image

image

Sunday, December 18, 2016

At Taaghabun- TAUHID


Surah At-Taghaabun
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).

Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.
Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;

Bukankah telah sampai kepada kamu berita orang-orang kafir yang telah lalu? Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan kufur mereka; dan mereka (pada hari akhirat kelak) beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya
(Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka berkata:" Patutkah manusia (yang seperti kami - menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?" Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran); dan Allah pun menyatakan tidak berhajatNya (kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka); dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.
(Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: "Bahkan, demi Tuhanku,kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.

Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekallah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. 

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.



Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Monday, November 28, 2016

atur cara

Istiqomah

adalah bersungguh sungguh nya kamu melakukan amal ibadah itu
adalah kamu beri masa, peruntukkan masa melakukannya

adalah kamu masuk ke Islam keseluruhannya
adalah hatimu itu cukuplah ALLAH bagiku

terpancarlah cahaya universal
menerangi sekelilingmu

berupaya lah menjadi sahabat
mengutamakan apa yang sepatutnya

the true meaning

Life is, just do it



ALLAH yang menyempitkan

ALLAH yang memudahkan, menyenangkan

apakah amalan sunnah yang beri kemudahan dan kesenangan?

Pesan Rasulullah

Berilah salam bila memasuki rumah mu, assalamualaikum


bila ketika itu tiada berpenghuni, berilah salam kepada Muhammad SAW, seperti, assalamu alaika aiyuhannabi SAW,wa ala ibadihis solihin


Dan teruskan membaca dan mengambil pelajarannya
surah al ikhlas, menauhidkan ALLAH


rasailah kesan nya, dari jenis amalan yang berimu keikhlasan

rasailah kesannya, dari jenis amalan yang berimu BUKTI

BUKTI bahawa keadaannya
benar benar kamu meng esa kan ALLAH, menauhidkan ALLAH,
itulah kejayaan, Cukuplah ALLAH Bagiku

laa haulawala quwata illa billah, just do it

Friday, November 25, 2016

SEMASA, sedang alive berlangsung

bila kamu suka berkata kata apa jua itu yang berlaku itu atas IZIN ALLAH

boleh kah kamu menuduh orang lain?

jika Allah tak izin dia mendirikan solat, kamu pula dapat mendirikan solat, takkan kamu nak eksyen kot?

peliharalah dirimu, perhatikan pimpinan kamu

SUCI nya Islam

tempat anda buat tak qunut nazilah semasa solat jumaat tadi?

doa supaya umat islam rohingya terselamat dari kejahatan kerajaan myammar



jika baca sejarah penubuhan myanmar, memang sedih

bangsa muslim itu tahun 1942 lari ke bangladesh dan india

tahun 1945 masuk semula, oleh british membenarkan, tetapi bila perlembagan myanmar, tak iktiraf bangsa rohingya


jika bukan rakyat jelatanya, itulah di perlakukan sebagai bukan manusia

Myanmar hanya akui, buddha


kita bawa masuk pelarian, zaman mereka masuk, lemah, bila suatu hari nanti mereka kuasai ekonomi kita, apa pulak perasaan kita

begitu tuhan duga bangsa yahudi

German marah, perang dunia kedua

di tubuhkan Israil oleh British dan USA

maksudnya, tiada suatu bangsa pun sanggup hidup bersama yahudi zionist




sekarang sebab terlalu eksyennya zionist, Allah beri kebakaran, baru tahu diri, baru minta bantuan negara lain tolong padam api


sikit itu lemah, but bila Volume meningkat besar, wujud kepayahan

orang kaya, muslim pulak tu, meniaga, ada orang miskin masuk, di layan hina, marahlah kemanusiaan


Allah beri Ujian, yang kamu sanggup ler

pelajaran bagi kita, jangan suka eksyenlah yer

ingat yg kita dapat tu anugerah Allah, ingat bagai nabi Sulaiman, Allah hendak menduga daku

sebab itu Nabi Sulaiman punya Kerajaan menauhidkan Allah, boleh perentah semua makhluk Allah

bukti itu dapat di lakukan Muhammad SAW, menauhidkan Allah, hilang yahudi dari tanah Madinah, yang ada semuanya muslim

sebagai bukti kebenaran daripada Allah
Kehidupan Muslim itu ialah menauhidkan ALLAH, bukti muslim itu hanya berserah diri kepada ALLAH sebulat bulatnya
begitulah rupanya, subhanALLAH



