“ibu ayah masih hidup lagi tak??
ramai yang menyangka mereka punyai saka sedangkan ibu ayah masih lagi hidup..”
SUBHANALLAH
Yang di katakan saka – adalah pusaka
Pusaka keturunan – DARAH DAGING – bahasa sainsnya GNOME, GENE
Yang mempusakainya ialah ORANG YANG MASIH HIDUP, sebagaimana mempusakai harta benda. Masalahnya SAKA itu makhluk halus dari kalangan JIN syaitan, walaupun sebahagianya, ISLAM.
“gangguan tidak semestinya berpunca dari saka..
ia punya 5 punca jika seseorang itu punya gangguan..
1.saka
2.sihir
3.santau
4.manusia menganggu mereka(sampuk)
5.kita selalu bersendirian maka syaitan akan menemani kita (ada hadis)”
SUBHANALLAH
(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang - telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya." (A-li'Imraan 3:182)
Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)". (An-Nisaa' 4:62)
(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (Al-Anfaal 8:51)
Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. (An-Nuur 24:24)
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. (Ar-Ruum 30:36)
Demikian sebahagian ayat ayatNYA yang menerangkan tentang,
hasil KERJA TANGAN SENDIRI
Sebaik baiknya, JAGA DIRI
Dapatkan ILMU yang dapat menjaga diri - RASULULLAH itu TERPELIHARA, terpaksa berlakon kena penyakit, kena sihir, kelakuan tak berapa elok, UNTUK menerangkan kepada UMAT ISLAM agar memilih KEBAIKAN. Sungguhlah pada diri MUHAMMAD (SAW) itu IKUTAN yang baik – bagimu
Jadi adalah lebih baik
Jangan suka tuduh orang lain ya
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah 2:168)
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah 2:208)
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! (Yaa Siin 36:60)
Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu. (Az-Zukhruf 43:62)
“untuk mendapat kepastian eloklah pergi Darussyifa,Darussalam..
Itu sudah sedia famous dan kita kenal siapa pengasasnya...
untuk mengelakkan dari jumpa tokmoh yang tidak bertauliah...”
(daripada komen MAKHLUK HALUS di halaqah.net)
Takkan lah kita suka ikut saja yang sudah termasyur?
Patutlah jika demikian, kita suka ikut ARUS PERDANA, apa yang ramai menyukainya, kita pun turut menyukainya. Jika demikianlah HIDUP kamu, suka hati kamulah ya
Jangan suka ikut tanpa pengetahuan!
Buat sesuatu juga hendaklah dengan pengetahuan
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Israa' 17:36)
Jadi sebagai manusia, wajiblah, menuntut ILMU
Agar terJAUH dari sifat bersangka sangka
SANGKAAN, ialah sebelum menemui HAKIKAT
Hanya satelah mengetahui HAKIKAT nya, sedarlah kamu,
ALLAH MAHA KUASA ATAS SETIAP SESUATU
Dia angkat DARJAT orang berilmu
Supaya kamu, mahulah bertanya kan orang yang tahu
INGATlah ALLAAH
Semuga bertambah kebaikan diri, dan terjauh dari PERSANGKAAN
INGAT
(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran. (Al-Hajj 22:53)
bertaubatlah ya, beristighfarlah hendaknya,
semuga ayat ayat Allah itu dapat di fahami
walaupun hanya terjemahan, semuga menambah pengetahuan
Inshallah
SUBHANALLAH
Apabila terbitnya cahya kebenaran..Dia pasti Berdiri..Sendiri
ReplyDeleteApabila tepat penjelasan kenyataan..Dia pasti Berdiri..Sendiri
Apabila bayang2 melebihi Diri..Dia pasti Berdiri..Sendiri
Apabila terbit ufuk merah..Dia pasti Berdiri..Sendiri
dan apabila didalam gelap gelita..Dia pasti Berdiri..Sendiri...
Tidak ada, melain kan Allah..sendiri dlm pemerintahan nya..
Soalan:Apakah orang2 yang pernah melihat perkara2 mistik ini sahaja yang akan benar2 memahami?Yang digerakkan Allah untuk melihat dengan mata sendiri....yang mempunyai pengalaman untuk merasai sendiri.Sebab ramai yang tak percaya perkara mistik nih.Saya juga begitu suatu masa dahulu. Cukup tak percaya..sehinggalah diuji/diganggu....dan melihat kebesaran Allah dengan mata sendiri. Sedikit demi sedikit terbuka minda utk mencari ilmu2 dunia mistik nih.Adakah benar hanya mereka2 tertentu yang digerakkan Allah untuk merasai/mengalami nya sahaja.Bukan semua perjalanan yang sama.....hmm..?
ReplyDelete