buku untuk study for exam, tidakkah kamu perasan dan mengerti apa patut kamu lakukan. Jadi kenapa kita ikut kebodohan?

Baca tak faham ialah tak menghiraukan pelajaran daripada Allah, ibarat orang Kafir dan Munafik yang tidak SUCI hati mereka. Benarlah Allah menyatakan, Bencana menimpa diri kamu adalah akibat tangan kamu sendiri

Maksudnya jika tak faham itu bukanlah Membaca, itu hanyalah sekadar kebolehan kamu menyebut, seperti contoh, kamu bernyanyi nyanyi lagu bahasa asing yang kamu tidak mengerti apa apa tentang bahasa itu

Silakan ambil perhatian ya, dan ubahlah haluan diri, ada AlQuran tafsir Per Kata, ada banyak Terjemahan dan Tafsir, dan di tambah kemudahan berinternet silakan ke www.surah.my

Janganlah kita hanya menurut membabi buta, ibarat tak punya pengetahuan, Jadilah Pemimpin, pimpinlah dirimu, Keluarlah daripada kejahilan, kebodohan dan masuklah ke dalam golongan yang mendapat Hidayah Allah

Hanya sesiapa yang SUCI hatinya, membaca AlQuran, yang mendapat Hidayah daripada Allah
  
Semoga mendapat KeSEDARan
Ubahlah Haluan
Jadilah manusia yang ada hati perut
Mohonlah bantuan daripada Allah
Semuga diberiNya kemudahan dan Keselamatan

SubhanAllah wahdahu laasyarikalah

Saturday, April 25, 2015

Bandingan Ikhlas

Ikhlas

Hanyalah milik Manusia dan Jin yang menauhidkan Allah, dan kerana inilah menjadikan amalan amalan sesiapa sahaja yang Ikhlas itulah yang Allah terima

Sesiapa yang beramal walaupun baik dan diterima oleh dunia, jika tanpa ikhlas lillahi Taala, adalah sekadar dunia sahaja, dan tiadalah apa apa di Akhirat

Kerana inilah dikatakan, Mukmin itu mendapat nikmat ia bersyukur, jika sebarang ujian lain pula ia bersabar

Buih buih pula hanya berulang ulang menjadi air dan dipukul ombak kehidupan tidak dapat keluar dari keadaan itu, kecuali berlaku perubahan besar, seperti Banjir dan melimpahnya air, terbawalah buih itu ke daratan, ketempat lebih tinggi, namun keperibadiannya hilang, seperti menghadapi kematian - ini adalah misalan, umat yang seperti buih, sukarnya untuk menjadi mukmin, sering keluh kesah menghadapi ujian, tidak menyedari yang Takdir di hadapinya itu terbit daripada dalam diri sendiri,

Inilah sebabnya ada istilah - masalah menimpa diri akibat tangan sendiri
juga, mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama kedua kalinya


Bagaimanakah untuk kita merasai Cukuplah Allah kepada ku
Ketahuilah Masuklah ke Islam secara penuh, keseluruhan Perasaan berserah diri kepada Allah, agar apa sahaja yang menimpa diri, apa yang kamu tempuhi itu dapat mengingatkan kamu kepada Allah

Ingatlah sesiapa yang Bertaqwa dan Bertawakkal kepada Allah, Allah akan memandunya keluar daripada sebarang masalah tanpa susah susah untuknya berfikir, inilah maksud ayat seribu dinar yang di jadikan khat dan digantungkan di serata alam, namun jika tanpa di ambil pelajarannya, tak ada maknanya lah
hanya menjadi hiasan, barang perhiasan, sekadar pandngan mata, nafsu dan merasa seperti baik

Begitulah juga apabila kita suka menyebut ayat ayat Allah daripada AlQuran namun kita tidak memahaminya, itu maksudnya hati kita itu belum SUCI, kerana hanyalah yang SUCI hatinya yang akan memahami AlQuran

Jika kamu tidak mahu mengambil pelajaran daripada Allah melalui Ayat AyatNya, Allah akan menghantar (segalanya diciptakan Allah) syaitan syaitan kepada diri - sila rujuk AlQuran surah azzukhruf ayat 36-38. Semuga beroleh ingat dan mahulah mengubah diri masing masing ya

Janganlah hanya menurut kata kata manusia walaupun ia kamu percaya sepenuh hati, sebaliknya AlQuran itu Allah yang Memeliharanya - Yakin lah

Rujukan utama jika Cukuplah Allah bagi ku  tentu saja Kitab Allah, AlQuran
Tentulah menurut Muhammad SAW kerana bila orang bertanyakan akan isterinya muhammad SAW, Aisyah r.a  menjawab, itulah AlQuran. Allah juga menyatakan pada diri muhammad SAW itu adalah Ikutan Yang Baik bagi kita


Ingat jugalah jika kita punya diri Ikhlas, Tiadalah Allah mengutus akan Muhammad SAW itu, melainkan untuk menyempurnakan Akhlak Yang Mulia

Dizaman di takdirkan kita, yakni Umat Islam rata rata seperti Buih, menurut kesesatan bawaan yahudi dan nasrani, termasuklah yang di sohorkan sebagai ulamak, iaitu golongan alim alim juga ada yang terlibat di dalam Syirik, setiap masa kerana itulah peribadi tidak lagi menurut ASWAJA sebaliknya masuk kedalam golongan Khawarij, muktazilah

Kerana inginkan Kuasa untuk memerintah dan Menghukumi manusia mereka tidak lagi menurut Jalan sunnah yang Muhammad SAW tunjukkan. Mereka tidak sedar yang mereka turuti itu Jalan Syirik. Begitulah apabila tidak merujuk kepada Allah, dan Rasul Nya, tidak merasai Cukuplah Allah kepada diri 
sekadar pandai menyebut sahajalah. Takkan pula kamu suka menuruti mereka?

