image

image

Saturday, November 7, 2015

Choose

Sesudah orang yang beriman beramal soleh itu, Allah akan menyempurnakan bagi mereka balasan mereka, dan akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka.

Sebaliknya orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka.


But to those who believe and do deeds of righteousness, He will give their (due) rewards,- and more, out of His bounty: But those who are disdainful and arrogant, He will punish with a grievous penalty; Nor will they find, besides Allah, any to protect or help them. 



Ingat idak kisah Iblis, dulunya adalah Ahli Ibadah terulung, apabila Allah perentah kena sujudlah kepada Adam a.s, Iblis menyangka bahawa dirinya lebih mulia daripada orang lain, demikianlah Allah memperlihatkan Sombongnya kelakuan Ahli Ibadah yang tidak menauhidkan Allah

Sedangkan bagi Allah itu, Manusia adalah Ciptaan Allah yang Terbaik dan Termulia
kerana itulah, syarat utama untuk melakukan Amal Ibadah didalam Islam itu hendaklah Percaya dan Sedar. Sedar diri itu pada HATI, dalam ROH, dalam DADA, Rasul SAW tunjukkan kedadanya 3 kali sewaktu menyatakan akan hal TAQWA

Kisah Iblis tadi kita lanjutkan:
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".


((Allah)) said: "Get thee down from this: it is not for thee to be arrogant here: get out, for thou art of the meanest (of creatures)." 

  
Didalam itu Syurga, Apa yang terniat dihati, Teruslah Wujud - Dan disebabkan inilah bahawa Syaitan Syaitan itu hendak mencuri Rahsia itulah teringinnya mereka hendak kembali Ke Syurga tetapi di panah Petir. Iblis dan Syaitan syaitannya telah hilang satu Nikmat yang tidak terhingga kerana itulah Iblis berjanji untuk menipu daya manusia semuanya sebagai Bukti Apa Yang Allah nyatakan itu, tidak Benar - itulah yang mewujudkan sifat Sombongnya - 

Namun Allah memberikan Jaminan, bahawa Hamba Hamba Allah yang Ikhlas, Iblis dan Syaitan tidak dapat Menguasai 

Dan begitulah bahawa Allah hanya menerima setiap amalan manusia dan Jinn yang Ikhlas sahaja

Choose Wisely
InsyaAllaah 
 

Thursday, November 5, 2015

Yang Alim juga Ulamak



Yang Alim ( علماء, ditransliterasikan sebagai ‘Ulamā’) ialah pemimpin agama yang membimbing dan memandu umat manusia dan jinn  didalam kehidupan  sehari-hari didunia yang fana ini.
Begitulah halnya, Ulama Pewaris Nabi - Sesungguhnya pada diri Muhammad SAW adalah tauladan yang baik bagi kalian, Sesiapa yang mencontohi dan mengambil pelajaran daripada Muhammad SAW tentulah diteguhkan kedudukannya oleh Allah.

Namun Darjat mereka itu diTinggikan oleh Allah, tak perlu lah untuk sesiapa nak mengaku ngaku. Inilah yang diserukan agar masing masing, dapat Mengikhlaskan diri, agar dipimpin Allah kepadaNya
Yang suka mengaku aku itulah telah menuruti Iblis, yang mengaku dirinya lebih baik daripada Adam a.s tidak mahu Taat kepada Perentah Allaah.
 
Kenalah diri kita tahu MenJaga Diri. inilah sebab Ilmu Fardhu Ain itu dinamakan demikian, agar sesiapa yang benar jalannya mendapatkan Ilmu Fardhu Ain dapatlah itu Ilmu memandu hidupnya
Jika Jalan kita mendapatkan Ilmu itu tidak mementingkan Sanad dan Riwayatnya Ilmu tersebut itu lah yang menjadikan kita gagal dan lalai daripada mengambil pelajaran dariNya, dan bermasalah lah serta tidak beroleh kemudahan dan keselamatan daripada Allaah
Masa akan menentukan, jika sampai umur mu, diperlihatkannya sebelum kamu menemui Maut
Tatkala itu, tidaklah dapat berbuat apa jua, kerana itu sewaktu waktu masih segak bergaya dan sihat inilah, wajib mendapatkan Ilmu Islam
Caranya bila kamu menemui Orang atau Yang Alim hendaklah kamu Diamkan diri dan hanya bertanya, agar dapatlah kamu mengetahui, samada benar Yang Alim itu di Kasihi Allah
Ingatlah ya, Allah tidak memandang Zahir pakaianmu, tetapi Allah mengetahui apa yang terkandung di hati kalian

