image

image

Friday, May 25, 2012

Yang Menciptakan Setiap Sesuatu




A102
Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya. 

benarlah ya, jika mengatakan, segala galanya ciptaan Allah

namun jika kita perhalusi
tentu ada bezanya
manusia di bandingkan dengan lembu atau kambing

lembu dan kambing, dalam fitrah dan sunnatulloh, tak di kurniakanNya akal kepada lembu dan kambing. Sedangkan manusia ada di kurniakan Akal

Akal jika mahukan Ilmu, semakin bertambahlah keupayaan akal
Akal yang mendapat ilmu tauhid, tenu lah dapat kebaikan
Diri yang mendapat Ilmu tauhid yang makrifatillah, yang kenal Allah, kenal Diri, kenal Nafsu,
akan berjaya untuk Ikhlas dan Jujur, dan terpelihara dari perdaya syaitan



A065

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung  (bagi mereka).

Sementara bagi mereka yang tidak ikhlas, tak punya ilmu, hanyalah bersangka sangka
maka buruk dan keji, mereka sangka Allah jadikan mereka begitu, buat maksiat, buat perkara keji, bagaikan tak punya akal fikiran, tak mengetahui, halal haram, subhanallah

jika tidak kenal Allah, bagaimana caranya mahu Ikhlas. subhanallah

Pilihan di Tangan kamu
Jangan sampai tidak Ikhlas, mudah di perdayakan syaitan iblis
istighfarlah ya, semuga di peliharaNya

inshallah
subhanallah

 

A056

Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.
 
 

 

Saturday, April 21, 2012

DIRI

Allahu Allahu Allahu
Subhanallah

bagaimanakah sikap diri mu terhadap ILMU?

apakah kamu kejar, sebagaimana kamu kejar masa, kejar kerja, kejar wanita, harta, ...........

apakah kamu berasa selesa, dengan Ilmu yang kamu perolehi sampai saat ini?

subhanallah

sesiapa yang Allah hendak menjadikan dia baik, maka di bukakan jalannya, di pimpinnya
ke arah Ilmu yang dapat memperbaiki diri

kita tidak tahu apa di hadapan kita
mahukah kita mendekatinya
mahukah kita mendengarkannya

subhanallah

sejauh manakah Ingatan pada Allaah
semuga Allah meletakkan kamu di sisiNya
semuga kamu beroleh kebaikan
semuga kamu beroleh kemudahan
                          maklum sudah memiliki ilmu

inshallah ya, amatilah di Internet, perhatikan telitikan, di mana boleh kita mendapat pelajaran, ambillah

subhanallah

bertanyalah kepada Yang Mengetahui, semuga terselamat dunia dan akhirat

Terima kasihlah kepada mereka yang berkunjung bertemu kami
semuga dapat keluar dari kegelapan
semuga dapat menambah keyakinan, subhanallah

inshallah ya

maaflah jika ada yang menyentuh hati, menimbulkan kemarahan kalian

subhanallah

Monday, March 19, 2012

hiKAM dan HIKmat

SEHARUSNYA TIDAK MENEKAN (JIWA KAMU) OLEH BALA YANG MENIMPA KAMU KERANA KAMU MENGETAHUI BAHAWA TUHAN MENGUJI KAMU DAN DIA YANG MENIMPAKAN KAMU DENGAN TAKDIR-NYA ADALAH TUHAN YANG BIASA MEMBERIKAN KEPADA KAMU YANG BAIK-BAIK YANG DIPILIH UNTUK KAMU.

SESIAPA YANG MENYANGKA TIADA KEHALUSAN HIKMAT PADA TAKDIR YANG MENIMPANYA, ITU ADALAH KERANA SINGKAT PANDANGAN (MATA HATINYA).