Tiap tiap diri itu pasti menurut apa yang di percayainya. jadi apa maksud Rukun Iman untuk siapakah ia? mahukah Percaya?

Masuklah ke Islam keseluruhannya, bepandukan Rukun Islam
semuga menjadi orang yang memiliki Ilmu dan beramal dengan Pengetahuan, semoga Ikhlas

Monday, April 20, 2015

SATU kepada Banyak dan Banyak kepada SATU

Allahu Ahad
Wahid

DIA Allah Yang Satu, Yang Menciptakan Setiap Sesuatu, Maha Kuasa, Maha Halus, Meliputi
kerana sebelumNya, tiada lah selainNya

CiptaanNya Segalanya berasal dari Yang Satu
Apabila Makhluk diciptakan, yang Satu itu berkehendak kepada pasangannya, maka lahirlah ia
pasangannya yang bernama Hawa

Manusia adalah Ciptaan Allah yang Terbaik
Adam adalah manusia yang pertama, Hawa adalah pasangan Adam yang pertama

Untuk maksud memahami ROH, hendaklah bertemu Guru ahli zikir yang mengetahui yang mendapat Ilmu daripada sanad dan riwayat yang Sahih

Untuk memahami Nafsu, sudah ada Ujiannya, melalui Berpuasa dan mengekang Nafsu

Duality
Adalah maksud kejadian Makhluk
daripada satu bersendirian, makhluk memerlukan Teman, maka menjadi dua, berpasangan
Melihat kepada Anak cucu Adam a.s, bolehlah di mengertikan, pasangan bagi lelaki itulah wanita
Pasangan bagi jantan itulah betinanya

semuga dapat mengerti lah ya

Allah itu Wujud apabila Wahyu menggunakan Bahasa Arab Quraish, Sebelumnya, Taurat, Injil, dan Zabur itu, menurut bahasa kitabnya

Allah yang SATU menciptakan Makhluk yang Banyak
itulah bukti Kekuasaannya, Maha Menciptakan
namun, Tiadalah Kami ciptakan Jin atau Manusia, melainkan untuk menjadi ABDI Kami

Makhluk yang Berhajatkan Allah
namun kebanyakkan manusia hanya suka menurutkan Nafsu mereka
dan Nafsu sangat menyukai Bisikan Syaitan

Kitab AlQuran tanpa keraguan menjadi Petunjuk kepada Orang yang hendak Bertaqwa iaitu orang yang Percaya akan Perkara Ghaib dan Mendirikan solah, dan Menafkahkan sebahagian yang Kami berikan mereka

selain daripada itu adalah orang munafik dan Kafir
yang tersesat akibat menurut Nafsu Syaitan

Hanya Hamba Hamba KAMI yang Ikhlas, Syaitan tidak dapat Menguasai

Silakan Belajar, menuntut Ilmu Islam, semuga dapat memperbaiki diri masing masing menuju Kampung Akhirat

Saturday, April 18, 2015

Ehwal Semasa

Sengajalah Dunia Permainan dan Senda Gurau kehidupan kini, meniadakan Pelajaran Tauhid yang patut memberikan Hidayah pada diri masing masing agar dapat Ingat Allah, Selebihnya hendaklah diri itu yang bertanggungjawab untuk beramal semuga Iman masuk ke hatinya


Bertepatan Pula sepertimana Rasulullah sebutkan, akan tiba masa, umat hanya seperti BUIH

Ingatlah ya, Janganlah kamu mudah mengaku " aku sudah Beriman" sebaliknya, katakan "ana muslim" dan amalkanlah Islam itu, semuga Iman masuk ke hatimu dapatlah kamu mengingat Allah, agar penuh perasaan mu "Cukuplah Allah bagiku"

nak amalkan Islam lagu mana? Inilah maksud syahadah


Saksikanlah, Nama nama yang Husna bagi Allah, takkan kamu hanya tahu menyatakan sesiapa yang menghafal asma al husna dapat masuk Syurga, Hafal dan Ingat semuga dapat berBaik sangka kepada Allahmu. Janganlah pula menafikan asma wa sifat dalam mendalami Tauhid, itu akan memberikan penyaksian hal Sifat sifat dan nama Allah semuga dapat mengenal Allah melalui Ayat AyatNya

Saksikanlah, kenapa Allah menyatakan pada Diri Muhammad SAW itu adalah Ikutan Yang Baik bagi kamu. Tiadalah kami utus Muhammad SAW melainkan untuk menyempurnakan Akhlak yang Mulia


Saksikanlah, peribadi Muhammad SAW yang bersifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah, ambillah jadikan sifat peribadi mu, Semuga dapat membentuk kemuliaan peribadi mu



Semuga berjaya menjadi manusia Terbaik, iaitu menjadi manusia yang Paling Bertaqwa, menjadi manusia yang paling banyak membantu lain orang

Dunia senda gurau kini, di lautan tanpa sempadan, layan perasaan, layan facebook dan sebagainya, Ingat?!  Janganlah tunjukkan Kejahilan dirimu, Jangan duduk dalam Kejahilan, Jangan letakkan dirimu dalam kebinasaan,

Kebenaran itu daripada Allah, melalui AlQuran dan segala ciptaanNya

Semuga tidaklah mudah Stress dan kecewa serta berputus asa daripada Rahmat Allah

InsyaAllah