image

image

Monday, September 28, 2015

Duhai Wanita

Wahai Wanita - Allah Taala Berfirman:
Wahai suami suami sila beri perhatian:

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
(Al-Baqarah 2:223)

Your wives are as a tilth unto you; so approach your tilth when or how ye will; but do some good act for your souls beforehand; and fear Allah. And know that ye are to meet Him (in the Hereafter), and give (these) good tidings to those who believe.
 


Kerana itu dikatakan, Peliharalah
Jangan biarkan menjadi seperti tanah terbiar ditumbuhi lalang dan duri
Kerana itu wajib di kasihi, malu jika kebun tak elok, jika kebun di tumbuhi lalang dan duri
Kasihan kepada tanah kebun yang menumbuhkan berbagai tanaman , rupa, warna dan rasa, begitu kebesaran Allah


Maksudnya, boleh dikatakan kebun tanaman itu menetap, diatas mukabumi yang luas, kecuali berubah tu sangat payah, bagaikan tanah Pulau, dan di bawa arus deras
Kerana itulah di haramkan bergerak bebas bersendirian, namun keduniaan merubah segalanya kerana mahukan nafsu naik, wujud masalah, dan dapat di kaunterkan dengan, menyelesaikan masalah

Sebenarnya  Sabarlah bila Tanah Kebun, jika sisuami ada membeli/ bernikah dengan Tanah Kebun yang lain ditempat lain, Sabarlah - sebab inilah di asingkan, satu isteri satu bumbung, seperti dilakukan nabi saw

bila berlaku, ada orang lain walaupun sahabat yang datang mengerjakan Tanah Kebun yang dimiliki sahabat lain, itulah Haram yang Besar, Haram berdarjat lebih besar

Demikianlah seperti maksud, dari diri yang satu, dalam syurga, Adam inginkan teman, wujudnya Hawa

SubhanAllah wahdahu laa syarikalah

Sunday, September 27, 2015

Lihat lah Kebesaran Ar Rahmanurrahim

Sewaktu tibanya Ramadhan, Syaitan di Rantai, Pintu Neraka ditutup
Itu intipati Syariat Islam

Dapatkah kita melihat, manusia berduyun duyun memenuhi ruang solat di Masjid, Musolla, Surau dan Rumah Allah di mana jua

Demikianlah apabila Rahmat Allah itu memenuhi Dunia makhluknya

Samada Sedar atau idak, kemudiannya satelah aidil Fitri manusia kembali ke Fitrah mereka
Senang sahaja Syaitan menguasai mereka
Mereka leka dan lalai, untuk memenuhi masjid, musolla, surau dan rumah Allah
Begitulah apabila diri kita tidak dapat berlaku Jujur, Ikhlas dalam menjalani Hidup kini

kerana apabila diri kita tidak dapat Ikhlas
Iblis telah pun berjanji di hadapan Allah, yang membenarkan Iblis Syaitan Memperdayakan anak cucu, cicit Adam a.s, kecuali Hamba Hamba Allah yang Ikhlas, syaitan tidak dapat menguasai

Namun apabila hal ini tidak dapat di fahami oleh kebanyakkan manusia, mereka sukar menerima kenyataan bahawa syaitan banyak mempengaruhi kehidupan mereka, yang munafik, dan Kafir, yang tidak dapat Ikhlas

Hi.Hi

Demikianlah bukti bahawa sesiapa sahaja yang belum memahami maka lebih baiklah bermohon kepada Allah SWT

Rabbi zidni Ilman warzukni Fahman waTooatiq

InsyaAllah ya

Janganlah suka berbantah bantahan, atau bertelagah jika belum memahami, sebaliknya bermohonlah kebaikan daripada Allahu SWT

Semuga kalian dapat berlaku Jujur, berbuat Ikhlas, semuga di terima disisi Allah
Hanya apabila kita Ikhlas, amalan kita Allah terima dan makbol segala Doa, Usaha Ikhtiar, Taqwa kita

