image

image

Wednesday, December 31, 2014

JaHiL

Dalam bahasa arab tak ada kalimah bodoh, sebaliknya ada kalimah Jahil
Dalam bahasa melayu, Bodoh itu sifat orang yang belum mengetahui

Islam dalam bahasa arab, membawa maksud sejahtera bersama Allah di sisi
Maksudnya umat yang berserah Allah, di pimpinlah oleh Allah, Jalan menuju kesejahteraan tersebut

Ia juga memberikan petunjuk, Mukmin itu dapat nikmat ia bersyukur, dapat mehnah dan cubaan ia bersabar

Keluh kesah itu sifat Munafik
Resah Gelisah itu sifat Munafik
Bersangka sangka itu sifat munafik
Menuduh dan Mengeji salah laku orang lain itu sifat Keji,

Kerana itulah sifat Ahli Sunnah dan Berjemaah itu, sifat golongan sederhana, tidak keluh kesah, tidak gelisah tak menentu, tidak bersangka sangka, tidak menuduh sembarangan

Pertuduhan dengan persangkaan, sebagaimana, memohon kecelakaan kepada orang lain, itu di larang oleh Allah. Janganlah kamu bersangka sangka dengan ibubapa orang lain, tuhan orang lain, Jangan menuduh perempuan berzina dan sebagainya

Bala Allah menimpa diri, kumpulan manusia, akibat kesalahan tangan mereka sendiri
Apabila ada golongan yang bersolat memohon kecelakaan orang lain, dan pada masa itu ada yang berilmu tidak melarang, maka akan di timpakan Allah, mala petaka dan bencana. akibat dari pertuduhan, dan doa agar kecelakaan menimpa orang lain, terbit dari persangkaan belaka

kamu baling taik kepada orang lain, taik akan kembali menemui kamu
ini yang menimpa diri kawasan kawasan yang Banjir, yang menenggelamkan rumah dan kediaman, maka taik dari najis dan tong najis, serta pusat kumbahan, semuanya tenggelam, taik bercampur air, menimpa semua manusia terlibat, yang menyokong kesesatan, kunun kununnya Islam, tetapi bukan sunnah malahan Sesat

Jika tak sedar, akan berterusan lah, marah dan menuduh yang berbagai bagai terhadap orang lain
Sepatutnya, kembalilah kepada Allah, kepada Sunnah tauladan yang baik yang di tauladankan oleh Muhammad yang di Redhai Allah

Sambutan Maulidur Rasul itu
adalah Mengenang Kebaikan dan Kemuliaan yang di bawa oleh Muhammad SAW
1. Menauhidkan Allah, Tak Boleh Syirik, samada dalam ingatan, dalam perbualan juga dalam amalan diri masing masing
2. Muhammad SAW sebagai Cahaya yang Mulia, membawa manusia dan Jin keluar daripada mereka yang mengutamakan Nafsu Syaitan, kepada mengutamakan Allah
3. Muhammad SAW menyampaikan Kebenaran dengan Jujur, menjaga kesucian Islam, itulah Akhlaknya yang Mulia
4. Tiadalah muhammad itu berkata, melainkan wahyu yang di wahyukan belaka
5. Islam itu Tinggi akan menaikkan Darjat manusia dan Jin kepada lebih Tinggi dan Mulia
6. Islam itu mudah, kerana dalam tiap tiap diri, ada KebenaranNya, mengapa kamu tak mahu berfikir?
7. Tiada Kejayaan menghadapi Kehidupan Islam, kecualilah orang yang berakal
8. Jalan Yang Lurus itu adalah seperti ACUAN yang akan menerbitkan, Produk yang elok, Mulia dan Berjaya dalam keselamatan, jika Ikhlas lah Resources dan jujur mengendalikan Proses Amalannya, menurut sunnah tauladan, documentation yang sudah sedia ada, Subhanallah

Kenang kenanglah Kebaikan, Ulang membaca, Ulang meneliti, ulang mengkaji, semuga dapat HIDAYAH ALLAH memandu dirimu ke arah Jalan Yang DiRedhaiNYA

subhanAllah wahdahu laa syarikalah




Sempit dan Luas

Islam itu Luas Menyeluruh, hanya saja pemikiran umatnya, dan pemikiran kesesatan itu yang sempit

Kita pula keterlaluan menurut kesesatan, itulah menjadikan kita menyatakan, hendaklah kita spesifikkan, khususkan topik bila bercerita

