image

image

Saturday, July 23, 2011

Rawatan Diri - Dari Jauh

tulisan ini atas pertanyaan 'Ruhani' di Halaqah.net
topik kanser
linknya: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7400.msg228351;topicseen#new

BOLEH jika hendak di rawat secara Jauh
tetapi bagi mereka yang kenali kami
ada number telefon kami
INSHALLAAH

bagaimanapun itu cara separa atau separuh masa sahaja
di galakkan, bertemu

BERTEMU - samada datang JUMPA kami;
- kami KETEMPAT anda

Jumpa Kami: samada di Banting, kg kancung darat ATAU di Shah Alam, seksyen 2, atau seksyen 6

PESAKIT atau DIRI, umpama kereta
mahu jaga kebaikan diri, atau maintenance agar dapat elak, kesusahan
kena JUMPA mekanik

sebagaimana Firman Allahu Taala
jika kamu belum tahu, Bertanyalah dengan ahli zikir - Orang yang Mengetahui

media internet, dan komunikasi hari ini, mengizinkan, walau berada di jarak berjauhan, boleh saja bertanya

namun Untuk barokah, Ilmu Islam, kenalah berguru
maksudnya, kebaikan berserta diri, yang tak lepas peluang, berjumpa Orang Alim
Inshallah

tanyalah chatter Arozi, atau Saya Hamba, untuk dapatkan number telefon saya
atau boleh YM - setiakudcni@yahoo.com

Inshallah ya

mohon lah Allah mu, memudahkannya

subhanallah
wahdahu laa syarikalah

Tuesday, July 19, 2011

Bacaan - hidayah bayan - 20110719

Taa' Haa

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu
supaya engkau menanggung kesusahan
Hanya untuk menjadi peringatan
bagi orang yang takut melanggar perintah Allah

diturunkan dari
yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
Iaitu Ar-Rahman,
yang bersemayam di atas Arasy.

Dan jika engkau menyaringkan suara
dengan doa permohonanmu,
kerana sesungguhnya Allah mengetahui
segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia,
bagiNyalah segala nama yang baik

Sesungguhnya Akulah Allah;
tiada tuhan melainkan Aku;
oleh itu, sembahlah akan Daku,
dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Sesungguhnya hari kiamat itu tetap
akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa
datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan

Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.

Janganlah kamu takut,
sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu;
Aku mendengar dan melihat segala-galanya.

Dari bumilah Kami ciptakan kamu,
dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu,
dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.

Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat
sedang ia bersalah
maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam
yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup


Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman,
serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh,
maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya:
Syurga-syurga yang kekal,
yang mengalir padanya beberapa sungai,

mereka kekal di dalamnya;
dan yang demikian itu ialah balasan
orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat.

Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun
kepada orang yang bertaubat
serta beriman dan beramal soleh,
kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.

Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu,
maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban yang berat.
Mereka kekal di dalam dosa itu;
dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat,

Pada hari itu,
tidak berfaedah syafaat
kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya,
dan kepada orang yang diredai perkataannya.

Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia),
dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat);
sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi.

Dan segala muka akan tunduk
dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup,
lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya;
dan sesungguhnya telah rugi
dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.

Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh,
sedang ia beriman,
maka tidaklah ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.

Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab,
dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka bertaqwa,
atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan bagi faedah mereka

Oleh itu, bersabarlah engkau akan apa yang mereka katakan,
dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu
sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya;
dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam
dan pada sebelah-sebelah siang;
supaya engkau redha.

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan
kepada apa yang telah Kami berikan
kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya,
yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini,
untuk Kami menguji mereka padanya;
sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang,
dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.

Kami tidak meminta rezeki kepadamu,
Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.
Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.

Katakanlah : "Tiap-tiap seorang di antara kita sedang menunggu;
maka tunggulah kamu!
Kemudian kamu akan mengetahui kelak
siapakah orang yang berada atas jalan yang lurus,
dan juga siapa yang mendapat petunjuk"

Monday, July 18, 2011

SAH - kamu lah SAH kan nya

Syarat Sah Syahadah

al - ilmu
al - Yakinu
al - Ikhlasu
al - Sadqu (Jujur)
al - mahabbatu (Cinta)
al - Qabuulu (Menerima)
al - ainQiyadu (melaksanakan)

cuba tanya, SAH idak syahadah bila masuk POLITIK PARTI
apakah islam yang di sampaikan itu MENYELURUH
ataupun sudah ada HAD, limitation

masuklah kamu, ke Islam secara Menyeluruh, kesemuanya
Jangan lah pilih yang mana kamu berkenan sahaja

jika kamu memilih yang kamu berkenan, dan suka sahaja
apalah beza nya dengan MUNAFIQ?

SUBHANALLAH

(Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)".
Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya,
mereka tidak menyukainya);

maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka. (Muhammad 47:21)

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami
mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ?

Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu.

Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu
kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya; (Al-Baqarah 2:139)


bertanyalah dengan Orang Yang Ingat Allah yang Tahu
semuga tidak di perdayakan syaitan

subhanallah

Saturday, July 16, 2011

sejarah hari ini - 15 july 2011

kisah sejarah di web halaqah.net

tuduhan di lemparkan

al-ahibbatu menyerlahkan kejahilan dirinya
silakan belajar laa ilaha illlallah

semuga mXXXXin di letakkan di sisi Allah
semuga kebenaran selalu bersertanya
semuga syaitan tidak memperdayakannya
kerana bila usaha mencari redha Allah
tentulah di sisiNYA
bila Allah di sisi tentulah terpelihara

subhanallah

hebat hebat mereka
berilmu
dapat mengetahui - niat pencerita
pencerita Jahil
tak mahu menerima kebenarannya
semuga kebenaran itu dari Allah

inshallah

ya allahu, mereka tidak bersalah kepadaku
Letakkan mXXXXin di sisiMU
letakkan mereka di sisimu


inshallah

Allahu maha mengetahui,
apa yang terkandung di hatimu

semuga aman tenteramlah jiwamu

inshallah

Ha Ha Ha Ha Haaaa

demikianlah ya

sedikit sejarah
dan harapan

semuga benarlah pengakuan, sebagai mukmin
bertolong tolongan dalam kebaikan

maklumlah kan
alim alim belaka, subhanallah

maaf kepada pengunjung blog ini

saja lah saya, belajar mencatat sejarah

terlajak perahu, susah nak undur
terlajak kata, beranilah mengaku
beranilah istighfar
beranilah meminta maaf

semuga
semuga
semuga


TABA ROKAL lazi yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat);
dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) -

untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;

dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu),

lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

Friday, July 15, 2011

La Ilaha Illallah

makna syahadah dalam memaknakan Tauhid

La Ilaha Illallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) merupakan bahagian pertama daripada kalimah pengakuan keimanan. Ia bermaksud tiada sesuatu pun yang patut ditujukan pengabdian melainkan Allah.

Muhammad Rasulullah (Muhammad Utusan Allah) adalah bahagian keduanya. Ia bermaksud, pengabdian itu mestilah dilakukan berlandaskan ajaran dan cara yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah SAW.



Tiada Tuhan ................... melainkan Allah

selain Allah = Makhluk
sebab itu tak layak di sembah
sebab itu tak layak di abdi kan diri
sebab itu tak layak di sekutukan dengan Allah

hanya Allah tuhan Yang ESA
Yang menciptakan segala galanya
Yang memberikan Hidup
Yang mematikan

setiap sesuatu di ciptakan Allah

jadi apalah yang kita punya

kita hanya punya Hidup yang di kurniakanNYA

sebab itu, tak layak bagi kita
untuk SOMBONG
untuk berbuat keji dan hina

kita hanya layak
sebagai mana yang di tunjukkan oleh sahabat sahabat rasulullah SAW
mereka : Kami Dengar Dan Taat

itulah yang kita patut
yang kita layak

selain dari TUNDUK, DENGAR dan TAAT kepada ALLAAH
kepada RASULULLAH SAW

tidaklah layak mengambil sesiapa pun sebagai penolong
SUBHANALLAH

selain ALLAAH hanyalah makhluk
itulah makna ESA nya

itulah makna TAUHID

semuga dapatlah
memperhalusi
Akhlak diri
amal diri

dapatlah memperbaiki diri

saling bertolong tolongan di dalam kebajikan, kebaikan

subhanallah
laa ilaha illallah
wahdahu laa syarikalah

HATI

HATI

tempat Allah memandang, menilai setiap diri
AKU tak melihat ke zahir kamu
( zahir di lihat oleh manusia - sebab tu ada syariat, sunnah)
AKU melihat ke dasar hati kamu

Allah tahu, apa yang terkandung dalam perut ibu
samada kita zahirkan
atau kita sembunyikan, Allah tahu (Maha mengetahui)

lintasan hati ada 2 jenis

1. rata rata manusia ada lintasan hati
( ya muqallibal qulub, thabit qalbi ala diiniq - wa tooatiq )
kerap pula di pengaruhi oleh - akal fikiran, pengetahuan, pengalaman- Nafsu dan bisikan syaitan -
- bomoh bomoh, guru guru agama yang mencari selain Allah, lalai Ingat Allah dan ingat Allah tanpa mengenaliNYA

2. milik orang mukmin
mukmin yang kenal dan tahu Allah
mukmin yang tidak mencari selain Allaah
mukmin yang dirinya membuktikan , cukuplah Allah kepada ku
mukmin yang Ikhlas, jujur, suci
( contohnya - Rasulullah SAW dan para sahabatnya )

dalam pelajaran tasauf -
hati itu hilang apabila bicaranya tentang ISTANA, singahsana, takhta - TAQWA
TAQWA itu di dalam dada, ( nabi SAW tunjuk ke dadanya 3 kali ),
di sebut Allah - bergetar jiwanya

di dalam dada ada 7 lapis -
qalb, syaqaf, fuad, lubb .......... sirr
(bab nilah yang depa kata tinggi, belajar berkitab, cuba selami
Rasulullah di bedah, seterusnya terpelihara
sahabat baginda juga ramai yang terpelihara, semasa bersama baginda

tricknya kepada kita
bersama Allah, cubalah Ingat dan usahakan
bersama Rasulullah SAW itu, jalan untuk sampai kepadaNya

mentauhidkan Allah lah yang utama

itulah sebenar benar perkara ZIKIR
Ingat Allah senantiasa

inshallah ya
subhanallah