Seseorang itu memiliki dua aspek kewujudan. Pertama ialah yang diciptakan dari ‘adam, dinamakan kewujudan zahir. Ia menjadi sarang, sarung atau bekas yang tidak mempunyai sebarang daya dan upaya, tidak boleh mendengar, melihat, berkata-kata, merasa, bergerak dan lain-lain. Ia boleh dianggap sebagai alat yang hanya menurut si pengguna alat itu. Kewujudan zahir pada hakikatnya tidak wujud. 
Kewujudan aspek kedua adalah kewujudan rohani yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t, tidak kepada ‘adam. Wujud rohani inilah wujud yang sebenar, iaitu yang dibahasakan sebagai diri, hati, nafsu dan ungkapan “AKU”. Gabungan dua jenis kewujudan tersebut dinamakan manusia. 
Jika manusia itu tidak mempunyai jasad, iaitu jika ia hanya berada dalam aspek rohani sahaja, maka ia adalah malaikat. Jika ia hanya mempunyai jasad sahaja, maka ia adalah mayat. 

Wujud yang datang dari ‘adam kembali kepada ‘adam, akan rosak binasa dan hilang terus. Ia bermula dari tiada dan kesudahannya pun tiada juga. Tidak ada apa-apa yang dapat dipertahankan dari kewujudan jenis ini. Ia juga tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana apabila ia binasa tanggungjawabnya juga binasa. Fungsi kewujudan yang dari ‘adam ini adalah menjadi alat kepada wujud rohani. 
Wujud rohani memerintah dan menggunakan wujud ‘adam (benda). ‘Adam  dalam keadaan aslinya sebagai ‘adam tidak memiliki sebarang pengaruh atau kesan. Tetapi, bila ia menerima nikmat penciptaan, diberi suasana kebendaan, memakai berbagai-bagai rupa, maka ia juga diberi keupayaan untuk merangsang, mempengaruh dan menarik. Semua keupayaan tersebut tertuju kepada rohani. 
Alam benda yang diciptakan dari ‘adam bertindak sebagai besi berani menarik rohani agar menghadap kepadanya. Tindakan dan kesan dari alam benda kepada rohani itu dinamakan ujian. 
Semua yang diciptakan oleh Allah s.w.t menjadi alat yang menguji rohani. Benda-benda alam, kejadian dan pengalaman merupakan alat-alat yang menyampaikan ujian, tetapi bukanlah ujian itu sendiri. Ujian yang sebenar adalah cetusan yang lahir dalam hati ketika menerima kedatangan benda-benda alam, kejadian dan peristiwa. 
Misalnya, kematian orang yang dikasihi dialami oleh semua orang tetapi reaksi hati masing-masing tidak sama. Ada orang yang menangis, meraung, menghempaskan badannya ketika menghadapi kematian orang yang dikasihi itu. Ada pula orang yang menerimanya dengan tenang. Kejadian yang dihadapi adalah sama tetapi kesannya pada hati tidak sama. Orang yang menangis  dan meraung merasakan dia menghadapi ujian yang sangat hebat. Orang yang bertenang tidak merasakan sebarang ujian, malah dia menganggap apa yang berlaku sebagai takdir Allah s.w.t. 
Apa yang mesti berlaku apabila berlaku tidak dianggapnya sebagai ujian. Semuanya adalah takdir. Misal yang lain pula, ada orang yang tidak dapat tidur lena kerana ada orang yang telah menyindirnya. Dirasakannya peristiwa itu sebagai bala yang sangat besar. Orang lain pula menganggap sindiran sebagai gurauan yang remeh-temeh, tidak perlu disimpan di dalam hati. Sebenarnya apa yang berlaku dan apa yang orang lain kata tidak memberi sebarang kesan. Perkara yang memberi kesan adalah apa yang diri sendiri tekankan kepada dirinya. Benda-benda alam, kejadian dan peristiwa tidak mampu menekan jiwa seseorang. Orang itulah yang menekan jiwanya sendiri. 

Segala yang dihadapi oleh seseorang itu dinamakan takdir. Takdir tidak menekan jiwa seseorang. Takdir adalah pembahagian yang Allah s.w.t telah tetapkan bagi setiap hamba-Nya. Tuhan yang membahagikan takdir itu adalah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 
Takdir yang dipilih untuk hamba-Nya berada dalam sempadan kasihan belas dan kehalusan budi-Nya. Dia tidak berlaku kejam dan zalim kerana kejam dan zalim bukanlah sifat-Nya. Jika kita salah mentafsirkan kehalusan pembahagian takdir-Nya yang penuh dengan hikmat kebijaksanaan, itu adalah kerana kejahilan diri kita sendiri, ditambah lagi dengan lemahnya iman di hati.
 
