image

image

Tuesday, January 11, 2011

laZAT nya - LAzat NYA

kelazatan iman dan apa juga yang kita dapat ialah daripada anugerah Allah

semuanya adalah Rahmat dan nikmat dari Allah

Allah lah yang menciptakan setiap sesuatu

Allah lah yang menciptakan segala galanya

Semuanya dari Allah, itulah hakikatnya

Syukur lah bila sampai kepada matlamat, syukurlah, Allah knows best,

sebab itulah, muhammad SAW itu adalah habibullah
kekasih Allah, dia terpelihara, maksum, apa apa sahaja gerak gerinya adalah, tauladan bagi kita
tiadalah dia bicara, melainkan wahyu belaka
ikut skrip dari Yang Maha Kuasa

kita juga boleh, kita juga jika mahu, di beri peluang mendapatkannya
pesan dari dia (SAW) dan juga DIA (Allahu) Jika kamu ikut ……

jika kamu ikut, al Quran dan sunnahku dan sunnah sahabat sahabatku,
kamu
tidak akan tersesat

Jangan takut, Allah ada bersama kita
Jangan resah, Allahu melihat diri mu, sentiasa

AKU yang menghidupkan, mematikan, memberikan rezeki kepada kamu,
menentukan TAKDIR bagimu, KU berikan akal, muga mahulah berfikir
dan Janganlah kamu mempertuhankan Nafsu mu

bersyukurlah kepada Allah, senantiasa ( no need to complaint)

Ikhlas lah bila beramal, maksudnya, setiap amalan diri,
hendaklah dengan Pengetahuan - Allah mengangkat darjat orang yang tahu -
Ikhlas itu ialah La ilaha ill’allah

bila makan gula, lidah ada deria, manislah terasa.

deria rasa itu anugerah dari Allaah,

sekiranya Allah tarik balik, anugerahnya, maka diri itu tak akan beruntung.

sebab itu, wajiblah bersyukur, tentu akan di tambah Nikmat NYA

itulah cara, jika mahu mendapatkan kemanisan
bersyukurlah, jika kamu bersyukur, AKU tambah nikmatKU kepada mu

terima kasih lah

atas apa sahaja kebaikan yang kita dapat

orang baik yang kita jumpa, terima kasihlah, dia menasihati kita

orang jahat yang kita jumpa, dalam hati, terima kasihlah,
sebab, dia mahu dengar nasihat kita, bolehkah kita menyampaikan kebenaran, sentiasa,

Inshallah ya

No comments:

Post a Comment