Sedangkan Ilmu Islam itu adalah daripada Allah, Kebenaran
Teramat Luas ilmunya, sedangkan kepada manusia, kamu celupkan jarimu ke lautan, apakah yang melekat di jarimu, itu bandingan ilmu dalam diri kamu

Belajar Pengkhususan itu adalah kebiasaan masakini bila kita menuntut ilmu di kolej dan universiti
Sedangkan Ilmu daripada AlQuran dan sunnah tauladan Muhammad Sallallahu alaihi wasalam itu adalah Meluas, menyeluruh, sempurna adanya

Kerana kita turuti kesesatan lah, kita masuk dalam lubang biawak, dan merasa selesa berada di dalamnya, sebab itulah pemikiran kita menjadi sempit, sedangkan Allah menyeru, masuklah kamu ke Islam secara menyeluruh

Tidak akan bersetujulah, jika tidak mengingat pesanan Allah
Akan menafikan, akan menuduh, dengan Persangkaan sahajalah bila tidak mendapat Hidayahnya

Sesiapa yang tidak mengambil pelajaran daripada Allah, daripada AlQuran, Allah akan hantarkan kepadanya syaitan syaitan, lama kelamaan, menjadilah mereka itu kawan rapat yang di ikuti, kawan karib - sila rujuk az zukhruf ayat 36-38

Semuga bersedialah diri kalian, membuka luas minda kalian, agar Hidayah Allah itu dapat  masuk ke hati hati kamu, subhanallah

Jika kalian mahu meluaskan minda kalian, silakanlah menuntut Ilmu Islam, utamakan AlQuran dan sunnah, utamakan Allah dan Rasulnya, yang sudah di redhai Allah

Mohonkanlah daripada Allah, kemudahan agar dapat Hidayahnya kepada kalian, agar kalian beroleh kebaikan dunia dan Akhirat

Kita sudah jauh di tinggalkan oleh nabi muhammad SAW, seribu empat ratus tahun dan lebih
namun kepada Allah hanyalah belum sehari setengah, Allah itulah masa

Cepat dan lambat nya masa itu hanyalah Perasaan, Sedangkan perasaan itu sepatutnya hanyalah kepada Allah bila dalami pengajian tauhid
Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu
Allah Maha Kuasa atas segala galanya
Allahu Maha Halus Meliputi, kerana sesutu yang maujud sebagai makhluk itu adalah daripada Allah jua

inshaAllah





Tuesday, December 30, 2014

Tanda CINTA


Berkasih sayang dan mesra, waktu bersama itu amat indah sehinggakan tiada selain dariNya
Tentulah bersungguh sungguh tanpa curiga, yakin denganNya, pasti
La Ilaha Ill Allah itu kalimah paling tinggi, dapatkah kamu merasainya?

Sebelum Mencapai
Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.
(Al-Hajj 22:1)

O mankind! fear your Lord! for the convulsion of the Hour (of Judgment) will be a thing terrible!

Samada Kematian peribadi atau yang lebih besarnya Tamat usia makhluk keduniaan, itulah Kiamat
Sebab itu ada Peringatan, agar mengingati Kematian, ziarahlah pesakit, ziarahlah kubur, agar dapat menjadi pelajaran bagi setiap pengamalnya

Semuga Pelajaran itu dapat menumbuhkan kecintaan kepada Yang Menguasai Setiap Sesuatu

Untuk mengujudkan Kecintaan itu ada Perukunannya, hendaklah mempercayai Rukun Iman, dan melaksanakan amal ber rukunkan Rukun Islam, Semuga dengan demikian, Iman akan masuk ke hati kamu

Iman itulah akan menumbuhkan kecintaan kepada Allah
Kerana itulah di larang, mengaku sebagai sudah beriman, sebaliknya di perentahkan, amalkan dahulu Islam kamu, semuga iman masuk ke hati kamu

Itulah yang di mintakan Muslim, agar menuntut Ilmu semuga Ilmu Islam itu dapat memimpin diri merasai Dekatnya Allah

Sebelum mencapai Rasa Cinta itu, masuklah kita ke dalam Permainan dan  senda gurau keduniaan semata
Sebab itu kita menuntut Ilmu, tidak secara kesungguhan, sebulan sekali kuliahnya, subhanallah
Jika kita telitikan kesungguhan imam imam mazhab, betapa masa bersama guru itulah masa teramat penting
Penuntut Ilmu Islam hendaklah berdasarkan AlQuran dan sunnah tauladan muhammad Sallallahu alaihi wasalam