Saturday, October 22, 2016

UJIAN

Hendaklah kita mengutamakan peribadi kita masing masing menjadi Orang Yang Percaya, Yang Yakin kepada ALLAH

Bahawa tiadalah diciptakan Manusia dan Jin melainkan untuk mengabdikan diri kepada ALLAH


Mengerti lah bahawa DUNIA adalah UJIAN

Bila kita berada didalam UJIAN, Jawablah

Jawapan bukan sekadar Teori
Kena Praktikal sekali

Jika secara Teori sahaja, tak lulus,
kenyataannya, Mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak berbuat,
FAILED


UJIAN PRAKTIKAL

berada di dalam Gelap, adakah menjadi Takut? takutkan apa ya?

berada didalam Rumahtangga, ada suami, ada isteri, ada anak anak, ibubapa, ahli keluarga, sahabat handai, anak yatim, dan fakir miskin

berada didalam Pertanian, dan Penternakan, ada yang menjadi makanan, ada yang menjadi alat kegunaan sehari hari

berada didalam Perniagaan, ada untung Rugi, ada Tipu Helah, Takaran, timbang sukat,

Berada didalam Pendidikan, bukan Persekolahan, sebaliknya Perguruan, Kewajipan menuntut Ilmu, keduniaan atau Ketuhanan, subhanAllah


LULUS

Gred utama, Kepujian:
Siapakah yang paling Bertaqwa, menyedari segala Nikmat adalah daripada Allah, menguji kita, menambahbaik peribadi, memuliakan diri, akhlak al karimah, seperti AlQuran

Gred utama
Siapakah yang paling banyak menolong orang lain, Tolong ajak kepada ALLAH, Mukmin itu bertolong tolongan didalam kebaikan, melepaskan hajat saudaranya didunia

Menuju ke Gred Utama

Siapakah yang Terbaik, yang membina hidup tanpa Mendominasi, tanpa Manipulasi, Ikhlas lah,

kamu hanyalah Hamba,
Abdi, Tak boleh cakap banyak! Tak boleh memandai mandai! Tak boleh mengaku ngaku!

SubhanAllah wahdahu laa syarikalah

Sunday, October 16, 2016

Semua Penyakit ada Ubatnya, kecuali Mati

Semua Penyakit ada Ubatnya, kecuali Mati

Semua masalah atau tension waima haru biru kelam kabut, ada Ubatnya kecuali tidak ingat ALLAH

Ubat itu adalah Keyakinan kepada ALLAH - لا إله إلا الله

Penafian di hatimu bahawa Selain Allah itu lemah
Selain Allah itu tewas, selain Allah itu tidak berkuasa


Keyakinan kamu kepada ALLAH
menafikan selain daripada ALLAH itu tidak berkuasa


Hanya Allah yang Maha Berkuasa, makhlok tidak ada berkuasa

ALLAH lah yang Menciptakan Setiap Sesuatu
ALLAH lah yang Menciptakan Segala galanya

Ujian NYA bukan pada kebolehan kamu menyebut - لا إله إلا الله

ALLAH tidak melihat Zahir Pakaian mu,
ALLAH tidak melihat Zahir perkataan kamu
ALLAH melihat ke dasar Hatimu

Dapatkan Ijazah Zikir daripada Ahli Zikir - لا إله إلا الله

Agar kamu beroleh Nikmat, dan Barokah - لا إله إلا الله

agar meningkatlah darjat keyakinan kamu
kepada

Mukmin itu dapat nikmat ia bersyukur
Dapat Mehnah ia bersabar

Dan Jika kamu Bersyukur kepada AKU, ALLAH akan menambah Nikmat KU pada mu

Barangsiapa yang di hidayahkan Allah, Tiada sesiapa dapat menyesat kannya

SubhanALLAH

Kerana itulah kami namakan Ilmu Merawat Diri
Bahawasanya, keyakinan datang jika dirimu Ikhlas Menauhidkan ALLAH
  
لا إله إلا الله

Jika kamu telah mencoba diserata alam dan tempat, telah mengorbankan tenaga dan harta, janganlah berputus asa karena belum kalian bertemu kami

Boleh lah e mail ke nuranugerah@hotmail.com
atau whassup 0192368789 

Ingatlah apabila kamu di timpa masalah, di timpa bencana, kembalilah kepada ALLAH