Demikianlah dikatakan, Amatlah Rugi dirimu yang tidak sedar juga lalai, tidak dapat dan tidak tahu perkhabarannya bahawa ada Yang Alim didaerah kamu, kamu gagal masuk dalam Majlisnya

Itulah jika kalian benar sedang meneruskan usaha mencari Redha Allah, Tentulah Allah yang menghidayahkan kalian kepada NYA

Silakan Menambahbaik diri masing masing, Kuasa dan Kebesaran Allah itu dapat dibuktikan, Semuga dengan itu dapatlah menambahkan Iman yang masuk ke Hati masing masing

Jangan lah sombong naa
InsyaAllah





Wednesday, November 4, 2015

Mental torture, Sakit Urat Saraf, Kegilaan dan Rawatannya

Sekiranya ada yang mengalami penyakit, mental torture, yakni ketidakupayaan untuk tenang dan tenteram, ketahuilah bahawa dirimu tiada mengingati Allah kerana Hanya dengan mengingati Allah, tenang dan Tenteramlah Jiwamu

Sekiranya ada yang mengalami sakit urat saraf, dan terpaksa bila menghadapinya, minyak panas tidak mampu meredakan, ketahuilah, gangguan hantu syaitan yang menguasai dirimu, lalailah kamu daripada mengingat dan bermohon kebaikan daripada Allah

Jika Fikiran kamu sering terganggu, berlaku kekalutan, kacau bilau, ketahuilah itu juga kerana kamu tiada ingat dan bermohon kepada Allah tuhan mu yang Esa

Jika kamu bertanya manusia dann jin seluruhnya, siapakah yang menjadikan ini semua, nescaya mereka menjawab, Allah-lah

Golongan yang dinamakan Atheis itu juga hanyalah berpura pura dan hanyalah menuruti Hawa Nafsu daripada bisikan Syaitan, itulah yang Allah menyatakan, mereka hendak menipu ....dan mereka tidak sedar mereka hanya menzalimi diri sendiri

dan Puak Kristian mengaku, merekalah yang Betul dan Benar, mereka saling menuduh dengan yahudi, siapakah yang lebih benar? Haloween itu adakah ada didalam Kitab Injil kerana itulah berlaku perkara keji, seperti berbogel dan hanya berbikini ketika pesta haloween

Begitulah yang berlaku kepada Islam, mereka menyangka Islam itu tidak benar, Muhammad SAW itu tidak benar kerana melihat akan kelakuan umat Islam yang seperti Buih itulah terjadinya demikian
Siapakah yang menyedarinya kerana kita turuti apa yang mereka paksakan dalam kehidupan kita kini
Begitulah maksud rasulullah SAW Kafirin tidak lagi takut kepada umat Islam

Kerana dunia kini hanyalah Permainan dan senda gurau, Ilmu Tauhid itu hanya sekadar di sebut dan dinyanyikan, tiada masuk ke hati, tiada masuk ke bathin, maka berlakulah kekalutan, haru biru Pemikiran dan berlakulah sakit urat saraf dan mental torture, tension?

Penyakit Penyakit apa jua yang menimpa manusia, kita diingatkan agar mahulah, kembali kepada Allah. Disarankan mengucapkan, Innalillahiwainnailaihirojiun

Maksudnya Carilah Ilmu yang dapat mengingatkan dirimu kepada Allah Yang Esa

Ilmu Tauhid yang dapat meresap kedalam hati
Dapat Kaedah mengingati
Dapat Kaedah bermohon
Hanya kepada Allahu Robbi

Melalui Dalam Hati
Marilah bertamu di shah alam InshaAllah dapatlah kebaikan
Telefonlah dan berkenalanlah
0196313202 dan/atau 0132611778

Amatlah Rugi dirimu jika mengetahui ada Orang Alim yang mengetahui di kawasan kamu, sedang kamu tidak dapat bersama mereka

Fikir Fikirkan lah


Tuesday, November 3, 2015

Apakah?

