image

image

Wednesday, March 2, 2011

Ikhlas - mampukah men capai nya ?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum yang tersesat) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu , dan kami adalah ikhlas kepadaNya; (Al-Baqarah 2:139)

Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga);
dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar. (An-Nisaa' 4:146)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik". (Al-An'aam 6:161)

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya). (Al-A'raaf 7:29)


Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At-Taubah 9:91



"Serta (diwajibkan kepadaku): ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) agama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik '." (Yunus 10:105)

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). (Al-Israa' 17:65) |

Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)". (Maryam 19:48)

(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan). (Al-Hajj 22:31)

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Al-Hajj 22:37)

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas. (An-Naml 27:81)

Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu. (Al-'Ankabuut 29:56)

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. (Luqman 31:22)+

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. (Az-Zumar 39:2)

Katakanlah lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya; (Az-Zumar 39:11)
Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya. (Az-Zumar 39:14) |


Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian). (Ghaafir 40:14)

Dia lah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Ghaafir 40:65)

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. (Al-Bayyinah 98:5)

Tuesday, March 1, 2011

TAAT - (boleh ke........??)

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya,
dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.

"Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali"

"Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah.

Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat "
Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala yang ada di dalam dada.

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya).
Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman"

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar


Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan
" Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu.
Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata"

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.
Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu;
dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.
Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!
Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit .
Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '.
Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan


yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka berkata:" Patutkah manusia memberi petunjuk kepada kami?"
Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran); dan Allah pun menyatakan tidak berhajatNya dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.


Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

Saturday, February 26, 2011

demo keDUA - demoKrasi

DEMOKRASI

antara sebab USA masuk ke Afghanistan ialah kerana TALIBAN menggunakan Hukum Hakam dari Allah, USA melihat kaum wanita Afghan di dera, itulah asbab selain dari ekonomi......sekarang USA menghadapi serangan Dadah Heroin, pengeluar terbesar heroin ke USA adalah Afghanistan

begitu juga, atas dasar Demokrasi lah, USA masuk ke Iraq, gulingkan Saddam yang berkuku besi
walaupun USA curi minyak Iraq dengan banyaknya, tanpa ramai yang tahu

kemudian balasan Tuhan, syarikat minyak BP......korek minyak di pantai USA, bocor........ banyak kerugian,
(siapa baca berita dunia, satu masa baru baru lalu, tahulah)

Maha Suci Allah, sejuk dingin membeku menyerang negara negara yang menzalimi manusia lain dalam dunia, banyak masalah mereka hadapi, kedai tutup tiada pelanggan, kematian, sports games terbatal, dll

hanya tinggal Palestin dgn Zionist Israel
yang masih berlaku hal sama

Mesir kena guling pemimpinnya
seluruh rantau arab sedang bergolak

gara gara tidak berlaku adil
padahal ramai negara negara tu, ikut sistem demokrasi

USA tengah pujuk Arab saudi, guna demokrasi
tapi Arab saudi, tak hendak

USA tak paksa sebab Arab saudi beli banyak peralatan ketenteraan USA
malahan di Jeddah tu..ramai orang USA

akibat manusia tak mahu ikut perentah Allah, berlakulah bala bencana

negara kita juga ..tunggu masa
walaupun berbeza..........kes ZINA.....anak ZINA ramai dalam masyarakat

darah keturunan
( ramai dah bicara - tak ada warisan dalam Islam)

darah keturunan kuat pengaruh

kecuali
berubah
mahu hidup secara mentauhidkan Allah
inshallah selamat

tuduh menuduh terbit dari kekeliruan
tak mahu beriman
ikut nafsu
merasa diri terlalu baik
lain orang tak ada kebaikan

duduk dalam negara yang aman, patut jangan melampau
bolehlah tambah ilmu pengetahuan
secara jujurlah
cari guru guru yang jujur

Inshallah

untuk kebaikan diri

semuga beroleh kebaikan

inshallah

demoCRACY - mu DEMO kras i

DEMOKRASI adalah " dari rakyat untuk rakyat" "dari rakyat kepada rakyat" maksudnya, dari manusia kepada/untuk manusia

Jika kalian telitikan, Manusia dan Jin = rata rata tahu menyebut >> tidaklah Kami menjadikan manusia dan jin, melainkan untuk mereka beribadah kepada AKU, iaitu meng abdi kan diri, tunduk Dengar dan Patuh kepada Allah iaitu: dari Tuhan kepada manusia > dari Allah kepada manusia

sudahkah nampak oleh kamu, di manakah kesilapan sistem demokrasi itu

jadi...........