 Kuasa sebenar benarnya adalah
لا إله إلا الله


 

Sunday, September 25, 2016

Saja Saja

adalah Muhammad SAW itu, tiada lah Ia berkata melainkan wahyu belaka, ini adalah petunjuk Makrifat

kalian boleh pusing ayat ayat tentang itu, samada kita hanya bayangan Allah, tetapi ditakuti kamu perasan sahaja, sebaliknya masih jauh perjalanan kamu, kerana pada zaman selepas Muhammad SAW itu, tiada lagi WAHYU

لا إله إلا الله Berserahlah kepada Allah

sudah sampai, bila Allah Hidayahkan mu
sudah me RASA, jangan mengaku ngaku
sendiri mengalami, Percaya dan Bergantung Harap kepada Allah
Perasaan kamu senantiasa Ingat Allah
Pemikiran kamu menauhidkan Allah
Pekerti kamu seperti AlQur'an

Jangan lah Lisan mendahului sekalian yang lain, itu sudah syirik
" Mengapa kamu berkata kata, tetapi tidak mengamalkannya"

Binalah diri mu
Dan Ahlimu, kaum kerabat mu
sampai kamu dapat Memelihara, Janganlah sekadar seperti sekumpulan haiwan memelihara kumpulan mereka, Manusia adalah TERBAIK
bisa jatuh menjadi lebih hina dari segala haiwan yang melata

Jaga dirimu
Jangan Perasan
Binalah perasaan
Bila Percaya, hendaklah Mendirikan solat, Hendaklah Berpuasa, dan Ikuti dengan berbuat kebaikan, sehinggalah menjadi Sunnah dalam kehidupan mu, semuga amal kamu bisa masuk ke hatimu

Yang Maha Kuasa hanya Perlukan ZIKIR
Kitalah kena mulakan
Bila Ikhlas dirimu, dapatlah Kebaikan Hidayah NYA

dan yang Munafik dan Kafir itu
Sama sahaja, samada kamu sampaikan atau tidak menyampaikan, tiada perubahan, mereka tidak mahu berHijrah

namun Sesiapa yang DiHidayahkan Allah
Tiada sesiapa dapat menyesatkannya

Dan barangsiapa yang sesat oleh pilihan sendiri, Tiada yang dapat menghidayahkannya

dan Pewaris Nabi saw tu adalah mereka yang Berakhlak Mulia, seperti AlQur'an, mengamalkan sunnah Rasulullah saw dan sunnah khulafak arrasyidin, tak terlibat melakukan Bidaah, pemikiran menauhidkan Allah

bila kita abaikan AlQuran, sendirinya kita tak jumpa, itu yang dinamakan Kitab AlQuran itu sebagai Kitab Hidayah
  
SubhanAllah

Thursday, September 8, 2016

Ulangan - Rahsia Diri - Ilmu Merawat Diri - SETTLE masalah

Ilmu Merawat Diri

Alhamdulillah 
Ilmu merawat diri 
ini DIJAMIN TIDAK TERKELUAR DARI AKIDAH, SUNNAH, TIDAK MEMAKAI JIN ATAU MAKHLUK HALUS ATAU MEMAKAI BARANGAN, SEMUANYA SUDAH ADA PADA DIRI KITA - PENAWARNYA.

Sesungguhnya di dalam diri kita ini ada bermacam macam organ saperti yang dapat dilihat dengan mata kasar saperti jantung, hempedu, limpa, hati, pankreas, usus, otak, paru paru, buah pinggang dan lain lain. Semua organ organ ini adalah sebahagian dari komponen yang bekerja didalam diri kita.

Jika salah satu organ ini tidak berfungsi dengan sempurna maka kita akan merasa sakit.Antara komponen yang tidak nampak dengan mata kasar kita adalah “ROH” .Sesungguhnya roh ini besar sekali peranannya kepada tubuh kita.
Roh ini menguasai semua komponen yang ada didalam diri kita  contohnya pencernaan makanan, pengaliran darah keseluruh tubuh badan kita, pemikiran, pergerakan anggota tubuh badan, pendengaran, penglihatan, penciuman,perasaan, rasa dan yang belum berbentuk ke sifat/ujud.
 
