Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat,
maka ke mana sahaja kamu arahkan diri -ke kiblat untuk mengadap Allah-
maka di situlah arah yang diredhai Allah;
sesungguhnya Allah Maha Luas - rahmatNya dan limpah kurniaNya-,
lagi sentiasa Mengetahui
Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu
bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah
yang memegang kuasa pemerintahan di bumi,
sebagaimana Ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka:
khalifah-khalifah yang berkuasa;
dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka
yang telah diredhaiNya untuk mereka;
dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan
setelah mereka mengalami ketakutan
Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan
sesuatu yang lain denganKu.
Dan sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka.
di Redhai Nya
1. ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat,
dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya
2. ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun,
dan apabila orang yang berkelakuan kurang adab,
hadapkan kata-kata kepada mereka,
mereka menjawab dengan perkataan yang selamat
dari perkara yang tidak diingini
3. ialah yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari
dengan sujud dan berdiri,
4. ialah yang apabila membelanjakan hartanya,
tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut;
dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana
di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
5. ialah orang yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan
perkara-perkara yang dilarang,
dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia,
mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya
6. ialah orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat
keterangan Tuhan mereka,
tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang yang pekak dan buta.
7. ialah orang yang berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh
dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,
dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang mahu bertaqwa.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati
dengan segala nikmat yang diberikan
lagi diredhai di sisi Tuhanmu
No comments:
Post a Comment