image

image

Thursday, August 28, 2014

Kehidupan - Ketuhanan

Subhanallah - Maha suci Allah

Kehidupan masakini, lemahnya manusia dalam hal ketuhanan Allah

Nasrani memohon menggunakan nama Allah dalam Penerbitan mereka
Namun merka lupa tentang siapakah Allah, dalam PDF yang boleh di download daripada website mereka, ada panduan dan kenyataan, yang Allah is the one and only, bukannya TRINITY

lalu kenapakah mereka menuntut untuk menggunakan nama tersebut
begitulah hajat syaitan syaitan untuk menyesatkan manusia

Demikian pula di kalangan muslim
Amat lemah tauhid
Tidak gemar cerita tauhid
Tidak mahu mengerti cerita tauhid

Demikianlah dunia hari ini, pengajian islam juga tidak menekankan tauhid
Lalu begitu ramai ilmuan tidak berdaya menurut sunnah, nabi saw dalam kehidupan mereka
Apakah kita harus menyalahkan TAKDIR

Takdir yang nabi saw sebut - umat akan ikut kesesatan, hatta di ajak ke lubang dhob juga di ikuti

Subhanallah

Bagaimanakah pendapat kalian tentang maksud Allah, menciptakan manusia sebagai KhalifahNya di bumi

Peringatan itu berguna kepada MUKMIN

Subhanallah

Kehidupan di bina menurut nafsu keduniaan semata, lalu bagaimanakah untuk SEDAR
Terpulang ya

Tiap Tiap diri adalah Pemimpin, maka Perhatikan Pimpinan kamu

DiWajibkan menuntut Ilmu, utamakan Fardhu ain, Jangan kirakan usia kalian, kerana Ilmu Fardhu Ain adalah untuk  menjadikan diri masing masing bertanggungjawab terhadap diri masing masing

Semuga mahulah kepada Islam, kepada Tauhid
Janganlah Keterlaluan menurut hawa nafsu semata

Nasihat ini untuk saya, semuga dapat mengendalikan diri, ke arah kebaikan,
Subhanallah

2 comments:

  1. Hukumnya HARAM

    Antaranya, nas yang bermaksud: "Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia (semata-mata) dan perhiasannya, Kami (Allah) tunaikan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka di dunia (ini sahaja) dan mereka tidak dirugikan.

    "Itulah orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (Al-Quran, Hud:15)

    Beberapa perkara penting dijelaskan dalam ayat terbabit, antaranya perbuatan syirik dan tujuan keduniaan, malah perhiasannya yang merosakkan nilai amalan soleh dan ibadat.

    Nabi s.a.w melalui hadisnya ada memberikan penjelasan susulan, seperti hadis dari Abu Hurairah r.a, maksudnya: "Aku (Allah) adalah Yang Terkaya (secara mutlak) dari disekutui (dikongsi). Maka sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang disekutukan bersama-Ku dalam amalan terbabit dengan yang selain dari-Ku, Aku tinggalkan bersama sekutunya.

    ReplyDelete
  2. Ikhlas itu lawannya riak yaitu syirik kecil yg membatalkan pahala amal.

    Dari kerana besarnya bahaya sifat riak, Rasulullah SAW mengajar umatnya memohon perlindungan dengan membaca doa: "Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya." (Hadis riwayat Ahmad)

    Ingatlah sentiasa firman Allah swt yg bermaksud :

    "Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya" (Surah Ali-Imran, ayat 29)

    ReplyDelete