PERMASAALAH HIDUP YANG BIASA KITA HADAPI

Berikut adalah permasalahan hidup yang biasa kita hadapi dan INSYAALLAH dengan cara ILMU MERAWAT DIRI ini  akan dapat membantu anda mentranformasi diri anda kearah kesejahteraan dunia dan akhirat. (Apabila kesihatan diri anda baik, jiwa anda tenang dan ada kedamaian dalam diri anda barulah  mudah anda melakukan amal ibadat .)

1                  Masalah Rumahtangga
1 Adakah anda dan pasangan anda sering bertelingkah walaupun disebabkan masaalah yang kecil.
2  Adakah anda sering merasa marah atau benci bila melihat pasangan anda
3 Adakah pasangan anda panas baran dan terlalu sensitive
4 Adakah isteri anda sukar hamil atau kerap keguguran atau kandungan hilang, datang haid sakit
5 Adakah anak anak anda bermasaalah dari segi social,moral, pelajaran,perhubungan sesama insan
   
2            Masaalah Pekerjaan
1 Adakah anda bermasaalah ditempat kerja, kurang minat bekerja, malas dan bertangguh dalam urusan kerja
2 Adakah Anda tidak disukai rakan rakan sejawat tanpa anda ketahui sebab sebabnya
                 3 Adakah Anda sudah lama bekerja tapi masih di  tahap yang sama walau pun rakan anda  sudah naik pangkat
      3             Masaalah Gangguan pada diri
 1 Adakah anda selalu terasa berdebar debar dan mudah terperanjat
 2 Adakah anda selalu terasa was was, keraguan dalam hati atau fikiran dan selalu berubah fikiran
3  Adakah anda selalu terasa malas, letih ,lemah dan mengantuk dan terasa hampir pitam
4 Adakah anda selalu bermimpi berjumpa binatang buas saperti ular, harimau,buaya dan mimpi buruk
5  Adakah anda sukar tidur diwaktu malam, apabila terjaga susah nak tidur kembali
6 Adakah anda terasa sejuk pada kaki,bisa tulang, lutut dan badan terasa seram sejuk
7 Adakah anda selalu terasa lapar dan makan banyak tapi badan anda kurus
8  Adakah anda seorang yang panas baran
9  Adakah anda selalu terasa sakit kepala, migrane
10 Adakah anda mengalami kemurungan, gila babi, sawan
11Adakah anda sukar mendapat jodoh,berkawan tapi sekejab sahaja    

    4            Masaalah Kesihatan
 1 Adakah anda mempunyai ibubapa atau saudara mara anda yang mengalami masaalah kesihatan dan terlantar sakit walaupun sudah berubat secara moden dan tradisional

 2 Adakah anda mengetahui bahawa anda,ibu bapa atau saudara mara anda memiliki saka/ gangguan atau penyakit ganjil yang berkaitan denganya.

3 Adakah anda sudah berubat dengan pelbagai cara, tapi masih mengalami masaalah kesihatan yang sama
4 Adakah anda menghidapi penyakit penyakit saperti kanser, leukemia dan sudah berubat secara perubatan moden dan ingin mencuba cara penyembuhan dengan ilmu merawat diri 
   5             Masaalah Keselamatan diri dan Harta
 1    Adakah anda bimbang dengan masaalah jenayah saperti rompak, ragut, rogol dan lain lain

 2    Adakah anda telah mengambil langkah sewajarnya melindungi harta benda anda dengan peralatan elektronik yang canggih dan ingin menambah dengan cara ilmu pelindung harta

 3    Adakah anda sudah memiliki ilmu pelindung diri dari perbuatan sihir manusia, bukan dengan memakai tangkal, azimat atau wafak. Pada diri kita Allah telah memberi ilmu pelindung diri (bukan dampingan atau khodam)
                       
6             Masaalah Perniagaan
1Anda berniaga tetapi dagangan anda tidak laris walaupun barangan anda sedap, berkualiti dan seolah olah pelanggan anda tidak Nampak premis perniagaan anda
2Anda ingin memajukan perniagaan anda dengan cara yang diredhoi Allah.


