image

image

Wednesday, February 29, 2012

Pengalaman saya ( tahun 2001 ke tahun 2004 )

satelah pulang dari ziarah
saya kembali ke pejabat, di mana saya bekerja
kemudian ada seorang abang datang, membaiki komputer, dan ajak ke Cheras batu 13, dan juga ke Desa Nanding

bermulalah era, mengenali JIN, Guru yang berdampingan JIN, dan tariqat

sepanjang 3 tahun dan lebih saya berulang dari shah alam ke cheras Desa Nanding, dan batu 13, dalam tahun tahun itu, ada pernah saya menyampaikan kepada Ibnu Nafis, jika mahu menuntut ilmu dan berkenalan guru, boleh ke batu 13 tersebut. Bagaimana pun Ibnu Nafis tidak di pelawa naik ke rumahnya, tidak di pelawa masuk ke rumahnya.

sekarang saya tahu kenapa demikian

seterusnya, kami adalah ke Pulau Besar. bersama kami seorang pramugara MAS, seorang mamat Penang, saya dan abang angkat saya

sesampai kami di Pulau Besar, kami di sambut oleh, kalangan berpakaian Jubah Serban Hitam, dan serban merah, yang tidaklah di nampak oleh orang yang tidak di izinkan nampak olehnya

seterusnya, di keliling kubur sultan ariffin, duduklah beramai ramai, mereka yang berjubah hitam, merah , putih, sebagainya, berserban, indah belaka

sementara di surau pula sibuk menyediakan kenduri
kerana HAJAT telah sampai, nikmat telah di rasa , kendurilah ia

demikianlah ya, sebahagian dari manusia, berdampingan JIN di perdayakan amalan mereka oleh sekumpulan jin jin islam, subhanallah

hebatlah orang tu ya - bila berzikir boleh terawangan di udara, dia menjadi Imam solat di bermuda triangle, datuknya menjadi makmum bersama sekumpulan jin yang lain, subhanallah

di batu 13 cheras pula, bila tiba Ramadhan, kami pun solat tarawikh di surau tarikat di situ. Imam solat tu, memberitahu, sekian sekian tarikh, jangan lupa datang, kerana akan bertemu lailatul qadar

lailatul qadar bila datang, terasalah di dalam diri kita, satu macam aura, tatkala sedang solat itu, subhanallah

bukan sekali, dua atau tiga kali, malahan banyak kali dalam sebulan itu, ada ketika kecil dan ada ketika besar

sesuai dengan situasi dan kondisi masa itu - maka wa terima sajalah, maklumlah belum mengetahui, sedang dididikNYA, subhanallah

imam solat pula mengaku, tahu, dan kenal Allah, sebagaimana dakwaaan Guru Teknoloji Zikir hiper metafizik tu
""Bagi mereka yang telah mengenal Allah SWT dengan sebenar-benarnya 
ada tanda dan pengesahan dari Allah, Tuhan sekalian alam dan dari baginda Rasulullah sendiri yang merupakan Guru sekalian guru. Tanda mengenal Allah adalah pertemuan dengan malam Lailatul Qadar dan tanda ilmu yang benar di sisi Allah adalah pengesahan dari Baginda Rasul melalui pertemuan dengan baginda sendiri melalui mimpi. Inilah golongan yang selamat dan benar ilmunya."

 di sebabkan, pengetahuan sekadar itu, maka diri menerimalah pernyataan sedemikian, apabila Lebih Mengetahui, dapatlah kebenarannya, semuanya gara gara di perdayakan  oleh, Dampingan Masing masing, subhanallah

mujurlah saya sudah berpengalaman, subhanallah, 
Terima kasih Allah, dan Ilmuan, serta Guru dan Mursyid, yang membantu, kembali ke jalan Allaah

lihatlah ke dalam diri masing masing, sudah ada bukti kebenarannya, semuga mahulah berfikir

bertaqwalah kepada Allah
dengan sebenar benar taqwa
dan janganlah mati, melainkan ketika berserah Allaah

inshallah

teruskanlah mencari ya, semuga dia menemukan dirinya, kepada mu, subhanallah

subhanallah

silakan ambil pelajaran ya, semuga tidak di sesatkan oleh pilihgan sendiri, yang di bisikkan oleh syaitan, jin serta bunian, subhanallah

maaf ya, saya ni jenis suka merapu
semuga nampak olehmu kebenaranNya


 

2 comments:

  1. Macam best cerita nih.tapi tak abis..sekerat2.

    siapa yang berserban dan berjubah tu? orang lain tak nampak ke?

    Kenapa diaorang tak invite Ibnu Nafis?
    banyak pulak soalan daa....

    ReplyDelete