image

image

Wednesday, June 3, 2015

Kuasa dalam Diri Manusia/ Makhluk

Ada yang Sedar

Ada ramai yang tak sedar

Bahawa tiada ilah selain Allah, Daripada Allah datangnya makhluk sekaliannya, Apa pun jua adalah daripada Allah, itulah Hakikatnya لا إله إلا الله 


Maka Kuasa siapakah menghidupkan kalian jika bukan Allah
  ...................................................................
.................... (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. (Al-Baqarah 2:19)

.................. Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:20

Renungkanlah ke dalam dirimu masing masing
apakah itu bukan dalilnya, bahawa kamu hidup kerana Allah, di hidupkan dan di matikan, kamu tak dapat melarikan diri daripada Maut

Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.(Al-Baqarah 2:73)  - ini juga dalilnya, kuasa siapakah lagi yang menghidupkan kalian?

saya menjawap di topik ini kerana ada pertanyaan dalil dan kuasa yang ada dari pertanyaan saudara intizhar di halaqah

kerana saya telah di tuduh mengelirukan untuk kesekian kalinya, subhan Allah

Apabila kalian membaca tanpa di hidayahkan Allah mengingatnya, kalian boleh berdendang dengan kalimat    لا إله إلا الله
namun dapatkah kalian mengertikannya? subhanAllah

Tanpa Allah tiadalah kehidupan makhluk ini, kerana Allah yang menciptakan Setiap sesuatu, dan Segala galanya

ROH dari AKU, siapakah AKU?

Ramai dari kita menyatakan ianya Nur Muhammad
Sekiranya dalam diri manusia semuanya ada Nur Muhammad, mengapakah ada yang Kafir? Munafik?

Senang saja jika Allah hendak menjadikan semuanya beriman, namun apa sebab Jika di hidayahkan Allah tiada yang dapat menyesatkannya

Jika sesat oleh pilihan sendiri, tiada sesiapa dapat menghidayahkannya

Mengertikanlah AlQuran, Ambillah Pelajarannya, Janganlah menjadi sekadar orang yang tahu menyebut perkataan perkataannya sahaja

Mohonlah Hidayah Allah, semuga terhindar dari kekeliruan 

Lalu kenapa boleh kamu bertanya, Kuasa apa? kuasa siapa yang ada dalam dirimu?
kamu banyak membaca ayat ayat Kursi, semuga kalian memahami ya

InshaAllah





2 comments:

  1. Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Al-Hadiid 57:1)
    Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
    (Al-Hadiid 57:2)
    Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Al-Hadiid 57:3)
    Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
    (Al-Hadiid 57:4)
    Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.(Al-Hadiid 57:5)
    Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti); dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
    (Al-Hadiid 57:6)
    Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.(Al-Hadiid 57:7)
    Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu, dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelaslah dalil-dalilnya).(Al-Hadiid 57:8)
    Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.(Al-Hadiid 57:9)

    Tidakkah kamu mengetahui maksudnya, apakah kalian hanya tahu berdebat dan menuduh diriku mengelirukan kalian, sesungguhnya Hidayah Allah itu memimpin wali walinya, yang tiada resah dan gelisah, subhanAllah

    Kejahilan diri sendirilah lalu menjadi syaitan manusia suka menghalang kerja nabi nabi, subhanAllah

    ReplyDelete
  2. Tatkala anak Adam mahu keluar ke dunia dari perut IBUnya
    Allah menyatakan Kami memberikannya penglihatan, Perbualan, Mendengar dan sebagainya, namun satelah dilahirkan, ia menjadi makhluk yang berbeza

    Nafsu itu berkuasa, pernah mengaku Tuhan, di rebus lagi dan lagi sampai sesuai dengan manusia terbaik itulah di masukkan dalam diri manusia

    Akal juga pernah mengaku Tuhan, di rebus lagi sampai sesuai di masukkan ke dalam manusia

    Semua itu kisah asal usul manusia

    Itu sebab tak boleh SYIRIK, sekutukan Allah dengan makhluk, dengan Nafsu, dengan Akal - ingatlah لا إله إلا الله

    Ingat kisah Qarun, Hamman, Firaun

    sebab tu dalam Tasauf, Tarikat tu ada kitab Hakikat menerangkan, namun bila membaca tanpa Allah, syaitanlah menipudaya mu
    AlQuran itu juga ada ayat Hakikat, mutasyabihat, namun jika tanpa hidayah Allah sukalah menuduh lain orang, sebaliknya AlQuran itu untuk diri masing masing mengambil pelajarannya

    InshaAllah ya

    ReplyDelete