KESIMPULANNYA

Kesimpulannya diatas permasalah anda seperti diatas dan anda ingin mentranformasikan diri anda ke arah kesejahteraaan dengan cara Rawatan Alternatif cara Islam yang dijamin tidak terkeluar dari akidah, sunnah, tidak memakai barangan, khodam, jampi mentera dan tiada pantang larang hanya dengan cara ILMU MERAWAT DIRI, kami sedia membantu anda jika anda berminat dan ikhlas untuk memilikinya:

Yang ada didalam diri kita ialah tenaga/energi zat api, zat elektrik.Zat zat ini akan berbentuk kesifat/ujud setelah kita aktifkan.Untuk mengaktifkannya adalah dengan kaedah-kaedah yang telah diajar oleh guru mengikut kaedah kaedah atau jadual tertentu. INSYAALLAH KAMI AKAN TUNJUKAN KAEDAHNYA PADA ANDA.

inshallaah 

Wednesday, August 24, 2016

Upaya

Menjadi manusia tidak kah teringat, bahawa Allah menciptakan manusia sebagi Ciptaan Allah yang Terbaik, dan sekumpulan manusia selalu menyatakan, Allah Kuasa makhluk tak berkuasa

Jika tiada Kuasa bagaimanakah dapat menjadi Khalifah Allah dibumi

لا إله إلا الله
Tiada ilah kepercayaan melainkan Allah
Tiada kuasa pada makhluk kecuali bersama Allah
Tiada hak menciptakan sesuatu kecuali bersama Allah

 لا إله إلا الله
Bagaimanakah fikiranmu, apakah ada yang lebih berkuasa daripada Allah
Adakah sesiapa yang dapat menewaskan Allah
Dapatkah kamu melarikan diri daripada MAUT, inilah cabaran kuasa jika sesiapa mengaku Ada kuasanya

  لا إله إلا الله
Ucapan paling tinggi nilainya, seisi dunia di timbang berbanding ucapan itu, lebih berat timbangan   لا إله إلا الله


Ilmu  Tauhid itu keutamaan
  
Kegagalan dan kelalaian kita belajar Tauhid, lalai Ilmu Fardhu Ain, itu yang akan menimbulkan berbagai masalah dalam menghadapi hidup didunia ini

Tarikan keduniaan melalaikan kita tanpa sedar
Orang alim tersohor pun terlibat keduniaan tanpa sedar, SubhanAllah

 لا إله إلا الله
Nafi dan isbat

Menafikan selain Allah itu Lemah
Keyakinan masing masing tergantung padanya
Ubahlah haluan jika belum dapat Yakin
Keupayaan kamu, atas Usaha dan Ikhtiar kamu mahukah Pelajarannya
Jika kalian sudah cuba, namun sukar untuk berjaya, jika mahukan bantuan, insyaAllah ada bantuanNYA

Silakan e-mail


 nuranugerah@hotmail.com
atau

wassup 0192368789

Jangan putus harap kepada ALLAH, InsyaAllah

Saturday, August 6, 2016

Salah Didikan, dan Silap Faham

Islam menyatakan, sekiranya sudah berakal baligh, patutnya bertanggungjawablah
Islam itu untuk yang mahu berfikir
Sebab itulah awal kehidupan itu sepatutnya mengenal Allah
Dan sebab itulah di wajibkan ke atas Umat Islam, menuntut Ilmu, iaitu Fardhu Ain,

Salah mendidik jika menyuruh, Baca baca ayat, kerana sepatutnya adalah, mengambil pelajaran daripada ayat ayat Allah, sekiranya tahu mengambil Pelajaran, Dapatlah mengingat Allah dalam segala Perkara, benarlah kata kata, cukuplah Allah kepadaKu

Sebab itulah kepada Ahli Zikir itu memberikan Petua Petua kepada penuntut Ilmu
Agar dapatlah penuntut mengamalkan, petua petua yang diberi, dan itu memungkinkan kemudahan dan bahagia

Petua petua itulah Ilmu yang tersedia, dapatlah hidayah taufik, beramal
Sedarlah hendaknya, dalam masa mengaji, dalam masa menuntut Ilmu, ambillah Pelajarannya

Begitu Darjat paling atas dalam hal mengingat
Mengingat Allah dalam hati itulah terbaik
Mengingat Allah itu adalah Besar Perkaranya

لا إله إلا الله

Jika sudah tercapai dirimu, sudah dapat Hidayah Allah, mengingati NYA, semuga kamu mendapat kebaikan, kemudahan dan keselamatan, itulah yang terbaik