bolehkah kamu yakini, akan berjaya, apabila tidak mengikut sunnah?

sungguhlah kejayaan manusia itu, apabila boleh Taat perentah Allah

manusia teraba raba , jika di biarkan akan mengikut hawa nafsu, yang selalu mengikut bisikan syaitan

atas sebab itulah, nabi nabi dan Rasul rasul di utuskan buat umat manusia, dari kalangan manusia sendiri, agar mudahlah manusia memahami, apa apa keterangan daripada rasulullah

Rasulullah telah nampak ke hadapan, Takdir yang telah di sebut rasulillah, sedang dan akan berlaku
hadis sahih: umat islam akan ikut kehidupan yang di bawa oleh yahudi dan nasrani yang SESAT, meskipun kesulitan,
seperti di ajak masuk ke lubang DHOB (biawak padang pasir) juga kamu akan IKUT

itulah
yang telah berlaku

bukan hanya golongan awam yang ikut
malahan yang di gelar alim ulamak juga menurut
SUBHANALLAH

Ingatlah ya
Sesiapa yang boleh, Dengar dan Taat kepada Allah dan Rasul, kepada al Quran dan sunnah, sudah tentu berjaya di Akhirat, di dunia hanyalah kesenangan sementara jika tidak beriman kepada Allah, nescaya hidupmu hanyalah permainan dan tipu daya

subhanallah

silakan, dapatkan Ilmu yang banyak, dahulukan pemantapan Tauhid, semuga syariat itu dapat kita tegakkan dalam kehidupan kita, dengan kita tidak mengambil sesuatu yang tidak halal, semuga dapat menjauhi syubhah, INSHALLAH

Jika kalian sudah berjaya, marilah membantu saudara saudara kita yang belum,
bagi yang belum berjaya,
carilah, JOIN lah jamaah yang boleh membawa kebaikan kepada dirimu
agar kamu boleh berkata benar, jujur, dan suci
agar kamu boleh meneruskan menyampaikan kebenaran Islam
dari Allah, kepada Allah, untuk kebaikan mu jua

Inshallah janji Allah
Jika kamu beriman kami akan membantu kamu
jika kamu bersyukur, kami akan tambah nikmat kami kepada mu

subhanallah
wahdahu laa syarikalah

Tuesday, February 22, 2011

You Don't Fool me

selamat bercuti

take care be warry

inshallah jumpa lagi

Friday, February 18, 2011

do not get MAD

ahlan wa sahlan

selamat bersunnah
selamt yang baru
selamat anniversary yang lama
selamat keduanya yang menambah baru

jangan gaduh gaduhnya
ingat Allah lah, semuga di berkati ya

Tuesday, February 8, 2011

Halaqah

Manusia

manusia semuanya sama sahaja, kecuali siapa yang lebih taqwanya
manusia sama sahaja, kecuali siapa yang lebih banyak menolong orang lain

Tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima

patutkah Ulamak memberi Ilmu

atau, lebih patut, kamu yang WAJIB menuntut Ilmu

Bertanyalah dengan Orang yang Ingat Allah, yang Tahu

sudah Mukallaf ke?

boleh BERFIKIR.....Memilih Jalan, Kebaikan

jika masih belum baligh, belum berakal, marilah aku suapkan ke mulut kamu
tapi kamu kenalah Mesej aku
(jika kamu tahu mesej aku, maksudnya, kamu dah berakal lah tu.....Ha Ha Ha )

...bukti ada dalam diri mu, mengapa kamu tak mahu berfikir?

manusia bukan Baghal
bukan Kaldai

Baghal dan Kaldai, boleh memikul BEBAN kebendaan
tetapi, Allah kurniakan Akal kepada manusia

Mengapa kamu tak mahu berfikir?

kesian pada seorang budak, sedang makan nasi yang di gaul oleh ibunya
budak itu tetap mintak, ayam mak, ayam
saya mahu ayam

(padahal ibunya telah menggaul ayam dalam nasi itu..............)

silalah baca, telitikan, kaji dalam dalam

ibarat tuhan mengatakan

tengok ke langit? ulang tengoklah, ulang lagi...tengok, nampakkah CACAT?
membaca Tulisan di mana pun, demikianlah kaedahnya
Ulang baca
Ulang baca
semuga tidak di sesatkan Syaitan

sebab itulah di nayatakan, Jika tanpa guru, syaitan lah menjadi guru

kerosakan atas diri, akibat dari tangan sendiri

Jaga diri

subhanallah