image

image

Thursday, November 7, 2013

AMAL kamu



Kamu sudah pun berumah tangga

Rumah kamu jenis sebuah, di tepi lautan luas, pemandangannya indah dan menarik minat ramai

Disebabkan kamu memilih, hubungan dengan manusia, kamu berkata Islam untuk semua
Maka berduyun duyunlah, manusia mendatanginya, daripada kaum keluarga kamu, kaum keluarga isteri isteri kamu, serta daripada kenalan mereka, serta yang belum di kenal, sesuai dengan sifat, Islam untuk semua, 

Kamu berfikiran jauh, lalu menyediakan sebuah pelabuhan, untuk memudahkan orang ramai berhenti, merehatkan diri dari penat lelah satelah bekerja, juga kemudahan untuk sesiapa sahaja, singgah, asal saja lulus imigresen, boleh masuk dan berbual. 

Sementara yang tidak ada kelulusan Imigresen tak dapat masuk berbual, hanya dapat melihat dari luaran sahaja, namun jelas perkataan yang terpampang, namun jika diri sendiri tak dapat memahami, ada dua pendapat mengenainya

Pertama;
1.       Allah tidak izinkan kamu melihat dan memahami, kerana sikap dan sifat dalaman diri kamu sendiri, yang di kategorikan sebagai munafik dan kafir, untuk memahami ini, sebagai muslim hendaklah merujuk kepada penerangan al-Quran, surah al baqarah, ayat ayat yang mengkategorikan, golongan manusia. SubhanAllaah

      Kedua
2.       Allah mengizinkan, kamu memerhati, meneliti, memahami, walaupun melihat dari luar sahaja, kamu dapat mengertikan, apa yang orang dalam itu sedang bualkan

Islam untuk semua jadi halatuju yang di utamakan

Namun ada beberapa pegawai kamu, serta diri kamu sendiri, merasa lelah untuk melayan kelakuan yang berbagai. Kamu rasa kamu kena buat sesuatu, lalu kamu mengeluarkan perkataan, “pi cari tempat lain” jika tak mahu ikut peraturan disini

Kamu rasa kamu BENAR – Terbaik – kerana Allah juga menyuruh demikian, carilah lain tempat jika tak hendak berhukum dengan apa yang Allah berikan, Namun Allah memberikan tempoh, sebagaimana tempoh kepada Iblis, sampai kepada masa yang di tentukan, iaitu Hari Kiamat, hari kematian masing masing diri

Sementara itu Hisablah diri kamu – apakah kamu melakukan kebaikan?
Ataukah kamu juga terburu nafsu?

Jangan lah sekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, Subhanallah

Sekiranya Berjaya menghisab diri, Dapatlah Memaafkan sekalian manusia lainnya, dan segera memohon keampunan Allah mu, agar Allah memelihara diri mu, dari melakukan kesilapan

Akhir pembicaraan ini, Ingatlah pesanan Allah, 

Wahai orang yang beriman, peliharalah diri mu, dan juga ahli keluarga kamu, daripada seksa api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu

Sampaikanlah dari Ku walau satu ayat, dan jangalah kamu menyembunyikan kebenaran sebagaimana golongan yahudi, dan janganlah kamu menyeleweng mengikut sangkaan nafsu mu sebagaimana nasrani, 

InshaAllah


No comments:

Post a Comment