Selain daripada itu adalah kelemahan, kerana Allah tidak memandang zahir pakaianmu, zahir perkataanmu, zahir perbuatan kamu, tetapi Allah melihat kedasar hatimu

Jauhi sifat munafik
Jangan suka nak menunjuk nunjuk
Jangan suka nak mengaku ngaku

Tundukkan pandangan
Satelah berilmu jadilah resmi padi, semakin berisi semakin menunduk

Semuga dapat melihat apa yang menjadikan Salah Didikan
Semuga dapat membetulkan kesilapan fahaman
Begitu semuga Hidayah Allah mencari dirimu yang Ikhlas
InsyaAllah

Thursday, July 14, 2016

Rawatan dan Penyelesaian Masalah

Kepada sekalian manusia
Allah adalah Tuhan sekalian makhluk, samada Manusia atau Jin
Kerana itulah, Kalimah yang Paling Tinggi Nilainya adalah - لا إله إلا الله
Kepada yang mengaji Ilmu Fardhu Ain  tentu mengetahui, Nafi dan Isbath
Kita menafikan, selain Allah itu Lemah, dan yang Maha Kuasa adalah Allah
Dengan itu akan nyahlah dari kehidupan kita, masalah dan Penyakit
Begitu di anjurkan agar mengaji Tauhid

Kepada selain Umat  iaitu Bukan Islam, Kepada Allah jualah tempat meminta pertolongan
Allah lah Tuhan daku, juga Tuhan kamu sekaliannya

Rawatan kami tiada mengenal kamu siapa, samada kamu muslim atau bukan, segalanya adalah Makhluk Allah, Tak patut di takuti kerana kami tidak menggunakan Jin, Syaitan, Bunian, dan tiada pengeras kami minta,

Allah ciptakan manusia secara Terbaik, bagai lembah yang di sukai, ada bukit bukau yang meninggi, dan tiada sesiapa yang sama, masing masing adalah entiti sendirian, SubhanAllah
Jangan lah buang buah dada kerana kanser, sebetulnya kena buang penyakit
Janganlah kerana Barah Rahim, merosakkan Rahim kamu, sebetulnya kena buang penyakit
TAK PERLU BEDAH
Apakah kalian tidak Percaya dengan kuasa Allah?
Apakah Kalian tidak Percaya sama kuasa Allah?

Jika kalian tidak dapat melakukan sendiri, bertanyalah dengan Ahli Zikir
Wali Wali Allah itu tiada kegusaran

InsyaAllah
Ada kaedahnya, yang boleh kalian pelajari
Hanya saja mahar pelajaran itu adalah RM177.00
Dan ilmu ini kami namakan sebagai Ilmu Merawat Diri
Pembuka Jalan kepada yang meminati Ilmu Tauhid
Pembuka Jalan menuju Ikhlas

Tidak kira lah anda siapa jika ada kehendak hendak menuntut ilmu, kami persilakan
Tidak kiralah apa maslah kalian, Kami dapat memberikan kaedah menyelesaikannya
Tidak kiralah apa penyakit Kalian, kami ada cara menyelesaikannya

Jika kalian sudah pergi ke sana kemari, banyak sudah berhabis duit, tenaga, dan segala, jangalah
berputus asa dari Rahmat Allah

Boleh datang jumpa kami
Bertemu itu satu keperluan
adalah sunnah yang sudah ditauladankan

Boleh lihat ke sini:  http://rawatanalternatif-nuranugerah.blogspot.my/
Boleh whassup 0192368789

Yakinlah ALLAH

Wednesday, June 8, 2016

Fikir kan

Jika kamu belum mengetahui, Bertanyalah kepada Ahli Zikir, iaitu yang hidup hatinya mengingat Allah

Apacaranya kamu hendak kenali?

