image

image

Thursday, January 12, 2012

Take Care

Asal Penyakit adalah dari diri sendiri
Jangan suka menuduh orang lain suka membuli

Carilah Ilmu agar dapat mengambil peduli
Semuga terpelihara segala gerak dan geri

Perhatikan keturunan sendiri
Jalan apakah mereka lalui
Samada nampak seperti menurut Ilahi
Ataukah berdampingan tanpa mengetahui

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman,
setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah
(kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya),
dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat),
serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah
(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat).
Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu
adalah dalam kesesatan yang nyata.

kemudian dari itu
"Azab yang demikian ( masalah begitu dan begini ) ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya"

kenapa kita boleh nampak, orang sepertinya TAAT, tetapi sebenarnya mereka terSESAT?

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran
(Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah,
Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya),
lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. 

hanya ada 2 perkara dan rata rata kita mengetahui, 
sekiranya tidak mahu SESAT
Dengarkan lah AlQuran dan Sunnah Muhammad SAW
Ambillah Pelajarannya

ibarat kata kata selalu di perdengarkan
TUAN, Kejayaan hidup hanya apabila dapat Taat Perentah Allah ikut cara Rasulullah
maksudnya, Tiada Kejayaan sekiranya bukan jalan sunnah

seboleh bolehnya Jaga Diri, dan ahli keluarga kamu

Jangan suka menurut tanpa Pengetahuan
Sebelum hendak menurut seseoarang, pastikan kebenaranNya berpandukan Al Quran dan Sunnah
Sekiranya terlibat dalam permainan dunia
ala ala kadar sudahlah, Jangan Melampau

maaf lah ya, saya merapu di blog ini
bukan sekadar gurau senda
semuga dapat mengerti
Jagalah diri anda

Subhanallah   

No comments:

Post a Comment