image

image

Thursday, December 24, 2009

Tiada Maaf Bagi mu

apa yang engkau mahu
aku tak tahu menahu
jujurlah pada dirimu
semuga sucilah hatimu

apa yang engkau mahu
masa berbuat sesuatu tak ingat pun AKU
lagak seperti serba tahu
tak sedar masih budak akal mu

apa yang engkau mahu
Al Quran dan sunnah pegangan mu?
kenapa bersikap terburu nafsu
apa pasal tak sabar menunggu?
semuga dapatlah pelajaran dari KU

apa yang engkau mahu
diri mu sendiri sedang di UJI
jangan suka menuding JARI mu
Eloklah cermin dulu diri sendiri

Tak ikut sunnah diri sendiri akan punah ranah
mengaku Islam sepatutnya mahu berserah
Sentiasa beringat diri dan Allaah
semuga hidup menjadi mudah

Letaklah kami disisiMU, ya Allaahu Allaahu Allaahu Allaah..........

(sila komen ya, yang mana satu SUNNAH - atau tiada)

Wednesday, December 16, 2009

Redha dan Syukur

Pada masa sekarang, ada ramai orang yang merasa dirinya berilmu, namun tidak mampu untuk beroleh redha dengan ketentuan Allaah,
terhadap apa apa perkara dan kejadian yang telah berlaku sudah menjadi sejarah dan itulah Takdir - yang telah di pilih oleh masing masing diri - lalu mengapa kita suka complaint?

Diri yang terlibat di dalam perkara dan kejadian yang tak elok
- ada room for improvement,
- ada peluang bertaubat, dan hendaklah di ikuti dengan berbuat kebaikan


dan lagi jika kamu bersyukur ......AKU akan tambah nikmatKu kepada mu

bersyukurlah ya, kamu bukan Mufti, bukan Ulamak, bukan pemimpin dan kamu tak buat kesilapan, yang seperti telah di lakukan oleh Mereka...............

bersyukur lah, awak tidak di lantik sebagai Mufti atau sebagai Imam, atau sebagai Guru atau sebagai pemimpin .............terlepas lah peluang untuk kamu di UJI dengan pengetahuan sedemikian rupa.............

dengan Ilmu Islam, sepatutnya hati sendiri boleh aman dan Redha serta Sabar, terhadap Takdir Allaah ......
bagaimana sehingga hati sendiri pun boleh sakit, boleh kecewa, boleh marah?? <<<< eloklah redha dengan takdirNya, ke hadapan kita pilihlah kebaikan, bersyukurlah ya.................joom

syukurlah YA.......... Allaah di mana? .......................di atas segala gala yang di ciptakanNYA,
makhluk ciptaannya berada di alam yg di ciptakanNYA, dan Dia pula istiwa di Arsy, yakni, di ATAS SEGALA GALANYA, Subhanallah

patutlah ya, letakkan Allah itu di atas segala galanya, semuga benarlah pengakuan tauhidmu

kemudian letaklah dirimu di sisi Allah, semuga benarlah perlakuan mu

Friday, December 4, 2009

ILMU

ILMU yang dapat memberi ketenangan kepada diri
dan dapat melindungi diri daripada 'masalah masalah'
dan dapat merawat diri sendiri, dan orang lain

Ilmu ini sebenarnya mudah, dan kebanyakan manusia mengetahui, tetapi di sebabkan pengetahuan itu sekadar maklumat, tak dapat di aplikasikan

Apabila bertemu kami, kami ceritakan, pasti terasa amat simple, mudahnya, kenapa dulu tak mampu aku lakukan?!

KAEDAH:
tiada cara lain, melainkan kena hadir diri yang berkehendakkan Ilmu ini kehadapan Kami
di Kg Kancong Darat, Banting Selangor. Kami bukan pusat rawatan komersil.

1. Kami buangkan 'masalah masalah ' yang anda hadapi -
2. Kami berikan ILMU kepada anda
3. Kami tunjuk cara nak applied Ilmu itu
4. Anda try lakukan, ...........

Kaedah yang Kami gunakan, tiada memakai perantaraan, tidak memakai ayat ayat 'rukyah'
Kami hanya menggunakan Ilmu dari Kurniaan Allah - tiada mantera, tiada jampi serapah, dan tentu sahaja berbeda dengan 'perbuatan dan amalan ' di tempat lain

Kerana itu, hadir ke hadapan kami itulah caranya, lihat sendiri, bersoal jawab, semuga, mengetahui, apa yang mampu diri mu lakukan.

sesiapa berhajat, boleh datang bertamu, boleh jumpa. Inshallah just leave a message, I'll get back to you