Dalam bahasa arab tak ada kalimah bodoh, sebaliknya ada kalimah Jahil
Dalam bahasa melayu, Bodoh itu sifat orang yang belum mengetahui
Islam dalam bahasa arab, membawa maksud sejahtera bersama Allah di sisi
Maksudnya umat yang berserah Allah, di pimpinlah oleh Allah, Jalan menuju kesejahteraan tersebut
Ia juga memberikan petunjuk, Mukmin itu dapat nikmat ia bersyukur, dapat mehnah dan cubaan ia bersabar
Keluh kesah itu sifat Munafik
Resah Gelisah itu sifat Munafik
Bersangka sangka itu sifat munafik
Menuduh dan Mengeji salah laku orang lain itu sifat Keji,
Kerana itulah sifat Ahli Sunnah dan Berjemaah itu, sifat golongan sederhana, tidak keluh kesah, tidak gelisah tak menentu, tidak bersangka sangka, tidak menuduh sembarangan
Pertuduhan dengan persangkaan, sebagaimana, memohon kecelakaan kepada orang lain, itu di larang oleh Allah. Janganlah kamu bersangka sangka dengan ibubapa orang lain, tuhan orang lain, Jangan menuduh perempuan berzina dan sebagainya
Bala Allah menimpa diri, kumpulan manusia, akibat kesalahan tangan mereka sendiri
Apabila ada golongan yang bersolat memohon kecelakaan orang lain, dan pada masa itu ada yang berilmu tidak melarang, maka akan di timpakan Allah, mala petaka dan bencana. akibat dari pertuduhan, dan doa agar kecelakaan menimpa orang lain, terbit dari persangkaan belaka
kamu baling taik kepada orang lain, taik akan kembali menemui kamu
ini yang menimpa diri kawasan kawasan yang Banjir, yang menenggelamkan rumah dan kediaman, maka taik dari najis dan tong najis, serta pusat kumbahan, semuanya tenggelam, taik bercampur air, menimpa semua manusia terlibat, yang menyokong kesesatan, kunun kununnya Islam, tetapi bukan sunnah malahan Sesat
Jika tak sedar, akan berterusan lah, marah dan menuduh yang berbagai bagai terhadap orang lain
Sepatutnya, kembalilah kepada Allah, kepada Sunnah tauladan yang baik yang di tauladankan oleh Muhammad yang di Redhai Allah
Sambutan Maulidur Rasul itu
adalah Mengenang Kebaikan dan Kemuliaan yang di bawa oleh Muhammad SAW
1. Menauhidkan Allah, Tak Boleh Syirik, samada dalam ingatan, dalam perbualan juga dalam amalan diri masing masing
2. Muhammad SAW sebagai Cahaya yang Mulia, membawa manusia dan Jin keluar daripada mereka yang mengutamakan Nafsu Syaitan, kepada mengutamakan Allah
3. Muhammad SAW menyampaikan Kebenaran dengan Jujur, menjaga kesucian Islam, itulah Akhlaknya yang Mulia
4. Tiadalah muhammad itu berkata, melainkan wahyu yang di wahyukan belaka
5. Islam itu Tinggi akan menaikkan Darjat manusia dan Jin kepada lebih Tinggi dan Mulia
6. Islam itu mudah, kerana dalam tiap tiap diri, ada KebenaranNya, mengapa kamu tak mahu berfikir?
7. Tiada Kejayaan menghadapi Kehidupan Islam, kecualilah orang yang berakal
8. Jalan Yang Lurus itu adalah seperti ACUAN yang akan menerbitkan, Produk yang elok, Mulia dan Berjaya dalam keselamatan, jika Ikhlas lah Resources dan jujur mengendalikan Proses Amalannya, menurut sunnah tauladan, documentation yang sudah sedia ada, Subhanallah
Kenang kenanglah Kebaikan, Ulang membaca, Ulang meneliti, ulang mengkaji, semuga dapat HIDAYAH ALLAH memandu dirimu ke arah Jalan Yang DiRedhaiNYA
subhanAllah wahdahu laa syarikalah
kata saidina Ali - Mukmin tidak keluh kesah dengan ujian dunia, ujian wanita dan tidak berkata yang sia sia
ReplyDeleteKata Allahu Taala, wali wali Allah itu tiada kegusaran
Kata Muhammad SAW - Allah hairan juga kagum melihat mukmin, dapat nikmat ia bersyukur, dapat ujian dia bersabar
hanya yang tidak beriman, bernama Muslim, tetapi banyak menuduh dan mengejek serta mengeji orang lain, bersifat munafik, bukan dari golongan ahli sunnah dan berjamaah
terpulanglah diri masing masing menilai kebenaran, semuga kalian tidak mengira sesiapa, asal saja dia menyampaikan kebenaran dari Allah
subhanallah