Allah akan memperkenalkan kamu - jika kamu berjalan kepada ku, AKU lebih pantas mendatangi mu, Demikianlah kehidupan orang yang membantu Kerja Allah - Ahli Zikir

Janganlah dirimu meletakkan HAD - kamu di seru untuk bersangka baik -
Jangan jadi Bodoh Sombong, bila ada orang alim masuk ke daerahmu, kamu tak dapat bersamanya

Bodoh sombong mengaku ngaku, Makrifat, dan Mengetahui, namun sekadar Persangkaan,
demikian Lagak Iblis

Make sure you know what to do, do it Right the first time


Kisah Islam


Tatkala di bacakan Iqra - dijawabnya - aku tidak tahu,
satelah dipeluk tubuhnya dgn erat, dikatakan yg memeluknya itu,
IQRA bismi Rabbi al lazi kholaq
IQRA bersama RABB dengan Ketulusan HATI, agar dapat Hidayah Memahami

Allahommasolli'ala Muhammad

FAHAM itu Hidayah Allah apabila ILMUnya itu Kebenaran Yg SUCI
begitulah AlQuran itu Kitab tanpa Keraguan, begitu SUCI, kitab yang menjadi Petunjuk sesiapa yang mahu bertaqwa


NAFSU itu mengupayakan Faham apabila ILMUnya itu sekadar Keduniaan,
disinilah tipu daya syaitan berperanan, dan kerana itulah yang begitu akan terbawa bawa kesesatannya

Dan Nafsu daripada Bisikan Syaitan itulah akan menjadikan peribadi itu melakukan Bidaah, Mengaku ngaku dia lah yang lebih baik, dan berbuat sombong seperti Iblis


Kedua dua keadaan itu, mungkin dialami oleh setiap Peribadi
Demikianlah jika hatimu, Keras, akan Mati, tak akan memperdulikan dirimu, terjauh dari Hidayah Allah,


Jadikanlah dirimu diri yang mahukan kebaikan, maka Allahmu akan berikan kamu kebaikan, insyaAllah

Monday, April 25, 2016

Kenal Diri dan Kenal Allah

Mari kita melihat ayat AlQuran surat ke 13; ayat 11 - satu ayat ini mengandungi 3 bahagian

1.  Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.

For each (such person) there are (angels) in succession, before and behind him: They guard him by command of Allah. 

2. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls)
 
3. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
But when (once) Allah willeth a people's punishment, there can be no turning it back, nor will they find, besides Him, any to protect. 
(Ar-Ra'd 13:11)


Pertamanya, di setiap ruang kosong sebesar tapak kaki, tafsirnya ada malikat malaikat yang membantu manusia. waktu kecil dulu kita belajar tentang Malaikat Pencatat Amal, di kiri dan kanan manusia, namun pada ayat ini pertamanya Allah memberitahu Malaikat sering membantu Manusia dalam upayanya, hanya saja kita samada Sedar atau Tidak
Jika Kenal dirimu, begitulah akan Sedar dirimu, makhluk yang ber Gerak atau Diammu, adalah daripada apa yang Allah Ciptakan

Keduanya, Allah tidak mengubah sesiapa pun menjadi Jahat, kerana setiap manusia lahir dalam Fitrah Kebaikan, dan bagi yang menyatakan mereka sudah tiada kehendak, itu adalah persangkaan sahaja, kerana ayat inilah menerangkan, bila jika dirimu tiada kehendak, Allah tidak mengubah apa apa. Bahawa diri kamulah sepatutnya ada Ilmu dan kemahuan menjadi Baik, barulah Allah gerakkan Ciptaannya ke arah itu, Hauqalah berjalan terus, Demikian jika benar kamu mengenali dirimu

Ketiganya, menunjukkan kuasa Allah yg absolute, jika Allah hendak berbuat sesuatu, Tiada sesiapa dapat membantah. Demikianlah  menolak kefahaman yang menyatakan Allah itu tidak berkuasa.

Daripada keterangan tersebut dapatkah kalian melihat dirimu, masing masing patut ada kehendak, agar Allah merubah dirimu ke arah yang kamu mahu - dan jika berkehendak berbuat kebaikan itu tentu lebih layak, lebih mulia, itulah dinamakan Muhammad saw itu untuk menyempurnakan Akhlak yang Mulia

Semuga dapat menilai diri masing masing, Kenalilah siapakah kamu, Pemimpin, maka pimpinlah dirimu, masing masing, serta peliharalah kaum keluarga kamu, kaum kerabat kamu, insyaAllah
 Dan Ingatlah Allah, Kuasa nya tiada Terbatas, tidak tercapai akal fikir mu

SubhanAllah wahdahu laa syarikalah
 
.

