image

image

Saturday, August 6, 2016

Salah Didikan, dan Silap Faham

Islam menyatakan, sekiranya sudah berakal baligh, patutnya bertanggungjawablah
Islam itu untuk yang mahu berfikir
Sebab itulah awal kehidupan itu sepatutnya mengenal Allah
Dan sebab itulah di wajibkan ke atas Umat Islam, menuntut Ilmu, iaitu Fardhu Ain,

Salah mendidik jika menyuruh, Baca baca ayat, kerana sepatutnya adalah, mengambil pelajaran daripada ayat ayat Allah, sekiranya tahu mengambil Pelajaran, Dapatlah mengingat Allah dalam segala Perkara, benarlah kata kata, cukuplah Allah kepadaKu

Sebab itulah kepada Ahli Zikir itu memberikan Petua Petua kepada penuntut Ilmu
Agar dapatlah penuntut mengamalkan, petua petua yang diberi, dan itu memungkinkan kemudahan dan bahagia

Petua petua itulah Ilmu yang tersedia, dapatlah hidayah taufik, beramal
Sedarlah hendaknya, dalam masa mengaji, dalam masa menuntut Ilmu, ambillah Pelajarannya

Begitu Darjat paling atas dalam hal mengingat
Mengingat Allah dalam hati itulah terbaik
Mengingat Allah itu adalah Besar Perkaranya

لا إله إلا الله

Jika sudah tercapai dirimu, sudah dapat Hidayah Allah, mengingati NYA, semuga kamu mendapat kebaikan, kemudahan dan keselamatan, itulah yang terbaik

Selain daripada itu adalah kelemahan, kerana Allah tidak memandang zahir pakaianmu, zahir perkataanmu, zahir perbuatan kamu, tetapi Allah melihat kedasar hatimu

Jauhi sifat munafik
Jangan suka nak menunjuk nunjuk
Jangan suka nak mengaku ngaku

Tundukkan pandangan
Satelah berilmu jadilah resmi padi, semakin berisi semakin menunduk

Semuga dapat melihat apa yang menjadikan Salah Didikan
Semuga dapat membetulkan kesilapan fahaman
Begitu semuga Hidayah Allah mencari dirimu yang Ikhlas
InsyaAllah

No comments:

Post a Comment