image

image

Thursday, March 18, 2010

penJELASan

Taa' Haa. (pertama ke delapan)

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu ....... supaya engkau menanggung kesusahan.

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut melanggar perintah Allah
diturunkan dari yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

Iaitu Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi
serta yang ada di antara keduanya
dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu,
(maka yang demikian tidaklah perlu),
kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia,
bagiNyalah segala nama yang baik.

No comments:

Post a Comment