SubhanAllah wahdahu laa syarikalah


Thursday, September 24, 2015

Aidil Adha- Korban

Korban yang dilakukan adalah sunnah daripada nabi Ibrahim a.s yang mendapat arahan Allah agar mengorbankan anaknya, Ismail a.s

Jika kita look back before, adalah antara Habil dan Qabil, agar korbankan kambing, dan satu darinya Allah terima atas kesucian niat dan kebagusan kambing yang di jadikan sebagai korban, dan satu lagi gagal memenuhi kehendak Islam semasa itu

Jika dapat memahami, maka dapatlah menjalankan korban dengan menjaga kesucian Islam

Ada dikalangan kita, yang di katakan tahu menyembelih, tetapi tersilap
Jadi silakan beri perhatian atas pelaksanaan amalan Korban kita itu, semuga di terima Allah

1. Pisau yang digunakan patutnya lebih tajam, sebagai contoh, lihat kepada Pedang Samurai, dan sediakan ketajaman pisau kita itu, melebihi ketajaman, Samurai Blade

2. Sepatutnya bila korban melebihi satu ekor, korban kita itu yang masih hidup, hendaklah kita jaga penglihatan mereka, agar tidak nampak waktu kita sembelihkan haiwan korban itu

Lain lain Peraturan sudah difahami, elok di perkemaskan , insyaAllah

Agar segala amalan yang kita lakukan itu, diterima disisi Allaah
Ikhlaskan diri, Tahu dan ikuti Pelajaran dari Sunnah sembelihan korban, InsyaAllah

Teguran ini adalah daripada Pemerhatian Audit tahun 2015, pada Hari Raya Aidil Adha terkini

Semuga kita mendahulukan Ilmu Pengetahuan sebelum kita beramal, agar nanti kakitangan serta hati kita tak perlu menjawab persoalan di Mahsyar

Sudilah meningkat kualiti diri, pengendali korban, InsyaAllah

Monday, September 21, 2015

Perkauman Sempit

Perkauman sempit adalah perkauman kesesatan, bukanlah perkauman Islam

Sempit apabila tidak dapat melaksanakan Keadilan, dan tidak berAmanah, juga tidap dapat berbuat secara Jujur demi menjaga Kesucian Islam

Islam yang SUCI, kebenaran daripada Allah, terkandung didalam Kitab Allah, Kitab AlQuran

Masalah pula wujud, orang tak berpengetahuan, di popularkan oleh sistem yang mengangkat diri mereka menjadi Lidah yang kononnya Alim mudah menerima tanpa mengetahui itulah agenda kesesatan, hendak menambah sesat pemikiran kita

tak layak lah nak mengaku beria ia ya
Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung di hati kamu

ASWAJA bukanlah Liberisasi
semuga dapat SEDAR
agar tidaklah seperti BUIH

Ikut suka kamu lah ya
Hidup lah macam mana pun kamu mahu hidup, ingat yang tiada sesiapa yang dapat mengelak MATI
Buatlah apa apa pun kamu rasa nak buat, Ingatlah ada balasan setimpal daripada Tuhanmu
Cintailah sesiapa pun yang kamu minat nak cintai, Ingatlah hanya sementara, sebelum mati, sebelum berpisah, semuga tidak meroyan derita dan dukalara

Sesiapa yang mendapat Hidayah Taufik daripada Allah, tiada sesiapa yang dapat menyesatkannya
dan sesiapa yang Sesat oleh pilihannya sendiri, tiada sesiapa yang dapat meng hidayahkannya

Semuga dapat Ikhlas, dan SEDAR diri kamu tu siapa
SubhanAllah

Saturday, September 19, 2015

AWAT!

Awat yang selalu ditimpa masalah?
Ada masalah ke, jika itu semuanya adalah Ujian Allah?

Tak ingat ke, Kenapa ya?
Kerana ilmu dalam dada tak dapat mengingatkan!

