Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah
tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh
azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta
(dan mendustakan kebenaran).
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti
orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya,
(tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari
langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka
menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara
petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang
(pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit
(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya);
dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air
itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka
janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan
(Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan
datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan
panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
(Ingatlah) bahawa
kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat
permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan
memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta
benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik
daripadanya).
(Muhammad 47:36)
No comments:
Post a Comment