image

image

Wednesday, June 22, 2011

Ingat Ingat Lupa

cerita yang di paparkan ini
ramai sudah mengetahui

ada yang ingat pasti
ada yang ingat ingat lupa

dalam dunia iniyang paling baik ialah?

diri yang beriman dan beramal soleh, dan mendapat isteri yang soleh

Allah janji kan isteri kita itu daripada "jenis mu"

kemudian, semasa menjalani kehidupan
kenapa ada isteri isteri yang kena maki hamun, kena dera,
kena pedajai?


berbalik kepada diri, bab Niat,
apa yang kamu niatkan, itu yang Kami bukakan peluang bagimu mendapatkannya

jadi, sebelum mau marahkan lain orang

eloklah perhatikan ke dalam diri masing masing

apa yang kamu mahu?


kebanyakan, bencana menimpa diri, akibat tangan tangan mu sendiri

subhanallah
wahdahu
laa syarikalah

Jagalah diri kita ya

inshallah

Monday, June 6, 2011

MURTAD - ?! - $%

Dan ketika Allah berfirman:
"Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? '

" Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)!
Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya).
Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya.
Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui
apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. (Al-Maaidah 5:116)

Katakanlah ; "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa)
perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui
perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu
bahawasanya aku ini malaikat,
aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku".
Bertanyalah : "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik?
Tidakkah kamu mahu berfikir?" (Al-An'aam 6:50)

Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam). (A-li'Imraan 3:44)

(Ingatlah) hari Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya:
"Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu
(oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan agama Allah)?"

Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib" (Al-Maaidah 5:109)

Kemudian sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka
(Rasul-rasul dan umat-umatnya),
dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang meliputi akan apa yang mereka lakukan),
dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan Mengetahui akan hal ehwal mereka). (Al-A'raaf 7:7)


Katakanlah:
"Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku
dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.
Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib,
tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda
yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan.
Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah)
yang memberi amaran dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".
(Al-A'raaf 7:188