Friday, March 25, 2016

Sebab dan akibat

Dalam hal sebab dan akibat, atau Syariat itu banyak di pengaruhi oleh syaitan
Apabila pelaku pelaku amal itu belum mencapai  Ikhlas, Mukhlisinna lahuddin
Dan Allah menjamin Hamba Hamba Kami yang ikhlas, syaitan tidak dapat menguasai

Rupa Perkara yang ada di pengaruhi syaitan
1. Dalam hal Jodoh Pertemuan, suka dan bercinta , menikah
Apabila diri kamu ada syaitan pusaka baka, kamu akan tertarik dan akan dipertemukan dengan orang jenis sama, jika jin syaitan masing masing boleh berkawan - itu sebab ada yang termimpi lebih dahulu, atau selalu mimpi mimpi berulang, bila berlaku nyata, sipi sipi . Ada yang bermimpi Ular, dan sebagainya


2. Dalam hal perubatan
Kamu yang ada saka baka, dapat penyakit, mencari tempat berubat, akan di bawa ke tempat yg perawat ada JIn dampingan juga, dan kamu tak akan pernah bertanya, kaedah rawatan yang dijalankan, Kerana itulah banyaknya jenis yg menmakan Rawatan AlTernatif Islam, namun memakai Perantaraan jin, mendamaikan Jin, dan penyakit akan berulang kembali dalam tempoh 3 bulan, 6 bulan, setahun, dua tahun, sedangkan jika Mukmin itu tak patut jatuh dalam lubang yg sama kedua kalinya

3. Dalam Hal Tazkirah
Orang yang ada saka baka, dampingan syaitan mudah dan berkebolehan memberikan tazkirah
Namun dalam Tazkirah yang di berikan itu selalu ada persangkaan, menuduh salah laku orang lain, mengeji dan mengejek orang lain. Satu lagi ada kebolehan menasihatai, agar membaca ayat kursi, dan wirid tententu untuk bunuh syaitan, tetapi akhirnya diri mereka sendiri kena dan dapat angin ahmar, atau stroke

Tazkirah Islam sepatutnya yang memberikannya itu tahulah menjaga kesucian Islam, tanpa Prejudis

4. Dalam Hal Penyakit
Nabi saw menyatakan, syiatan berlari lari dalam darah anak adam, dan itulah punca penyakit, namun apabila terlalu percayakan doktor medikal, itu di tukar dengan kata kata, ada Virus dan Doktor Medikal memerlukan saintifik rekod yang telah berlaku baru dapat dan dijangka pengalaman serupa, dapatlah di ubati. Bila perlukan rekod saintifik itu hanyalah sekadar sebab dan akibat, hal yang nyata depan mata, Hal Ghaib itu mereka tidak Percaya

Demikianlah sebahagian Kesesatan yang berlaku dalam Masyarakat sedunia, ada agenda agar berkepercayaan yang dapat dibuktikan secara nyata sahaja
Sedangkan Ilmu Islam itu sebahagian besarnya adalah Hal Ghaib, itu sebab ayat Muhkamat itu sedikit berbanding ayat ayat Mutasyabihat

Sekiranya tak mahu di perdaya, di kuasai Syaitan, hendaklah kita menjadikan diri kita Jujur dan Ikhlas menauhidkan Allah
Pengetahuan ini berdasarkan Ilmu dan Pengalaman penulis sendiri
Syukur Alhamdulillah
Kini dapat Ilmu IMD
Dapat lah menjadi Ikhlas, namun tiada dakwa dakwi ya, jika mahukan Ilmu Tauhid tahap Tinggi silakan bertamu, e mail nuranugerah@hotmail.com
boleh call 0196313202, 0132611778

InsyaAllah
jika kamu di timpa masalah, bencana, penyakit, kembalilah kepada Allah
Sekiranya mahukan kebaikan agar tidak dikuasai syaitan, mantapkanlah Iman dan kepercayaan kepada Allah, Berserahlah dirimu bulat bulat kepada Allah

Harapan kami, semuga kalian tidak terhijab pemikiran atau oleh ilmu, berfikiran terbuka itu agar dapat kebaikan, bersangka baik kepada Allah itu untuk kebaikan diri masing masing

InsyaAllah

Thursday, March 10, 2016

Sangka Baik

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. 
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
 Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti); dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. 


Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. 
Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu, dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelaslah dalil-dalilnya).  
 Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.  
 Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? - Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan. 


Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!    (Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".


(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.    (Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya). 

 "Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!" 


Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, supaya kamu memahaminya. 

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.     Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka.


Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.  


Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar
 Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.