image

image

Saturday, May 7, 2011

{ FIKIR ..... }

Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka
sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman
kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya,
dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung.

Allah beri mu faham, juga mu punya hal menjadikan mu tak faham faham

Sesungguhnya Tuhanmu,
Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya,
dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk

sebab apa demikian

sebab apa,
pasal apa begitu

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

so, whassup?

Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah
(dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh);
dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan
(dengan pilihan mereka sendiri)

kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah


Aku akan memalingkan (hati) orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu);

dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui.

Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.


subhanallah

"Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"



Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya)
maka dia lah yang beroleh petunjuk;

dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya)
maka merekalah orang-orang yang rugi.


well well well

how do we do

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),
dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)

dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.

subhanallah

Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya;

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka.

Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya.

subhanallah

Maha halus


Wahai sekalian manusia!
Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu.
Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya),
maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri;

dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu
tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".


Iblis berkata:
" Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat
kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,



"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).