Dan ketika kami berfirman kepada
malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka
sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan
menjadilah ia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah 2:34)
Dan sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada
malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud
melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. (Al-A'raaf 7:11)
Allah berfirman: "Apakah
penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis
menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku
dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." (Al-A'raaf 7:12)
Iblis berkata: Berilah tempoh
kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)". "Oleh kerana
Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku
akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (Al-A'raaf 7:16)
" Wahai Tuhanku!
Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan
memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan
aku akan menyesatkan mereka semuanya, (Al-Hijr 15:39)
Dan sesungguhnya Iblis telah dapati
sangkaannya tepat terhadap mereka, (manusia dan jin) iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian
dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya). (Saba' 34:20)
Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis
sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi
melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada
hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu
sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. (Saba' 34:21)
Iblis berkata: " Demi
kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, - (Saad 38:82)
sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis
bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap
Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan
yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan
pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah
petunjuk kepadanya. (Ar-Ra'd 13:33)
Setelah diketahui demikian maka
tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan
mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk
yang tidak bersifat demikian).
Dalam pada itu, mereka yang kafir telah
menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah.
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau
adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya
di bumi?
Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada
hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang
beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa
terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad)
menjadi Pelindung (bagi mereka). (Al-Israa' 17:65)
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama
Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang
musyrik. (A-li'Imraan
3:95)
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan
yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim
yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik". (Al-An'aam
6:161)
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh
berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka
(dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan
sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya
semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya,
(demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya). (Al-A'raaf
7:29)
"Serta (diwajibkan kepadaku): '
Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) agama
dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik
'." (Yunus
10:105)
(Amalkanlah perkara-perkara itu)
dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun
denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka
seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan
oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan). (Al-Hajj
22:31)
Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk
kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak
dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup
beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah
diri dengan ikhlas. (An-Naml 27:81)
Wahai hamba-hambaKu yang beriman!
Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di
mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat
kamu kepadaKu. (Al-'Ankabuut 29:56)
Dan sesiapa yang berserah diri
bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan
kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama)
yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. (Luqman 31:22)
Sesungguhnya Kami menurunkan
Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu
hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan
bawaanmu kepadaNya. (Az-Zumar 39:2)
Oleh itu maka sembahlah kamu akan
Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik),
sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian). (Ghaafir
40:14)
Dia lah Yang Tetap Hidup; tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan
mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi
Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Ghaafir
40:65)
Pada hal mereka tidak diperintahkan
melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi
tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.(Al-Bayyinah
98:5)
ingatlah ya
sila mengikhlaskan diri
semuga Jaminan Allah itu memberkati hidupmu, inshallah
subhanallah