Mari kita melihat ayat AlQuran surat ke 13; ayat 11 - satu ayat ini mengandungi 3 bahagian
1. Bagi tiap-tiap seorang
ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari
belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan
perintah Allah.
For each (such person) there are (angels) in succession, before and
behind him: They guard him by command of Allah.
2. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri.
Verily never will Allah
change the condition of a people until they change it themselves (with
their own souls)
3. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu
kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada
sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu,
dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka
selain daripadaNya.
But when (once) Allah willeth a people's punishment,
there can be no turning it back, nor will they find, besides Him, any to
protect.
(Ar-Ra'd 13:11)
Pertamanya, di setiap ruang kosong sebesar tapak kaki, tafsirnya ada malikat malaikat yang membantu manusia. waktu kecil dulu kita belajar tentang Malaikat Pencatat Amal, di kiri dan kanan manusia, namun pada ayat ini pertamanya Allah memberitahu Malaikat sering membantu Manusia dalam upayanya, hanya saja kita samada Sedar atau Tidak
Jika Kenal dirimu, begitulah akan Sedar dirimu, makhluk yang ber Gerak atau Diammu, adalah daripada apa yang Allah Ciptakan
Keduanya, Allah tidak mengubah sesiapa pun menjadi Jahat, kerana setiap manusia lahir dalam Fitrah Kebaikan, dan bagi yang menyatakan mereka sudah tiada kehendak, itu adalah persangkaan sahaja, kerana ayat inilah menerangkan, bila jika dirimu tiada kehendak, Allah tidak mengubah apa apa. Bahawa diri kamulah sepatutnya ada Ilmu dan kemahuan menjadi Baik, barulah Allah gerakkan Ciptaannya ke arah itu, Hauqalah berjalan terus, Demikian jika benar kamu mengenali dirimu
Ketiganya, menunjukkan kuasa Allah yg absolute, jika Allah hendak berbuat sesuatu, Tiada sesiapa dapat membantah. Demikianlah menolak kefahaman yang menyatakan Allah itu tidak berkuasa.
Daripada keterangan tersebut dapatkah kalian melihat dirimu, masing masing patut ada kehendak, agar Allah merubah dirimu ke arah yang kamu mahu - dan jika berkehendak berbuat kebaikan itu tentu lebih layak, lebih mulia, itulah dinamakan Muhammad saw itu untuk menyempurnakan Akhlak yang Mulia
Semuga dapat menilai diri masing masing, Kenalilah siapakah kamu, Pemimpin, maka pimpinlah dirimu, masing masing, serta peliharalah kaum keluarga kamu, kaum kerabat kamu, insyaAllah
Dan Ingatlah Allah, Kuasa nya tiada Terbatas, tidak tercapai akal fikir mu
SubhanAllah wahdahu laa syarikalah
.