image

image

Monday, December 29, 2014

INGAT

Rasulullah Muhammad sallallahu alaihi wasalam adalah Ikutan dan Tauladan yang BAIK
Pesan baginda: LaTusyrikBillah, Janganlah kamu syirik!
Bersyukurlah kepada Allah, dan balaskanlah kebaikan kepada keburukan lain orang terhadap kamu
Hormatilah orang tua tua dikalangan kamu, berbaktilah kepada ibubapa kamu, Kasih sayanglah antara seesama, lebih lebih lagi kepada kaum kerabatmu dan jiran tetangga kamu

Ingatlah Solat kamu itu menauhidkan Allah
Lakukanlah dengan ketulusan, suci murni
Doa kan kebaikan kepada orang lain, jauhi dari berdoa memohon kecelakaan kepada orang lain

Apa juga bencana yang menimpa diri mu adalah akibat dari tangan kamu sendiri
Sila Hisab lah diri masing masing, maafkan kesalahan orang lain, dan mohonkan kebaikan

Janganlah kamu mendoakan keburukan ke atas lain orang
Ingatlah dalam sirah zaman Rasulullah, di Taif, dan beberapa tempat lain, baginda memohon kebaikan, atas keturunan manusia yang derhaka

jika kita tahulah, dan faham sejarah Islam
Berlaku dalam sejarah, geng keturunan Kublai Khan menyerang Baghdad, kemudian cucu cicitnya pula menjadi pejuang perang jihad Islam. Inilah kepentingan agar setiap diri muslim, sepatutnya menuntut Ilmu Islam

Selagi nyawa di kandung badan, masih ada peluang berHijrah
Lakukanlah perubahan

Semuga bencana Banjir yang melepasi dugaan tradisi itu dapat memperbaiki kelakuan kita
Kembalilah kepada Allah

Ingatlah ya
Jika kamu berbantah bantah, kembalilah kepada Allah dan Rasulnya
kembalilah kepada AlQuran dan sunnahnya
Bertanyalah kepada orang yang mengetahui dan sentiasa Ingat Allah, ahli zikir

InshaAllah

2 comments:

  1. Masa dalam dunia makhluk tetap 24jam sehari, menetap masa itu petunjuk yang Allah itu tetaplah sebagai Tuhan yang Esa, hakikatnya selain Allah itu berubah ubah kerana selain Allah itu makhluk yang baharu

    Hanya saja Perasaan manusia merasakan masa kini terlalu laju, lebih cepat

    Apa yang Cepat itu?

    Antaranya Cepat Lupa. Tak dapat Ingat, tidak teringat, sungguhlah Hidayah Allah itu teramat penting, Subhanallah

    Kerana itu Hikmah Kebijaksanaan itu hilang dari dada umat Islam, ibarat buihlah umat, subhanallah, itulah Takdir yang telah di sebut baginda Rasul Sallallahu alaihi wasalam.

    Semuga ada pelajarannya

    ReplyDelete
  2. Jika kalian tak dapat mengingat Ilmu Islam, itu petanda kalian tidak menuntut dan memiliki ilmu islam dari guru dan orang yang menjaga salasilah ilmu, sanad dan Riwayat yang sahih

    Kesalahan akibat mengikut telunjuk syaitan yang membisikkan kepada Nafsu diri, sangat di sukai oleh nafsu, maka jadilah diri itu tidak ikhlas lillahi, billahi, wallahi

    silakan ambil pelajaran ya

    ReplyDelete