Apakah itu Ilmu Wali Wali Allah?

Ilmu Islam yang mententeramkan Jiwa - bertemu Nikmat ia bersyukur, bertemu Ujian ia bersabar
Akan Memuliakan diri bila Bertaqwa kepada Allah, dan menjadilah mereka yang sebegitu sebagai Pembela Islam, Pembela Allah

Terutamanya Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, dan Ilmu Tasauf yang dapat mereka fahami secara zahir bathin, hakikat dan makrifatnya

Mengetahui secara Makrifat, Allah bersamanya sebagai Mursyid yang membimbingnya, begitulah berlaku kepada Peribadi Mulia, Muhammad SAW dan Sahabat dekatnya Abu Bakar Siddiq, Umar al Khattab, Osman Affan, Ali Abi Talib yang menjadikan, Sunnah yang patut dijadikan tauladan dalam menjalani kehidupan kini


Apakah itu Ilmu Ketuhanan?

Adalah Ilmu yang bersanad dan diriwayatkan daripada Muhammad SAW Kepada Khulafah ArRasyidin, dan Para sahabat baginda yang bersama sama dalam susah dan senangnya baginda dalam membangunkan Islam sewaktu sekelilingnya bersuasanakan Jahiliah. Sepertimana seruannya, Janganlah kamu sekutukan sesuatu apa jua bersama Allah SWT


Apakah itu Ilmu Kenal Diri?

Adalah Ilmu yang menyampaikan diri kepada Perasaan, merasai Allah senantiasa melihat akan dikau
Iaitu lah Ilmu Ihsan, menyedarkan diri tidak mampu melihat Allah kerana Allahlah yang memberikan Penglihatan dan kebolehan Pancaindera, maka Terpeliharalah Diri daripada melakukan Maksiat dan Mungkar serta Kekejian, demikianlah halnya Ilmu Kenal Diri - sampailah ia kepada Ilmu Mengenal Allah


Apakah itu Ilmu Mengenal Allah?

Adalah Ilmu Mengenal diri dan mengetahui asal usul kejadian, Faham Hakikat dan Makrifat dan Dapatlah membimbing manusia ke arah kebaikan dan kemuliaan, sepertimana Muhammad SAW dan sahabat 4nya sebagai Khulafak ArRasyidin, dan sebagaimana Nabi Ibrahim yang Hanif


Apakah maksud kehidupan didunia ini?
Kehidupan didunia hanyalah Permainan dan senda gurau, Kecuali Yang Beriman dan beramalkan kebaikan menuju Akhirat, Hidup mengabdikan diri kepada Allah dengan Ikhlas menauhidkan Allah
dan Membawa Kebaikan kepada manusia dan Jinn

SubhanAllahu wahdahu laa syarikalah



Wali Wali Allah

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu apa jua) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Itulah orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menentukan demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

O ye who believe! If ye will aid (the cause of) Allah, He will aid you, and plant your feet firmly.  



Golongan inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah kepada Saidina Omar Ibnu Al Khattab RA dalam dialog mereka:

Rasul: Para Nabi dan para syuhada akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak diakhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.


Omar: Siapakah mereka itu wahai Rasul Allah?


Rasul: Mereka adalah yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut dikala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih dikala manusia lain merasa sedih. 


Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus:
Maksudnya: Ingatlah, sesungguhnya Wali Wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (Yunus: 62-63)


 Maka apabila Allah telah mencintainya, adalah Allah  yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya  dan kakinya yang ia berjalan melakukan kebaikan dengannya.

Peringatan

Adalah dusta orang yang mendakwa cinta kepada Allah tetapi dia tidak sedar diri  daripada-Ku, bukankah setiap orang yang sedang dilamun cinta sangat suka kalau sentiasa berkhalwat (bersunyi-sunyi) dengan kekasihnya? 

"Inilah Aku yang sentiasa memerhatikan kekasih-kekasih-Ku, sungguh mereka telah jelmakan Aku dalam pandangan mereka, berdialog dengan-Ku seolah-olah mereka menyaksikan Aku, bercakap dengan-Ku seolah-olah Aku hadir dihadapan mereka. Esok akan Aku senangkan hati kamu di dalam syurga-syurga-Ku. Perasaan ini sentiasa tersemat kukuh dihati mereka sehingga tidak ada didalam hati mereka kecuali Aku. Oleh itu tidak ada yang muncul dari anggota mereka melainkan selaras dan sesuai dengan apa yang ada di dalam hati mereka.

