image
Monday, January 25, 2010
Makrifat dan Mursyid - mencapaiNYA
1. Perkataan mursyid berasal dari bahasa arab, dari kata irsyada, iaitu memberi tunjuk-ajar.
bahawa yang di namakan Mursyid dan boleh membimbing manusia dan jin itu, adalah yang tak tidur, tak lena, tak mengantuk, tak lupa, tak lalai,
Yang Maha Mengetahui, Yang Menghidupkan, Yang menyembuhkan, Yg Memberi penawar –
boleh hadir dalam diri manusia, kerana dialah diri sebenar diri –
bersuara mengingatkan kamu, bersuara menceritakan kepada kamu, bersuara memberi jawapan kepada kamu - pendek kata >> belum pergi dah balik, belum tanya dah jawab, di pegang terasa, di panggil menyahut,
itulah AKU,
itulah ILMU sebenar benar ILMU segala Tahu,
dialah Mursyid,
dialah diri sebenar diri,
tentulah boleh Mikraj ke mana sahaja, boleh secara ghaib, boleh secara zahir dan bathin.
begitulah ya, suara yg hadir nanti bukan di telinga, tetapi dalam DADA,
itulah kata,
dalam dadamu adalah istana, dalamnya ada qalb, dalam qalb ada fuad, dalam fuad ada syaqaf, dalam syaqaf ada lubb, dalam lubb ada sirr, dalam sirr ada .........AKU.
jika dah bertemu, akan tenang tenteram lah diri, mudahlah bagi ku, demikianlah adanya
jadi berusahalah,
maksudnya, selagi belum dapat merasa Bergetar dada, pabila di sebut Allaah, hendaklah berusaha mencapainya,
itu baru Mukmin sebenar, bila saja mendengar sebutan Allah, bergetarlah dada nya,
dalam dada nabi beritahu, taqwa, semestinya jika sadar kedekatan AKU .
bagi mereka yang ingin mencapai cinta kepada Allahu, hal ketuhanan, hal diri sebenar diri, semuga............ dapat pelajaranya, dan jauhilah persangkaan.
jika berjaya mendengar suara AKU, dapat miliki ILMU nya maka tentu sahaja, akan terbuka Rahsia KebesaranNya.
Permainannya
adapun yang mengaku itu, tak mengapalah ya, nanti dah mati ketahuilah siapa sebenarnya.
tidak berhajat hendak menafikan pengetahuan lain orang, tetapi,
bagaimana pun, di dalam usaha untuk sampai kepada AKU, adalah di jumpai bisikan di telinga. taraf jin Islam pun yg alim laim juga, maulana dan sebagainya, ramai dari kalangan bunian, iaitu jin islam.
seterusnya level di bawah bagi manusia kebanyakan, jika ada bisikan di telinga tu, daripada jin syaitan. dan syaitan itu berlari dalam darah anak adam, menjadi punca penyakit, Allah berhajat menguji, mahukah Ingat NYA.
PRA mencapai AKU
1. Pertama tama kena buang segala negativity. Kena buang segala gangguan, segala karut marut, segala yang jahat.
Kemudian dapatlah ILMU, pernafasan
Tarik dengan Hu Allahu, Tahan dengan Hu Allahu, Lepas dengan Hu Allahu
“bolehlah membuat permohonan ………………………..akan di petuakan
2. Tegangkan urat saraf a, b, c, d, e, f. sebulan satu.
3. Tarik – tahan – lepas – tahan, muga rapat dgn tuhan, tenteram dan mampan,
4. Dan 5. Dan 6.
Practical – sehingga dapat suara AKU. – start with end in mind
Tuesday, January 12, 2010
Allah di atas Langit – TerATAS
Quran 51:20 Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
Quran 51:21 Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Sebahagian mengatakan, Allah tiada bertempat, dengan Hujah dan Dalil mereka
Sebahagian lagi tetap pendirian menyatakan, Allah istiwa di arsy, juga dengan Hujah dan Dalil mereka
Datang pula sebahagian yang lain, saling menuduh, begitu begini. Maka timbul perbalahan.
