image

image

Monday, January 24, 2011

semua ada Allahu Yang ESA

Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya
bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka,
dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran ;
lalu orang yang kafir itu berkata: "Ini adalah satu perkara yang menakjubkan! apakah sesudah kita mati dan menjadi tanah? ............ Itu adalah cara kembali yang jauh

Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan ......... bahkan mereka mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.

maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka
bagaimana Kami membinanya serta Kami menghiasinya , dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?

Dan juga bumi ini, Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur?

untuk menjadi perhatian dan peringatan, kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya

Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman dan biji-bijian yang dituai; Serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya; sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami.
Dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati;
demikianlah pula keadaan keluarnya

Sebelum mereka itu - kaum Nabi Nuh, dan "Ashaabur-Rassi" serta Thamud (kaum Nabi Soleh), telah juga mendustakan Rasul masing-masing, Dan juga Aad (kaum Nabi Hud), dan Firaun, serta kaum Nabi Lut, Dan juga penduduk "Aikah", serta kaum " Tubba' "; tiap-tiap satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul , lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.


maka adakah Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu . Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk dalam bentuk yang baharu.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Semasa dua malaikat menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia
Dan datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran : "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
Dan lagi ditiuplah sangkakala ; saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.


Dan datanglah tiap-tiap orang, disertai pembawa, dan saksi;

"Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam
Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia

"Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya;

"Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran,

"Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".



Syaitan yang sentiasa menyertainya berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong


Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, padahal Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu

"KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".


akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"



Dan didekatkan Syurga bagi orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh

"Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya

" orang yang takut Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang dengan hati yang tunduk taat".
"Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari kehidupan yang kekal".


Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan

Dan berapa banyak kaum-kaum yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. dapatkah menyelamatkan diri?

Sesungguhnya yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati , atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.

Oleh itu bersabarlah akan apa yang dikatakan oleh mereka , dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.


Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.
Dan dengarlah, hari penyeru, menyeru dari tempat yang dekat

Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.

Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali

Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar. Perbuatan menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.

Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka.

Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.

No comments:

Post a Comment