Dia  asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit  sopak yang  bagi kita tentu kita tak tidak gemari. Walaupun dia berpenyakit sopak dia tetap seorang yang soleh,  selalu  mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah  begitu  tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapanya meninggal  dunia  ketika dia masih kecil lagi. Dia pula mendapat penyakit sopak sejak dilahirkan dan  ibunya  yang telah menjaganya sehinggalah dewasa.
Pada suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais keinginannya yang  sangat untuk  pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya  mengikhtiarkan dan  mengusahakan agar dia dapat dibawa untuk menunaikan haji.
Sebagai  seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari  perbelanjaan  untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk  pergi haji  dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta  yang dipasang  diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang  diletakkan di  atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan,  agar selesa perjalanan tetapi mahal perbelanjaannya . Uwais tidak mampu untuk menyediakan  yang  demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibu  Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya   “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu,   ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Uwais  mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli  seekor  anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat  sebuah  rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah  tinggi  (Dia buatkan rumah untuk lembu itu di atas bukit).
Apa  yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik  ke  atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal”  untuk  diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya  dia  mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu  makan.
Perbuatan  yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila.  Memang  pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap  hari  usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.
Tetapi  sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi  sekali  petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam  bulan  lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan  badan Uwais  menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu  seberat 100kg  turun dan naik bukit.
Selepas  lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji,  rupa-rupanya  perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa  ibunya  mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke  Mekkah  dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan  barang-barang  keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang  beratnya 100kg  boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang  berat sekitar 50kg.  Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan  kedua tangannya dari  Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di  Padang Arafah  dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan  kedua  tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah  pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia  “  Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais   menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa   ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais   menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu   redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.
Ibunya  berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan  sakit  putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberatan untuk berdoa  kerana  ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian  Allah, macam  saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menambah  “Kalau  nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu  perintahkan engkau  berdoa”.
Akhirnya  Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan  berdoa. Uwais  berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan  putih yang luar  biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia  takut masih ada  dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana  ibu aku suruh  aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini  melainkan tinggalkan  sedikit”
Allah  swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya   kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau   bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada   nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar   jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi   sebut  kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak  dibelakang dia  ada satu bulatan putih, bulatan sopak.  Kalau berjumpa  dengan tanda itu  dialah Uwais al-Qarni.
Selepas  tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal  dunia.  Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia  telah  menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa  dia cukup  makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut  al-Quran, Nabi  Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan  penyakit sopak  dizamannya.
 
 
 
No comments:
Post a Comment