Jika benarlah Jalan kamu, wujudlah rasa kecintaan kamu kepada Allah
Setara mana kamu bersedia menerima hidayahnya, setara itulah Hidayah Allah akan menemui kamu

Jika kamu berjalan kepada Allah, Allah berlari mendapatkan kamu
Demikianlah tanda cinta itu


Monday, December 29, 2014

INGAT

Rasulullah Muhammad sallallahu alaihi wasalam adalah Ikutan dan Tauladan yang BAIK
Pesan baginda: LaTusyrikBillah, Janganlah kamu syirik!
Bersyukurlah kepada Allah, dan balaskanlah kebaikan kepada keburukan lain orang terhadap kamu
Hormatilah orang tua tua dikalangan kamu, berbaktilah kepada ibubapa kamu, Kasih sayanglah antara seesama, lebih lebih lagi kepada kaum kerabatmu dan jiran tetangga kamu

Ingatlah Solat kamu itu menauhidkan Allah
Lakukanlah dengan ketulusan, suci murni
Doa kan kebaikan kepada orang lain, jauhi dari berdoa memohon kecelakaan kepada orang lain

Apa juga bencana yang menimpa diri mu adalah akibat dari tangan kamu sendiri
Sila Hisab lah diri masing masing, maafkan kesalahan orang lain, dan mohonkan kebaikan

Janganlah kamu mendoakan keburukan ke atas lain orang
Ingatlah dalam sirah zaman Rasulullah, di Taif, dan beberapa tempat lain, baginda memohon kebaikan, atas keturunan manusia yang derhaka

jika kita tahulah, dan faham sejarah Islam
Berlaku dalam sejarah, geng keturunan Kublai Khan menyerang Baghdad, kemudian cucu cicitnya pula menjadi pejuang perang jihad Islam. Inilah kepentingan agar setiap diri muslim, sepatutnya menuntut Ilmu Islam

Selagi nyawa di kandung badan, masih ada peluang berHijrah
Lakukanlah perubahan

Semuga bencana Banjir yang melepasi dugaan tradisi itu dapat memperbaiki kelakuan kita
Kembalilah kepada Allah

Ingatlah ya
Jika kamu berbantah bantah, kembalilah kepada Allah dan Rasulnya
kembalilah kepada AlQuran dan sunnahnya
Bertanyalah kepada orang yang mengetahui dan sentiasa Ingat Allah, ahli zikir

InshaAllah

Saturday, December 27, 2014

Islam dan Muslim

Kebenaran sudah tidak dapat disampaikan secara jujur
Rujukan tidak dibuat ke asal usulnya
Sebaliknya terhad kepada guru guru mereka masakini
jika bergurukan ahli politik, mengumpat itu di benarkan kata mereka
ahli politik muslim, sangat masyur, di puja puji ramai manusia, namun ada yang terkena angin ahmar
apakah petunjuknya itu?

ahmar adalah nama kepada Jin sejak zaman nabi Sulaiman
bagaimanakah boleh kena tamparannya, sedangkan asalnya guru guru tersebut mendidik dan menyampaikan saranan agar membaca ayat ayat Kursi untuk mengelak daripada Jin dan Syaitan

Ramai daripada pengamal pengamal perubatan alternatif Islam telah syirik
Tanpa sedar dan ada yang sedar tetapi masih meneruskan meminta bantuan jin, mendamaikan jin, dalam usaha ikhtiar rawatan mereka. Ini bukanlah tuduhan tanpa selidiki ya. dalam blog ini sudah beberapa kali di tayangkan, pengalamannya

Walaupun Allah melarang, manusia agar jangan mengambil bantuan pemuda pemuda Jin, kerana itu akan menambahkan sombongnya golongan jin, terus menerus ada muslim melayu yang bersekongkol dengan golongan jin, mereka merasa ada kelebihan yang di dapati, tak menyedari maksud Allah itu menambahkan sombong golongan jin

Disebabkan manusia hanya merasai sahaja kebanyakkannya, tidak dapat sentiasa melihat Jin jin peliharaan mereka, ada yang isteri isteri mereka sendiri terlibat berzina dengan jin. sang Isteri hanya merasa PUAS, tak menyedari Jin menyerupai suami mereka

