image

image

Sunday, September 25, 2016

Saja Saja

adalah Muhammad SAW itu, tiada lah Ia berkata melainkan wahyu belaka, ini adalah petunjuk Makrifat

kalian boleh pusing ayat ayat tentang itu, samada kita hanya bayangan Allah, tetapi ditakuti kamu perasan sahaja, sebaliknya masih jauh perjalanan kamu, kerana pada zaman selepas Muhammad SAW itu, tiada lagi WAHYU

لا إله إلا الله Berserahlah kepada Allah

sudah sampai, bila Allah Hidayahkan mu
sudah me RASA, jangan mengaku ngaku
sendiri mengalami, Percaya dan Bergantung Harap kepada Allah
Perasaan kamu senantiasa Ingat Allah
Pemikiran kamu menauhidkan Allah
Pekerti kamu seperti AlQur'an

Jangan lah Lisan mendahului sekalian yang lain, itu sudah syirik
" Mengapa kamu berkata kata, tetapi tidak mengamalkannya"

Binalah diri mu
Dan Ahlimu, kaum kerabat mu
sampai kamu dapat Memelihara, Janganlah sekadar seperti sekumpulan haiwan memelihara kumpulan mereka, Manusia adalah TERBAIK
bisa jatuh menjadi lebih hina dari segala haiwan yang melata

Jaga dirimu
Jangan Perasan
Binalah perasaan
Bila Percaya, hendaklah Mendirikan solat, Hendaklah Berpuasa, dan Ikuti dengan berbuat kebaikan, sehinggalah menjadi Sunnah dalam kehidupan mu, semuga amal kamu bisa masuk ke hatimu

Yang Maha Kuasa hanya Perlukan ZIKIR
Kitalah kena mulakan
Bila Ikhlas dirimu, dapatlah Kebaikan Hidayah NYA

dan yang Munafik dan Kafir itu
Sama sahaja, samada kamu sampaikan atau tidak menyampaikan, tiada perubahan, mereka tidak mahu berHijrah

namun Sesiapa yang DiHidayahkan Allah
Tiada sesiapa dapat menyesatkannya

Dan barangsiapa yang sesat oleh pilihan sendiri, Tiada yang dapat menghidayahkannya

dan Pewaris Nabi saw tu adalah mereka yang Berakhlak Mulia, seperti AlQur'an, mengamalkan sunnah Rasulullah saw dan sunnah khulafak arrasyidin, tak terlibat melakukan Bidaah, pemikiran menauhidkan Allah

bila kita abaikan AlQuran, sendirinya kita tak jumpa, itu yang dinamakan Kitab AlQuran itu sebagai Kitab Hidayah
  
SubhanAllah

Thursday, September 8, 2016

Ulangan - Rahsia Diri - Ilmu Merawat Diri - SETTLE masalah

Ilmu Merawat Diri

Alhamdulillah 
Ilmu merawat diri 
ini DIJAMIN TIDAK TERKELUAR DARI AKIDAH, SUNNAH, TIDAK MEMAKAI JIN ATAU MAKHLUK HALUS ATAU MEMAKAI BARANGAN, SEMUANYA SUDAH ADA PADA DIRI KITA - PENAWARNYA.

Sesungguhnya di dalam diri kita ini ada bermacam macam organ saperti yang dapat dilihat dengan mata kasar saperti jantung, hempedu, limpa, hati, pankreas, usus, otak, paru paru, buah pinggang dan lain lain. Semua organ organ ini adalah sebahagian dari komponen yang bekerja didalam diri kita.

Jika salah satu organ ini tidak berfungsi dengan sempurna maka kita akan merasa sakit.Antara komponen yang tidak nampak dengan mata kasar kita adalah “ROH” .Sesungguhnya roh ini besar sekali peranannya kepada tubuh kita.
Roh ini menguasai semua komponen yang ada didalam diri kita  contohnya pencernaan makanan, pengaliran darah keseluruh tubuh badan kita, pemikiran, pergerakan anggota tubuh badan, pendengaran, penglihatan, penciuman,perasaan, rasa dan yang belum berbentuk ke sifat/ujud.
 
PERMASAALAH HIDUP YANG BIASA KITA HADAPI

Berikut adalah permasalahan hidup yang biasa kita hadapi dan INSYAALLAH dengan cara ILMU MERAWAT DIRI ini  akan dapat membantu anda mentranformasi diri anda kearah kesejahteraan dunia dan akhirat. (Apabila kesihatan diri anda baik, jiwa anda tenang dan ada kedamaian dalam diri anda barulah  mudah anda melakukan amal ibadat .)

