Taa' Haa
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu
supaya engkau menanggung kesusahan
Hanya untuk menjadi peringatan
bagi orang yang takut melanggar perintah Allah
diturunkan dari
yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
Iaitu Ar-Rahman,
yang bersemayam di atas Arasy.
Dan jika engkau menyaringkan suara
dengan doa permohonanmu,
kerana sesungguhnya Allah mengetahui
segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia,
bagiNyalah segala nama yang baik
Sesungguhnya Akulah Allah;
tiada tuhan melainkan Aku;
oleh itu, sembahlah akan Daku,
dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
Sesungguhnya hari kiamat itu tetap
akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa
datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan
Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.
Janganlah kamu takut,
sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu;
Aku mendengar dan melihat segala-galanya.
Dari bumilah Kami ciptakan kamu,
dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu,
dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.
Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat
sedang ia bersalah
maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam
yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup
Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman,
serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh,
maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya:
Syurga-syurga yang kekal,
yang mengalir padanya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya;
dan yang demikian itu ialah balasan
orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat.
Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun
kepada orang yang bertaubat
serta beriman dan beramal soleh,
kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.
Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu,
maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban yang berat.
Mereka kekal di dalam dosa itu;
dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat,
Pada hari itu,
tidak berfaedah syafaat
kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya,
dan kepada orang yang diredai perkataannya.
Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia),
dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat);
sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi.
Dan segala muka akan tunduk
dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup,
lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya;
dan sesungguhnya telah rugi
dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.
Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh,
sedang ia beriman,
maka tidaklah ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.
Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab,
dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka bertaqwa,
atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan bagi faedah mereka
Oleh itu, bersabarlah engkau akan apa yang mereka katakan,
dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu
sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya;
dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam
dan pada sebelah-sebelah siang;
supaya engkau redha.
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan
kepada apa yang telah Kami berikan
kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya,
yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini,
untuk Kami menguji mereka padanya;
sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang,
dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.
Kami tidak meminta rezeki kepadamu,
Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.
Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.
Katakanlah : "Tiap-tiap seorang di antara kita sedang menunggu;
maka tunggulah kamu!
Kemudian kamu akan mengetahui kelak
siapakah orang yang berada atas jalan yang lurus,
dan juga siapa yang mendapat petunjuk"
No comments:
Post a Comment