Bicara Keikhlasan
Ikhlas adalah mengesakan haq Allah
swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan
amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt,
tiada apapun selain itu, (iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk,
atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada
pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah.) Boleh
juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. (Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)
Saya simpulkan, ikhlas adalah USAHA
membersihkan HATI dari perhatian manusia baik sebelum, semasa atau
sesudah sesuatu pekerjaan dilakukan.
Ikhlas sama sekali bukan bererti
MENINGGALKAN amalan kebaikan kerana manusia.
Contohnya, anda sedang membaca Al Quran,
tiba tiba ada manusia datang. Anda kemudian memberhentikan bacaan Al
Quran kerana manusia tersebut, maka itu tanda anda tidak ikhlas, anda
berhenti melakukan kebaikan kerana manusia bukan kerana Allah.
Al-Imam
Fudail bin ‘Iyyad berkata
“Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik. Adapun ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya.
Apa sepatutnya anda lakukan?
Teruskan membaca sambil BERUSAHA membina
niat di dalam hati dengan mengatakan ‘Ya Allah aku membaca Al Quran
kerana Mu bukan kerana dia, jadi aku tak kisah apa pandangannya terhadap
aku’. Bina Ikhlas. Apabila anda terus membaca, maka anda akan terus
memperoleh pahala.
Rasulullah SAW bersabda
Sesiapa yang menunjukkan kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Agenda syaitan adalah mengajak manusia meninggalkan ibadah. Sekiranya anda berhenti, maka anda telah memenuhi agenda syaitan.
Ya, begitu seharusnya. Anda malu?
Kalau anda malu, berpindahlah ke tempat
lain, atau niatkan berhenti sebentar kerana meraikan kehadiran dia.
Kemudian anda ambil peluang ‘bertaaruf’ sebagai langkah mula untuk
berdakwah. Pahala anda bertambah bukan?
Tetapi kalau anda tiba tiba berhenti
hanya kerana kehadiran dia, ternyata anda tidak ikhlas. Anda berhenti
beribadah kerana manusia.
Begitulah dakwah. Anda beralasan untuk
berhenti (keluar halaqah) kerana merasa tidak ikhlas. Anda merasakan
bahawa amal yang anda buat dilihat oleh manusia . Lantas anda
berhenti..Ya, anda mahu berhenti dari melakukan kebaikan
Berhentinya anda adalah kerana manusia
bukan kerana Allah, kemudian anda ‘claim’ ia adalah usaha untuk mencari
Ikhlas. Sungguh rancu pemahaman seperti ini.
Analogi lain,
Anda berada dalam sebuah bilik gelap,
anda tidak tahu di mana letaknya suis untuk menghidupkan lampu. Kemudian
ada seorang hamba Allah datang membantu. Dia hidupkan suis dan anda pun
dapat melihat terang. Setelah sekian lama anda hidup dengan cahaya
tersebut, kemudian anda LUPA DIRI!
Anda ingin memadamkan suis itu. Kononnya anda hendak mencari suis lain.
Anda lupa bahawa cahaya itu sangat
terang. Didalamnya bersinar cahaya ‘pengorbanan’, didalamnya bersinar
cahaya ‘keilmuan’, didalamnya bersinar cahaya ‘fikrah’, didalamnya
bersinar cahaya ‘ukhwah’. Kemudian, anda ingin PADAMKAN semua, dan anda
ingin mencari suis ‘keikhlasan’ sahaja. Sedangkan suis itu sudah ada,
cuma anda yang tidak jumpa. Dimana letak pertimbangan rasional anda?
Sekarang saya sedar, ‘ikhlas’ juga boleh
menjadi senjata utama syaitan menjerat Hamba yang Esa. Bagaimana anda?,
adakah anda menyedarinya?
(cerita penuhnya di sana: http://www.penamujahid.com/?p=666#)
No comments:
Post a Comment