Jika kalian tidak mengetahui kisah sebegini, kalian pula tidak dapat ikhlas lillahi, billahi, wallahi, ternyatalah kalian juga akan di kuasai Jin, syaitan

Janji Allah, hanya hamba hamba Kami yang Ikhlas, syaitan tidak dapat menguasai

silakan ya, tuntutlah Ilmu Tauhid, agar dapat mengenal diri, mengenal Allah agar terhindar dari di kuasain  jin syaitan

SubhanAllah wahdahu laa syarikalah

Tuesday, December 23, 2014

Janji ALLAH

Manusia Adalah Ciptaan ALLAH Yang Terbaik
    - ada Bathin ada Zahir
    - ada ROH ada Jasad
    - ada Akal ada Nafsu

Anda boleh bandingkan dengan makhluk Allah yang lain. Jin meminta agar makhluk yang lain tak dapat melihat mereka. Jin lebih dahulu memenuhi Alam ciptaan Allah.

Iblis pula menafikan Janji Allah. Iblis mengatakan, berilah aku tempoh, aku akan buktikan manusia itu bukanlah ciptaan Allah yang terbaik. Dan Allah memberikan kebenaran kepada Iblis. Iblis itu adalah berbangsa Jin

Nafsu yang ada pada Manusia pula, sukakan bisikan syaitan.

Syirik itu apabila tidak Ikhlas Lillahi, Billahi, Wallahi. Tidak menurut tauladan yang telah di tunjukkan oleh Muhammad Rasulullah

Apabila orang itu menafikan Allah, menafikan Kebenaran daripada Allah, Menafikan akhlak Muhammad Rasulullah itu terMulia, Terbaik, Pimpinan ArRahman, jatuhlah ia ke dalam golongan Kafir, munafik dan terus menerus melakukan Syirik

Kebanyakan manusia yang berada didalam KeKafiran, KeMunafikan, KeSyirikan akan menyangka mereka lah yang benar, sebagaimana Yahudi yang masih berpegang dengan Taurat tetapi penditanya menyembunyikan sebahagian kebenaran, dan Nasrani yang berpegang kepada Injil yang di gubah dan di tafsir ikut orang tertentu

Begitu jugalah kumpulan manusia yang berada dalam Permainan dan Senda gurau Dunia, mereka juga menyangka mereka didalam  Kebenran, sebagaimana politik kepartian.

Bahawa menyebut nyebut dan menghina kelakuan manusia itu adalah sifat golongan Khariji, khawarij yang menghina saidina Ali, apabila saidina Ali tidak mahu mengakui kenyataan mereka

Siapakah Yang lebih baik Amalannya

Semua manusia sama sahaja, kecuali orang yang paling banyak menolong lain orang
Semua manusia sama sahaja kecuali, orang yang lebih Taqwanya

Mukmin itu bertolong tolongan didalam perkara kebaikan

bahawa
tiadalah Muhammad itu di utus
melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang Mulia

Mulia jika Berserah Allah dengan Tulus Mulus

Islam itu ialah kamu berserah dirimu bulat bulat kepada Allah
dan Lain orang itu terselamat daripada gangguan lidah dan tanganmu

Jalan Lurus itu menemukan dirimu dengan ketenteraman, kebaikan, keamanan

sementara Jalan yang di perdayakan Syaitan itu, menemukan dengan berbagai masalah
Syirik apabila mengutamakan Nafsu diri, keakuan diri

SubhanAllah

Muhammad Rasulullah sudah pun membuktikan setiap kesalahan mereka itu, silakan bacalah Sirah semuga dapat pencerahan, inshaAllah

Sunday, December 21, 2014

Syukur dan Kufur

1. Jika kamu bersyukur kepada Allah, Allah akan tambah nikmatnya kepada kamu

2. Jika kamu Kufur, Siksa Allah amat pedih

daripada surah Ibrahim ayat 7
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 14:7)
And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you; But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed."

semuga kita orang yang berada dalam kalangan Ahli Sunnah dan Berjamaah, mahulah mengambil pelajaranNya

Alangkah lebih baik jika kita Bersyukur, bila apa apa yang berlaku itu, kita tidak di libatkan, kerana Percayalah dengan janji Allah, siapakah yang lebih baik amalannya?