Dah lagu tu............. nak buat lagu mana?
Pasangkan lagu 'oldies'

lagu 'oldies' adalah ............err kena lihat sejarah lah

Kitab Sejarah yang Utama - AlQuran
Wahyu diturunkan lama dulu - Orang sekarang tiada ambil bahagian dalam itu Kitab
Tetapi Kelakuan banyak yang tertiru tiru - yang tak elok tu, yang elok elok tak mahu - nak buat lagu mana?

Buat lagu 'peperiksaanlah'
Baca macam kena jawab periksa, Baca sampai dapat Faham, Ingat, dan bersyukur jika dapat Rahmat dan Hidayah Allah

Awat sedih?
Selama ni apa yang kita ikut?
Tak ingat ke, nabi Muhammad SAW itu adalah Tauladan yang baik jika mahu

Awat?

Jangan gila naa
Jangan le duk dalam kejahilan
Jangan le masih begitu begini

Dapatkan Ilmu Islam yang Suci
Islam itu adalah sejak daripada Adam a.s dan Hawa a.s
Idris a.s, Nuh a.s, Hud a.s, Salleh a.s, Ibrahim a.s, Luth a.s, Ismail a.s, Ishaq a.s,
Yaakub a.s, Yusuf a.s, Ayub a.s, Syuaaib a.s, Musa a.s, Harun a.s, Zulkifli a.s
Daud a.s, Sulaiman a.s, Ilyas a.s, Ilyasak a.s, Yunus a.s, Zakaria a.s, Yahya a.s, Isa al masih
Muhammad SAW itu Penamat, Menyempurnakan Islam yang di sampaikannya kepada para sahabatnya yang di katakan sejumlah bersamaan dengan para nabi nabi yang Allah utus sebagai Pengamal Islam, namun hanya Rasul Rasul Allah yang wajib berdakwah dan menyampaikan Islam kepada manusia dan jin semuanya. 


Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.
Antara yang telah mendapat gelaran Ulul Azmi adalah Nuh a.s, Ibrahim a.s, Musa a.s, Isa al masih dan Muhammad saw 

Inilah sebabnya ada Allah Firmankan, Hari ini Redha lah Allah itu menjadi Tuhan Yang Esa yang kita sembah, Islam itu menjadi cara hidup kita, dan Muhammad saw itu menjadi ikutan yang baik untuk kita, Ingat dan jadikanlah pakaian Taqwa, semuga dapat keamanan dan Redha lah dengan Ujian Allah

Tulisan ini dapat dibuktikan, sekiranya ada yang tidak Percaya
Kebenaran itu ada dalam diri masing masing
Kerana itulah ada istilah
Kenali dirimu rata rata , kamu akan kenali tuhan mu, Allahu Ahad

Jika ada yang mahukan, bolehlah e mail: nuranugerah@hotmail.com
Sebab Ilmu Islam ini mestilah secara bertemu peribadi yang mahu dengan Guru, jadi e mail lah minta alamat atau peta, telefon atau whassup atau berbicara lah ya, 0196303202 dan 0192368789

InsyaAllah
SubhanAllah wahdahu laa syarikalah


Friday, September 18, 2015

Pakaian Taqwa

Sungguhlah tu, pada diri Muhammad Sallalahu alaihi wasallam itu adalah Tauladan yang baik bagi kamu

Muhammad Sallalahu alaihi wasallam itu berakhlak AlQuran
Sifat Sifat yang Wajib ke atsnya adalah: Benar dan Membenarkan, Menyampaikan Kebenaran tanpa prasangka, Amanah dalam memimpin dan mendidik, Bijaksana mengendalikan pimpinannya juga seterunya

Sekiranya kita mahu mengikuti tauladannya, pastilah kita mengambil sifat sifat tadi, yakni siddiq, Tabligh, Amanah, Fathonah menjadi Pakaian Peribadi kita. Nak ke atau Taknak ke mestilah hendak diikuti bersungguh sungguh secara Ikhlas, pastilah dirimu dapat bertaqwa
Demikianlah Pakaian Taqwa yang sepatutnya seebagai Khalifah Allah di bumi