Mulia Akhlak Dan sentiasa menyatakan Kebenaran daripada Allah, Namun bukanlah menegur dengan Lidah sebaliknya memohon bantuan Allah didalam hati sahaja

Kaedah untuk sampai ke Darjat Tersebut boleh dipelajari
Cubalah telitikan Sejarah berdakwah Rasulullah, Kenapakah lama selama 13 tahun baginda menyerukan Tauhid, Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu apa pun jua,

Demikianlah Peri Pentingnya Mendalami Tauhid, Mengenal diri, dan Mengenal Allah
Semuga dapat membantu diri menuju kemuliaan

InshaAllah 

Monday, November 2, 2015

Ilmu Merawat Diri Terkini

Ilmu Merawat Diri adalah Ilmu Ketuhanan, Ilmu yang dimiliki oleh wali wali Allah, satelah sampai kepada mereka perasaan dan memiliki Mursyid Yang Sebenar, Kenal Diri dan Kenal Allaah

Berikut adalah dibentangkan Masalah
1. Lemah Tenaga Bathin, dan tidak berminat
    Perasaan Lemah Tenaga Bathin dan tidak berminat dengan pasangan, adalah masalah utama didalam kehidupan kini, termasuklah sekejap berminat, sekejap tidak, berbolak balik seperti ada Inferiority Complex - Termasuklah jika sudah berkahwin, sukar mendapatkan zuriat - Dan semuanya adalah akibat daripada bisikan Nafsu syaitan yang menipu daya manusia yang belum Ikhlas

2. Ketagihan Dadah termasuklah ketagihan Ubat Batuk, dan ketagihan Nafsu yang sukar di kendalikan, termasuk ketagihan rokok dan Vape, adalah dipengaruhi oleh Nafsu Syahwat, Nafsu Syaitan

3. Nafsu Ammarah, Baran, dan Migrain yang kerap menjadi Keterlaluan dan boleh menyakiti lain orang, adalah kelemahan diri mengendalikan peribadi

4. Masalah Penyakit Barah, Busung, dan Ketumbuhan yang menyakitkan diri dan mendatangkan masalah kepada diri dan orang lain. Ini semua dapat di elak jika dapat IMD ini

5. Masalah di dalam menghadapi Pelajaran di sekolah dan kolej serta universiti. Sukar memahami, dan payah mengingat

6. Masalah lemah didalam Sukan dan Permainan termasuklah Lemah nafas, Lemah Saraf dan berbagai lagi kelemahan

7. Jika mengalami kemerosotan dalam perniagaan dan business dan ada menjangka bahawa itu buatan orang ketahuailah kamu belum ikhlas, sepatutnya kamu merasa Cukuplah Allah bersamamu dan bermohon kepadaNya, namun di sebabkan tiada ilmu begitulah jadinya, maka IMD dapat membantu

8. Masalah Tekanan Perasaan dan juga masalah Mental atau masalah Jiwa kacau dan Terganggu
    Melalui Ilmu Merawat Diri ini dapat di redakan Perasaan Jiwa kusut dan kacau bilau, yang keterlaluan, inshaAllah


Rawatan
Rawatan dilakukan di Shah Alam Seksyen 2, dalam Rumah. Perawat boleh diasingkan, jika ada kehendak, maksudnya untuk lelaki ada Perawat Lelaki, dan untuk perempuan ada Perawat Perempuan
Rawatan terbuka kepada sesiapa yang mahu tidak tertakluk kepada Bangsa atau Ugama
Kos Rawatan untuk setiap peribadi yang mahu adalah RM177.00 - sekali seumur hidup kecuali Ilmu Tenaga Bathin boleh meningkat menjadi dua kali RM177.00 iaitu RM354, dan hadnya RM500.00
Masa Rawatan tertakluk kepada Pesakit dan Yang Bermasalah, Jika kurang faham boleh bertanya dan tertakluk kepada masa tuan puan lah
Masa Rawatan kami bermula jam 10pagi hingga jam 1130malam setiap hari

