image

image

Saturday, May 17, 2014

Saksi Kedua


Makna Kalimah Syahadah Kedua:

أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

“Aku mengetahui, mempercayai dan mengakui bahawa Muhammad ibn `Abdullah ibn `Abd al-Muttalib ibn Hashim ibn `Abdu Manaf al-Qurashi sallallahu`alaihi wasallam itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada semua makhluk. Selanjutnya, diikuti dengan iktikad dan keyakinan bahawa baginda telah diputerakan dan dibangkitkan sebagai seorang rasul (pesuruh Allah) di bumi Mekah, berhijrah ke bumi Madinah dan disemadikan di sana, baginda benar dalam semua perkara yang dikhabarkan dan disampaikannya daripada Allah iaitu mencakupi perkara-perkara yang telah berlaku, perkara-perkara yang akan berlaku dan perkara-perkara yang berhubung dengan hukum syariat. 

Antara perkara yang dikhabarkan itu ialah azab dan nikmat kubur, soalan dua malaikat Munkar dan Nakir, kebangkitan dari alam barzakh, perhimpunan di Mahsyar, kiamat, hisab, pahala, azab, neraca amalan, titian al-Sirat, neraka, kolam al-Hawd, syafaat, syurga, melihat Allah dengan mata kepala pada hari Akhirat tanpa kayfiyyat, tanpa bertempat dan ruang; iaitu tidak seperti makhluk dilihat, keberkekalan hamba-hamba Allah di dalam syurga dan neraka, keimanan dengan para malaikat Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan qada` dan qadar Allah iaitu yang baik dan yang buruknya, dan sesungguhnya baginda adalah penyudah segala nabi dan penghulu seluruh keturunan Nabi Adam alaihissalam.

Sembilan aqaid yang masuk di dalam makna syahadah yang kedua

Bagi kalimah syahadah yang kedua juga mempunyai dua makna iaitu makna hakiki dan makna lazim. Makna hakikinya ialah “Aku naik saksi sesungguhnya nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah”. Apabila kita mengakui bahawa nabi Muhammad itu utusan dan pesuruh Allah maka melazimi pula kita percaya kepada sifat – sifat yang wajib bagi rasul sepertimana berikut :

1)Siddik ertinya benar lawannya kazib bererti dusta. Mustahil rasul itu dusta wajib kita percaya rasul itu bersifat benar. Sekiranya rasul itu dusta maka tidaklah dia menjadi pesuruh Allah.

2)Amanah ertinya kepercayaan lawannya khianat. Mustahil rasul itu khianat wajib kita percaya rasul itu amanah. Sekiranya rasul itu khianat maka tidaklah dia menjadi pesuruh Allah.

3)Tabligh ertinya menyampaikan lawannya kitman ertinya menyembunyikan. Mustahil rasul itu menyembunyikan wajib kita percaya rasul itu menyampaikan. Sekiranya rasul itu menyembunyikan maka tidaklah dia menjadi pesuruh Allah.

4)Fatanah ertinya bijaksana lawannya baladah ertinya bodoh. Mustahil rasul itu bodoh wajib kita percaya rasul itu bersifat bijaksana. Sekiranya rasul itu bodoh maka tidaklah dia menjadi pesuruh Allah.

Demikianlah aqaid yang masuk di dalam syahadah risalah iaitu empat sifat yang wajib bagi rasul lawannya empat sifat yang wajib menjadi jumlahnya lapan aqaid. Kemudian masuk pula di dalam syahadah risalah lima aqaid lagi iaitu :-
1)Percaya kepada malaikat
2)Percaya kepada para nabi dan rasul
3)Percaya kepada kitab-kitab Allah
4)Percaya kepada hari kiamat
5) Percaya kepada Takdir Allah

Semua perkara di atas termasuk di dalam makna syahadah yang kedua iaitu penyaksian ke atas kerasulan nabi Muhammad saw kerana nabi Muhammad saw yang telah mengajar dan mengkhabarkannya. Jumlahnya empat , lawannya empat menjadi lapan. Kemudian dicampurkan dengan lapan yang dahulu jadilah jumlahnya enam belas aqaid masuk di dalam pengakuan kita bahawa sesungguhnya nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Demikianlah makna – makna yang terkandung di dalam dua kalimah syahadah iaitu lima puluh aqaid masuk di dalam pengakuan kita bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan enam belas aqaid masuk di dalam pengakuan kita bahawa sesungguhnya nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Apabila kita mengakui, menyaksikan, hendaklah kita saksikan sifat sifat wajib bagi nabi saw, seboleh bolehnya kita jadikan pakain taqwa, agar benarlah anggota kita, menyaksikan

Demikian pula apabila menyatakan dirimu, Makrifatillah, hendaklah kamu dapat menerangkan sifat sifat yang wajib bagi Allah, Asmanya. Kerana Allah itu AHAD, bersatu segalanya, bukan sekadar sifat, tentu ada namanya, tentu ada af'alnya, tentulah ada zatnya

subhanallah
wahdahulaa syarikallah

No comments:

Post a Comment