image

image

Tuesday, March 19, 2013

Darjat Ikhlas

TAHAP IKHLAS KEPADA ALLAH


Amal kebajikan apapun hanyalah laksana patung-patung kosong tanpa roh , tiada ertinya dan tidak bermanafaat sama sekali. Hanya amal ibadah yang mengandungi keikhlasan sahaja diterima oleh Allah SWT .

"IKHLAS" mempunyai beberapa tingkatan:

Ikhlasaashul 'Ibaadi.

Maksud ikhlas ini yang terdapat pada sebahagian besar hamba Allah yang melaksanakan amal-amal kebajikan di mana bersih dari dalam hatinya penyakit riya'. Yakni ia beramal bukan mahu menunjuk-nunjuk, bukan ada maksud untuk duniawi seperti mahu dihormati orang atau sebagainya tetapi melakukan amalan dengan mengharapkan balasan pahala dari Allah SWT dan mohon dijauhkan oleh Allah dari segala azab siksa di dunia atau di akhirat. Ikhlas yang begini merupakan keikhlasan tingkat yang terendah dari semua tingkatan keikhlasan.

Ikhlasaashul Muhibbiina.

Keikhasan dalam tingkatan ini adalah di atas nilai keikhlasan Al-'Ibaad. Yang dimaksud dengan keikhlasan Muhibbiin ialah bahawa beramal ibadah itu bukanlah maksudnya kerana mendapatkan pahala Allah dan bukan juga untuk menjauhi dari seksaan dan azab , tetapi tujuan beramal ibadah itu semata-mata untuk membesarkan Allah dan mengagungkanNYA. Sebab itu wali terkenal Rabi'ah Al-'Adawiyah berkata , maksudnya; "Aku tidak menyembah Engkau (ya Allah) kerana takut dari nerakaMU, dan pula tidak menyembah Engkau kerana menghendaki syurgaMU."

Keikhlasan ditingkatan ini tidak lagi dipengaruhi oleh hawa nafsu untuk dunia atau akhirat. Sekiranya masih lagi mengharapkan kesenangan dan kebahagiaan di hari akhirat maka keikhlasan ini belum mencapai ke tingkatan ikhlasaashul Muhibbiin.

Ikhlasashul 'Aarifiina.
Tingkatan keikhlasan tertinggi, merupakan keihklasan sejati yang tertinggi. Hamba Allah yang beramal diperingkat ini, mereka beramal sudah tidak lagi melihat kepada diri mereka, tetapi tertuju kepada Allah yang maha Esa, baik dalam geraknya ataupun dalam dalam diamnya. Betul-betul merasai pengertian hakiki seperti di dalam kalimat :
" Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi yang Maha Agung."
Tujuan beramal di sini semata-mata untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Bermula Tashihul Iradah (memperbaiki tujuan hati supaya menjurus kepada Allah), meningkat kepada Lillaahi Ta'ala adalah sifat setiap ahli ibadah, tetapi ikhlas ditingkatan ini adalah Billaahi Ta'ala, sifat orang yang beribadah semata-mata menuju Allah.
Beza beramal Lillaahi Ta'ala ialah mendirikan dengan baik hukum-hukum lahiriah, dengan beramal Billaahi Ta'ala ialah mendirikan kebaikan yang terkandung dalam hati yang bersih demi untuk tujuan berhampir kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan oleh ulamak sufi:
"Betulkan lah amalan anda dengan ikhlas dan betulkan lah keikhlasan anda dengan melepaskan diri dari daya dan kekuatan (makhluk)."
kita lihat pandangan al ghazali
Menurut Imam Ghazali, 'IKHLAS' itu ada 3 tahap iaitu:

i. Tahap hamba - Kita buat sesuatu kerana kita takut Allah  marah

ii. Tahap pedagang - Kita buat sesuatu kerana pahala

iii. Tahap kekasih - Kita buat atas dasar seorang kekasih  kerana kita cintakan Allah

Antara tahap-tahap di atas, tahap kekasih adalah tahap yang paling tinggi antara semua sebab kita sayangkan hubungan kita dengan Allah. 

Jadi, di tahap manakah keikhlasan kita dalam menunaikan perintah Allah? 

Jawapannya terletak di atas pilihan kita sendiri kerana setiap tahap itu ada kesannya yg tersendiri terhadap diri kita

Sekiranya kita memilih:

i. Tahap hamba - Kita akan berasa penat dlm melakukan  ibadah       

ii. Tahap pedagang -  Kita akan berasa ibadah yg kita  lakukan itu sudah mencukupi, walhal
                                  ibadah-ibadah sunnah yg lain perlu  istiqamah

iii. Tahap kekasih - Kita tidak akan berasa penat dan jemu  untuk mendekatkan diri kpd Allah kerana perasan cinta kita kepada Allah sgt  mendalam. Tahap ini boleh dikaitkan dgn
                             kemanisan iman


  
Jadi, "tepuklah dada, tanya iman" ^__^

"Ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia-rahsia aku. 
Aku letakkan dalam hati hamba aku yg terbersih" 

sambung sikit lagi

“Manusia tidak akan dapat mencapai hakikat kecuali dirinya suci murni 
kerana sifat sifat keduniaannya tidak akan meninggalkannya 
sehinggalah hakikat menyata dalam dirinya. 
Ini adalah keikhlasan sejati. 
Kejahilannya hanya akan meninggalkannya bila dia menerima pengetahuan tentang Zat Allah. 
 Ini tidak dapat dicapai dengan pelajaran; 
hanya Allah tanpa pengantaraan boleh mengajarnya. 
Bila Allah Yang Maha Tinggi sendiri yang menjadi Guru, 
Dia kurniakan ilmu yang daripada-Nya sebagaimana Dia lakukan kepada Khaidhir. Kemudian manusia dengan kesedaran yang diperolehinya sampai kepada peringkat makrifat di mana dia mengenali Tuhannya dan menyembah-Nya yang dia kenal.” (Syeihk Abdul Qadir Jailani; Sirrul Assrar) 




1 comment:

  1. testing...mengepost komentar..

    kiranya tahap kekasih ni yang sendi ringan sokmo.. belum disuruh dah ready nak buat...

    ReplyDelete