image

image

Wednesday, August 13, 2014

Syaitan dalam Diri

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.

Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan anak Adam
(manusia) seperti aliran darah.

[ Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 7171 (Kitab al-Ahkam, Bab persaksian hakim…). ]

dan syaitan boleh memasuki tubuh manusia ada dalil yg sah dari al-quran

firman Allah s.w.t:

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ

Maksudnya: “orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu…” [al-Baqarah: 275]

ditambah lagi


Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.(Az-Zukhruf 43:36

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Az-Zukhruf 43:37
Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".(Az-Zukhruf 43:38)

beginilah ya, jika tidak Ikhlas menauhidkan Allah, syaitan lah yang menguasai diri itu
Begini juga jika menyampaikan Islam dengan prejudis syaitanlah yang bersama mereka
Asbab inilah menjadikan, manusia menrima angin ahmar, di tampar oleh syaitan
Tidak mengira siapa kamu, ada yang tersohor, termasyur juga kena angin ahmar
atau stroke

sesiapa yang tidak mengetahui tentang ini, maka begitulah saling menolak kenyataan benar, suka menuduh, dan tidak membenarkan kita mempromosi tauhid dan sebagainya

nama saja manusia muslim, tapi hanyalah sekadar nama

Maaf ya jika terasa hati, silakan menuntut dan mendalami Tauhid, agar dapat mengikhlaskan diri hanya kepada Allah

No comments:

Post a Comment