 Ilmu dan iman adalah pertahanan hati. Jika pertahanan ini lemah mudahlah bagi musuh-musuhnya mengenakan tipu daya yang menyebabkan apa sahaja yang mengenainya akan menjadi bala. Kekayaan akan membuatnya tamak. Kekuasan akan membuatnya hilang pedoman. Ilmu membuatnya ego. Apa juga yang dimilikinya tidak membuatnya berasa tenteram. Jiwanya sentiasa keresahan. Inilah orang yang tidak lepas dari ujian dan bala.
 
Hikmat yang menyentuh tentang ujian ini dikemukakan selepas disentuh tentang Sir dan Nur sifat Allah s.w.t yang membawa kita mengingati hamba-hamba pilihan iaitu para anbia. Mereka merupakan golongan yang paling banyak menerima ujian. Ujian merupakan perjalanan hidup nabi-nabi. Mereka telah memberi petunjuk bagaimana cara menghadapi ujian. Alat menghadapi ujian adalah berserah diri kepada Allah s.w.t. Di dalamnya ada sabar dan syukur. Ujian bala dihadapi dengan sabar dan ujian nikmat dihadapi dengan syukur.

 Hati yang disinari oleh Sir yang menerima sinaran Nur sifat Allah s.w.t berpandangan jauh, mampu menyaksikan hikmah pada setiap perbuatan Allah s.w.t, baik dalam bala mahupun dalam nikmat. Bala dan nikmat tidak menghijab hati untuk melihat keadilan-Nya, kemurahan-Nya, kasih sayang-Nya, kasihan belas-Nya dan kebijaksanaan-Nya.

 subhan Allaah

Wednesday, February 29, 2012

Pengalaman saya ( tahun 2001 ke tahun 2004 )

satelah pulang dari ziarah
saya kembali ke pejabat, di mana saya bekerja
kemudian ada seorang abang datang, membaiki komputer, dan ajak ke Cheras batu 13, dan juga ke Desa Nanding

bermulalah era, mengenali JIN, Guru yang berdampingan JIN, dan tariqat

sepanjang 3 tahun dan lebih saya berulang dari shah alam ke cheras Desa Nanding, dan batu 13, dalam tahun tahun itu, ada pernah saya menyampaikan kepada Ibnu Nafis, jika mahu menuntut ilmu dan berkenalan guru, boleh ke batu 13 tersebut. Bagaimana pun Ibnu Nafis tidak di pelawa naik ke rumahnya, tidak di pelawa masuk ke rumahnya.

sekarang saya tahu kenapa demikian

seterusnya, kami adalah ke Pulau Besar. bersama kami seorang pramugara MAS, seorang mamat Penang, saya dan abang angkat saya

sesampai kami di Pulau Besar, kami di sambut oleh, kalangan berpakaian Jubah Serban Hitam, dan serban merah, yang tidaklah di nampak oleh orang yang tidak di izinkan nampak olehnya

seterusnya, di keliling kubur sultan ariffin, duduklah beramai ramai, mereka yang berjubah hitam, merah , putih, sebagainya, berserban, indah belaka

sementara di surau pula sibuk menyediakan kenduri
kerana HAJAT telah sampai, nikmat telah di rasa , kendurilah ia

demikianlah ya, sebahagian dari manusia, berdampingan JIN di perdayakan amalan mereka oleh sekumpulan jin jin islam, subhanallah

hebatlah orang tu ya - bila berzikir boleh terawangan di udara, dia menjadi Imam solat di bermuda triangle, datuknya menjadi makmum bersama sekumpulan jin yang lain, subhanallah

di batu 13 cheras pula, bila tiba Ramadhan, kami pun solat tarawikh di surau tarikat di situ. Imam solat tu, memberitahu, sekian sekian tarikh, jangan lupa datang, kerana akan bertemu lailatul qadar

lailatul qadar bila datang, terasalah di dalam diri kita, satu macam aura, tatkala sedang solat itu, subhanallah

