image

image

Wednesday, June 22, 2011

Ingat Ingat Lupa

cerita yang di paparkan ini
ramai sudah mengetahui

ada yang ingat pasti
ada yang ingat ingat lupa

dalam dunia iniyang paling baik ialah?

diri yang beriman dan beramal soleh, dan mendapat isteri yang soleh

Allah janji kan isteri kita itu daripada "jenis mu"

kemudian, semasa menjalani kehidupan
kenapa ada isteri isteri yang kena maki hamun, kena dera,
kena pedajai?


berbalik kepada diri, bab Niat,
apa yang kamu niatkan, itu yang Kami bukakan peluang bagimu mendapatkannya

jadi, sebelum mau marahkan lain orang

eloklah perhatikan ke dalam diri masing masing

apa yang kamu mahu?


kebanyakan, bencana menimpa diri, akibat tangan tangan mu sendiri

subhanallah
wahdahu
laa syarikalah

Jagalah diri kita ya

inshallah

Monday, June 6, 2011

MURTAD - ?! - $%

Dan ketika Allah berfirman:
"Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? '

" Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)!
Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya).
Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya.
Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui
apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. (Al-Maaidah 5:116)

Katakanlah ; "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa)
perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui
perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu
bahawasanya aku ini malaikat,
aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku".
Bertanyalah : "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik?
Tidakkah kamu mahu berfikir?" (Al-An'aam 6:50)

Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam). (A-li'Imraan 3:44)

(Ingatlah) hari Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya:
"Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu
(oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan agama Allah)?"

Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib" (Al-Maaidah 5:109)

Kemudian sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka
(Rasul-rasul dan umat-umatnya),
dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang meliputi akan apa yang mereka lakukan),
dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan Mengetahui akan hal ehwal mereka). (Al-A'raaf 7:7)


Katakanlah:
"Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku
dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.
Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib,
tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda
yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan.
Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah)
yang memberi amaran dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".
(Al-A'raaf 7:188

Saturday, May 7, 2011

{ FIKIR ..... }

Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka
sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman
kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya,
dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung.

Allah beri mu faham, juga mu punya hal menjadikan mu tak faham faham

Sesungguhnya Tuhanmu,
Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya,
dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk

sebab apa demikian

sebab apa,
pasal apa begitu

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

so, whassup?

Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah
(dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh);
dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan
(dengan pilihan mereka sendiri)

kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah


Aku akan memalingkan (hati) orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu);

dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui.

Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.


subhanallah

"Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"



Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya)
maka dia lah yang beroleh petunjuk;

dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya)
maka merekalah orang-orang yang rugi.


well well well

how do we do

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),
dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)

dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.

subhanallah

Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya;

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka.

Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya.

subhanallah

Maha halus


Wahai sekalian manusia!
Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu.
Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya),
maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri;

dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu
tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".


Iblis berkata:
" Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat
kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,



"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Friday, April 29, 2011

sum PAH lak nat

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka)

bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul benda Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya).

Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Al-Jumu'ah 62:5)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!" (Al-Jumu'ah 62:6)



Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu. (Al-Jumu'ah 62:7) |


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8)


apabila keterangan kebenaran di permain mainkan
itulah timbul, cabaran, mintalah agar di matikan sekarang juga
semuga bila dan MATI, jelas lah apa yang di perbalahkan di dunia ini
bila MATI - Allah akan perlihatkan kebenaran

SUMPAH LAKNAT
adalah sumpah seorang manusia melayu
yang hendak membuktikan PERTUDUHANNYA
dengan berkata; "Jika dirinya hanya memfitnah, tidak BENAR, beliau sanggup di panah PETIR"

Kita ambil contoh, ayat sumpah dalam masjid sentul jumaat 29 april 2011
"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya ........... berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan ........... berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. ............. adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

maksudnya, dia sudah menyerahkan kepada Allah lah
agar menunjukkan, kebenaran itu

{ dari segi TAUHID - jika kamu kumpulkan manusia dan jin semuanya, untuk menjatuhkan maruah seseorang, tak akan berlaku jika tanpa Izin Allaah. Sekiranya Allah hendak menjatuhkan maruah seseorang, tak ada sesiapa pun yang mampu menahan, atau menutupnya}

sekiranya LEMAH TAUHID - maka lemahlah pemahaman tentang apa saja yang berlaku di hadapan kita. dan mudahlah SYAITAN memperdaya. juga NAFSU kamu akan setuju. nampak Indahnya amalan mu itu. SUBHANALLAAH

TAUHID menuntut diri berani
beranikah untuk MATI sekarang, jika memang BENAR lah kamu

TAKUT mati itu sifat MUNAFIK
sebagai contoh, bunyi guruh, petir , dia menutup telinga, sebab takut dengannya

semuga kebenaran itu muncul dalam diri masing masing,
Inshallah
Subhanallah

Thursday, April 28, 2011

di manakah kedudukan NYA - kami dan kamu serta mereka!

mari kita perhatikan, keterangan di bawah ini, agar kita dapat menentukan, di manakah kedudukan diri kita.
Benarkah meng ESA kan Allah?
atau ........................


Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut HAWANAFSU mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya.
(Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; (Al-Mu'minuun 23:71)

Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati?
Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
(Al-Furqaan 25:43)

Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu {agar DENGAR dan TAAT}
maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka;
dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah.
Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim
(yang berdegil dalam keingkarannya). (Al-Qasas 28:50)

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?

Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)?

Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf? (Al-Jaathiyah 45:23)


Mereka yang berhak menerima hukuman (azab neraka) berkata:
"Wahai Tuhan kami, inilah mereka yang kami menyebabkan kesesatannya,
kami menyebabkan mereka sesat (dengan pilihan mereka sendiri) sebagaimana kami telah sesat (dengan pilihan kami sendiri);
(dengan ini) kami mengakui kepadaMu bahawa kami berlepas diri
(dari kekufuran mereka).

Bukanlah Kami yang mereka puja dan taati, (bahkan mereka hanya memuja dan mentaati hawa nafsu mereka sendiri)". (Al-Qasas 28:63)


Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka itu:
"Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?"

Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".

Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)? (Al-'Ankabuut 29:61


Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah
disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab. (Ar-Ruum 30:29)





"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Fussilat 41:31)

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu
(kerana kebenaran telah jelas nyata).
Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". (Asy-Syuura 42:15)

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). (Al-Jaathiyah 45:18)


Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu , ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa),
sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia):

"Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?"

Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya. (Muhammad 47:16)


Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka. (Muhammad 47:25)



(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).
(Muhammad 47:36)



(Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu serta mendesak kamu memberikanNya, nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut, dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu. (Muhammad 47:37)

telitikan ya, jika ada masalah, sila tuliskan di ruangan komen, inshallah

Wednesday, April 27, 2011

maUT - end and NOW

DAH MATI

(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?"

Orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam),
dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu).
Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan (JANJI)azabNya). (Al-Hadiid 57:14)

NOW - sedang HIdup

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya;

dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah".

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek):
"Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". (Al-An'aam 6:93)

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya,
(kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya:
" Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh ". (Al-Munaafiquun 63:10)

Wahai orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut.
Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: .

"Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa". (Al-Maaidah 5:106)

INGAT YA!

Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). (Al-An'aam 6:61)

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.

Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu".

Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (An-Nisaa' 4:78)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8)

MAAF ya - cuba klik topik ini, ia akan membawa anda ke arkib sebelumnya, yang banyak berkisar tentang MATI - sebelum mati dan TAUHID

Tuesday, April 26, 2011

namPAK tak? kelih ke dok? (kesimpulan)

subhanallah

daripada topik topik sebelum ini, yang ada dalam bulan april 2011 di blog ini
memaparkan kenyataan, tentang Gangguan dalam setiap diri
yang Melayu memanggilnya SAKA BAKA

yang mana saintis yahudi dan nasrani pula mengatakan Ghost in your gene

bagi mereka yang menyakini, Rasulillah, muhammad SAW, ingat tak hadis:
syaitan di dalam darah anak adam, berlari lari

kenyataan saintis eropah, dalam kajian saintifik mereka itu
adalah membuktikan, mereka tidak percaya perkara Ghaib
walaupun mereka tidak dapat membuktikan, apakah itu GHOST, mereka percaya dengan GHOST

sama jugalah manusia, melayu, atau apa bangsa sekalipun
yang mempercayai, bukti saintifik semata
yang tidak percaya kepada GHAIB, maka tidaklah mereka itu, BERIMAN

subhanallah

Hidup kita jangan suka menyalahkan orang lain ya
Allah berulang kali menyatakan, dari tangan kamu sendiri
SESAT apabila tidak mahu Percaya kepada Yg Ghaib - Allah, malaikat, syaitan, nafsu, akal, hati, Ruh, jiwa, Rahsia, dan segala yang belum di ketahui, belum nampak oleh mata kasar, juga mata hati

subhanallah

Rasulullah berpesan, wahyu belaka, tetapi tak adalah beliau menjampi dengan menggunakan ayat al Quran

ayat ayat Allah adalah untuk pelajaran - pelajaran kepada JIWA, Rohaniah, ketuhanan

subhanallah

sekiranya ada di antara kalian mahukan ILMU
bolehlah mesej saya

Inshallah, nanti kalian akan tahu, apa sebenarnya yang selalu saya perkatakan di dalam blog ini

ada banyak lagi RahsiaNYA
DIA lah berhak membukakan, kepada sesiapa yang mahukannya

inshallah ya, quran 51;21
pada diri kita sendiri ini, ada bukti kebenaranNya,
mengapa kita tak mahu berfikir

subhanallah

wahdahu laa syarikalah