Wahai manusia jika kamu rasa rasa beriman, Jagalah dirimu, dan kaum kerabat kamu, ahli keluarga kamu, daripada dosa agar terhindar daripada siksa api neraka, yang bahan bakarannya adalah manusia dan batu


Pelajarannya

Semuga kita tidak menjadi orang yang tidak mahu bersyukur, lalu kita ikut menjadi Kufur, tidak berterima kasih ke atas Nikmat Kurniaan Allah, yang kita tak dapat menghitungnya

Sebenarnya hal ini, tidak perlu tunggu masa di Akhirat
Dalam kehidupan dunia ini juga kita akan dapat nikmat juga dapat siksaan
contoh nikmat: Pelajar yang menjalani hidup sepenuh masa sebagai pelajar hendaklah menuntut Ilmu dan bersyukur, tentu sahaja mendapat nikimaat berterusan sebagai pelajar sampailah tamat belajar

Sekiranya melinbatkan diri dengan Politik dan persangkaan, tentulah mendapat Siksa, di gantung semester, di penjara, di denda dan sebagainya. Diri sendiri yang tersiksa

Cubalah kendalikan diri, menjalani tanggungjawab sebagai muslim menuju mukmin dengan kebenaran Ilmu Ahli Sunnah dan Berjamaah

Semuga dapat menghindari diri dari berkelakuan seperti Khawarij, Khariji, Muktazilah yang keluar daripada Ahli Sunnah dan Berjemaah. Jika kamu melibatkan diri dengan Parti Parti Politik, itu memungkinkan kamu, berpecah belah dan berbalah

Apa apa pun yang menimpa diri adalah petunjuk kepada diri sendiri
Bencana menimpa diri akibat dari tangan sendiri
Yang tidak mahu Bersyukur
secara semulajadilah akan jatuh dalam kekufuran, tentulah bertambah siksa di rasai

Ingatlah ya
Kehidupan abad ini di kendalikan oleh orang Kafir dan Munafik
Jika kita rasa diri kita beriman kenalah Percaya dan berserah diri bulat bulat kepada Allah

Lebih baik bersyukur daripada menjadi Kufur

Kebaikan akan menyertai sesiapa sahaja yang Ikhlas

InshaAllah




Wednesday, December 17, 2014

Awam serta Islam

Golongan Awam
Adalah golongan manusia kebanyakkan, yang menurut kehidupan berdasarkan Nafsu Nafsi ikutan orang terdahulu keturunan mereka, sebagaimana Jahiliah sewaktu dan semasa Muhammad menyampaikan Kebenaran Islam dahulu
Tidak hairanlah mereka menyatakan bahawa Islam itu, bawaan Muhammad ibni Abdullah

(Pemikiran dan perbuatan tersebut adalah akibat Menyangka mereka lah yang benar dan betul)
Siapakah mereka?
Bani Israil, dan kaum nasrani

Apakah yang salah?
Bani Israil menyatakan merekalah, dari golongan bani Israil lah paling banyak Nabi dan Rasul Allah
Demikian juga bani Nasrani menyngka merekalah yang Benar, Isa al Masih di rasakan akn muncul semula sebelum Kiamat Akbar nanti
Mereka tidak SEDAR, bahawa nabi dan Rasul Allah semuanya, membawa kehidupan Islam, daripada Kebenaran Allah, Tuhan aku dan Tuhan kalian, kata Muhammad

Pendita Yahudi, menutup sebahagian Kebenaran, dan menipu kaum sendiri, kerana tidak menyukai Perentah Allah, golongan bani Israil adalah golongan yang suka bermain main, senda gurau, demikianlah sewaktu nabi Musa ke Tursina, samiri menyeru agar kaumnya membuat patung lembu daripada emas yang mereka curi dari istana Firaun, sewaktu melarikan diri dari Firaun. Akibat daripada ini, semua golongan itu menemui maut, itulah hukuman Allah ke atas Permainan dan senda gurau tersebut.

Kisah lain ialah mereka tidak di benarkan menangkap Ikan pada hari sabtu. Dan setiap kali sabtu banyak ikan yang muncul berhampiran mereka, lalu mereka bina terusan agar ikan boleh masuk ke kolam atau telaga yang di bina. mereka tangkap ikan pada hari Ahad. Akhirnya golongan itu menjadi kera. berkaitan inilah ujudnya teori evolusi tentang manusia berasal dari haiwan

Sementara Bani Israil menyangka prophet dan propesi itu hak mereka, menyangka Tuhan lebih sayangi mereka - Allah menyatakan Yahudi jika meneri Islam, mereka akan menjadi lebih baik

Bani Nasrani pula, bersalah kerana Apa yang Ada di dalam Injil di tambah tambah menjadi syarah syarah penditanya, maka ujudlah Bible King Henry, Bible berbagai bagai dan banyak di tambah tambah. Apakah yang mereka Tambah?

