image

image

Sunday, December 14, 2014

GiLa

Siapakah yang telah di tuduh gila?


Katakanlah : "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).
(Saba' 34:46)

Say: "I do admonish you on one point: that ye do stand up before Allah,- (It may be) in pairs, or (it may be) singly,- and reflect (within yourselves): your Companion is not possessed: he is no less than a warner to you, in face of a terrible Penalty." 



Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
(At-Takwiir 81:22)

And (O people!) your companion is not one possessed;
 


Pelajarannya
 
Begitulah contoh, orang yang suka menuduh, sebenarnya adalah syaitan manusia yang hanya bersangka sangka ( untuk lebih memahami bacalah topik "syaitan")

atau ingat sahaja ayat ini: 
 

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
(Yunus 10:36

But most of them follow nothing but fancy: truly fancy can be of no avail against truth. Verily Allah is well aware of all that they do. 


 Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'aam 6:112)

Likewise did We make for every Messenger an enemy,- evil ones among men and jinns, inspiring each other with flowery discourses by way of deception. If thy Lord had so planned, they would not have done it: so leave them and their inventions alone.


Kesimpulannya

Kita hendaklah sentiasa membuka fikiran, dan bersangka baik, jauhi pemikiran negatif dan sempit pemikiran

Untuk mencapai situasi dan kondisi demikian, hendaklah kita mengutamakan pendidikan Islam, pendidikan ilmu AlQuran dan Sunnah, semuga tidak mudah di sesatkan oleh Nafsu syaitan sendiri

Sucikanlah hati kita dan Bacalah, mohonlah Allah fahamkan, sila tuluskan diri

InshaAllah 
 

3 comments:

  1. Bagaikan memberi Bunga kepada Kera

    Bermaksud Muhammad saw itu menyampaikan kebenaran daripada Allah, memberi kebaikan kepada manusia, tetapi manusiakah yang tidak mahu berfikir, itulah bagaikan kera mendapat Bunga, habis di koyak di hancurkan bunga tersebut, demikianlah apa yang berlaku jika menentang sunnahnya

    Tak sedar kegilaan itu pada diri sendiri, bersangka sangka menurut bisikan Nafsu syaitan.

    Semuga Allah memberikan faham, dan memberikan kemudahan beramal dengan amalan kebaikan yang sudah di tauladankan oleh Muhammad saw

    inshaAllah

    ReplyDelete
  2. Antara sebab bila mengeji dan menuduh lain orang itu di gelarkan sebagi khariji, khawarij adalah kerana , mereka itu terkeluar daripada Ahli Sunnah dan Berjemaah

    Perkara ini tidak di sedari, apabila kita masuk ke dalam golongan berparti parti, walaupun menamakan Parti kita tu Parti Islam, sebanrnya sudah tidak menuruti sunnah dan berjamaah, menyangka mereka sahaja yang betul dan benar

    Begitulah halusnya tipudaya Nafsu Syaitan, dari dalam diri, masing masing

    Demikian juga maksud, Hikmah itu barang yang hilang dari dada Muslim
    Begitulah wujudnya golongan ibarat Buih
    Sering saja, mengulangi tuduhan dan keji mengeji
    kununnya mereka lah yang betul benar

    SubhanAllah

    ReplyDelete
  3. Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;
    (Al-Hajj 22:8)
    Yet there is among men such a one as disputes about Allah, without Knowledge, without Guidance, and without a Book of Enlightenment,-

    Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan agama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;
    (Al-Hajj 22:9)
    (Disdainfully) bending his side, in order to lead (men) astray from the Path of Allah. for him there is disgrace in this life, and on the Day of Judgment We shall make him taste the Penalty of burning (Fire).

    (Dengan dikatakan kepadanya): "Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya".
    (Al-Hajj 22:10)
    (It will be said): "This is because of the deeds which thy hands sent forth, for verily Allah is not unjust to His servants.

    Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
    (Al-Hajj 22:11)
    There are among men some who serve Allah, as it were, on the verge: if good befalls them, they are, therewith, well content; but if a trial comes to them, they turn on their faces: they lose both this world and the Hereafter: that is loss for all to see!

    subhanallah

    ReplyDelete