At-Tirmidzi Al-Hakim Abu Abdullaah berkata dalam kitab Nawadir AlUshul,
"Di antara cara memuliakan Al-Quran adalah tidak menyentuhnya kecuali orang yang dalam keadaan suci. Bentuk memuliakan Al-Quran juga dapat dilakukan dengan cara tidak membacanya kecuali dalam keadaan telah bersuci. Bersiwak,menyela-nyela mulut dan membersihkan mulut juga salah satu bentuk sikap memulialan Al-Quran. Kerana, itu semua adalah cara (jalan) untuk memuliakannya (Al-Quran)."
Sekiranya benar lah dirimu memuliakan AlQuran, Allah akan memuliakan kamu di dunia, demikianlah yang berlaku kepada Muhammad Rasulullah, tiadalah ia di utus melainkan untuk menyempurnakan Akhlak yang mulia
Tatkala di tanyakan kepada aisyah r.a bagaimanakah akhlak Muhammad itu, aisyah r.a menyatakan, lihatlah itulah AlQuran
Jika kita berharap dapat Syafaat AlQuran di Akhirat nanti, kenalah kita beramal dengan menurut segala Perentah Allah, menjauhi laranganNya, ikutilah tauladan yang baik daripada Muhammad Rasulullah
Orang yang dalam keadaan Suci hanyalah mereka yang Jujur dan ikhlas menauhidkan Allah tanpa Prejudis, maksudnya mengenal Allah dan dapat sentiasa mengingati Allaah, sebagaimana contoh, peribadi Umar al Khattab, pendapat pendapat yang di berikannya, semasa berbincang dengan muhammad Rasulullah, kemudiannya turun wahyu membenarkannya
Demikianlah Umar al Khattab mendapat hidayah itu dari Bacaan ayat ayat AlQuran
Suci dirimu, kamu Ingat yang Allahmu, Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir juga Yang Bathin, Maha Halus, Meliputi, benarlah ucapan Tauhid kamu, La ilaha ill ‘Allah
Ingatlah Allah tidak melihat zahir ‘pakaian’ mu dan Allah Melihat ke dasar hati kamu
Jika benar dirimu memuliakan AlQuran, terhindarlah kamu daripada Syirik
Jika benar dirimu memuliakan AlQuran, terhindarlah kamu daripada Murtad
Jika benar dirimu memuliakan AlQuran, terhindarlah kamu daripada menzalimi diri
Jika tak benarlah dirimu memuliakan AlQuran, nescaya dirimu, masih banyak berkelakuan munafik, berbuat syirik, murtad dan terkeluar daripada Islam, menzalimi diri tidak dapat berlaku adil dan berbuat dengan beramanah, serta tidak dapat kebijaksanaan, jauh daripada Hidayah Allah
Silakan, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, Semuga Allah menghidayahkan kamu kebaikan dan Afiat, Selamat, Sihat, Berjaya dan Benar
Manusia yang berdampingan syaitan, selalunya, tak menyedari
ReplyDeleteAkibat percayakan bisikan, nurani, sangkanya
Selagi belum Kenal Allah, belum Kenal Diri, biasanya, akan mempercayai bisikan hati, bisikan selain Allah, ramai yang menyangka diri mereka benar, dan mereka adakalanya jadi masyur, tersohor dalam ini dunia
Biasalah ya, itu Allah menegaskan dalam surah az zukhruf ayat 36, 37 dan 38
Di Akhirat nanti akan di sedarkan Allah, bila Allah bertanya, mana kawan karibmu? Dan Syaitan seperti biasa akan menafikan, menyatakan kepada Allah, diri mereka (manusia dan jin) sendirilah yang memilihnya
Inilah antara sebab di katakan, di didik kita agar dapat mengikhlaskan diri beramal, dan Kehidupan di dunia ini jika beriman dan beramal soleh, itulah sebenarnya erti Ikhlas hidup di dunia
silakan menuntut ilmu Tauhid, agar dapat mengikhlaskan diri beramal, semuga dapat Syafaat AlQuran, dapat Dengar dan Taat kepada Tauladan yang baik yang di tunjukkan oleh Muhammad Rasulullah
subhanallah