Quran 51:20 Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
Quran 51:21 Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Sebahagian mengatakan, Allah tiada bertempat, dengan Hujah dan Dalil mereka
Sebahagian lagi tetap pendirian menyatakan, Allah istiwa di arsy, juga dengan Hujah dan Dalil mereka
Datang pula sebahagian yang lain, saling menuduh, begitu begini. Maka timbul perbalahan.
Benarlah Allahu:
Quran 10:36 Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
Dan membenarkan
Quran 6:116 Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
Kita tak mahu meneruskan perbalahan.
Mari kita lihat diri kita:-
Mulut – ada langit langit di bahagian atasnya, di bahagian bawahnya adalah LIDAH.
LIDAH itu melekat dengan dasarnya mulut, begitulah perumpamaan, manusia melekat di bumi, di atas tanah, di bawah langit dan langit dan langit…………………….
LIDAH manusia umumnya, hanyalah persangkaan, kerana tiada ILMU, tidak mengetahui dengan kebenaran.
BerUNTUNG lah manusia yang Ingat Allah, memiliki ILMU kebenaran, sepertimana Muhammad Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam – tidaklah ia berkata melainkan Wahyu belaka. Sesiapa sahaja yang boleh sepertimana sahabat sahabatnya; Kami Dengar dan Taat ; maka selamatlah lidah mereka dari Persangkaan.
Ingatlah perentah Allah; mengapa kamu berkata sesuatu yang kamu tidak perbuat?
Ingat perentah Allah: Semua manusia dalam kerugian – kecuali Yang Beriman dan beramal soleh, yang menyampaikan kebenaran, dan yang bersabar
di atas langit langit MULUT, ada HIDUNG, semuga hidung mu dapat menghidu…wangi wangian – boleh jadi JIN JIN yang datang …………..
boleh jadi, wangian isteri mu, waduh , mau keluar rumah atau ke mana tu? …………………………….
Boleh jadi, kentut, masam, busuk, dan berbagai bauan, semuga sabar menghadapi………………………
Di atas hidung ada MATA,
MATA melihat, alahai hanya sedepa dua depa sahaja, maka banyak juga persangkaan
Sebagai contoh: melihat orang solat dua rakaat jam 10 pagi….di sangkanya, orang tu subuh gajah……………. Padahal DHUHA
Alangkah bagusnya, jika SEDAR, Penglihatan Yang Allah Berikan itu, mampu melihat kebenaran. Beruntunglah manusia yang dapat melihat dengan Penglihatan bersama Allaah.
Di atas MATA ada OTAK – tanpa akal, tak ada fungsinya otak, demikianlah manusia di bedakan daripada haiwan. Otak itu mestilah boleh ‘connect’ dengan DADA – dalam dada ada FUAD, semuga dapat kebaikan jika dapat SEDAR dan ujudnya, ‘connection’ – sepatutnya, Akal akan membawa kepada kesedaran, Allahu tersangat Dekat dengan Diri.
Di atas Otak, ada lekuk di kepala, itu………. Alam melayu, alam kerohanian, alam kebatinan, menyatakan, sidratul muntaha, begitulah perumpamaan, bahawa, tak ada yang dapat melihat ke sana.
Di atas kepala manusia, kepala diri mu, sepatutnya Allaah.
Allah di letakkan teratas sekali, semuga tunduklah dirimu, kepada Allah, Kami Dengar dan Taat, kami patuh, terhadap apa sahaja perentahMU ya Allahu.
Maaf naaa, kali ini apa tah yang saya merapu, semuga dapat kalian melihat kebenaran nya
Menarik.. ana sangat tertarik. Syukran. Mohon izin untuk mengikuti blog ini..
ReplyDeleteSalam, den kalau bahasa arab nie lomah byk. Dulu org suruh g sek agama, tak nak. Skrg br menyosal. Ijinkan den menambah sikit.Kalau salah, mintak maap. Meh ler kita binasakan istana iblis dlm diri dulu utk mendpt ilmu laduni. Hati kito nie dah kotor. Selalu lupo dan alpha. Selalu sgt ikut kata iblis dan nafsu. Lopeh kasi phecah itu istana, barulah kito buleh singkap itu qalb. Zikir..zikir..zikir...(dol dah ajar caranya) Zmn skrg, org pakai serban dah kira alim. Yg pakai seluar pendek di kira jahil. Asal janggut panjang, panjanglah ilmunya. Baca jer bismillah, dah di panggil ustaz. Suko bonar menghukum org. Sapo kito nak jatuhkan hukum (bkn keje kita pun)? Org mengaji di arab tak semestinyo konal diri. Bilo tanyo, ehh...sapo ekau nak tanyo den? Den ador ijajah @ mastor dr arab. Tentulah den konal diri den. Bilo tanyo sikit, jwpan bodo di boghinyo. Bolajarlah pd sosiapo pun walau org itu mcm org gilor @ lobeh mudo dr kito. Asalkan dio mengesakan yg satu, nabi saw itu pesuruhnya dan perpegang pd sunnah dan Al-quranNya. Tanyo pado yg tahu, takut nanti sosat jln. Den suko bercerito dan suko tgk cerito. Al-maklumlah, pawagam meghato...
ReplyDelete