Benarlah Allahu:
Quran 10:36 Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
Dan membenarkan
Quran 6:116 Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
Kita tak mahu meneruskan perbalahan.
Mari kita lihat diri kita:-
Mulut – ada langit langit di bahagian atasnya, di bahagian bawahnya adalah LIDAH.
LIDAH itu melekat dengan dasarnya mulut, begitulah perumpamaan, manusia melekat di bumi, di atas tanah, di bawah langit dan langit dan langit…………………….
LIDAH manusia umumnya, hanyalah persangkaan, kerana tiada ILMU, tidak mengetahui dengan kebenaran.
BerUNTUNG lah manusia yang Ingat Allah, memiliki ILMU kebenaran, sepertimana Muhammad Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam – tidaklah ia berkata melainkan Wahyu belaka. Sesiapa sahaja yang boleh sepertimana sahabat sahabatnya; Kami Dengar dan Taat ; maka selamatlah lidah mereka dari Persangkaan.
Ingatlah perentah Allah; mengapa kamu berkata sesuatu yang kamu tidak perbuat?
Ingat perentah Allah: Semua manusia dalam kerugian – kecuali Yang Beriman dan beramal soleh, yang menyampaikan kebenaran, dan yang bersabar
di atas langit langit MULUT, ada HIDUNG, semuga hidung mu dapat menghidu…wangi wangian – boleh jadi JIN JIN yang datang …………..
boleh jadi, wangian isteri mu, waduh , mau keluar rumah atau ke mana tu? …………………………….
Boleh jadi, kentut, masam, busuk, dan berbagai bauan, semuga sabar menghadapi………………………
Di atas hidung ada MATA,
MATA melihat, alahai hanya sedepa dua depa sahaja, maka banyak juga persangkaan
Sebagai contoh: melihat orang solat dua rakaat jam 10 pagi….di sangkanya, orang tu subuh gajah……………. Padahal DHUHA
Alangkah bagusnya, jika SEDAR, Penglihatan Yang Allah Berikan itu, mampu melihat kebenaran. Beruntunglah manusia yang dapat melihat dengan Penglihatan bersama Allaah.
Di atas MATA ada OTAK – tanpa akal, tak ada fungsinya otak, demikianlah manusia di bedakan daripada haiwan. Otak itu mestilah boleh ‘connect’ dengan DADA – dalam dada ada FUAD, semuga dapat kebaikan jika dapat SEDAR dan ujudnya, ‘connection’ – sepatutnya, Akal akan membawa kepada kesedaran, Allahu tersangat Dekat dengan Diri.
Di atas Otak, ada lekuk di kepala, itu………. Alam melayu, alam kerohanian, alam kebatinan, menyatakan, sidratul muntaha, begitulah perumpamaan, bahawa, tak ada yang dapat melihat ke sana.
Di atas kepala manusia, kepala diri mu, sepatutnya Allaah.
Allah di letakkan teratas sekali, semuga tunduklah dirimu, kepada Allah, Kami Dengar dan Taat, kami patuh, terhadap apa sahaja perentahMU ya Allahu.
Maaf naaa, kali ini apa tah yang saya merapu, semuga dapat kalian melihat kebenaran nya
Sunday, January 10, 2010
HIKMAH
Barangsiapa mahukan syurga, maka ia akan segera melakukan kebajikan.
Barang siapa yang takut pada siksa api neraka. Maka ia akan meninggalkan keburukan. Barang siapa menahan diri dari kesenangan dunia, maka ia akan meraih kedudukan yang tinggi.
Al-Habib Al-Hadad pernah berkata:
"Hendaklah bicara orang 'alim yang mengenali Allah berlaku padanya tiga perkara:
1) Mengingatkan nikmat-nikmat (daripada Allah)
2) Melazimkan diri dalam ketaatan
3) Menjauhkan diri dari kemaksiatan
"Setiap 'alim yang terus berbicara dengan orang awam dengan selain daripada tiga pekara ini, maka ia sebenarnya TUKANG FITNAH YANG BESAR"
Mawlana Abul Hassan Ali Nadawi pernah berkata
" Kepetahan berkata-kata dan keluasan ilmu tidak akan dapat memberi kesan yang hebat andai tidak disirami dengan kekuatan rohaniyah yang tinggi."
