Selamat berpuasa kepada muslimin muslimat sekalian
berpuasalah, zahir dan bathin, semuga beroleh taqwa
subhanallah
Wahai orang yang beriman!
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)
Puasa) yang diwajibkan itu
ialah beberapa hari yang tertentu;
maka sesiapa di antara kamu yang sakit,
atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka),
kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu
pada hari-hari yang lain;
dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa
(kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Maka sesiapa yang dengan sukarela
memberikan (fidyah) lebih dari yang ditentukan itu,
maka itu adalah suatu kebaikan baginya;
dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu
(daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah 2:184)
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah)
bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk
dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu,
sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu;
dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka),
Kemudian wajiblah ia (berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu
pada hari-hari yang lain.
(Dengan ketetapan yang demikian itu)
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan,
dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan),
dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya,
dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:185)
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa,
bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.
Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu
dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.
Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri,
lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu.
Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan
carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu;
dan makanlah serta minumlah sehingga nyata
kepada kamu benang putih (cahaya siang)
dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);
dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu
ketika kamu sedang beriktikaf di masjid.
Itulah batas-batas larangan Allah,
maka janganlah kamu menghampirinya.
Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya
kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. (Al-Baqarah 2:187)
Inshallah
SubhanAllaah
wahdahu laa syarikalah
No comments:
Post a Comment