"Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu
menaruh syak tentang kebenaran kehidupan ku,
Maka aku tidak menyembah makhluk-makhluk
yang kamu menyembahnya
yang lain dari Allah,
tetapi aku hanya menyembah Allah
yang akan mematikan kamu;
dan aku diperintahkan
supaya menjadi dari golongan yang beriman.
"Serta : ' Hadapkanlah seluruh dirimu
menuju kehidupan dengan betul dan ikhlas,
dan janganlah engkau menjadi dari kalangan orang musyrik '.
Dan janganlah engkau menyembah
atau memuja yang lain dari Allah,
yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu
dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu.
Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian,
maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang yang berlaku zalim
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan,
maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya
melainkan Dia;
dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan,
maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya.
Allah melimpahkan kurniaNya itu
kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya,
dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
"Wahai sekalian manusia!
Telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu.
Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk,
maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri;
dan sesiapa yang sesat
maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri
dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal kamu".
Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah
sehingga Allah menghukum dengan golongan yang ingkar,
dan memberi kepadamu kemenangan ,
kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.
No comments:
Post a Comment