1                  Masalah Rumahtangga
1 Adakah anda dan pasangan anda sering bertelingkah walaupun disebabkan masaalah yang kecil.
2  Adakah anda sering merasa marah atau benci bila melihat pasangan anda
3 Adakah pasangan anda panas baran dan terlalu sensitive
4 Adakah isteri anda sukar hamil atau kerap keguguran atau kandungan hilang, datang haid sakit
5 Adakah anak anak anda bermasaalah dari segi social,moral, pelajaran,perhubungan sesama insan
   
2            Masaalah Pekerjaan
1 Adakah anda bermasaalah ditempat kerja, kurang minat bekerja, malas dan bertangguh dalam urusan kerja
2 Adakah Anda tidak disukai rakan rakan sejawat tanpa anda ketahui sebab sebabnya
                 3 Adakah Anda sudah lama bekerja tapi masih di  tahap yang sama walau pun rakan anda  sudah naik pangkat
      3             Masaalah Gangguan pada diri
 1 Adakah anda selalu terasa berdebar debar dan mudah terperanjat
 2 Adakah anda selalu terasa was was, keraguan dalam hati atau fikiran dan selalu berubah fikiran
3  Adakah anda selalu terasa malas, letih ,lemah dan mengantuk dan terasa hampir pitam
4 Adakah anda selalu bermimpi berjumpa binatang buas saperti ular, harimau,buaya dan mimpi buruk
5  Adakah anda sukar tidur diwaktu malam, apabila terjaga susah nak tidur kembali
6 Adakah anda terasa sejuk pada kaki,bisa tulang, lutut dan badan terasa seram sejuk
7 Adakah anda selalu terasa lapar dan makan banyak tapi badan anda kurus
8  Adakah anda seorang yang panas baran
9  Adakah anda selalu terasa sakit kepala, migrane
10 Adakah anda mengalami kemurungan, gila babi, sawan
11Adakah anda sukar mendapat jodoh,berkawan tapi sekejab sahaja    

    4            Masaalah Kesihatan
 1 Adakah anda mempunyai ibubapa atau saudara mara anda yang mengalami masaalah kesihatan dan terlantar sakit walaupun sudah berubat secara moden dan tradisional

 2 Adakah anda mengetahui bahawa anda,ibu bapa atau saudara mara anda memiliki saka/ gangguan atau penyakit ganjil yang berkaitan denganya.

3 Adakah anda sudah berubat dengan pelbagai cara, tapi masih mengalami masaalah kesihatan yang sama
4 Adakah anda menghidapi penyakit penyakit saperti kanser, leukemia dan sudah berubat secara perubatan moden dan ingin mencuba cara penyembuhan dengan ilmu merawat diri 
   5             Masaalah Keselamatan diri dan Harta
 1    Adakah anda bimbang dengan masaalah jenayah saperti rompak, ragut, rogol dan lain lain

 2    Adakah anda telah mengambil langkah sewajarnya melindungi harta benda anda dengan peralatan elektronik yang canggih dan ingin menambah dengan cara ilmu pelindung harta

 3    Adakah anda sudah memiliki ilmu pelindung diri dari perbuatan sihir manusia, bukan dengan memakai tangkal, azimat atau wafak. Pada diri kita Allah telah memberi ilmu pelindung diri (bukan dampingan atau khodam)
                       
6             Masaalah Perniagaan
1Anda berniaga tetapi dagangan anda tidak laris walaupun barangan anda sedap, berkualiti dan seolah olah pelanggan anda tidak Nampak premis perniagaan anda
2Anda ingin memajukan perniagaan anda dengan cara yang diredhoi Allah.


KESIMPULANNYA

Kesimpulannya diatas permasalah anda seperti diatas dan anda ingin mentranformasikan diri anda ke arah kesejahteraaan dengan cara Rawatan Alternatif cara Islam yang dijamin tidak terkeluar dari akidah, sunnah, tidak memakai barangan, khodam, jampi mentera dan tiada pantang larang hanya dengan cara ILMU MERAWAT DIRI, kami sedia membantu anda jika anda berminat dan ikhlas untuk memilikinya:

Yang ada didalam diri kita ialah tenaga/energi zat api, zat elektrik.Zat zat ini akan berbentuk kesifat/ujud setelah kita aktifkan.Untuk mengaktifkannya adalah dengan kaedah-kaedah yang telah diajar oleh guru mengikut kaedah kaedah atau jadual tertentu. INSYAALLAH KAMI AKAN TUNJUKAN KAEDAHNYA PADA ANDA.

inshallaah