bukan sekali, dua atau tiga kali, malahan banyak kali dalam sebulan itu, ada ketika kecil dan ada ketika besar

sesuai dengan situasi dan kondisi masa itu - maka wa terima sajalah, maklumlah belum mengetahui, sedang dididikNYA, subhanallah

imam solat pula mengaku, tahu, dan kenal Allah, sebagaimana dakwaaan Guru Teknoloji Zikir hiper metafizik tu
""Bagi mereka yang telah mengenal Allah SWT dengan sebenar-benarnya 
ada tanda dan pengesahan dari Allah, Tuhan sekalian alam dan dari baginda Rasulullah sendiri yang merupakan Guru sekalian guru. Tanda mengenal Allah adalah pertemuan dengan malam Lailatul Qadar dan tanda ilmu yang benar di sisi Allah adalah pengesahan dari Baginda Rasul melalui pertemuan dengan baginda sendiri melalui mimpi. Inilah golongan yang selamat dan benar ilmunya."

 di sebabkan, pengetahuan sekadar itu, maka diri menerimalah pernyataan sedemikian, apabila Lebih Mengetahui, dapatlah kebenarannya, semuanya gara gara di perdayakan  oleh, Dampingan Masing masing, subhanallah

mujurlah saya sudah berpengalaman, subhanallah, 
Terima kasih Allah, dan Ilmuan, serta Guru dan Mursyid, yang membantu, kembali ke jalan Allaah

lihatlah ke dalam diri masing masing, sudah ada bukti kebenarannya, semuga mahulah berfikir

bertaqwalah kepada Allah
dengan sebenar benar taqwa
dan janganlah mati, melainkan ketika berserah Allaah

inshallah

teruskanlah mencari ya, semuga dia menemukan dirinya, kepada mu, subhanallah

subhanallah

silakan ambil pelajaran ya, semuga tidak di sesatkan oleh pilihgan sendiri, yang di bisikkan oleh syaitan, jin serta bunian, subhanallah

maaf ya, saya ni jenis suka merapu
semuga nampak olehmu kebenaranNya


 

Tuesday, February 28, 2012

KELIH ke dok? (namPAK atau Idak)

saya nak bawak kisah dari thread di halaqah.net



 
« Jawab #237 on: 12 February, 2012, 05:03:32 AM »


"Bagi mereka yang telah mengenal Allah SWT dengan sebenar-benarnya ada tanda dan pengesahan dari Allah, Tuhan sekalian alam dan dari baginda Rasulullah sendiri yang merupakan Guru sekalian guru. Tanda mengenal Allah adalah pertemuan dengan malam Lailatul Qadar dan tanda ilmu yang benar di sisi Allah adalah pengesahan dari Baginda Rasul melalui pertemuan dengan baginda sendiri melalui mimpi. Inilah golongan yang selamat dan benar ilmunya.

pengalaman saya ya

setiap ramadan dia kata dia bertemu lailatul qadar
dia bersama nur muhammad
dia boleh ke sidratul muntaha
dia jumpa rasulullah, bukan hanya dalam mimpi

kini dia sudah di penghujung nyawanya

sesuatu yang 'pelik' berlaku

tak mengapalah ya, ikutlah apa yang kamu percayakan
sebenar benarnya, pada diri kamu ada buktiNya

adakah kamu berfikir?


jika mati itu - keluarnya ROH meninggalkan jasad
maka mati sebelum mati ialah - keluarnya Roh dari jasad  sementara

lalu jasad yang di tinggalkan ROH itu, tak ada kuasa melihat, mendengar, bertutur, maksudnya hilang segala deria pancaindera, Ihsan itu kamu dapat melihat Allaah? jika tak mampu, Ingatlah Allah sentiasa melihat akan dikau - satelah beberapa saat, ROH melihat akan jasad diri yang semakin lemah, lalu ROH masuk semula ke dalam jasad ( begitulah MATI sebelum MATI)


maaf ya jika berbeda dari fahaman kalian

carilah ILMU, iaitu Al Alim, sumber kehidupan, subhanallah

Guru sekalian guru bukanlah muhammad SAW, atau rasulullah
baginda pun, hanya mengikut sahaja - tidaklah ia berkata melainkan wahyu belaka
apalah yang kamu karutkan ni
cubalah baca asbabun nuzul al kahfi
kenapa rasulullah di perlekehkan yahudi
gara gara lambat menerima wahyu
Allah didik, katalah Inshallah
bukan salah Rasulullah konfiden berjanji