Joom kita lihat ............apa itu, Hikmah
ada Ilmu tetapi tak mampu beramal >> itulah maksud, HIKMAH yg hilang dari dada umat Islam
sebagai contoh: ada ILMU , bila menyampaikan bernada kasar, amarah ................
sebagai contoh: ada Ilmu,, tetapi melakukan perkara keji dan sumbang ..............
pesan nabi SAW: jika kamu Jumpa, ambillah ia >> maksudnya, bila jumpa yg berilmu, dan yang mengamalkan , maka patut di follow thru ( di ikuti)
pesan Allahu Taala, ikut , follow thru hendaklah dengan pengetahuan
contoh amalan:
hubungan suami isteri, buat lagu mana pun boleh
sebab apa boleh > waktu sedang HAID pun boleh sediakan makanan
so apa masalah sebenarnya, dengan teknoloji zaman sekarang, boleh sahaja
waktu sedang haid, tak boleh ( satu perkara ) sahaja, nabi selalu buat apa pada aisyah?
tak salah tak dosa
Islam mudah, jangan sempitkan
Ingat Allah, waktu mana pun boleh, sepatutnya, senantiasa (Ingat Allaahu)
pertanyaan: bagaimana jika kita memperlambat mandi wajib??
melambat lambat kan 'ibadah' = mengikut telunjuk syaitan
mandi wajib = ibadah'
seruan Allah: ber Segera lah kamu kepada mengerjakan kebajikan................
ibadah = kebajikan
kebajikan = Ikut perentah Allah, dan meninggalkan larangan Allah
kebajikan yang Utama = Laa ilaha ill 'allaah = tiada tuhan, hanya Allaah = Allahu ahad = Allah Yg Esa
kerana kebaikan yang tertinggi nilainya itu, maka, layaklah kita ajak orang lain kepadanya = tabligh, dakwah, berakhlak mulia
jika layak mengajak orang lain , semestilah, berakhlak mulia
jikalau mulia lah diri, mampulah ajak orang lain kepada Islam = Benar dan membenarkan
al – amin = itulah Peribadi, muhammad bin abdullah, Rasulullah SAW = Al-Quran
Saturday, January 2, 2010
reVIEW 2009 - negara kita dan TUHAN yg ESA, Allaahu
sekalipun seberat zarah (debu).
Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan
tahu dak apa duk baca, jika tak tahu, bacakan fatihah dan al ikhlas dah laa
semuga kamu mengerjakan sembahyang dengan mengetahui apa yg kamu ucapkan
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
naper ya tok guru tak mahu, dengar cerita hj hadi dah ready
semuga mereka dan kita yg berbalah, mahu kembali kepada Allah dan RasulNya
utamakan Allah,. Islam ya
pasal ni ke tok guru tak mahu >> Telah di ajak nya >> Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,"
nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
masa undi, mereka tak mahu tolong, tak benarkan puak mereka menolong
mereka tu munafik ke ish
agaknya tu yg sekarang ni puak mereka seperti:
Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)".
dah kena tampar dlm PRU lalu, baru nak ajak berdamai
haih, hebat benar dugaan Allah ya
Kisah tersebut adalah sebagian dari ayat ayat Allah dalam surah an nisa
sebab itu agaknya, maksiat melibatkan wanita sekarang ni semakin menjadi jadi
maaf naaa, apala yg wa merapu ni
teruskan ya Tok Guru > Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka,
dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.
kepada UMNO , dan ahlinya dan puterinya >>> Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
ni nak habaq lah ya, mereka tu, termasuklah kamu ya UMNO - maaf ya ni sama sama melayu tolong perINGAT kan
Rakyat sila tambah pengetahuan ya, semuga sukakan perdamaian, menegakkan islam
Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus
jika ada kebaikan, ambillah ya, panjangkan kepada kawan rakan kalian
sepatutnya ke hadapan, kita sedar kesilapan, dan Improve lah kerja kerja kita, muga bawa kebaikan, sesama Muslim menuju mukmin, mukhlisin