image

image

Thursday, October 1, 2009

Mengenal Diri

ILMU

bukan sekadar pendapat manusia, bukan sekadar apa yang tertulis, Tulisan hanyalah pendapat manusia tu, semuga adalah kebenarannya,

Quran 51:20 dan 51:21

20: Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
21: Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

amati lah dengan teliti ya, kenalah memahami al Quran, keseluruhannya.

kemudian mari perhatikan, quran 41:52....53
52: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sudahkah nampak baiknya keadaan kamu jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah kemudian kamu mengingkarinya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang tetap berada dalam perbalahan dan pertentangan, yang menyimpang jauh dari kebenaran?
53: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri,....
sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.
Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

berdasarkan ayat ayat tu, beleklah ke dalam dirimu, carilah kebenarannya.

ditambah dgn bila Allah menyatakan: Aku yang beri kehidupan, segala sesuatu Aku yang cipta.
Aku lah yang zahir, yang bathin, yang awal, yg akhir, jika mereka tanya kamu tentang AKU, katakanlah AKU dekat, aku kabulkan doa sesiapa yang meminta kepadaKU

di masa lain, Allah beritahu Muhammad, bukan kamu yang membalingnya tatkala kamu membaling itu, AKUlah .............carilah ILMU ketuhanan, bila dapat milikiNYA akan tenang dan tenteramlah diri, idaklah nak keluh kesah dalam ini dunia,

di pintu Ilmu mengenal diri tu, ada RUH, dari AKU, yang berikan kamu kehidupan, .......... bila kamu si selimuti dgn tubuh yang menonjol, yg sasa, kamu dah lupa kaaa, AKu ni

wahai kamu yang berselimut ( Ruh kamu di selimuti fizikal mu) bangunlah ( wahai RUH) dirimu sucikanlah, pakaian mu, bersihkanlah, Tuhanmu Agungkanlah

kenalkanlah dirimu, fizikal hancur di mamah bumi, Ruh tu kembali pada NYA, janganlah benarkan syaitan, dengan nafsu yang bertakhta di hati, sebaliknya, Allahlah sepatutnya, semuga kenallah diri

satelah itu, barulah berubah dari, kuliah tadika .............selepas kuliah tadika ni, kita akan berjumpa Mursyid, yg akam membimbing, Ingatlah kisah khidir dgn Musa, kenalah kita sabar, semuga berjayalah kenali diri, baru akan kenali Tuhan

No comments:

Post a Comment