Rawatan dan Ilmu
Jika ada kehendak mahu bertemu Mursyid sebenar yakni Allah, bolehlah bertemu kembali bila ada kesempatan dan kemudahan kewangan. Juga jika berminat hendak mengenal diri dan Nur yang berlapis lapis, mendalami maksud Tafsir AlQuran. boleh berkunjung kembali, semuga di hidayahkan Allah kepada Kalian yang sedang mencari dan ada kehendak

Peringatan
Jika tiada wujud kemahuan untuk menurut petua yang Kami Beri, adalah lebih baik abaikan sahaja, kaedah kami ini 

Cara Rawatan
1. Memohon kepada Allah agar dibuang segala Gangguan, Negativiti, dan Fikiran Karut
2. DiAktifkan yakni diberikan Ilmu dan Petua yang tersangat mudah untuk di amalkan
3. Pesakit mengamalkan Petua yang diberi, beroleh Aman, Tenang, dan terselamat daripada masalah kehidupan

Faedahnya
1. Cara Mudah Berzikir bagi yang Islam, dan kepada yang belum Islam adalah kaedah meditasi yang dapat memberikan kemudahan dan keselamatan kepada masing masing yang ada mengamalkan Ilmu Merawat Diri ini

2. Boleh mencapai Khusyuk Solat, jika Ikhlas diri

3. Cara Mudah untuk memanjangkan Nafas, dan Meniatkan sesuatu
4. Memperkukuh keyakinan diri, menjadikan anda mampu mengubah ke arah lebih baik

InsyaAllah, SubhanAllah wahdahu laa syarikalah

Kepada Yang Berminat untuk Berubah menjadi Lebih baik, silakan datang bertamu, dan boleh whassup atau telegram atau telefon: 0196313202/ 0132611778

atau e mail: nuranugerah@hotmail.com


Sunday, November 1, 2015

Advance

Adalah ianya Terkehadapan
Mendahului sesuatu

Dalam Hal Amalan sebagai Abdi Allah atau Abdulloh semestilah mendahulukan Ilmu Islam
Dalam hal Peribadi Setiap Muslim mestilah mendahulukan Ilmu Fardhu Ain
Dalam Hal Pencarian Tauhid mestilah mendapatkan Ilmu daripada Ulamak Tauhid

Ulamak itu Pewaris nabi
Mewarisi Ilmu dan Kaedah beramal yakni  mematuhi sunnah
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam itu mewarisi AlQuran
AlQuran itu wahyu Allah, Mukjizat kepada Muhammad - Ahmad Mustoffa
Begitulah Maksudnya sekiranya menjadi Pewaris nabi, dapatlah MeRasul, melakukan Kehendak Allah bahawa Kamu hanyalah menyampaikan Kebenaran dengan Memelihara Kesucian Islam Dengan menjaga diri agar tidak menyimpang daripada Sunnah Muhammad Rasululloh

AlQuran adalah Kitab Allah yang Terpelihara
Kerana ianya adalah bersifat sebagai Mukjizat
Yang Dapat Menjadikan manusia dan Jinn,  sebagai Abdi Allah yang Ikhlas
Mahukan Hidayah Taufik?
Ambillah Pelajaran daripada Allahu Taala
Ambillah Pelajaran daripada AlQuran
Ambillah Pelajaran daripada Muhammad Sallallahualaihiwasallam

Sekiranya tiada pengetahuan, tiada kaedah yang dapat menyampaikan, hendaklah kamu bertanya dengan Orang Yang Mengetahui Yang senantiasa Ingat Allah yakni Ahli Zikr

Ingatlah bahawa Dunia yang Fana ini hanyalah Permainan dan sendagurau bawaan Nafsu Syaitan
Kecuali yang Mendapat Hidayah Taufik Allah, beriman dan bertaqwa, Percaya dan melakukan kebaikan, dengan Ikhlas tanpa mengharap apa apa Balasan, Kemasyuran seperti Tangan Kanan memberi, tangan kiri tak tahu menahu

Dan Mengasihi Manusia dan Jinn sebab itu sanggup berjihad menyampaikan kebenaran Islam yang Suci, Ibarat satu tubuh, sakit Paha Kiri, Paha Kanan Mengetahui

How would it be, if you were in my shoes

InshaAllah
Alhamdulillah
Wahdahu laasyarikalah