Sebelum masuk ke Kurun Perang Salib, teologi bani nasrani ialah bertuhankan Tuhan yang SATU
Untuk memasuki Perang salib itu mereka menciptakan Trinity. Maka Tidak hairanlah apabila tentera salib memasuki Sham, mereka membunuh ahli kitab termasuk ahli kitab Injil dan Taurat, juga ahli Kitab AlQuran, sesiapa yang sedar tentang perkara ini, tahulah di manakah kesilapan

Tidak hairanlah sewaktu Nasrani memohon menggunakan Allah dalam Penerbitan mereka, ada pdf di sertakan untuk di download, mereka tak berani dedahkan isi itu secara Umum. Kerana itulah mereka masih menyangka merekalah di dalam kebenaran

Islam sebenarnya
Inilah sebenarnya maksud Allah, Tuhan daku dan Tuhan Kalian, menyatakan, Jika kamu berbalah balah, baliklah kepada Allah dan Rasulnya. Rasul Allah sekaliannya adalah Islam, dan membawa cara Hidup Islam, Termasuklah Rasul Allah daripada Bani Israil, juga dari Bani Nasrani, termasuklah Muhammad daripada kaum Quraish

Umat Islam yang tak mahu silap pemikiran kenalah Perhatikan Rukun Iman dan Rukun Islam, jadikan Pakaian Taqwa semuga dapat menerbitkan Akhlak yang Mulia menuju kesempurnaan

InshaAllah




Tuesday, December 16, 2014

Jimat Cermat


Islam telah menetapkan beberapa peringkat keperluan bagi umatnya: 
Pertama al-Dharuriat iaitu keperluan yang mendesak, 
Kedua: al-Hajiaat iaitu keperluan yang dihajati, 
Ketiga: al-Thasiniat iaitu keperluan yang lebih baik dan 
Keempat: al-Kamaliat iaitu keperluan yang lebih lengkap


Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 27:
Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.


Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA mentafsirkan ayat ini, bahawa pembaziran itu bermaksud perbelanjaan atau menggunakan harta benda bukan pada tempatnya yang sebenar. Begitu juga dengan pandangan Imam Syafie bahawa pembaziran itu ialah membelanjakan harta benda bukan pada jalanNya. 

Rasulullah SAW bersabda: Apakah kedudukan aku di dunia ini? Tidaklah aku di dunia ini melainkan seumpama seorang pengembara yang berteduh di bawah pokok kemudian berlalu meninggalkannya.

Maksudnya, kita tak boleh membazir
bukanlah kena berjimat
Sebaliknya wajib Bercermat Cermat
Agar Amalan menjadi Ibadah yang Ikhlas agar di terima Allah
Supaya tidak di perdayakan Syaitan

Berjimat jimat, menabung untuk masa depan, itu semuanya keduniaan, panjang angan angan kehidupan, menipiskan ingatan agar berserah Allah
Ini sebabnya adanya Permainan, Insuran Nyawa , kesihatan, dan sebagainya dan semua itu menipiskan Iman tanpa di sedari
Ujud pula Perbankkan kununnya Islamik, beri dividen keuntungan padahal keterlaluan mengambil keuntungan, akibatnya, bank pula mengalami kerugiaan kerana ada pekerjanya tidak meluruskan niat beramal
Termasuk dalam Permainan dan Senda gurau sahaja

Sebenarnya
Bercermat cermat itu sifat Mukmin, agar tidak membazir, menurut Nafsu Syaitan
Silakan ya, memang semakin susah Muslim hendak berserah Allah kerana amalan dalam kehidupan bukan secara Islam, menipiskan Iman dan menyusahkan peribadi untuk beribadah secara khusus, maka kelihatannya, ramai yang tidak solah dan berzakat, itulah masalah berpunca dari Tangan sendiri

Silakan ya, tuntut Ilmu dari Orang yang di segani, agar dapat Kesucian Islam, semuga dapat Beramal soleh menuju Akhirat

SubhanAllah