image

image

Sunday, December 21, 2014

Syukur dan Kufur

1. Jika kamu bersyukur kepada Allah, Allah akan tambah nikmatnya kepada kamu

2. Jika kamu Kufur, Siksa Allah amat pedih

daripada surah Ibrahim ayat 7
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 14:7)
And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you; But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed."

semuga kita orang yang berada dalam kalangan Ahli Sunnah dan Berjamaah, mahulah mengambil pelajaranNya

Alangkah lebih baik jika kita Bersyukur, bila apa apa yang berlaku itu, kita tidak di libatkan, kerana Percayalah dengan janji Allah, siapakah yang lebih baik amalannya?

Wahai manusia jika kamu rasa rasa beriman, Jagalah dirimu, dan kaum kerabat kamu, ahli keluarga kamu, daripada dosa agar terhindar daripada siksa api neraka, yang bahan bakarannya adalah manusia dan batu


Pelajarannya

Semuga kita tidak menjadi orang yang tidak mahu bersyukur, lalu kita ikut menjadi Kufur, tidak berterima kasih ke atas Nikmat Kurniaan Allah, yang kita tak dapat menghitungnya

Sebenarnya hal ini, tidak perlu tunggu masa di Akhirat
Dalam kehidupan dunia ini juga kita akan dapat nikmat juga dapat siksaan
contoh nikmat: Pelajar yang menjalani hidup sepenuh masa sebagai pelajar hendaklah menuntut Ilmu dan bersyukur, tentu sahaja mendapat nikimaat berterusan sebagai pelajar sampailah tamat belajar

Sekiranya melinbatkan diri dengan Politik dan persangkaan, tentulah mendapat Siksa, di gantung semester, di penjara, di denda dan sebagainya. Diri sendiri yang tersiksa

Cubalah kendalikan diri, menjalani tanggungjawab sebagai muslim menuju mukmin dengan kebenaran Ilmu Ahli Sunnah dan Berjamaah

Semuga dapat menghindari diri dari berkelakuan seperti Khawarij, Khariji, Muktazilah yang keluar daripada Ahli Sunnah dan Berjemaah. Jika kamu melibatkan diri dengan Parti Parti Politik, itu memungkinkan kamu, berpecah belah dan berbalah

Apa apa pun yang menimpa diri adalah petunjuk kepada diri sendiri
Bencana menimpa diri akibat dari tangan sendiri
Yang tidak mahu Bersyukur
secara semulajadilah akan jatuh dalam kekufuran, tentulah bertambah siksa di rasai

Ingatlah ya
Kehidupan abad ini di kendalikan oleh orang Kafir dan Munafik
Jika kita rasa diri kita beriman kenalah Percaya dan berserah diri bulat bulat kepada Allah

Lebih baik bersyukur daripada menjadi Kufur

Kebaikan akan menyertai sesiapa sahaja yang Ikhlas

InshaAllah




2 comments:

  1. Tanda tanda diri bersyukur ialah, MenDengar dan Taat kepada Allah dan Rasulnya
    Tidak menceburi dalam perkara yang tiada petunjukNya
    Tidak memandai mandai dalam bicara mengenai Ilmu Kebenaran

    sementara petunjuk yang Kufur Nikmat itu, adalah sukakan keduniaan menurut hawa dan Nafsu, suka menuduh dengan persangkaan tanpa pengetahuan, suka menghukum lain orang, melupakan diri sendiri, Bacul, Bebal, Dengki, Umpat, Hina, dan segala sifat Keji

    semuga Ingatlah kita akan Petunjuk Allah dan RasulNya
    semuga mahulah kita mengambil pelajarannya daripada Kitab Allah, AlQuran dan mengikut sunnah tauladan yang baik daripada Muhammad rasulullah

    inshaAllah

    ReplyDelete
  2. Apa pun yang kita hadapi bersyukurlah ya bila kita tidak terlibat dalam maksiat dan berbuat keji

    Bersyukur bila di pelihara Allah daripada terlibat syirik, mungkar dan maksiat

    inshaAllah

    sebaliknya jika tak boleh lari dari maksiat dan mungkar eloklah bertaubat, beristighfar banyak banyak, mohonlah bantuan Allah agar di selamatkan di mudahkan kita punya diri

    inshaAllaah

    ReplyDelete