Allah mendidik umat sekalian, ucap inshallah lah, untuk hal ke hadapan

subhanallah

 
« Jawab #238 on: 12 February, 2012, 08:58:51 AM »      oleh AzzamQiza

Katanya

Masih dengan kata yang sama nak merapu lagi lah nie ya,masih tidak ingatkah yang kata kamu kau al merapu

wa jawab di sini pulak ya
 
KATANYA KAMU BOLEH SCAN, KENAPA TAK SCAN, LIHAT ADA KEBENARAN ATAU TIDAK
WA CERITA PENGALAMAN WA, SUDAH MENEMPUH SEGALANYA SEPERTIMANA KATA KATA GURU KAMU
TERNYATA IANYA KATA KATA MEREKA YANG BERDAMPINGAN JIN, BUNIAN, SYAITAN
MEREKA LAH YANG MENYAMPAIKAN PERKATAAN DEMIKIAN
TAK MENGAPALAH YA, TUNGGULAH, IBARAT RASULULLAH MENCABAR YAHUDI, KITA SAMA SAMA TUNGGU – MINTALAH MATI SEKARANG DAN SAKSIKAN SENDIRI KEBENARAN YANG KAMU PERKATAKAN ITU, SUBHANALLAH

KEH KEH KEH   NAMPAK KE IDAK WEI : pengalaman saya ya, Pengalaman!



subhan Allaah
wabihamdillah
laailahaillallah wahdahu laasyarikalah

Sunday, February 26, 2012

Hidup dan Masalah

Hidup dan kehidupan dari kurnia Allah ke atas makhluk
Rata Rata makhluk menyedari Allah lah yang menciptakan setiap sesuatu
sama ada mengaku atau tidak, rela atau terpaksa, Allah lah menciptakan segala galanya

satelah di ciptakan Adam a.s, manusia yang pertama di ciptaNYA
Iblis telah berlaku SOMBONG, dan mendapat PERMIT untuk memperdayakan semua anak cucu Adam a.s yang tidak Ikhlas

Jujur dan Sucinya Islam
menjadi pegangan oleh setiap nabi dan rasul
dan telah di Redhai Allah akan syariat Muhammad SAW itu, untuk menjadi ikutan , sesiapa yang mahukan kebaikan

bani israil yang tidak mahu Islam, menjadi YAHUDI
sementara orang Nasrani yang tidak mahu Islam, menjadi Kristian
dan bagi yang mengaku Muslim, tetapi suka bersifat Munafik, suka berbuat keji dan maksiat, semuanya kerana kelemahan diri masing masing

dan apa apa pun masalah yang menimpa diri, adalah daripada tangan sendiri
bertambah mudah SESAT apabila suka akan BISIKAN syaitan
menyangka diri berbuat kebaikan, tetapi di sesatkan, di perdayakan

semuanya gara gara, semasa menuntut Ilmu tidak secara jujur dan suci
diri pula tidak berlaku Ikhlas, jujur menuntut dari guru

ketahuilah
IBLIS dengan kuncu kuncunya, syaitan dari kalangan manusia dan jin, suka memperdayakan manusia
syaitan berlari di dalam darah anak adam semuanya
itulah punca masalah
itulah punca penyakit
itulah punca negatifnya diri
itulah puncanya bertangguh tangguhnya diri

subhanalah, agensi kesesatan yang Allah izinkan di ketuai oleh Iblis

after all, setiap sesuatu adalah ciptaan Allah
setiap sesuatu, segala galanya adalah dari Allah

menjadi UJIAN
menjadi DUGAAN

menentukan, siapakah yang lebih baik amalan nya

tak guna dakwa dakwi

awal agama mengenal Allah
awaludin makrifatulloh

Subhan Allaah