image

image

Tuesday, December 16, 2014

Jimat Cermat


Islam telah menetapkan beberapa peringkat keperluan bagi umatnya: 
Pertama al-Dharuriat iaitu keperluan yang mendesak, 
Kedua: al-Hajiaat iaitu keperluan yang dihajati, 
Ketiga: al-Thasiniat iaitu keperluan yang lebih baik dan 
Keempat: al-Kamaliat iaitu keperluan yang lebih lengkap


Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 27:
Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.


Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA mentafsirkan ayat ini, bahawa pembaziran itu bermaksud perbelanjaan atau menggunakan harta benda bukan pada tempatnya yang sebenar. Begitu juga dengan pandangan Imam Syafie bahawa pembaziran itu ialah membelanjakan harta benda bukan pada jalanNya. 

Rasulullah SAW bersabda: Apakah kedudukan aku di dunia ini? Tidaklah aku di dunia ini melainkan seumpama seorang pengembara yang berteduh di bawah pokok kemudian berlalu meninggalkannya.

Maksudnya, kita tak boleh membazir
bukanlah kena berjimat
Sebaliknya wajib Bercermat Cermat
Agar Amalan menjadi Ibadah yang Ikhlas agar di terima Allah
Supaya tidak di perdayakan Syaitan

Berjimat jimat, menabung untuk masa depan, itu semuanya keduniaan, panjang angan angan kehidupan, menipiskan ingatan agar berserah Allah
Ini sebabnya adanya Permainan, Insuran Nyawa , kesihatan, dan sebagainya dan semua itu menipiskan Iman tanpa di sedari
Ujud pula Perbankkan kununnya Islamik, beri dividen keuntungan padahal keterlaluan mengambil keuntungan, akibatnya, bank pula mengalami kerugiaan kerana ada pekerjanya tidak meluruskan niat beramal
Termasuk dalam Permainan dan Senda gurau sahaja

Sebenarnya
Bercermat cermat itu sifat Mukmin, agar tidak membazir, menurut Nafsu Syaitan
Silakan ya, memang semakin susah Muslim hendak berserah Allah kerana amalan dalam kehidupan bukan secara Islam, menipiskan Iman dan menyusahkan peribadi untuk beribadah secara khusus, maka kelihatannya, ramai yang tidak solah dan berzakat, itulah masalah berpunca dari Tangan sendiri

Silakan ya, tuntut Ilmu dari Orang yang di segani, agar dapat Kesucian Islam, semuga dapat Beramal soleh menuju Akhirat

SubhanAllah


 

2 comments:

  1. Kenapa Rasulullah sukakan golongan miskin?

    Apabila miskin keduniaan, mudahlah untuk berserah Allah, lihat saja golongan yang duduk di tepi masjid madinah, yang di kenal sebagai golongan pemakai baju bulu "suffah" tak ada makan sehari dua kebiasaan sahaja, bila dapat makanan rasa bersyukur yang hebat

    dalam satu hadis nabi tanya, makanan esok ada idak, jika jawabnya ada, untuk lusa juga ada, itu bukanlah keindahan, kesempurnaan Akhlak yang mulia

    sebab itu kita sekarang ni keterlaluan ikut kehidupan bukan Islam, kerana itulah rata rata menjaga diri sendiri, ibubapa juga semakin di sisihkan, apatahlagi jiran tetangga, keturunan

    ReplyDelete
  2. Sesiapa yang ada menyertai, majlis solat Tahajud tentu lebih Faham
    Tatkala di pimpin Tahajud itu, boleh kata semuanya keluar air mata, ada yang menangis terus pun ada, SubhanAllah, insaf

    Kemudian satelah berlalu ingatan terhadap keinsafan itu, apa yang berlaku?
    Demikianlah bila Dunia bagaikan air laut, telah memasuki ke dalam kehidupan rumahtangga kamu yang bagaikan sebuah sampan, bila air laut masuk, sampan boleh tenggelam, aduhai memang payah untuk Insaf

    bila payah untuk KeAkhiratan, memang lah akhir akhir waktu saja solahnya
    bila payah untuk keAkhiratan, memanglah pemikiran serta perbualan dan percakapan, tak ingat dan tidak mengingatkan Allah

    Mengingati Allah itu membawa dirimu, tolong menolong di dalam perkara kebajikan, kebaikan, itu amalan soleh, amal jariah, orang Mukmin

    Silakan ya, kembalilah kepada Allah dan Rasulullah

    ReplyDelete