Inilah intipati Pakaian Taqwa
Mulia dan Sempurna lah akhlaknya

Nak buat lagu mana kan? Bila atau Jika Allah SWT pimpin dengan Hidayah Taufiknya, Dapatlah menjadi demikian, dan sesiapa yang disesatkan oleh pilihan sendiri, payahlah nak dapat hidayahnya

Maksudnya, Tak perlulah nak melihat orang lain, Cukuplah sahaja kamu menjaga diri mu masing masing, Semuga berjaya memakai Pakaian Taqwa, walaupun takdirnya, sebahagian besarnya adalah seumpama BUIH

Dakwah itu kita menghulurkan tangan atau kuasa mengajak orang kepada Hidayah Allah, Cukuplah jika kamu hanya menyampaikan Kebenaran daripada Allah, sekiranya diri mereka itu Ikhlas, Perasaan mereka itu suci dan jujur, pastilah mendapatkan Hidayahnya

Kebenaran tanpa Persangkaan daripada kamu itu juga menjadi Hidayah Bayan, ataupun hidayah pencerahan, semuga mereka yang mendengarkannya itu mahulah kembali kepada Allah

Kembali kepada Allah itu, maksudnya, jika kamu belum mengetahui, bertanyalah kepada Ahl zikir
Jika kamu sering menghadapi masalah sukar untuk keluar menuju cahaya kebenaran, ketahuilah kamu masih tebal sifat sifat Munafik, jadi ubahlah dirimu menuju Ikhlas

Sifat Sifat yang Wajib kepada Muhammad SAW itu patut menjadi cabaran cabaran terhadap diri muslim menuju mukmin semuga Berjaya, Bertaqwa

InshaAllahu
SubhanAllah wahdahu laa syarikalah




Wednesday, September 16, 2015

HUKUM

Hukum Hakam Islam itu Dapat Menjamin Keadilan sosial
Namun di sebabkan Peribadi yang memegang Tampok Hukum itu tidak dapat berbuat Adil, maka itu melemahkan pemandangan terhadap Hukum Allah

Sebagaimana pemandangan Terhadap Umat Islam yang seumpama BUIH, hilang sudah ketakutan Musuh Islam terhadap Kekuatan Yakin Umat Islam, amat mudah jika mereka hendak memperkotak katikkan nya

Ujian paling Besar terhadap Mukmin adalah, wanita bangsawan meminta untuk melakukan Zina bersamanya, namun Mukmin yang baik dapat menolak dan, Mengingatkan bahawa Allahu Maha Melihat, maka Terselamatlah peribadi itu

Keselamatan itu Bila Mendapat Hidayah, Hidayah Allah itu membentuk Peribadi yang Ingat dan sentiasa menyebut Allah

Secara Umum Hukum Utama Islam adalah Dengar dan Taat kepada Allah dan Rasul saw, Dengar dan Taat kepada AlQuran dan sunnah yang telah di tauladankan oleh Muhammad Rasulullah

Apabila dapat demikian, Bolehlah di laksanakan Hukum Islam, Namun Hukum Islam itu sebenarnya telah Menjaga Diri Mukmin daripada berbuat Kekejian dan onar, Memberikan Keselamatan kepada sahabat sahabat yang mahu masuk ke Dalam Jamaah ASWAJA

itulah maksud SEDAR maka menjadilah Peribadi itu Dengar dan Taat, bolehlah masuk menjadi Sahabat dan Mengutamakan berbuat kebaikan kepada lain orang, Paling banyak menolong lain orang
Inilah yang dikatakan, Mukmin yang Paling Bertaqwa

SEDARlah ya, Tak Usah Menyalak kepada yang Lain lah
Binalah dirimu, Setiap dirimu adalah Pemimpin, maka Perhatikan Pimpinanmu
Binalah keluarga kamu, kaum kerabat dan ahli keluarga dekat kamu

Apabila kita, setiap diri Jelas tentang ini, Semuga Allah Menghidayahkan Kebaikan, InshaAllah